Sunday 22 September 2013

Mencintai Cinta - Bab 20

Bab 20


CINTA mengatur langkah perlahan. Anak matanya fokus pada kelibat Qalam yang sedang duduk di atas pasir berdepan dengan laut yang luas. Lelaki itu termenung jauh. Dia fokus pada sesuatu. Cinta tidak dapat mengagak apa tapi dia merasakan ianya ada kaitan dengannya.
“Assalamualaikum...”
Qalam tersentak. Kembali ke dunia nyata. Dia seakan-akan terpinga-pinga seketika kerana terperanjat. Segera mencari arah suara yang memberi salam padanya.
“Waalaikumsalam...”
Cinta memerhatikan Qalam. Suaranya mendatar. Sah, memang ada sesuatu!
“Hai...” Cinta tidak tahu mahu memulakan perbualan. Hanya itu yang mampu dia ucapkan.
“Hai...” Qalam menjawab. Suaranya masih mendatar. Otaknya kusut. Banyak perkara yang sedang mendatangi fikirannya.
“Emmm... boleh saya duduk?” Cinta menyoal pula. Perlahan. Dia takut kehairannya mengganggu Qalam.
“Bo... boleh. So... sorry. Saya duduk sini ambil tempat awak. Saya duduk tidak minta kebenaran awak pun.”
Cinta duduk perlahan. Dia hairan dengan apa yang diucapkan Qalam padanya.
“Tempat saya?”
“Ya. Tempat awak dengan arwah Aliff Hamdie dulu.”
Cinta senyap sahaja. Menarik nafas perlahan. Tidak dapat dinafikan, hatinya tersentuh. Nama Aliff Hamdie muncul semula.
Sorry kalau awak tak suka saya sebut nama dia.”
“Ehhh... saya okei. Jangan risau.”
Qalam berpaling memandang Cinta. Senyuman hambarnya akhirnya muncul. Wajah Cinta benar-benar mengubat kekusutannya.
“Awak okey?”
Dahi Qalam berkerut. Soalan Cinta membingungkannya.
“Saya nampak awak macam nak ganti tempat saya kat sini. Biasanya saya yang akan duduk sini tapi hari ni saya terkejut bila nampak awak ada kat sini seawal pagi ni. Baru pukul 7 pagi. Awal awak bangun.”
Qalam masih memberikan senyuman hambar pada Cinta. Cinta semakin penasaran. Lelaki itu ada masalah. Otaknya terfikir akan peristiwa malam tadi. Papa jumpa dengan Qalam. Ya, pasti Qalam jadi kusut seperti ini disebabkan Papa.
“Lepas subuh tadi tak boleh nak tidur balik.”
Cinta hanya diam. Qalam kelihatan tidak bersemangat seperti hari sebelumnya. Apa yang terjadi?
“Dalam dunia ni, kadang-kadang kita nak jadi orang lain. Tapi kita tak berdaya kerana semua yang berlaku adalah hasil tulisan-Nya.  Dulu saya selalu fikir, jika saya ada kuasa, saya memang nak jadi orang lain. Yang ada kehidupan sendiri. Tidak terikat dengan sebarang undang-undang. Hidup bebas. Boleh buat apa saja yang saya nak buat. Tapi, saya tak berdaya. Kerana saya Qalam Abdul Halim. Bukan orang lain.”
Cinta hanya diam. Apa yang Qalam cuba sampaikan padanya. Dia masih samar-samar dengan semua perkataan yang Qalam ucapkan sebentar tadi.
Cinta memandang diarinya. Memegang kuat dan dia nekad. Perlahan tangannya menghulur diari itu kepada Qalam.
Qalam hairan. Dia pelik apabila diari itu diberikan padanya. Apa yang Cinta nak buat?
“Semua perkara tidak perlu diluahkan melalui mulut kita. Ada sesetengah perkara boleh diluahkan melalui tulisan mahupun lukisan. Awak boleh luahkan apa yang serabut dalam otak awak tu dalam diari saya ni.”
Qalam menelan air liurnya. Pelawaan Cinta diterima perlahan. Diari itu mula bertukar tangan.
“Saya kena masuk dalam. Kejap lagi waktu sarapan. Awak fikirlah dulu apa benda yang awak nak luahkan. Saya bagi awak masa. Kalau boleh, saya nak diari saya tu selepas breakfast. Boleh?”
Qalam tersenyum sambil kepalanya mengangguk perlahan.
“Saya minta diri dulu. Awak jangan masuk lambat. Papa saya tak suka orang datang lewat ke meja makan.”
Qalam mengangguk faham. Cinta mula mengangkat punggung berdiri semula.
“Awak...”
Cinta menghentikan langkahnya walaupun baru sahaja dia mengatur lima langkah.
“Terima kasih.”
Cinta hanya tersenyum lalu pergi.
Qalam memandang semula laut yang terbentang luas di hadapannya. Fikirannya mula kusut semula. Dia terasa berat sangat beban yang ditanggung. Diari Cinta yang ada di tanggannya dipandang. Pen yang juga diberikan bersama diari tadi diletakkan dia tangan kanannya. Diari mula diselak.

**************************************************************************

GOOD MORNING...”
Semua orang memandang Qalam yang baru sampai di meja makan.  Dia duduk di tempatnya seperti hari-hari sebelum ini. Fikirannya kusut sehingga tidak memperdulikan semua mata-mata yang memandangnya. Cinta mula risau. Apa yang terjadi dengan lelaki itu? Apa yang telah Papa katakana padanya? Dia bimbang.
Aliff pelik melihat Qalam tidak bermaya. Tapi dia yakin dia tahu punca jawapannya. Dia senang hati. Papanya memang bijak bertindak membantunya. Dia senyum tetapi senyumannya itu mati tatkala melihat diari Cinta apa pada lelaki itu. Biar betul dia pegang diari Cinta? Ya, memang itu diari Cinta. Tapi, macam mana boleh pada dia? Bukankah tidak ada sesiapa pun boleh sentuh diari tu? Diari itu bagaikan nadi Cinta. Dia tidak akan serahkan pada orang lain. Tapi kenapa...???
“Assalamualaikum... selamat pagi semua.”
Orang utama yang dinanti muncul. Papa Aliff mula mengambil tempat duduknya. Sudah adat di rumah itu, Ariansyah mesti menjadi orang terakhir tiba di meja makan. Anak-anaknya kena ada disiplin. Tidak boleh lewat.
Ariansyah memandang anaknya, Aliff. Senyumannya diberikan. Kemudian melihat Qalam. Memang power ayat dia berikan pada lelaki itu malam tadi. Qalam nampak kusut.

*************************************************************************

KAK LINA menghampiri Cinta yang berdiri di hadapan laut sama seperti biasanya.
“Cik Cinta...”
Cinta tersentak. Kemudian berpaling ke belakang.
“Kawan Tuan Muda Aliff bagi ni. Dia suruh beri pada cik.”
“Qalam?”
Kak Lina mengangguk sambil tangannya menghulurkan diari dan pen milik Cinta.
“Terima kasih.”
“Sama-sama. Saya perlu masuk. Ada kerja perlu diselesaikan.”
Cinta hanya mengangguk. Kak Lina berlalu pergi. Diari yang sudah berada di tangannya ditenung. Qalam memang menepati arahan. Dia memulangkannya betul-betul selepas sarapan pagi.
Cinta menarik nafas perlahan. Entah kenapa hatinya berdegup mahu membuka diari itu. Dia terlalu bimbang dengan luahan Qalam. Tapi dia perlu tahu apa yang Papanya katakan pada Qalam. Ya, itulah point yang buat Qalam serabut hari ini.
Perempuan... datang atas nama cinta
bunda pergi kerna cinta
digenangi racun cinta diwajahmu
yang berdinding kelam dan kedinginan

Ada apa dengannya?
meninggalkan hati untuk dicaci
lalu sekali ini
aku lihat karya syurga dari mata seorang hawa

Ada apa dengan cinta?
tapi aku pasti akan kembali
dalam satu purnama
untuk bertanyakan kembali cintanya
bukan untuknya
bukan untuk siapa
tapi untukku
kerana aku inginkan mu
itu sahaja.

kerana nama saya Qalam bin Abdul Halim...

Anak mata Cinta membesar. Dadanya seakan-akan berombak. Dia kenal sajak itu. Ya-ALLAH takdir apakah ini?



Mencintai Cinta - Bab 19

Bab 19

CINTA mematikan langkah. Pandangannya mula teralih melihat papanya. Apa yang pelik, dia melihat Qalam menyusuri langkah papanya. Papa dengan Qalam? Mahu ke mana? Dia menyoal benaknya sendiri.
Setengah jam yang lalu, dia menerima berita yang Papanya itu berbincang sesuatu yang penting dengan abangnya, Aliff. Perbincangan sulit yang berlangsung di bilik bacaan itu dilaporkan khas oleh Kak Lina kepadanya sebentar tadi. Dia masih belum tahu benda sulit apa yang telah dibincangkan, sekarang dia melihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa Qalam pula indan seterusnya.
Apa yang sulit sangat? Kenapa Papa tidak memeberitahunya apa-apa? Cinta bingung.

*****************************************************************************

QALAM memerhatikan laut malam melalui balkoni biliknya. Keindahan malam ini seakan-akan tidak wujud pada pandangannya.  Otaknya penuh dengan banyak perkara. Beberapa suara mula terngiang-ngiang di hujung telinganya.
Dia memejamkan mata. Bayangan bondanya jelas. Beberapa saat kemudian, bayangan Cinta pula muncul. Bila dia mahu mengukir senyuman, bayangan Basyirah mula menggantikan bayangan Cinta.
Dia segera membuka mata. Beristighfar beberapa kali.
Apa kena dengan aku ni? Kenapa serabut sangat? Dia menyoal diri sendiri. Tidak pernah mengalami masalah berat ini. Nampak ringan tetapi dia tidak dapat mengatasinya. Semuanya berpunca oleh perasaan. Cinta! Gadis itu yang wujudkan semua ini.
“Aku faham apa yang kau rasa. Tentu Papa Aliff cakap sesuatu yang berat untuk kau kan?”
Qalam tersentak apabila muncul suara Ryan secara tiba-tiba. Pandangannya teralih ke kanan.
“Permandangan malam ni cukup indah. Memang best buat rumah tepi pantai. Patutlah Cinta ada memori indah yang susah dilupakan kat sini.”
Qalam memerhatikan Ryan yang sudah bijak mengatur ayat. Apa maksud semua itu, Qalam tidak dapat mentafsirkannya.
“Lam, kau tau aku suka pada Cinta sejak pertama kali aku nampak dia...”
Ayat Ryan mula menusuk masuk ke jantung Qalam.
“Dan aku tahu kau juga suka pada Cinta...” Ryan meneruskan ayatnya.
Keadaan mula senyap. Qalam menunggu ayat seterusnya dari Ryan. Namun Ryan mula membisu seribu bahasa tanpa titik noktah.
So?” Qalam menyoal. Tidak suka menunggu.
“Aku mengalah. Aku nampak kesungguhan kau selama ni. Semua itu kau tak pernah beri pada Basyirah.”
Qalam memandang tajam pada Ryan. Sekelip mata sahaja. Ryan mengalah!
“Aku tak nak kau hancurkan harapan aku. Aku nak kau menang. Jangan hampakan Cinta. Aku rasa hanya kau boleh ubati dia.”
Qalam tersenyum. Dia segera memeluk Ryan.
“Terima kasih, Yan. Aku tak tau nak kata apa dah ni. Terima kasih...” Qalam kehilangan kata-kata.
“Kau kawan baik aku dunia dan akhirat, Lam. Aku sayang kau dan tidak sanggup lawan kau dengan cara ni. Aku mengalah demi persahabatan kita.”
Thanks bro. Thank you so much...” ucap Qalam sambil menepuk-nepuk belakang Ryan. Dia terlalu bersyukur dengan apa yang sedang berlaku.
So...” Ryan melepaskan pelukan. “Apa yang buat kau sedih sangat malam ni? Papa Aliff kata apa kat kau tadi?”


Mencintai Cinta - Bab 18

Bab 18


RYAN memandang laut yang terbentang di hadapan matanya.  Bayu laut pagi menenangkan sedikit sebanyak kasaratan di dalam mindanya. Terlalu banyak benda yang dia fikir ketika ini. Sejak semalam, dia serabut. Memikirkan banyak benda yang menimpa dirinya mahupun orang sekelilingnya. Apa yang pasti, misteri yang bermain di kepala otaknya, Qalam mahupun Basyirah mula terbongkar sedikit demi sedikit.
Dia memerhati sekelilingnya. Inilah tempat di mana Cinta sering berseorangan.  Apa yang istimewa tempat ini, dia sendiri masih tidak tahu. Jawapan bagi persoalan itu masih tiada tanda untuk dibongkar asal usulnya.
“Assalamualaikum...”
Ryan terperanjat. Suara yang datang menyapanya datang dari arah belakang. Segera memalingkan pandangan.
“Awak! emmm... waalaikumsalam...”
Ryan membalas senyuman yang dihadiahkan oleh Cinta padanya. Mahu bergoncang dadanya tatkala melihat betapa manisnya gadis itu.
“Boleh saya duduk sini?”  lembut suara Cinta meminta izin.
“Eh... ni tempat awak. Sorrylah saya datang sini tanpa minta izin awak...”
Cinta tersenyum singkat. Duduk perlahan di sebelah Ryan yang berada di atas pasir.
“Tempat ni tak tulis nama saya pun. Jadi, ni tempat sesiapa saja.” Ujar Cinta.
Ryan hanya memandang wajah Cinta. Wajah manis itu seakan-akan bukan seperti cerita Aliff malam tadi. Betulkah dia pernah amnesia dan tidak waras? Macam sukar mahu dipercaya. Mesti terlalu berat ujian yang melandanya. Terlalu sukar untuk dihadapinya.
“Saya minta maaf...”
Ryan terperanjat. Maaf? Cinta meminta maaf secara tiba-tiba.
“Apsal minta maaf pula ni?” Ryan menyoal.
“Maaf sangat. Korang sampai sini dah tiga hari tapi saya tak cakap apa-apapun dengan korang. Dahlah tak bersembang, saya bawa masalah pula.”
“Hah... eh, tak apa. Saya... emmm...” sukar sekali Ryan menyambung ayatnya. Perlukah dia memberitahu bahawa dia sudah tahu banyak cerita tentang Cinta?  Tidakkah ini akan mengguris luka di hati gadis itu?
“Awak pasti dah tau semuanya kan?”
Ryan terkesima. Tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Nampaknya Cinta memahami ayat yang ingin diungkapkannya sebentar tadi.
Sorry...” kali ini, Ryan pula yang memohon maaf.
“Saya yakin Abang Aliff dah buka cerita. Saya masak dengan perangai dia.”
Ryan hanya diam. Cinta menerima apa jua yang terjadi dengannya dengan begitu tenang sekali. Raut wajahnya seakan-akan tidak pernah berlaku apa-apa sebelum ini.
“Maaf susahkan awak malam tadi. Tentu lama awak tunggu saya sedar. Maaflah saya halau awak keluar semalam.”
“Eh... tak pa. Saya faham. Mana ada awak halau saya. Lagipun saya patut keluar. Dah lewat sangat malam tadi. Saya tidak sepatutnya ada di dalam bilik seorang perempuan.”
Cinta melahirkan senyumannya sekali lagi kepada Ryan. Memerhati raut wajah lelaki itu tidak sampai lima saat dan kemudian memandang ke hadapan semula. Mindanya didatangi pelbagai kejadian lalu. Lelaki itu baik terhadapnya. Sanggup pula menunggunya sehingga sedar malam tadi. Tidak pernah pula merungut walau sekali dengannya walaupun selama ini dia tidak pernah dilayan bila diajak berbual. Ya, Ryan terlalu baik.
“Awak baik.”
Ryan terkejut sekali lagi. Perlahan memandang Cinta di sebelah kanannya. Cinta mengatur ayat sambil memandang laut terbentang luas di hadapan. Betulkah gadis itu cakap aku baik? Dia seakan-akan mengalami mimpi di pagi hari.
“Terima kasih kerana baik dengan saya. Saya sangat hargai. Abang Aliff sangat untung dapat kawan macam awak.”
“Awak pun untung jugak. Kawan Aliff, kawan awak jugak kan?”
Cinta memandang Ryan segera.
“Betulkah ni?”
Ryan mengangguk laju.
“Terima kasih.”
Ryan tersenyum. Macam tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Pertama kali Cinta melayan dia seperti ini. Dia terasa bagaikan satu mimpi bila dia boleh bersembang dengan Cinta seperti ini. Tidak menyangka bahawa Cinta mahu menjadi kawannya walaupun selama ini mereka dianggap kawan yang ‘tidak sah’.
Qalam memerhati tidak jauh dari situ. Tiada apa yang buruk di fikirannya kali ini tentang Ryan seperti mana rasa tidak puas hati seperti sebelum ini. Apa yang bermain di mindanya hanya kisah silam Cinta yang sudah berada dalam pengetahuannya.
Aku dan Aliff Hamdie. Mesti membawa seribu makna pada Cinta. Adakah aku membawa duka Cinta semula? Dia masih menyoal dirinya sejak semalam. Dia rasa bersalah.
Persoalan demi persoalan mula hilang di minda Qalam tatkala melihat Ryan tiba-tiba berlalu meninggalkan Cinta berseorangan. Mesti dia ada hal untuk diselesaikan di dalam rumah Aliff kerana dia tidak akan sia-siakan peluang yang ada seperti ini. Dia kenal benar pada Ryan.
Mata Qalam membulat tatkala melihat ada sesuatu muncul di tempat Ryan sebelum ini. Lelaki. Tapi dia bukan Ryan. Tapi siapa? Dia juga bukan Aliff mahupun Hardi.
“Al...”
Qalam membesarkan biji matanya. Segera otaknya berpusing. Wajah lelaki itu dominan dengan wajah yang pernah dia lihat sebelum ini di dalam bingkai gambar. Aliff Hamdie?
Kaki Qalam seakan-akan longlai. Jantungnya berdegup dengan kencangnya. Aliff Hamdie? Aku nampak Aliff Hamdie? Aku mimpi ke pagi-pagi ni? Dia menampar lembut pipinya beberapa kali. Sakit. Ya, memang jelas sekali dia melihat Cinta sedang bersembang dengan lelaki. Dia Aliff Hamdie!

******************************************************************************

QALAM memandang kiri. Kemudian kanan. Melihat katil sebelahnya. Ryan tidur dengan nyenyak sekali. Dia bingung. Seperti ada bayangan yang lalu di sebelahnya tadi. Dia menyangkakan Ryan tapi sangkaannya meleset tatkala melihat Ryan asyik dibuai mimpi.
Dia bangkit dari katil. Ada pencurikah kat rumah ini? Itulah soalan yang bermain di mindanya. Bayangan siapa yang dia lihat? Qalam menyoal mindanya sendiri. Dia terus mengatur langkah keluar ke balkoni.
“Qalam... akulah yang kau cari.”
Qalam terperanjat. Dia memandang sisi kanannya. Tidak jauh di hadapannya ada cahaya menyilau. Dia menggosok-gosokkan matanya beberapa kali. Apa yang dilihat sebenarnya?
Qalam terundur ke belakang. Hampir pitam jatuh ke lantai. Nafasnya ditarik berhati-hati. Bayangan yang muncul di hadapannya dipandang dengan tajam sekali.
“A... Aliff... Aliff Hamdie?” tersekat-sekat suaranya. Seakan-akan tersangkut di kerongkong.
“Memang aku yang kau cari selama ini.”
No... mustahil...”
“Apa yang kau nampak dengan Cinta, memang itulah yang sedang kau nampak dengan jelas di hadapan matamu kini. Aku adalah bayangan yang pernah menghantui kau sebelum ini. Aku sudah lama datang dengan kau tapi baru hari ini kau dapat nampak aku dengan jelas.”
Qalam menggeleng beberapa kali. Memang sudah lama dia dibayangi dengan satu bayangan yang dia sendiri tidak pasti siapa. Apa yang dia pasti, dia juga ada mendengar suara tangisan perempuan. Mendengar apa yang bayangan di hadapannya katakan sebentar tadi, dia bingung. Apa kaitan bayangan itu dengan suara tangisan perempuan pula? Siapa pula perempuan itu?
“Siapa sebenarnya kau? Apa yang kau nak dari aku?” Qalam menyoal. Dia nampak serabut.
“Hanya kau yang boleh tolong aku.”
“Tolong?”
“Ya. Kembalikan Alyah yang aku kenal dulu. Gadis yang penuh senyuman dan semangat untuk hidup.”
Qalam hanya diam. Dia masih bingung dengan apa yang sedang berlaku terhadapnya. Takdir apakah ini? Apa kaitan semua ini dengan apa yang sedang berlaku? Dia masih tidak faham.
“Lam...?”
Qalam memandang ke dalam bilik. Ryan terjaga dan menghampirinya dengan muka yang mengantuk.
“Kau tak apa-apa ke ni?” Ryan menyoal cemas. Melihat Qalam yang dibasahi dengan peluh, dia panik. Sudah lama tidak melihat Qalam dalam keadaan sedemikian rupa. Dia risau. Semua yang telah berlaku sejak kebelakangan ini sudah hilang dari mindanya.
Qalam menarik nafas cermat. Memegang kakinya yang longlai seakan-akan tidak mampu mahu berdiri lagi. Ryan yang mengesan tindak tanduknya itu segera menghampirinya lalu memapahnya. Takut melihat keadaan Qalam sedemikian.
“Kau okey tak ni?” Ryan menyoal lagi.
Qalam hanya diam dipapah oleh Ryan. Kepalanya sempat memandang belakang. Bayangan Aliff Hamdie masih ada di situ. Dia kemudiannya melihat Ryan. Ryan tak nampak apa yang aku nampak?
“Lam, jangan buat aku panik. Ubat mana? Kau letak kat mana?”
Qalam hanya diam sehingga dia duduk di atas katilnya semula. Ryan dilihat membongkar beg bagasi yang dibawa Qalam. Mesti dia mencari ubat seperti mana yang dia tanyakan sebentar tadi. Qalam masih tidak menjawab apa-apa padanya. Hanya memerhati penuh bayangan Aliff Hamdie yang membatu berhampiran balkoni bilik yang mereka huni ketika ini.
“Lam... aku tanya ni. Ubat kat mana?” Ryan bernada sedikit keras kerana geram melihat Qalam yang masih tidak pandai menjawab soalan-soalannya. Dia yang ditambah dengan panik semakin tidak puas hati bila Qalam hanya tahu membatu sahaja.
“Aku tak sakit. Buat apa nak ubat!” nada Qalam keras melawan nada tinggi Ryan sebentar tadi. Dia geram. Mahu marah tapi bayangan Aliff Hamdie di hadapannya masih menjadi titik fokus utama pancarinderanya.
Qalam mula pening. Suara perempuan menangis mula bermain di telinganya. Dia serabut. Bayangan Aliff Hamdie yang baru muncul lagi menambah derita beban di otaknya.
Ryan segera menghampirinya. Dia tahu apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. Sudah lama dia berpenyakit itu. Sudah lama juga dia tidak diserang benda itu. Kenapa pula malam ini dia mengalami benda itu lagi? Ryan bingung.
“Yan... tolong aku. Tolong aku, Yan.” Qalam merayu pada Ryan yang berada di hadapannya. Kepalanya sakit. Terlalu berat menampung semua yang menyerangnya serantar ketika ini.
“Lawan benda tu, Lam. Lawan...”
“Aku nampak dia... aku nampak...”
“Siapa?”
Qalam tidak menjawab. Dia memegang kepalanya yang sakit. Semakin berat dirasakannya.
“Kau letak ubat kat mana?” Ryan menyoal lagi. Menggoncang-goncangkan bahu Qalam. Dia geram dan teringin hendak marah tapi dia tidak boleh.
“Poket beg aku... hujung... sebelah kanan...”
Ryan segera berlari mendapatkan beg Qalam semula. Mengambil ubat mengikut tempat yang telah diberitahu lelaki itu. Kemudian, dia segera memberi Qalam makan bersama air mineral yang berada di atas meja.
Qalam menarik nafasnya perlahan. Perlahan-lahan ubat yang diberikan Ryan bertindak balas. Dia mula tenang semula walaupun kepalanya masih serabut dengan pelbagai persoalan yang ingin ditemui jawapannya saat ini jua. Namun, apakan dayanya. Dia masih bermain dengan teka teki takdir.
“Siapa yang kau nampak?” Ryan menyoal. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan katil mereka.
Nothing. Aku nampak benda tu lagi. Aku dengan ada suara perempuan menangis. Aku tak tau apa kaitan semua ini dengan aku.” Dalam ayatnya menjawab dengan jujur, Qalam masih menyembunyikan kebenaran bahawa dia bertemu dengan Aliff Hamdie sebentar tadi.
“Dahlah Lam. Benda ini dah nak setahun yang lepas. Nak masuk dua tahun dah. Kau jangan nak serabutkan otak kau. Mesti kau fikir lagi benda tu sebab tu kau alami balik benda tu.” Ryan masih menasihat benda yang sama sejak hampir dua tahun yang lalu. Dia juga tahu apa yang berlaku pada Qalam. Lelaki itu sering dihantui peristiwa lama. Didatangi bayangan dan tangisan perempuan. Dia sendiri tidak tahu datangnya dari mana.
Nasib Qalam persis dengan Cinta. Masing-masing ada masa lalu yang sering menghantui mereka. Bayangan apa, Ryan masih tidak tahu dari mana atau siapa bayangan itu sebenarnya. Apa punca Qalam diganggu, itulah yang dia tidak tahu dan masih bingung sampai sekarang mencari jawapan.
Qalam membatu dan hanya tahu berfikir. Apa kaitan bayangan Aliff Hamdie dengan aku? Jadi selama ini aku didatangi bayangan Aliff Hamdie? Tapi kenapa? Benda tu sudah lama berlaku. Sejak aku tak masuk UUM lagi. Waktu tu aku tak kenal Aliff dan adiknya lagi. Tapi aku dah lama kenal dengan bayangan Aliff Hamdie. Tapi apa kaitannya dengan perempuan yang menangis? Kenapa aku pun nampak bayangan Aliff Hamdie ketika bersama Cinta? Apa kaitan semua ini? Hidup Cinta dengan aku ada kaitan ke sejak dulu? Qalam bingung. Masih buntu mencari jawapan.


Tutorial belajar melalui Wikispace untuk guru

Seorang guru perlu mempelbagaikan kaedah P&P setiap hari. Globalisasi yang semakin pantas membuatkan guru juga perlu mengejar arus pemodenan termasuklah penggunaan teknologi dalam pengajaran mereka. Oleh yang demikian, saya mengesyorkan para guru untuk menggunakan aplikasi web yang sangat mudah, iaitu Wikispaces.


Anda boleh lihat tutorial bagaimana menggunakan Wikispaces untuk pengajaran anda. Yang pasti, ianya sangat menarik!


Mencintai Cinta - Bab 17

Bab 17

“JANGAN!!! Tolong jangan tinggalkan saya!!!”
Ryan terperanjat. Dia segera menghampiri pintu bilik Cinta. Mengintai apa yang berlaku di dalam. Cinta sedar dari tidurnya. Meracau kuat seperti orang yang tidak siuman. Kak Lina yang sentiasa ada di sisinya kelihatan cuba menenangkannya namun tidak berjaya. Tiada cara lain lagi, Ryan terpaksa masuk campur. Dia masuk ke dalam bilik segera.
“Tak apa En. Ryan. Cik Cinta akan okey.” Ujar Kak Lina pada Ryan yang tiba-tiba muncul di sebelahnya.
Ryan senyap. Terpaksa menahan hajatnya untuk menolong Kak Lina menenangkan Cinta.
“Cik Cinta mengucap...”
Cinta menarik nafasnya perlahan. Pandangannya lari pada wajah Kak Lina yang memegangnya. Dia mula senyap. Meligatkan otaknya mengimbas apa yang telah berlaku sebelum ini.
“Astaghfirullah...” lafaz Cinta perlahan. Mengesat peluh yang sudah membasahi dahinya. Aku bermimpi lagi. Keluhnya dalam hati. Matanya melihat kelibat Ryan yang ada di situ. Baru dia tersedar bahawa Ryan ada ketika dia meracau tadi.
“Awak okey?” Ryan menyoal perlahan.
“Apa yang awak buat di sini?” Cinta menjawab dengan melontarkan soalan kepada Ryan. Segera mencapai tudung yang berada di atas meja sebelah katilnya. Menutup rambutnya dari penglihatan Ryan.
“Saya...” Ryan tiada jawapan. Ayatnya mati di situ sahaja.
“Cik Cinta...”Kak Lina bernada perlahan dengan Cinta. Ryan hanya memerhati apa yang telah dilakukan oleh pembantu rumah itu. Dia tidak dapat mendengar dengan jelas tentang apa yang ingin dibicarakan oleh perempuan itu pada Cinta.
“En. Ryan ada di sini sejak cik tidak sedarkan diri tadi lagi. Kesianlah dengan dia. Mungkin dia mahu cakap sesuatu dengan cik.”
Cinta melarikan pandangannnya kepada Ryan. Lelaki itu kelihatan senyap. Tentu dia tidak mendengar apa yang telah dikatakan oleh Kak Lina.
“Kak Lina nak keluar dulu. Tuan Ariyanshah suruh Kak Lina inform kat dia bila Cik Cinta sedar.”
Cinta hanya senyap. Ryan kelihatan terperanjat sedikit mendengar Kak Lina mahu mengundur diri di saat ini. Apapun yang terjadi, dia hanya membatu tidak boleh berbuat apa-apa. Mungkin inilah ruang yang diberikan padanya untuk berbicara dengan Cinta hanya empat mata. Tiada orang lain yang menghalang.
“Awak okey?” untuk kali yang kedua, Ryan menyoal soalan yang sama pada Cinta.
“Saya okey. Maaf buat semua orang panik termasuk awak.”
“Tak apa.” Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Ryan. Pertama kali dia memulakan bicara dengan Cinta. Dia merasakan sedikit kekok. Semua soalan yang ingin ditujukan hilang dari mindanya. Mulutnya juga seakan-akan terkunci. Dia mula tidak tentu arah.
Keadaan hening. Cinta tidak bersuara lagi. Ryan pula mula hilang topik. Segalanya seakan-akan tergendala. Dia sendiri tidak tahu kenapa ini berlaku. Apa yang pasti, ini kali pertama dia kelihatan seperti budak pendiam. Ini bukan Ryan sebelum ini.
Mata Ryan mula terfokus di atas meja sebelah katil Cinta. Gambar Cinta dengan seorang perempuan yang seiras dengan gadis itu. Sebelah bingkai gambar itu pula gambar perempuan tadi dengan Papa Cinta. Siapa perempuan itu? kenapa muka dia bukan muka Mama Aliff? Adakah Papa dia kahwin dua? Ryan menyoal benaknya sendiri. Bingung.
“Emmm... saya... baik saya keluar dululah. Tak manis saya duduk di dalam bilik perempuan berdua je. Lagipun saya nak cari Qalam dan Aliff. Awakpun dah okey. So, saya tak perlu risau lagi..”
“Hah?”
“Maksud saya... kami semua tak perlu risau lagi. Nanti saya bagitau yang lain yang awak dah okey.” Segera membetulkan ayatnya. Hampir lagi terlepas dari lubuk hatinya.
Cinta menggangguk. Ryan dilihat mengatur langkahnya keluar dari situ. Hilang sahaja bayang-bayang lelaki itu, Cinta memandang pada bantal di sebelahnya. Tangannya dimasukkan ke bawah bantal itu.
Ryan memerhatikan penuh tindakan Cinta melalui ruang kecil dari muka pintu. Pensil apa yang Cinta pegang? kenapa perlu disorokkan di bawah bantal. Kenapa mesti diletakkan di situ? Mesti ada makna semua ini. Kemungkinan besar ada kaitan dengan sikap Cinta yang sering meracau. Ryan yakin dengan apa yang telah dipersoalkannya.

*************************************************************************

QALAM terduduk. Terasa sedikit longlai. Aliff yang berada di hadapannya menghadap dinding. Ruang ‘Nota Cinta’ yang penuh dengan gambar Cinta dengan Aliff Hamdie di hadapan mereka direnung mendalam dengan begitu bermakna.
“Malam tu malam yang paling bersejarah bagi Cinta. Bila aku sampai kat tempat kejadian, aku nampak Cinta senyap walaupun dia menangis. Bila aku sentuh dia, dia kaku macam manusia tak ada perasaan.”
Qalam tekun mendengar cerita Aliff. Dia sudah tahu punca Cinta suka meracau. Dia akhirnya juga tahu ke mana Aliff Hamdie selama ini.
“Aliff Hamdie?” Qalam menyoal tiba-tiba.
“Tikaman yang terkena pada Aliff Hamdie mengakibatkan dia hilang banyak darah. Dia koma dua hari sebelum meninggal.”
What?” Qalam memandang tepat muka Aliff. Reaksinya terkejut.
“Ya. Aku kehilangan seorang sahabat yang paling aku sayang kat dunia ni. Kematian Aliff Hamdie mengubah hidup kami berenam. Cinta selalu meracau. Dia hidup persis mayat hidup. Kalau dia tak meracau, dia senyap seorang diri. Mengurung dirinya sendiri. Tak makan, tak minum. Kata doktor, dia trauma dengan apa yang berlaku. Empat bulan pertama arwah tinggalkan kami, dia alami amnesia. Dia tak kenal semua orang termasuk aku sendiri. Kau bayangkan keadaan Cinta masa tu. Beberapa kali dia masuk wad kecemasan kerana mempunyai masalah pada organ dalaman disebabkan anemia yang teruk dan kekurangan zat akibat tak makan dan minum. Dia makin kurus sampai doktor sendiri pernah cakap yang dia tak ada harapan lagi untuk terus hidup. Tapi Alhamdulillah, berkat doa semua orang dia semakin pulih sekarang.”
So, dia meracau semula sebab aku? Dia jumpa manusia yang seiras dengan Aliff Hamdie. Orang yang sudah meninggalkannya buat selama-lamanya.” Qalam sudah mendapat jawapannya.
“Kalau aku bagitau kau sesuatu, aku harap kau jangan terkejut.”
“Bagitau apa?” Qalam menyoal bingung. Ayat Aliff Hamdie sebentar tadi mempunyai makna yang begitu mendalam.
“Doktor pernah sahkan Cinta tak waras sejak mengalami amnesia.”
Qalam membesarkan kedua-dua biji matanya. Ayat Aliff seakan-akan mencucuk deria pendengarannya.
“Tak waras?” Qalam mengulang. Menyoal mendapatkan kepastian.
“Ya. Cinta kata dia nampak Aliff Hamdie dalam hidupnya. Dulu dia kritikal sangat sampai nampak Aliff Hamdie sepanjang hari tapi sekarang Alhamdulillah dah kurang sikit. Dia kata dia nampak bayangan Aliff Hamdie di mana-mana je. Dia selalu bercakap seorang diri sebab benda tu. Kau ingat tak Cinta pernah cuti sakit seminggu sebab dia sakit? Papa aku ada telefon aku dan bagitau penyakit Cinta tu menyerang dia semula. Minggu tu dia merapu sorang-sorang sampai Papa aku masukkan dia ke dalam hospital untuk dipantau. Syukurlah dia sembuh semula dalam masa singkat.”
Qalam terdiam. Mengimbas semula detik dia pernah bertemu Aliff suatu ketika dulu. Dia nampak lelaki itu menangis. Saat itulah dia mula mengenali lelaki itu dengan lebih akrab apabila keduanya menceritakan hal peribadi masing-masing dengan lebih terperinci. Masa itulah juga mereka berbincang tentang pertunangan mereka yang seringkali dilanda masalah masing-masing.
So, dia meracau sebab bayangan yang dia nampak?” Qalam menyoal. Ya, soalan inilah yang paling penting sekali baginya. Dari dulu dia ingin tahu kenapa Cinta berkelakuan pelik.
“Ya. Dia akan meracau macam yang kau nampak.”
Persoalan di benak Qalam selama ini akhirnya terjawab malam ini. Inilah persoalan utama yang sering melanda mindanya. Dia tidak menyangka, di sini, di rumah Aliff sendiri cerita itu terbongkar sedikit demi sedikit.
Ryan mematungkan diri di luar bilik. Mendengar setiap ayat yang dikeluarkan Aliff kepada Qalam, dia terpaku. Nasib Cinta mula diselongkar satu per satu. Gadis itu memang misteri. Namun, masih banyak lagi yang belum terbongkar. Ya, dia sangat pasti. Pensil, gambar perempuan yang bersama Papa Cinta dan mungkin selepas ini ada lagi benda yang timbul. Ryan yakin, ceritanya tidak semudah ini.

****************************************************************************

ALIFF memejamkan matanya. Jam di dinding sudah menunjukkan angka tiga pagi namun dia masih tidak dapat lena. Telinga dari tadi mendengar suara jelas Aliff Hamdie.
“Kau janji de... dengan aku, Liff. Ja... jaga Alyah sebaik... yang mungkin. To... tolong hentikan... tangisannya. Aku nak... dia... senyum semula macam biasa...”
Aliff menangis. Aliff Hamdie yang kelihatan nazak masih cuba sedaya upayanya menyampaikan amanah. Tangan mereka tergenggam erat menunjukkan ikatan persahabatan yang begitu kukuh.
“Aku tak boleh janji. Aku mungkin tak boleh kembalikan senyumannya. Kau sendiri tau, dia tersenyum semula pun sebab kau hadir dalam hidupnya. Hanya kau yang dapat mengubah dia.”
“Kak Lisa...” Aliff Hamdie memanggil kakak kembarnya. Alisa yang berdiri di sebelah kanannya masih menangis tidak berhenti melihat adik kesayangannya dalam keadaan sedemikian. “Tolong DD, Kak... Lisa. Hanya... Kak Lisa dan... Aliff yang boleh buat... semua ni. Tolong...”
Alisa hanya menangis. Naluri kembar yang dimilikinya membuatkan dia agar sukar menerima kenyataan bahawa separuh hidupnya akan hilang bila-bila masa atas kehendak-Nya. Keadaan adiknya yang nazak sebegini agak sukar kerana terlalu berat untuk dihadapi.
Aliff tersentak. Cerita lama menguasai mindanya. Sudah lama adegan itu cuba dilupakan namun semakin sukar untuknya. Bingkai gambar di hadapannya ditenung. Muka Aliff Hamdie menjadi fokus utamanya.
“Aku dah cuba yang terbaik, Liff. Aku masih gagal. Aku tak akan kalah demi janji yang kau berikan pada aku dan Lisa. Demi kau, Liff. Demi persahabatan kita. Aku akan buat sampai boleh. Aku tak akan peduli walau apapun yang akan terjadi. Asalkan Cinta tidak meracau lagi dan kembali senyum macam dulu. Aku janji!”
Aliff menggenggam tangannya. Cincin pertunangan di jari manisnya ditenung sedalam-dalamnya. Liff, aku akan buat apa yang boleh. Demi janji kita. Demi senyuman Cinta!

***************************************************************************

ALISA memerhati gambar di hadapannya. Wajah Qalam bermain di dalam otaknya. Wajah Aliff Hamdie yang ada dalam bingkai gambar di hadapannya juga diperhati penuh. Kenapa ada takdir sedemikian rupa? Dia masih melegarkan soalan itu di dalam otaknya. Dia bingung dengan apa yang telah berlaku.
“Kak Lisa masih tak faham. Kenapa Qalam muncul? Dia macam dekat dengan Kak Lisa. Siapa dia yang sebenarnya? Kenapa Kak Lisa dapat merasakan ada aura DD dalam diri Qalam?” Alisa bersuara seolah-olah menyoal gambar di hadapannya.
“Kak Lisa...”
Alisa terdiam. Membatu seketika. Tubuhnya dipusingkan perlahan ke belakang. Ke arah suara yang baru menyapanya sebentar tadi.
Bayangan itu muncul semula. Alisa menarik nafas perlahan.
“Dalam diri Qalam ada DD.”
Alisa terdiam. Apa yang cuba disampaikan oleh bayangan itu, dia masih kurang pasti. Apa yang dia pasti, memang bayangan itu dilihat dengan jelas. Dia tidak bermimpi.
“DD...” Alisa memanggil nama timangan manja adiknya. Dia sekeluarga sahaja yang memanggilnya dengan nama singkat itu. Juga gadis yang dicintainya, Cinta Nur Alyah.
“Tolong kembalikan senyuman Alyah. DD rayu dengan Kak Lisa... kak boleh tolong DD.”
Alisa menggeleng beberapa kali. Dia yang lemah mendengar suara adik kesayangannya itu dilihat mengalirkan air mata perlahan.
“Qalam... dia ada jawapannya sebab dalam diri Qalam ada DD.”
“Hah?” Alisa masih bingung. Ayat itu masih samar dan tidak ditemui makna mendalamnya.
“DD perlukan senyuman Alyah... please...”
Alisa meliarkan matanya. Bayangan itu hilang sebaik sahaja menamatkan ayat yang mendayu-dayu itu. Dia menarik nafas. Air mata yang mengalir perlahan kelihatan tidak tumpah lagi. Dia kemudiannya tunduk. Menarik nafas dengan cermat.
Sudah lama dia tidak didatangi bayangan itu. Dia juga masih tidak tahu kenapa dia masih mengalami keadaan ini. Adakah satu mimpi atau anugerah Ilahi? Dia sendiri tidak pasti. Apa yang dia pasti, bukan dia seorang sahaja yang mengalami keadaan ini. Cinta juga sama.
Beberapa hari selepas pemergian Aliff Hamdie, dia didatangi bayangan adiknya itu. Dia pelik kerana dia boleh berkomunikasi dengan bayangan seakan-akan roh itu. Apabila mendengar khabar bahawa Cinta trauma dan anemia kerana dipercayai didatangi bayangan Aliff Hamdie, dia terperanjat. Dia bingung. Namun, dia tidak pernah membuka mulut pada sesiapa termasuk kedua orang tuanya dan kawan-kawannya. Dia takut disahkan tidak siuman sama seperti Cinta.
Tak! Semua ini bukan satu ilusi seperti mana doktor yang merawat Cinta sahkan. Ini satu realiti. Bayangan itu benar-benar wujud. Kami bukan manusia gila.


Mencintai Cinta - Bab 16


Bab 16


ALIFF terpaku. Tersentak seketika tatkala melihat ada bidadari di hadapannya. Baju yang berwarna putih seakan-akan dilihat bercahaya. Ciptaan ALLAH memang indah. Cinta begitu cantik sekali.
“Anak Papakah ni?”
Cinta tersenyum. Dia menghalakan langkah ke arah ruang tamu. Di situ ada Papa, Mama dan Aliff. Hatinya riang saat menanti orang yang bakal datang menjemputnya. Sempat menjeling pada jam di tangan sebelum pergi melabuhkan punggungnya ke sofa sebelah Aliff.
“Cantik.”
Cinta tersenyum sambil menjeling ke arah Aliff yang memujinya perlahan sebentar tadi. Muka Aliff kelihatan selamba menghadap peti televisyen seakan-akan tidak pernah menyapa Cinta.
Thanks.” Cinta membalas perlahan pada Aliff. Aliff hanya tersenyum.
“Lawa anak Papa.” Ariyanshah memuji Cinta. Cinta tidak bersuara tapi senyumannyan semakin melebar di bibir.
Nit, nit!!!
Semua orang memandang Cinta tatkala mendengar bunyi hon kereta di luar. Cinta semakin teruja. Nafasnya ditarik perlahan-lahan. Pakaian dan tudungnya dikemas rapi. Kelakuannya itu diperhati penuh oleh Aliff yang duduk di sebelahnya.
“Dah cantik sangat tu...” ujar Aliff. Cinta memandangnya. Kemudian tersenyum.
“Ma, Papa... Ta pergi dulu.” Cinta menghala ke arah Papa dan Mamanya. Meminta izin sebelum pergi.
“Ya sayang. Jangan balik lambat sangat tau.” Seperti biasa, Ariyanshah yang akan memanjakan Cinta.  Siap memeluk tubuh Cinta. Memang tidak dapat dinafikan lelaki itu sangat menyangi Cinta. Tidak hairanlah Cinta suka bermanja padanya.
“Abang Aliff hantar ke luar.”
Cinta hanya tersenyum. Dia sudah terbiasa dengan rentak Aliff. Lelaki terlalu manjakan dia sebagai adiknya. Betapa bersyukurnya Cinta apabila dikurniakan keluarga yang begitu menyayanginya bak puteri raja.
“Kenapa kau lambat?” dengan nada serius, Aliff menyoal pada Aliff Hamdie yang baru keluar dari keretanya.
Relaxlah abang ipar... traffic jam tadi...” selamba Aliff Hamdie menjawab pada sahabatnya.
“Banyaklah kau punya abang ipar.” Aliff berseloroh. Aliff Hamdie di hadapannya tersenyum lebar sambil menjeling-jeling ke arah Cinta.
Cinta mengatur langkahnya dekat dengan Aliff Hamdie. Dia teruja kerana ini kali pertama keluar dengan Aliff Hamdie berdua sahaja. Tersimpul manis senyuman di bibirnya seakan-akan menutup segala degupan jantungnya. Dia benar-benar gugup.
“Jaga baik-baik adik aku ni. Ni kali pertama dia keluar dengan lelaki. Aku dan family aku bagi keluar pun sebab kami percaya pada kau, Liff.” Aliff sempat memesan.
“Jangan risau abang ipar. Akan kujaga Cinta lebih dari aku jaga diriku sendiri.”
“Berkata manis pulak kau dengan aku ya. Sakit telinga aku dengar ni. Macam nak jatuh je telinga aku sebelah.”
Semua orang mula ketawa tatkala Aliff dan Aliff Hamdie mula berlawak. Cinta yang berada di tengah-tengah turut tidak dapat menahan geli di hatinya.
“Kalau ada apa-apa, call abang Aliff. Manalah tau budak nakal ni buli Ta. Dia ni kadang-kadang memerlukan pemantauan sekali-sekala. Silap-silap bukan dia yang jaga Ta tapi Ta yang kena jaga dia pulak.” Aliff menambah semula.
“Aik, Liff. Menyindir akukah tu? Kita ni kan sahabat baik dari form one lagi. Takkan sedikitpun kau tak mnakau cover aku depan Cinta? Ceritalah benda-benda baik sikit... sejuk jugak hati Ta dengar kekasihnya berhati mulus dan kudus.”
“Ya ALLAH, kalau berterusanlah cerita korang berdua ni, sampai esok pun takkan habis. Baik Ta masuk je dalam. Tidur lebih baik.” Cinta tiba-tiba menyampuk. Dia sebenarnya tidak tahan bersama dua manusia bernama Aliff itu. Mereka memang suka melalut.
“Hah, kau tengok Liff. Puteri aku ni dah tak sabar-sabar nak keluar dengan aku.”
“Puteri kau? Ehhh... salah di situ. Cinta ni aku dan keluarga ku yang punya.”
“Ehhh... satu, dua, tiga... berhenti sekarang okey?” Cinta segera memotong semula. Mereka berdua segera mengunci mulut.
Sorry...” Aliff Hamdie segera memohon.
Cinta tersenyum simpul. Cover perasaannya. Penyayangnya Aliff Hamdie terhadap Cinta. Dia tidak mahu Cinta marah walaupun sedikit. Dia menjeling pada Aliff di hadapannya. Dia malu sekali bila Aliff Hamdie berkelakuan sedemikian rupa di hadapan abangnya.
Aliff memandang Cinta dan Aliff Hamdie. Sayang Aliff Hamdie terhadap Cinta memang mendalam sekali. Dia tidak dapat mengalahkannya. Aliff Hamdie memang hebat dengan ketulusannya.
“Liff, aku pergi dululah. Lambat-lambat nanti, balik lambat pulak. Nanti aku jugak yang kena marah. Tak pasal-pasal aku kena tembak oleh Papa kau yang askar tu. Mati percuma aku sebelum kahwin dengan tuan puteri sebelah aku ni.”
Cinta tergelak kecil. Lawak Aliff Hamdie memang terkena di hatinya.
“Amboi, aku report kat Papa aku baru padan muka kau!”
“Hehe...” Aliff Hamdie masih berlawak. Cinta di sebelahnya menahan gelak daripada bertelabur mengilai seperti syaitan. Memang lawak sekali lawak Aliff Hamdie.
“Hati-hati.” Pesan Aliff lagi.
“Okey abang ipar. Sebelum tu, aku nak peluk kau dulu kawan. Ala, kita buat macam Kak Lisa aku buat dengan Cinta. Budak perempuankan suka main peluk-peluk kalau nak berpisah,” masih tidak habis lagi lawak Aliff Hamdie. Habis tergelak Aliff dan Cinta di situ.
Cinta memerhati Aliff Hamdie yang memeluk tubuh Aliff sambil menepuk-nepuk belakang masing-masing. Entah apa yang dibicarakan sesama mereka, Cinta tidak dapat mendengarnya langsung. Rahsia lelakilah agaknya.
“Sudahlah tu. Mengutuk orang je kerja korang berdua ni.” Cinta bersuara lagi.
“Mana ada mengutuk. Memujilah!” Aliff Hamdie segera membela diri sebaik sahaja melepaskan pelukan dengan sahabatnya.
“Yalah-yalah...” Cinta mengalah.
“Yalah princess... marilah kita pergi sayang...”
Cinta memandang tajam muka Aliff Hamdie. Geramnya hadir tatkala mendengar perkataan yang memalukan terkeluar dari mulut lelaki itu.
“Abang tak dengar apa-apapun...” Aliff segera bersuara. Dia tahu Cinta malu.
“Malu kat Abang Aliff...” ujar Cinta berbisik pada Aliff Hamdie. Lelaki itu hanya tersenyum. Memang itu hobinya. Bersikap nakal dengan Cinta. Sebab itulah Cinta tertarik dengannya.
“Aliff tu pekak badak. Jangan risau dia takkan dengar apa-apa punya.”
Cinta tersenyum menahan gelaknya. Aliff kelihatan menahan perasaannya. Dia juga mahu tergelak namun terpaksa berpura-pura marah dan blur. Dia memang masak dengan perangai gila Aliff Hamdie. Berlawak sedemikian memang mulut lelaki itu.
“Okey Liff. Kita jumpa lagi kalau ada kesempatan.”
Aliff hanya tersenyum. Merepek sungguh mulut Aliff Hamdie malam ini. Dia yakin sungguh kebahagiaan lelaki itu menjadi menyebabnya. Tidak tentu arah dia dibuatnya. Lebih-lebih lagi melihat keangguanan Cinta malam ini.
“Awak cantiklah hari ni.” Aliff Hamdie memuji Cinta sambil membukakan pintu kereta untuk gadis itu. Cinta sempat mencubit lengan Aliff Hamdie. Dia kemudiannya tersenyum sambil masuk ke dalam kereta. Bangga kerana mendapat layanan di-Raja oleh lelaki itu.
“Liff, adik kau ni suka sangatkah mencubit orang? Dia asyik cubit aku je ni.” Aliff Hamdie mula mengadu pada Aliff yang masih tercegat tidak jauh dari keretanya.
“Padan mukak kau. Jangan banyak songeh. Pergilah cepat.”
Aliff Hamdie tersenyum pada Aliff. Dia sempat megenyitkan matanya pada Aliff sebelum masuk ke dalam kereta.
“Kita nak pergi mana?” Cinta menyoal Aliff Hamdie tatkala lelaki itu masuk dalam kereta.
Special. Sampai nanti baru awak tau.”
Cinta mengerutkan dahinya. “Baik tak payah tanya kalau dapat jawapan macam tu!” dia merungut. Aliff Hamdie di sebelahnya kelihatan tersengih melihat telatah Cinta.
“Comel!”
What?” Cinta menyoal. Tidak jelas mendengar apa yang baru sahaja diungkapkan oleh Aliff Hamdie padanya.
“Tak ada apalah.”
“Tengok. Bila saya tanya mana nak jawab.”
“Awak ni makin manjalah dengan saya.”
“Jangan nak mengarutnya. Mana ada!”
Aliff Hamdie tersenyum. Cinta kelihatan semakin geram. Memang inilah yang dia selalu kena. Aliff Hamdie memang suka bulinya.
“Ala... janganlah merajuk wahai puteriku yang cantik...”
“Saya tak makan pujuk awak pun...”
“Oh, pujuk boleh dimakan rupanya. Saya tak pernah tau pun.”
Cinta mengerutkan dahinya. Matanya tajam memandang Aliff Hamdie yang semakin rancak berlawak.
“Saya sayang awak.”
“Hah?” Cinta terkesima.
“Takkan itupun awak tak dengar?”
“Apa?” Cinta pura-pura blur padahal ayat Aliff Hamdie sebentar tadi sangat jelas di pendengarannya.
“Tak ada apalah.” Aliff Hamdie mahu merajuk.
Cinta memandang hadapan. Dia menahan tergelak tapi terpaksa ditahan. Padan muka! Desis Cinta. Dia berjaya mengenakan Aliff Hamdie akhirnya.
“Ehhh...”
“Kenapa?” Cinta menyola tatkala mendengar Aliff Hamdie bersuara.
“Kereta ni macam...” tidak habis ayat Aliff Hamdie, kereta yang dinaiki sudah tidak boleh berfungsi dengan baik. “Time nilah dia nak rosak pulak!” Aliff Hamdie merungut marah.
Cinta hanya melihat Aliff Hamdie di sebelahnya yang mula bengang dengan apa yang terjadi. Apa tidaknya, tidak sampai dua kilometer mereka bertolak dari rumahnya, kereta sudah rosak. Aliff Hamdie memang patut bengang. Rencana yang telah dirancang malam ini semua bakal tergendala jika kereta tidak dapat dibaiki dengan cepat.
Aliff Hamdie memberhentikan kereta di tepi jalan. Cepat keluar dari kereta memerhati apa yang rosak. Cinta mengikut tindakannya. Dia juga mahu tahu.
“Tayar belakang pecah. Saya tak da tayar spare.”
“Saya call Abang Aliff. Minta dia tolong kita,” cadang Cinta.
“Emmm... awak call kejap lagi boleh?”
“Kenapa?”
“Hah? Saja.”
“Hah?”
“Plan malam ni nampaknya kenalah cancel. Kita borak kejap boleh? Lepas tu baru kita call Aliff.”
Cinta hanya diam. Dia tersenyum. Kesian pada Aliff Hamdie. Segala yang telah dirancangnya terpaksa dibatalkan padahal inilah hari pertama mereka keluar berdua kerana selama ini mereka selalu keluar ditemani Aliff, Alisa mahupun Hardi dan Leby. Hamper tiga tahun mereka berkawan dan inilah saat-saat yang ditunggu oleh Aliff Hamdie.
“Saya minta maaf.” Aliff Hamdie memohon maaf.
“Kenapa minta maaf pulak? Bukan salah awak pun. Kereta ni memang dah nak rosak.”
Keadaan senyap. Masing-masing duduk di atas bonet hadapan kereta sambil memerhatikan langit malam yang dipenuhi jutaan bintang.
“Saya tau awak suka tengok bintang.”
Cinta memandang Aliff Hamdie segera.
“Macam mana awak tau?”
“Sebab sayapun suka tengok bintang.”
“Hah? Jawapan tak ada markah langsung!”
“Amboi, dah pandai berlawak...”
“Awak yang ajar saya.” Jawapan Cinta melahirkan gelak Aliff Hamdie.
“Awak memang pandai.”
Cinta tersenyum. Aliff Hamdie kalah lagi.
“Saya sebenarnya selalu nampak awak tenung langit yang penuh dengan bintang. Saya dah lama nak tanya awak tapi biar saya perhatikan awak dulu. Jadi, betullah awak suka tengok bintang?”
Cinta mengangguk-angguk perlahan sambil tersenyum. Senyuman itulah yang menambat hati Aliff Hamdie.
“Awak cantik bila senyum.” Aliff Hamdie mula memuji lagi. Dia memang benar-benar cair dengan senyuman Cinta. Hatinya seakan-akan mahu gugur melihat senyuman Cinta padanya.
“Bila senyum je?” segera cover malu. Cinta menyoal dengan berlawak pada Aliff Hamdie.
“Saya kenal awak dari dulu lagi. Sejak awak masih pakai tudung hanya ke sekolah tapi free hair bila luar waktu sekolah. Sampai awak mula serius pakai tudung setahun lalu, saya  tetap suka nampak awak. Memanglah pakaian melambangkan diri seseorang. Tapi awak lain. Entahlah. Saya suka awak apa adanya sebab saya tahu hati saya tidak salah memilih perempuan yang cantik macam awak. Bukan sahaja cantik pada muka, tapi ada hati yang lebih cantik dari segala-galanya.”
“Saya tak percaya.”
“Mungkin budak nakal sekolah ni awak pandang sebagai lelaki yang pandai berkata-kata. Tapi saya ikhlas.”
“Tapi bukankah seorang lelaki suka pada perempuan yang cantik?”
“Saya mengaku, saya memang cepat tertarik melihat perempuan yang cantik. Pertama kali jumpa awak dulu, ingat tak yang kita tak sehaluan? Saya pernah marah awak. Tapi saya pun tak tahu kenapa saya tak boleh nak benci awak macam saya benci orang-orang lain yang pernah cari pasal dengan saya. Bila saya tengok muka awak, saya macam jadi lemah. Awak memang cantik. Tapi jujurnya saya cakap, saya lebih tertarik dengan keperibadian awak melalui nota yang kita buat setiap pagi. Nota cinta itulah yang buat saya kenal siapa awak di hati saya.”
Cinta melihat wajah hitam manis milik Aliff Hamdie. Matanya yang sayu itu melambangkan setiap perkataan yang baru diungkapkan adalah jujur sepertimana dia mengakuinya. Lelaki itu tidak berdusta dengan bermain kata-kata. Dia memang ikhlas. Cinta tahu dan dapat rasakan.
“Kejap. Ada benda saya nak bagi awak.”
Cinta hanya terdiam memerhati tingkah laku Aliff Hamdie yang berlari masuk ke kereta. Tidak sampai 10 saat, dia datang semula.
“Saya tau awak suka menulis dan melukis. Saya beli buku ni untuk awak. Buku tu ada dua fungsi. Boleh menulis dan boleh melukis. Dan yang ini pensil kesayangan saya. Saya pakai pensil ni sejak saya darjah enam lagi. Arwah atuk yang bagi.”
“Kenapa bagi saya kalau pensil tu benda kesayangan awak?”
“Sebab saya sayang awak lebih dari segalanya. Saya tau kita masih muda. Tapi saya berharap sangat kalau boleh hubungan kita akan pergi lebih jauh dari ini. Saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat. Saya janji akan cuba berada di samping awak sampai bila-bila. Saya tak akan tinggalkan awak.”
“Betul?”
“Bintang menjadi saksi. Saya memang berkata benarlah ni.”
Cinta tersenyum. Hatinya terharu.
“Saya sayang awak.”
Aliff Hamdie membesarkan biji matanya. Terperanjat mendengar ayat Cinta sebentar tadi.
“Betulkah apa yang saya dengar ni?”
“Ya. Saya serius. Saya sayangkan awak.”
Yesss! Terima kasih ya-ALLAH atas kurniaanMu malam ini. Terlalu indah saat ini. Terima kasih, Cinta Nur Alyah. Saya pun sayang awak jugak.”
“Kenapa awak macam nak nangis?”
“Saya tak pernah rasa sebahagia ini.”
“Eiii... dahlah. Saya call Abang Aliff sekarang boleh?”
“Tak apa. Biar saya call dia.”
“Okey. Eh, ada kereta lalu sini. Biar saya tahan. Manalah tau dorang  boleh bantu kita sementara tunngu Abang Aliff datang sini.”
“Tak payahlah. Kita bukannya boleh ramal orang kat sini. Lagipun dah malam. Manalah tau budak-budak jahat.” Ujar Aliff Hamdie.
“Jangan fikir benda-benda mengarutlah. Awak call Abang Aliff sekarang. Hah, kereta dorang dah berhenti. Biar saya pergi minta tolong.”
“Okey...” Aliff Hamdie pasrah. Apa sahaja kemahuan dan arahan Cinta memang dia akan turuti. Dia tidak boleh berkata tidak pada perempuan itu. Itulah kelemahannya.
Cinta mengatur langkahnya ke proton wira yang baru berhenti. Dua orang lelaki turun dari kereta itu.
“Kenapa ni?” salah seorang daripadanya menyoal Cinta.
“Tayar pecah. Kami tak da tayar spare.”
Mereka berdua tersenyum. Cinta merasa pelik. Apa yang lucu, dia sendiri tidak tahu.
“Rezeki datang malam ni. Perempuan ni cantiklah, geng. Boy, apa lagi. Tangkap!”
Cinta mengundurkan kakinya dengan cepat.
“Awak!!!” Cinta memanggil Aliff Hamdie yang sedang membuat panggilan telefon. Kudrat perempuannya lemah. Dia ditangkap dengan mudah sekali oleh dua lelaki tadi.
Aliff Hamdie melepaskan telefonnya. Matanya membulat melihat Cinta ditangkap oleh dua lelaki tadi. Patutlah dia rasa tidak sedap hati apabila Cinta mahu menahan kereta tadi.
“Woii!!! Lepaskan dia!” Aliff Hamdie mengamuk. Mereka berdua segera melarikan Cinta ke semak berdekatan. Aliff Hamdie segera mengejar.
Beberapa minit mengejar, Aliff Hamdie hilang jejak. Kiri, kanan, depan, belakang dia pandang. Semua arah tiada bayangan mereka. Hatinya cemas. Fikirannya hanya satu. Cinta.
“Awak!! Alyah..!!!” Aliff Hamdie berteriak sekuat hati. Mengharap suaranya sampai ke cuping telinga Cinta.
“Awak!”
Aliff Hamdie tersentak. Suara Cinta memanggilnya di belakang.
Pukkk!!
“Awak!!!” Cinta berteriak sekuat hati. Aliff Hamdie rebah dipukul kuat dengan kayu dari belakanganya. Dua lelaki tadi ketawa puas. Umpan mengena. Aliff Hamdie terjerat kali ini.
Aliff Hamdie lemah. Mahu bangkit tetapi kudratnya sudah tiada. Melihat Cinta yang sedang dipegang oleh lelaki tadi, dia cuba melawan kesakitan yang ada.
“Kamu jangan nak apa-apakan dia.” Kata Aliff Hamdie lemah.
“Wau!! Berlagak nak jadi Hero Malaya la konon...!”
“Hero Malaya? Taik kucing! Eh, Zal. Cuba kau tengok betul-betul muka budak ni. Bukan dia ni budak gangster sekolah kat St. Patrick ke? Aku rasa dialah yang bertumbuk dengan adik kau hari tu.”
“Iya tak iya pulak. Nampaknya aku dibagi peluang balas dendam untuk adik aku malam ni. Eh, poyo! Kau belasah teruk adik aku sampai patah tangan dia hari tu. Malam ni kau tengok siapa lagi hebat. Setakat nak jadi gangster sekolah. Kau tak kenal aku lagi. Ni dia taico kat Bandar Tawau. Kau cari penyakit dengan adik aku sama jugak dengan cari penyakit dengan aku! Malam ni jugak kau siap terima balasan. Boy, kau belasah dia sampai aku puas. Semantara itu, aku nak ‘telan ikan emas’ depan mata aku ni. biar dia tengok awek dia kena ngap dengan aku depan mata dia sendiri. Baru puas hati aku!”
Aliff Hamdie dipukul beberapa kali. Dia cuba untuk melawan tatkala melihat Cinta meronta-ronta minta dilepaskan oleh lelaki yang dipanggil Zal tadi.
“Lepaskan dia...” hatinya tidak sanggup lagi melihat Cinta diperlakukan sedemikian. Tudung di kepalanya sudah dibuka. Baju yang dipakai Cinta mula dikoyak. Semua itu memang sedang berlaku depan matanya.
Aliff Hamdie mengumpulkan semua kudrat yang ada lalu bangkit. Dia bangkit melawan lelaki yang memukulnya. Boy rebah. Aliff Hamdie bangkit mengambil kayu yang digunakan untuk memukulnya tadi.
“Binatang!!!” dengan satu perkataan, dia memukul kuat kepala Zal dengan sekuat hatinya. Tiba giliran Zal pula yang rebah.
“Awak... awak tidak apa-apa?” dia segera ke arah Cinta. Cinta dilihat menangis ketakutan. “Awak, saya di sini. Awak selamat.”
Cinta melihat wajah Aliff Hamdie yang penuh dengan darah. Keadaan lelaki itu lemah. Dia nampak Aliff Hamdie dibelasah teruk sebentar tadi dan tetapi lelaki itu masih bangkit semata-mata mahu menyelamatkannya.
“Tolong saya, awak... saya takut...” ujar Cinta menggigil.
“Saya ada kat sini. Jangan risau. Saya akan lindungi awak.” Aliff Hamdie memeluk Cinta. Cinta mengangguk.
“Awak okey? Darah...” Cinta melihat semakin banyak darah mengalir dari tubuh Aliff Hamdie.
“Saya tak apa-apa. Awak pakai baju saya dulu...” Aliff Hamdie cuba membuka bajunya untuk diberikan pada Cinta. Dia tidak sampai hati melihat Cinta dengan keadaan sedemikian.
“Dia... dia... dia bangun balik...” belum sempat Aliff Hamdie membuka bajunya, Cinta bersuara memberitahu Zal sudah bangkit semula selepas kepalanya dipukul tadi.
“Sial! Kau main kasar dengan aku ya. Kau akan terima balasannya.”
Cinta membesarkan biji matanya. Tidak sempat Aliff Hamdie mahu bangkit, Zal menikamnya dari belakang dan kemudian terus lari dari situ.
Aliff Hamdie yang terjatuh di pangkuan Cinta menarik nafas perlahan. Pisau yang masuk ditubuhnya masih terpacak teguh di bahagian belakang lelaki itu. Darah mula memancut keluar dengan laju.
“Awak... mengucap...”
“Saya... sayangkan... sa.. sayangkan awak selamanya...” ucap Aliff Hamdie perlahan. Menggigil tangan Cinta yang memegangnya. Ini lebih menakutkannya dari kejadian tadi.
“Mengucap... Abang Aliff akan sampai sekejap lagi. Kan awak dah telefon dia tadi. Dia akan sampai. Kita tunggu dia. Sekejap lagi dia akan...”
“Saya minta... minta ma.. maaf... janji... janji saya pada... awak...”
“Tak. Awak akan selamat. Awak jangan cakap lagi. Awak akan selamat. Kita akan selamat. Abang Aliff akan datang sekejap lagi...” Cinta menangis mengatur ayatnya. Darah dari belakang Aliff Hamdie sudah mula membasahinya.
“Tolong... tolong ucap sekali lagi... yang awak... awak sayangkan sa.. saya...”
“Mengucap awak...”
Please... Alyah...” Aliff Hamdie merayu lagi. Suaranya hilang-hilang bak radio yang mahu rosak. Cinta menangis semakin deras. Namanya diseru buat pertama kalinya dalam perbualan mereka. Dia tahu, hanya Aliff Hamdie seorang yang memanggilnya dengan nama Alyah selain arwah Mamanya.
“Saya sayangkan awak lebih dari segalanya. Saya sayangkan awak. Tolong jangan tinggalkan saya. Awak kena kuat. Tolonglah...” Cinta pula yang merayu kali ini.
“Terima kasih... saya... saya juga... sayangkan awak lebih... dari yang awak tahu. Dunia... dan akhirat,” ucap Aliff Hamdie sambil memegang pipi Cinta. Nafasnya ditarik sekuat kudratnya yang tersisa. Semakin sukar melalui saat ini.

“Mengucap awak... mengucap...” 

Mencintai Cinta - Bab 15

Bab 15
BASYIRAH merenung wajah Qalam begitu tajam. Ryan yang duduk di kerusi pula senyap. Matanya mula melekat melihat dinding di hadapannya yang dipenuhi wajah Cinta dan seorang lelaki. Sesekali dia memandang wajah Qalam dan disusuli dengan wajah di dinding itu. Aliff pula diam merenung bingkai gambar di hadapannya. Dia kemudiannya menoleh ke belakang. Qalam menjadi titik fokus penglihatannya.
Qalam masih diam. Dia tidak perasan bahawa ada tiga pasang mata merenung padanya. Mindanya dihantui peristiwa sebentar tadi. Keadaan Cinta sangat merisaukannya. Dia melihat dengan jelas Cinta meracau seperti orang gila tatkala tiba di biliknya sebentar tadi. Puas dipujuk oleh Papanya namun tidak berhasil. Bila Dr. Aniza datang, dia diberi suntikan penenang bagi mengelakkan Cinta hilang kawalan. Suntikan itu berjaya mengawal segala-galanya sehingga Cinta tertidur.
“Macam mana Cinta boleh masuk sini?”
Qalam masih diam. Termenung dan tidak mendengar apa yang disoal padanya.
“Lam...” Aliff memanggil perlahan.
Qalam tersentak. Kelam kabut mencari suara memanggilnya. Segera memandang Aliff.
“Ya...”
Aliff terdiam seketika. Sikap Qalam ini sangat bermakna bagi semua orang yang berada di situ.
“Macam mana Cinta boleh masuk sini?” Aliff mengulang soalan.
Ryan dan Basyirah memandang Qalam. Menanti jawapan.
“Tadi sebelum kat sini, aku jumpa dia kat bawah. Dia hilang kawalan bila kami berbual. Dia lari keluar dan tolak aku. Lepas tu dia ajak duduk tapi aku bawa dia ke sini. Kenapa?”
Kening Aliff berkedut. Hairan. Terkejut.
“Dia masuk sini tanpa cakap apa-apa?” Aliff menyoal lagi. Qalam menggeleng.
“Liff...” Qalam memanggil perlahan. Aliff memandangnya. “Muka aku dengan Aliff Hamdie seiras sangat ke?”
Aliff memandang Basyirah. Dia tahu apa perasaan perempuan itu tatkala soalan Qalam terkeluar. Basyirah hanya diam. Ryan tunduk. Dari tadi lagi lelaki itu duduk senyap di sofa. Hatinya remuk. Terasa kalah di situ walaupun ini baru permulaan pertempuran mereka.
“Selama ini aku tak pernah nak ambil pusing hal kau dengan geng kau. Bila tirai tu terbuka, aku terperanjat bila nampak aku seakan-akan pernah ‘hidup’ bersama korang sebelum ni. Apa yang aku terkejut sangat bila ‘aku’ pernah hidup di hati adik kau. Kenapa kau tak cerita semua ni dengan aku?” Qalam membuka bicaranya setelah sekian lama dia berdiam diri dengan Aliff.
Basyirah dan Ryan senyap. Pertama kali menatap wajah Aliff Hamdie di bingkai gambar, mereka sudah terperanjat. Muka mereka tidaklah terlalu seiras seperti kembar. Apa yang membuatkan mereka sama adalah pandangan mata dan senyuman mereka. Muka Qalam mungkin lebih cerah sedikit berbanding Aliff Hamdie. Mungkin hanya itu yang boleh membezakan dua insan ini.
“Pertama kali Cinta jumpa kau di koperasi kafe. Kau ingatkan tak?” Aliff membuka ceritanya kali ini. Qalam mengangguk.
“Dia ada beritahu aku tadi.”
Aliff, Basyirah dan Ryan seperti diserang. Ayat ringkas Qalam menusuk jantung mereka semua.
Aliff kemudiannya menarik nafasnya perlahan. Mencari kekuatan untuk membuka cerita seterusnya.
“Dia meracau time tu tapi aku ingat dia tengok bayangan tu lagi. Malam kejadian tu, aku ada called dia. Dia cerita dengan aku apa yang dia nampak tapi aku tak percaya sebab aku risau dia sakit. Bila korang berjumpa sekali lagi kat dalam kelas, aku baru perasan memang wujud ‘Aliff Hamdie’ seperti yang Cinta ceritakan. Aku tak sangka bahawa ‘Aliff Hamdie’ itu adalah kawan yang aku kenal sejak orientasi lagi.”
Qalam terdiam. Patutlah Cinta memandangnya dengan tajam setiap kali bertemu empat mata. Pandangannya itu rupanya membawa seribu makna dan kenangan.
“Kau dengan Aliff Hamdie memang serupa. Tiada yang berbeza bagi aku.” Ujar Aliff. Dia memandang semula dengan bingkai gambar yang ada di hadapannya.

***************************************************************************

ALIFF  memandang Aliff Hamdie yang datang menghampirinya dengan senyuman seribu makna.  Aliff sudah menduga lelaki itu mahukan sesuatu daripadanya.
“Kenapa kau tak cerita pasal adik kau selama ni?” Aliff Hamdie menyoal sambil duduk di kerusi sebelah Aliff.
“Kau tak pernah tanya aku pun selama ni. Jadi, takkan aku nak bukak cerita pulak.”
“Aik, sejak bila kau tak suka bukak cerita ni? Selama ni kan kau suka...”
“Jangan fitnah aku pulak...”
Aliff Hamdie tersengih. Dia memang suka mengusik Aliff.
“Wei, adik kau cantiklah. Aku pun tak tau kenapa aku suka nampak dia.”
“Macam ada maksud je ayat kau tu.”
“Ni yang aku suka dengan kau ni. Memang sah kau adalah sahabatku selama ini sebab kau faham apa yang aku mahukan. Tapi... aku rasa sedikit musykil. Kenapa kau tak cerita dengan kami yang kau ni ada adik? Kalau kau cerita, taklah sampai aku bergaduh besar dengan dia.”
Aliff memandang sahabatnya. Beriya-iya dia bercerita dan menyoal. Macamlah Aliff tidak tahu bahawa setiap pagi Aliff Hamdie akan mengirim nota pada Cinta. Lelaki itu sudah menyedari kesilapan dan kekasarannya tempoh hari. Pertama kali Aliff melihat Aliff Hamdie kesal akibat suatu kesalahan. Dan semua itu hanya berlaku apabila dia bertemu dengan Cinta. selama ini Aliff Hamdie adalah juara segala ego. Mahu meminta maaf memang bukan prinsip hidupnya. Tapi, Cinta adalah manusia yang merubah segalanya.
“Kami memang tak balik sekolah sekali. Aku naik kereta, dia naik bas sekolah.”
“Hah? Apa teruk betullah kau dan keluargamu layan dia. Apsal dia naik bas pulak?”
“Aku belasah kau sekali baru kau tau. Main sedap mulut je kau bercakap ya pasal keluarga aku.”
Aliff Hamdie terdiam. Tersengih dengan kelancangan bahasanya.
“Dia yang berkeras nak naik bas sekolah. Puas Papa aku pujuk tapi dia tak nak jugak. Lagipun dia tu sibuk dengan Pembimbing Rakan Sebaya. Jadual balik sekolah tak menentu. Kadang-kadang balik awal, kadang-kadang balik macam biasa dan kadang-kadang lewat,” terang Aliff.
“Ooohhh... eh, adik kau budak PRS rupanya. Patutlah aku jarang nampak dia time rest. Tapi, aku tak pernah pun nampak kau dengan dia sebelum ni.”
“Apa taknya, bila dia tau aku kawan dengan ketua gengsterisme sekolah, dia jadi jauh dengan aku. Form one ada jugak dia cakap-cakap dan rest dengan aku, tapi masuk form two kami buat hal masing-masing time kat sekolah. Semua sebab kaulah!”
“Aik, aku pulak jadi penyebab?”
“Yalah. Dia tak suka dengan kau. Walaupun dia tak tau nama engkau, tapi dia kenal sangat muka penjahat nombor satu kat sekolah kita ni. Adakah anda faham, Encik Aliff Hamdie bin Imran selaku ketua gengsterisme sekolah?”
“Nasib kau ni sahabat aku, Liff. Kalau tak, aku belasah kau sekarang jugak.”
“Sebab aku tau kau tak akan belasah akulah, aku cakap semua ni.”
“Walaupun kau kurang nakal sikit dari aku, tapi kau bijak jugak. Tapi kau taklah sebijak aku, kan?”
“Kuat betul kau sindir aku ni. Aku taulah kau tu manusia paling pakar dalam matematik kat sekolah kita ni. Walaupun paling nakal, tapi otak engkau jugaklah yang paling bergeliga dengan  nombor.”
Aliff Hamdie ketawa terbahak-bahak. Apa yang dikatakan Aliff padanya sudah biasa dek pendengarannya. Semua orang cakap benda yang sama seperti itu. Dia sudah leka. Memang dia raja nombor di sekolah kerana kepintarannya dalam matematik.
“Kau serius ke suka dengan Cinta?”
Aliff Hamdie berhenti ketawa tatkala Aliff tiba-tiba menyoal dengan nada yang serius.
“Kau fikir aku ni jahat sangat? Biar aku terus terang dengan kau, Liff. Aku tak pernah ada perasaan mecam ni seumur hidup. Bila nampak je muka adik kau, aku macam rasa sesuatu. Entahlah... aku pun tak pasti ‘sesuatu’ tu sebenarnya apa benda. Tapi aku ikhlas, Liff. Aku macam nak gila kalau tak nampak dia. Nampak dia sekali sehari pun dah cukup untuk menguatkan semangat aku.”
“Eeee... geli aku dengar.”
“Aku serius!”
“Dahlah wei... nak muntah aku dengar.”
“Aku serius ni, Liff...”
Tiba giliran Aliff pula ketawa. Dia memandang Aliff Hamdie yang benar-benar serius seperti yang dikatakan padanya. Selama ini dia melihat betapa kasanovanya Aliff Hamdie terhadap pelajar perempuan di sekolah. Namun semua itu hanya sekadar suka-suka. Tapi dengan Cinta, Aliff nampak kesungguhannya. Dia benar-benar lain kali ini.
Dalam diam Aliff terhimpit dengan perasaan sendiri. Jika Aliff Hamdie dapat memenangi hati Cinta, dia boleh kalah. Kasih sayangnya terhadap Cinta terlalu mendalam. Tiada siapa yang dapat menyangkal semua itu. Wujudnya perasaan itulah yang menyebabkan Aliff takut sahabat yang ada di hadapannya itu mengecewakan Cinta. Dia tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.
“Betul kau serius dengan Cinta?”
Yup!”
“Okey. Aku percaya. Aku nak kau sumpah dengan aku yang kau tak akan mainkan Cinta.”
“Aku sumpah. Aku serius bersumpah ni nak bagi dia semua kebahagiaan yang dia sepatutnya dapat.”
“Okey. Kalau kau ingkar semua tu, jangan anggap aku ni kawan baik kau lagi. Kalau boleh, saat itu aku nak kau lupa bahawa kita pernah berkenalan dan menjadi sahabat.”
“Aku tau Liff kau sayang sangat dengan Cinta. Kalau boleh, aku nak sayang dia lebih dari semua orang yang menyayangi dia.”
Aliff tersenyum. Kagum dengan cinta yang terpancar dari Cinta. Aliff Hamdie benar-benar barubah kerananya.
“Jadi kau setujulah aku nak tackle adik kau ni?”
Aliff hanya tersenyum.
Yes! Kalau macam tu, langkah pertama, kau bagilah aku nombor telefonnya...”
“Jangan mengada-ngada pulak ya. Tu semua aku tak boleh nak tolong. Tapi, aku rasa nota cinta yang kau letak di laci Cinta setiap pagi tu dapat bantu kau.”
Aliff Hamdie segera terdiam. Terfikir pada salah satu cara dia ‘berkomunikasi’ dengan Cinta. Walaupun dia menghantarkan nota setiap pagi, namun tiada satupun yang terbalas. Semua itu tidak pernah melunturkan hasrat murni hatinya. Dia sudah terjerat dengan gadis yang bernama Cinta. Semua ini demi Cinta.
“Mana kau tau aku hantar nota dengan dia setiap pagi? Cinta bagitau kau?”
“Kau fikir aku ni buta? Wei, come onlah. Kau tu sahabatku. Aku tau apa yang kau buat walaupun tersembunyi. Nak harapkan Cinta buka mulut pasal ni? sorry to say la. Never! Eh, kau nak aku tolong tak pikat hati Cinta?”
“Hei, mestilah nak! So, apa yang perlu aku buat ni..?”
First, kau belanja aku makan dulu. Perut aku laparlah. Pagi tadi lupa mau breakfast.”
“Okey. Itu no hal punya. Lepas tu?”
“Lepas tu, aku nak tiru buku math. Aku tak buatlah latihan yang cikgu bagi semalam...”
“Kurenggg... aku serius ni.”
“Akupun serius jugak!”
“Wei, kau macam sindir aku je ni. Pernah kau tengok aku buat homework selama ni? Tak pernahkan?”
“Aku sengaja je tu. Memang nak tengok pelajar pintar ni mengaku tak pernah buat homework. Hah, jomlah turun kantin. Hardi mesti ada di sana.”
“Eh, math subjek firstlah hari ni.” Aliff Hamdie tiba-tiba kelihatan bersemangat.
“Aik, sejak bila kau takut ni tak buat homework...”
“Nanti adik kau tengok aku kena denda lagi berdiri kat belakang sampai habis masa. Malulah aku. Tu dah bagi imej buruk tentang aku. Mesti susah dia nak suka aku nanti.”
“Eh, kau tu setiap hari je kena denda. Dia dah biasa tengoklah...”
“Mulai saat ni aku nak berubah jadi pelajar baik!”
Aliff ketawa terbahak-bahak. Perutnya tidak sanggup lagi menahan lawak.
“Boleh blah!”
Aliff Hamdie pula yang terjangkit ketawa. Sambil mengatur langkah keluar dari kelas, mereka menghamburkan ketawa serentak. Pelajar lain hanya mampu diam walaupun mereka mengganggu ketenteraman mereka. Tiada siapa yang berani menegur mereka. Siapa yang berani, pasti akan berhadapan dengan musibah.

*****************************************************************************

SEMUA orang memandang Aliff yang bercerita sambil menatap bingkai gambar yang ada di hadapannya. Ruang bilik mula senyap tatkala cerita tidak diteruskan.
“Entah apa ayat dan jampi Aliff Hamdie sampai Cinta betul-betul jatuh cinta dengan dia setulus ikhlas. Selama ini Cinta paling benci bergaul dengan manusia nakal terutamanya Aliff Hamdie. Aku sendiripun pernah tak bertegur dengan Cinta hanya kerana dia tau aku ni satu geng dengan Aliff Hamdie. Mungkin Aliff Hamdie manusia istimewa di dunia ni. Keistimewaannya itu yang membuka ruang hati Cinta untuk sayangi dia. Aku respect dia sebab dia orang pertama yang Cinta benar-benar sayang sama seperti dia menyayangi Mamanya.”
Semua orang diam. Masih mendengar cerita dari Aliff. Basyirah kelihatan berfikir sejenak. Ryan pula mula fokuskan pandangaannya ke arah dinding. Gambar ‘Nota Cinta’ dilihat. Kekuatan cinta Aliff Hamdie memang tidak dapat ditandinginya. Dia mahu menjadi lebih baik dari lelaki itu tetapi dia masih tidak tahu bagaimana caranya. Setakat ini dia sudah bersaing sengit dengan Qalam. Namun, bila mendengar cerita dari Aliff, pesaingnya seakan-akan bertambah. Dia semakin sukar mahu mendekati Cinta apa lagi mendapatkan cintanya.
Qalam duduk. Dia kelihatan paling senyap. Entah apa yang difikirkannnya. Kelihatan terlalu jauh otaknya berpusing memikirkan sesuatu. Kelakuannya itu diperhati penuh Basyirah. Gadis itu semakin kalah dengan takdirnya. Kekuatan dan aura Cinta terlalu kuat. Melihat ketiga-tiga lelaki di situ, dia dapat melihat jelas perangai mereka. Semuanya risau akan Cinta.
“Kalau begitu besar cinta Aliff Hamdie pada Cinta, kenapa dia tinggalkan Cinta?” Ryan menyoal tiba-tiba. Membuka keheningan.
Aliff kelihatan cuba menenangkan dirinya. Agak sukar mahu berhadapan dengan situasi sekarang. Penceritaan semula kisah lama memang berat pada hati dan mulutnya. Tapi, dia kena berhadapan dengan realiti ini. Realiti yang paling dia takuti akhirnya sedang dihadapinya. Setelah hampir setahun rahsia ini disimpan dalam jiwa dan raganya, hari ini dia kena keluarkan semuanya.
Aliff mengatur langkah. Dia pergi berdiri menghadap dinding yang penuh dengan gambar Cinta dan Aliff Hamdie.
“Apa maksud kau yang Aliff Hamdie sudah tiada lagi? Bayang-bayang yang katakan oleh Cinta tu pula..? apa kaitan semua tu? apa maksudnya?” Qalam tiba-tiba bersuara.
Aliff tersentak dengan soalan yang dikeluarkan Qalam. Qalam perasan dengan setiap butir perkataan yang dia pernah keluarkan walaupun semasa keadaan cemas Cinta meracau tadi.