~ About Me ~




Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog saya. I'm the new bl0gger actually (emm... 0rang lain da khatam benda ni dulu lagi k0t, saya baru nak b'bl0g...).

Kit c0kiez??? apa benda sebenarnya??

Di sebabkan saya pernah menjadi 'hantu' drama Thailand time f0rm 3, saya mula diberi nama baru kat sekolah. semua org mula panggil saya dengan nama 'Kit' dan ianya melekat sampai sekarang. Perkataan 'c0kiez' pula saya kutip melalui nama geng saya, iaitu c0kiez - singkatan bagi c0ki-c0ki (the best bff in da world). s0, bila bergabung wujudlah Kit c0kiez.

Yeahhhh... this is me !


More detail...

Nama Penuh : Salawati binti Latip
Tarikh lahir : 18 Mei
Asal : Tawau, Sabah.
Profession : Pelajar Universiti Utara Malaysia (198856), Guru Pelatih SMK Kampung Jambu, Taiping.
Jurusan : Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan Kepujian.


GURU PELATIH

'Kecil-kecil cili api'... yeahhhh, t0tally like this statement. Jangan ingat manusia bertubuh kecil tidak boleh jadi cikgu. Buktinya, saya sudah menjadi Guru Pelatih di SMK Kampung Jambu, Taiping, Perak selama 12 minggu (26 Jun - 14 Sept 2012).

hah... ni dia bukti kukuh yang saya pernah menjadi guru pelatih ^^ .


Sesuai dengan jurusan, saya merupakan guru pelatih kepada pelajar tingkatan 4 bagi subjek Perdagangan dan Akaun (wahhh, macamlah terror sangat dalam akaun.. heheee..). Bukan satu yang mudah kerana perlu berdepan dengan pelajar yang lebih 'besar' dari saiz saya. Masa inilah otak mereka penuh dengan jiwa muda, jiwa malas menelaah. Macam saya jugak.
Alhamdulillah, saya boleh melaksanakannya dengan baik.



   

 


Moto saya cuma satu. Nak jadi manusia tidak mudah dan guru boleh 'membentuk' manusia itu dengan acuan yang betul. Kalau tak faham, cuba renungkan. Asalkan kita mampu mengubah diri, InsyaAllah kita mampu mengubah segalanya.


CITA-CITA vs. PENGORBANAN

Berita gembira yang melayakkan saya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda bukan suatu yang mudah. Berjauhan dengan keluarga buat pertama kalinya mengubah 360 darjah daya pemikiran saya. Almaklumlah, dari Sabah nak ke Kedah. Jauh kot. Tak boleh sampai kalau naik bas je. hehehe... Penguat semangat saya adalah orang penting dalam hidup saya. Tulang belakang, depan, tepi, atas, bawah... dialah ayah saya, Latip bin Abdullah. Ayah saya kata, 'biar belajar jauh-jauh. Yang penting lepas ni boleh jadi cikgu. Kalau dapat posting kat Semenanjung nanti, kita pindah ke sana. Ingat, belajar selagi mampu'. Ayat menusuk jiwa. Pembakar usaha. Sehingga kini, saya sanggup berkorban masa untuk berjauhan dengan keluarga demi cita-cita. Bukan setakat cita-cita saya, tetapi cita-cita Ayah dan Mak saya.

Tq dad... tq mum... I'll do my best.


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^