Wednesday 7 May 2014

Temptation of Wife TV3

Assalamualaikum ^,^

Wahhh... entry aku minggu ni pasal drama Filipina je kan? hahahaha... tetiba ingat nostalgia mula-mula aku jadi hantu drama negara tagalog ni. Masa tu form 3. Fanatik gila. Bukan aku sorang, geng aku pun sama. hahahhaa... sampaikan BFF aku siap belajar bahasa tagalog sebab nak ikut-ikut kat tv... wah, daebak. nampak sangat tu fanatik fantastik ada di situ.. hehehe

Okey, fokus pada drama ni semula, emmm... actually drama ni adalah berasal dari Korea. Yang mana tajuknya juga sama cuma berbahasa Korea la... macam ni..   아내의 유혹... hehehe... sebenarnya, sama je citer dia... korea or Filipina. but, yang Filipina ni dia buat banyak sikit episod dia banding yang iter asalnya.

Korean version

Filipina version... see, sama kan?





SINOPSIS

Heidi dijaga oleh keluarga Angeline. But, Heidi always jeles dengan kebahagian yang dimiliki oleh Angeline termasuk kasih sayang family, rupa paras dan prestasi. Dan akhirnya Angeline berkahwin dengan seorang lelaki kaya bernama Marcel, di mana lelaki itu adalah lelaki pujaan hati Heidi. Start itu, Heidi sanggup ke Paris untuk berubah.


After 5 years, Angeline still tidak mempunyai anak bersama Marcel selepas dia keguguran akibat ditolak oleh mak mentua dia di awal perkahwinannya. Heidi pula muncul dan menggoda Marcel. Sehinggalah Marcel menghalau Angeline dari rumah kerana Heidi mengandungkan anaknya. Masa yang sama, Angeline juga disahkan mengandung and berita itu sampai ke telinga Heidi. Bagi menghapuskan bukti cinta Marcel dan Angeline, Heidi menolak Angeline ke dalam laut dan semua orang ingat Angeline dah mati.

Nigel, another watak penting di sini. Dia ni minat kat Angeline dari awal kemunculan wataknya. But, dia still tidak tahu yang Angeline tu dah kahwin dan merupakan isteri kepada CEOnya. Masa Angeline lemas, dia muncul menyelamatkan Angeline. dan di situlah semuanya terbongkar.

sumber: Youtube http://www.youtube.com/watch?v=9IrP5Qu4sD4


Disebabkan oleh kesengsaraan yang dialami, Angeline bangkit dengan new identiti. Dia 'hidup semula' sebagai Chantal Gonzales dan dia mahu membalas dendam ke atas Marcel dan Heidi. Dia muncul dan menggoda Marcel semula. But dalam diam, Nigel yang minat pada Angeline sudah kemaruk menyintai wanita itu.


PELAKON

  
Marian Rivera as Angeline Santos-Salcedo (rambut panjang)/ Chantal Gonzales (rambut pendek)

Dinnis Trillo as Marel Salcedo


Rafael Rosell as Nigel

Cherie Gil as Stella Salcedo - Mak mentua Angeline
Rio Locsin as Minda Balde-Lunzada - Mak Angeline
Raymond Bagatsing as Romeo Saledo - Ayah mentua Angeline
Rez Cortez as Abner Lunzada - Ayah Angeline


SCENE MENARIK


 






 

 



ENDING...

Citer pasal ending, mesti nak tahu pasal Angeline a.k.a Chantal di akhir cerita. sama ada dia tetap setia kat Marcel or beralih hati memilih Nigel adalah persoalan paling penting. And... how about Heidi? Kalau Angeline pilih Marcel, apa akan jadi dengan Heidi? yang tu yang peling penting.

Dan... macam nilah endingnya...

sumber: Youtube http://www.youtube.com/watch?v=5nDIMqXw19E


Terjawab akhirnya... Yeahhh... saya suka Nigel!!! hahahaha... ending yang agak lain jugaklah dari biasa. sebab kalau citer biasa, mesti Marcel yang akan menang di final episod kan...
and... Marcel macam mana? Heidi? hah, macam ni ceritanya... (video adalah berbahasa tagalog and no translate in BM. so, pandai2lah anda, anda and anda semua translate sendiri) hehehe...


sumber: youtube http://www.youtube.com/watch?v=1TxLO-R1ivE


Yang ni aku translate sendiri la ikut kemampuanku berbahasa tagalog masa form 3 and sebab da agak tegar melihat citer Filipina sejak zaman sekolah.. hahahaa...
Stella - Agak menyesal dengan perbuatannya menyakiti Angeline termasuklah telah menolak Angeline masa dia mengandung
Romeo - Bertemu semula dengan kisah silamnya, iaitu Yolanda Armada (ibu angkat Nigel) but diorang terima hakikat yang sudah tidak ada jodoh
Marcel - DEAD!!! dia mati disebabkan oleh ditembak oleh Heidi




Heidi - Dipenjarakan kerana membunuh (menembak Marcel) dan dia disyaki ada kanser. Finally, dia mati di dalam lokap sambil memeluk gambarnya bersama Marcel.
Madel - Mak Cik pada Marcel (adik Romeo yang terencat akal) ada hati dengan Lea (abang Angeline).. hehehe...
 

Finally, i'm done.. hehehe... Terus setia menonton citer ni sampai last episod sebab banyak lagi scene yang tak diceritakan. hehehe... jom ramai-ramai tengok kebangkitan Angeline as Chantal yang boleh menggugat Marcel dan Heidi.

Temptation of Wife... Isnin - Khamis - 3 Petang - TV3



Lot of Love,

Monday 5 May 2014

Be Careful With My Heart season II !

Assalamualaikum ^,^

Wahhh... tajuk sudah daebak! hehe^^ actually, entry ni bukan nak cerita pasal pakwe a.k.a buah hati but nak cerita pasal satu drama Filipina yang baru je tamat bulan lepas, Be Careful With My Heart.


Ni 1st drama Filipina yang aku nampak dari episod 1 sampai ke last.. hahahaha.. punya fanatik gila sampai setiap kul 3 memang kena ada depan TV. Hehhee...

Citer ni sweet and setiap hari ada isu yang dia timbulkan. That's why aku akan tertunggu-tunggu setiap episod sebab setiap episod akan wat aku terbayang-bayang macam mana kalau aku pegang watak Maya Dela Rosa yang sangat sporting and gila-gila sampai semua orang kat sekeliling akan terkesan dengan kehadirannya. Seronok dan aku suka cerita sempoi macam ni! Tak berat dengan masalah and mesejnya sampai dengan mudah.

Dua hari lepas, aku terbuka utube setelah sekian kalinya tak buka benda alah tu. Entah macam mana boleh termasuk kat Be Careful With My Heart. Punya teruja bila dapat tahu citer ni ada sambungan lagi but Malaysia tak publish tak tv (actually dah tau awal2... hahaha.. saja poyo)

satu malam tak tidur sebab tengok Maya Dela Rosa and Richard Lim. Oh mennnn... so sweet kot! Lagi excited bila dapat tahu yang Maya ni dah pregnant! Oh, ni serius daebak!


Untuk sambungan iter ni, Maya pregnant. Mak Richard tak sayangkan Maya sebab dia jeles kat Maya yang dapat perhatian dari Richard, Abby and others. but, tak la lama sangat dia jeles. then, nenek Maya meninggal but ayah Maya muncul semula. Untuk Niknik a.k.a Nikki, dia masuk kolej. Sekolej pulak dengan Niccolo and abang dia. dia jadi junior and jumpa Niccolo time orientasi. Kat situ hubungan diorang makin akrab and cinta makin berputik but masing-masing ego. Still macam dulu jugak. still suka gaduh and tak nak kalah. ahahaha... comel je. But, diorang bersatu jugak akhirnya... yihaaa...

actually, aku admire kat Niccolo ni... comel kan.. ahaha... and niknik ni pun comel. s0, memang ngam la diorang ni

sumber: youtube


Sebab aku minat diorang berdua ni, s0 cerita pasal diorang 2 ni panjang sikit la.. hehehe... dalam citer ni, diorang ada berlakon teater... kat sini diorang makin akrab. 



yang ni c0mel....

Selain tu, diorang ni jadi makin akrab jugak time pergi camping. But, kat sini muncul sorang lelaki suka Niknik. Ni yang wat Nicolo jadi makin tergugat. hehehe.. suka nampak dia jelesss!!!

sumber: Youtube

sumber: Youtube


Lastly, diorang bersatu jugak, yihaaa... i like!



But, bila searh kat google, nampak macam Niknik ni sebenarnya couple dengan abang dia, Luke kat luar drama.. yang tu tak dapat confirm la sebab aku sendiri tak pasti.. hehehe... but, diorang diiktiraf sebagai top 5 best team couple 2013 kat Filipina.



Habis cerita pasal yang comel-comel. Sekarang nak fokus pada yang sweet-sweet. hahaha.. actually, hero citer ni, Richard Lim sebenarnya bernama Richard jugak, but nama penuh dia Richard Yap. Sebab aku nampak dia berlakon hebat sangat sebab berjaya jadi seorang yang tegas but sweet, aku search detail dia.. yohaaa... keje aku nak search je kan..




Nama penuh dia Richard Edison Yap atau lebih femes dengan nama Papa Chen or Sir Chief (nama tu wujud lepas dia berlakon pegang watak tu). Selain berlakon, dia ni businessman jugak. Tak hairan bila nampak dia ni macam korporat jugaklah. Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya adalah tarikh lahir dia.

18 Mei 1967.... sama kot dengan aku!!!! ahahahahaha... ^^ nak poyo sikit ni. Patutlah perangai dia macam aku, rupanya kami lahir kembar berlainan tahun.. ahhahaa


Back to cerita asal, aku rasa rugi kot sapa-sapa yang dah tengok citer ni kat tv3 tak pergi seach kat youtube pasal citer ni. but, nak tengok benda tu, ada yang videonya pendek-pendek je. But, okey la. Janji boleh faham. hehehe... and sesiapa yang merindui Maya dan Richard, video ni akan wat anda tersenyum suka and mengidam-idamkan suami se-sweet macam Richard ni.

sweet right??? and i jeles!!! -_- 



Apa-apapun, peminat tegar drama Filipina boleh terus tonton drama hebat negara tu kat tv3 pukul 3... sekarang 'Temptation of Wife' on the way nak ke klimaks... cerita ni best gak sebab banyak suspen...


Akhir kata, tengoklah citer ni sebab best! hahahhaa ^^

lot of love,