Tuesday 11 August 2020

Marry Your Princess - Bab 3


 

Hana menyelak tirai. Kelihatan beberapa buah lori singgah di rumah berdepan rumahnya. Nampaknya rumah itu sudah bertuan. Akhirnya dapat jiran barulah dia.

Kenapa Hana?

Rumah depan dah ada orang masuk. Kita dapat jiran baru.persis mak cik bawang Hana memberitahu abahnya.

Abah dengar orang yang baru pindah tu beli lot rumah kat lorong belakang. Tapi dia tukar ke depan kita.

Hana kembali ke sofa. Duduk sebelah abahnya yang baru membuka cerita. Taman perumahan yang diduduki mereka baru sahaja dibuka tahun lepas. Hana juga baru berpindah di situ sejak sembilan bulan yang lalu. Kehadiran jiran baru di hadapannya boleh membuatkan mereka lega kerana masih terdapat banyak unit rumah yang kosong masih tidak dihuni oleh pemiliknya. Mungkin masih banyak yang mahu mengubahsuai rumah mereka terlebih dahulu sebelum berpindah. Ada juga yang masih tinggal di luar daerah.

Hana tak nak buat kelas tuisyen ke?soal Encik Haikal.

Taklah kot. Penatlah. Nak bagi masa kat diri sendiri rest malam-malam.

Encik haikal mengangguk perlahan. Memanglah penat. Waktu persekolahan Hana sampai ke petang disebabkan oleh sekolah dia satu sesi. Biasanya dia selalu balik pukul 2.30 petang. Itu pun kalau dia tak ada kerja lain yang perlu diuruskan.

Pulang awal pun biasanya dia sambung semak buku latihan pelajar. Tidak pun kerja lain seperti mengurus KWAMP, biasiswa, kelas tambahan tidak pun ada meeting atau program sekolah.

Kalau dia ada masa lapang sekalipun, pasti dia akan ke nurseri atau ke kedai bunga. Mana tak penat.

Apasal abah tiba-tiba tanya pasal tuisyen?Hana pelik. Abahnya bukan tak tahu dia selalu sibuk bekerja.

Ada jiran-jiran tanya. Ada yang ada anak diorang PT3 tahun ni. So, diorang minta abah tanya kat Hana.

Rajinnya abah sembang dengan jiran-jiran. Banyak benda abah tau ni. Hah, sampai hal jiran baru depan rumah ni pun abah tau dia tukar unit rumah dia.usik Hana.

Abahkan rajin jogging petang-petang. Bukan macam Hana. Membuta je!

Eh, aku pula yang kena!

Tapi memang itulah rutin harian Encik Hairul. Mungkin terbiasa dengan gaya hidup tentera dahulu, sesibuk manapun dia mengurus kedai dan nurseri, dia mesti berjoging setiap petang untuk mengekalkan stamina badannya.

Memang Hana seorang sahajalah yang kena menemainya. Tapi sejak Hana bekerja, dia sudah jarang beriadah. Itu yang membuatkan abahnya tidak senang duduk. Dia mahu Hana rajin mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Penatlah Abah. Turun naik bangunan nak ke kelas tu kira bersenam jugak la tu.

Encik Hairul ketawa kecil. Hana, kalau bab mengelat, automatik dia pandai berbahas.

Esok kena jogging dengan abah.

Emmmmmmmmm.

Panjang sangat emmm dia tu.

Hana pula yang tergelak.

Tiba-tiba bunyi loceng rumah kedengaran. Hana terus berhenti ketawa. Memandang abahnya dengan lebih fokus.

Siapa pula datang malam-malam ni?Encik Hairul berdiri. Dia mengatur langkah menuju ke pintu. Kemudian keluar dan terus ke pintu pagar. Hana, selepas mencapai tudung sarung yang sememangnya diletakkan di tepi almari TV, dia mula mengekori di belakang. Fokus betul melihat siapa yang ada di luar pagar.

Assalamualaikum.suara seorang perempuan.

Waalaikumsalam.Encik Hairul menjawab salam sambil membuka pagar. Siapa pula datang waktu malam?

Uncle…”

Nayla?belum sempat gadis itu bercakap, Hana sudah bersuara hairan melihat Nayla di depan pintu pagar. Apa budak ni buat depan rumah aku malam-malam ni?

Hana kenal?soal Encik Hairul. Laju Hana mengangguk.

eh, cikgu.Nayla juga terkejut.

Student sekolah Hana.jawapan Hana membuatkan abahnya terkejut hairan.

Uncle, Cikgu Hanaemmmabang saya nak minta izin parking kereta kat depan ni malam ni. Sebab barang kat rumah masih penuh kat tempat parking dia. Esok kot baru dapat alihkan semuanya.

Hana tergamam. Nayla menjawab sambil menunjuk rumah depan. Maksudnya, Nayla dan Nuh jiran baru aku???

EmmmYa. Boleh je parking depan ni.Encik Hairul menjawab kepada Nayla.

Terima kasih, uncle.

Hana masih diam. Masih terkejut.

Hana dah kenapa?soal Encik Hairul melihat anaknya masih terkejut.

Ingat tak customer abah minggu lepas? Yang nak buat photoshoot tu? EnZy Group?

Encik Hairul mengangguk.

Ni lah adik dia.

Ohhhadik Nuh Zahran.

Hana mengangguk. Abah boleh ingat pula nama lelaki itu dengan baik. Nuh bukan NOH. Hahahaha. Lawak pula ingat perbualan pertama mereka.

Laaakirim salam dengan abang kamu. Dia ada kat rumahlah ni?

Tadi ada. Tapi dah keluar beli makanan kejap.

Hana memandang rumah Nayla. Masih banyak pekerja yang tolong mengangkat berkotak-kotak barang dari lori. Ruang parking rumah itu memang penuh dengan barang. Patutlah dia nak tumpang parking depan rumah aku.

So, macam mana nak tidur malam ni kalau barang-barang masih baru nak pindah masuk?soal Hana.

Bilik saya dah siap, cikgu. Tinggal bilik along dan tingkat bawah yang tak settle lagi.

Hana mengangguk.

Saya minta diri dulu. Terima kasih.tidak mahu berlama di situ, Nayla mula meminta diri. Selepas Hana dan Encik Hairul mengangguk, dia kembali masuk ke rumahnya.

Okey je Nayla hari ni. Tak adalah dia degil dan nakal macam kat sekolah. Ke mood dia okey hari ni sebab tu dia jadi baik pula? Hana bingung.

Tak sangka Nuh jadi jiran kita.kata Encik Hairul sambil menutup semula pintu pagar rumahnya.

Hana mengangguk. Kalau abahnya sendiri sudah terkejut, aku lagilah.

 

HANA membuka pagar rumah. Mengerling pada jam di tangan. Awal pula dia siap ke sekolah hari ini. Almaklumlah perlu bertugas minggu ini. Kalau tidak sebab bertugas, memang mustahil dia akan sampai sekolah awal.

Hana terdiam. Nuh di hadapannya. Dengan senyuman.

Kaget.

Balas senyuman.

Terima kasih sebab benarkan saya parking kat sini malam tadi.

Eh, its okay.jawab Hana. Masa yang sama, Nayla muncul di situ. Sudah bersiap mahu ke sekolah agaknya.

Hana memerhati. Nayla hanya diam dan terus masuk ke dalam kereta.

Eh, kenapa tak sapa cikgu dulu?geram pula Nuh dengan adiknya. Nayla hanya diam di dalam kereta.

Nuh memandang Hana. Serba salah dengan perangai adiknya.

Kami minta diri dulu.

Hana mengangguk sambil senyum. Nuh masuk kereta dan terus memandu. Mungkin hantar Nayla ke sekolah. Melihat pada pakaian Nuh, dia hanya memakai T-shirt, seluar slack dan berselipar. Beza betul dengan gayanya sebelum ini siap pakai blazer. Mungkin dia tidak bekerja hari ini.

Hana lupa handphone lagi.Encik Hairul tiba-tiba muncul membawa telefon Hana. Mesti tertinggal di atas meja lagi. Memang satu tabiat Hana selalu tertinggal telefonnya di rumah. Bila sampai sekolah baru nak ingat.

Thank you, abah. Hampir kaget kat sekolah bila minit mesyuarat belum send kat group sekolah.abahnya memang penyelamat. Kalau tertinggal telefon, maknanya dia kena berpatah balik. Kalau tidak berpatah balik, habislah dia belum memberikan minit mesyuarat panitia yang perlu diserahkan ke dalam group WhatsApp sekolah.

 

 

HANA mencari abahnya. Sejak dia balik sekolah tadi, tidak pernah melihat abahnya. Sempat dia tidur dan bila bangun, abahnya masih tiada di rumah padahal keretanya ada. Pelik. Takkanlah abah pergi joging sejak pukul 3 petang tadi. Sekarang sudah pukul 6 petang.

Lama pula aku tidur petang ni. Sempat rasa kelakar pada diri. Hana senyum sendiri. Penat sangat sampai tidur hampir tiga jam. Nasiblah sedar dia belum solat asar. Kalau tidak, mungkin pukul 7 malam agaknya baru bangun.

Assalamualaikum.

Hana yang duduk bersantai di luar rumah sambil melihat pokok-pokok bunga memandang ke arah pagar yang terbuka. Encik Hairul muncul sambil memberi salam.

Waalaikumsalam. Aik, abah dari mana?

Rumah depan.

Hana tercengang.

Abah balik awal tadi. Malas nak ke nurseri, so bila balik. Tapi nampak Nuh sedang kemas rumah. Abah datang sapa dia. Then, tolong dia angkat-angkat barang, sembang-sembang. Abah balik solat asar tadi tapi nampak Hana masih tidur. Ingatkan nak ajak Hana joging tapi sedap je Hana tidur. Malas nak ganggu. So, abah ajak Nuh joging sama-sama.

Hana tercengang lagi. Apa yang dah berlaku? Sejak bila abah rapat sangat dengan Nuh?

Amboi, peramah sangat abah sekarang.

Encik Hairul ketawa.

Eloklah abah berkawan dengan Nuh tu. Dia pun tak ada geng macam abah. Abah ada anak, tapi sibuk kerja. Tak kerjapun, sibuk tidur. Nuh pun senasib dengan abah. Adik dia mana nak layan sangat dia. Terperap je kat bilik.

Aku pula kena!

Assalamualaikum.

Dua-dua diam. Tiba-tiba pula ada orang datang.

Waalaikumsalam. Eh, Nuh. Masuklah.

Mata Hana fokus. Tercengang untuk kali yang ketiga. Abah dah boleh cam suara Nuh pula kali ini. Belum nampak kelibat Nuh, dia dah tau siapa yang datang. Nasiblah Hana keluar saja dari luar pintu, dia bertudung. Kalau tidak, pasti berlari pecut Hana dibuatnya.

Uncle tertinggal dompet kat rumah saya.

Laaatak perasan.

Suka ejek Hana tertinggal barang, rupanya Hana warisi perangai abah.

Encik Hairul ketawa. Hana, bab begini memang laju dia mengungkit sebab dia selalu mengejek Hana bab barang tertinggal.

Nuh, duduklah dulu. Hana, Abah hauslah. Eh, bukan abah seorang yang haus. So, kitorang nak air boleh?

Hana memandang abahnya. Kemudian memandang Nuh.

Eh, tak apa, uncle. Saya balik dululah.Nuh segera meminta diri.

Eh, duduk dulu. Cerita kita tak habis lagi tadi tu.pelawa Encik Hairul kepada Nuh.

Hana tercengang kali keempat. Amboi sangat ni. Banyak pula cerita diorang sampai tak habis lagi. Dengan bingung-bingung, Hana mengatur langkahnya masuk ke dalam rumah.

Nuh yang segan diajak duduk mula menurut. Matanya meleret perlahan memerhati Hana yang melihatnya dari tadi. Gadis itu bingung tapi menurut arahan. Meleret pandangannya sehinggalah Hana hilang dari pandangan.


Cantik kan lanskap laman rumah dia.. - Deco Rumahku Syurgaku ...


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^