Bagaimana kita mahu membina pantun?
Pantun Tingkatan 2 melibatkan pantun yang mempunyai 4 baris atau lebih dikenali
sebagai pantun 4 kerat.
Contohnya,
Buah cempedak di luar pagar ,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar ,
Kalau salah tolong tunjukkan.
1.
Bagi membina pantun 4 kerat yang baik, 2 komponan yang penting perlu
dititikberatkan dalam proses pembinaannya, iaitu mencari pembayang dan maksud.
(a)
Pembayang : Baris 1 dan 2
Buah cempedak di luar pagar ,
Ambil galah tolong jolokkan,
(b)
Maksud : Baris 3 dan 4
Saya budak baru belajar ,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Selalunya,
dalam soalan, maksud setiap rangkap akan ditanya. Maka, pelajar perlu fokus
dengan kehendak soalan sama ada perlu mencari maksud rangkap ke berapa. Contoh
soalan:
Berikan manksud rangkap kedua bagi pantun di atas.
Maka,
pelajar perlu menumpukan fokus kepada rangkap kedua seperti kehendak soalan.
Selepas itu, pelajar hanya perlu membaca baris ketiga dan keempat bagi rangkap
tersebut.
2.
Selain itu, rima akhir bagi pantun 4 kerat hanya boleh (a,b,a,b) atau (a,a,a,a)
Contoh:
Buah
cempedak di luar pagar ,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar ,
Kalau salah tolong
tunjukkan.
Rima
akhir boleh dilihat dengan menyamakan bunyi akhir pantun, iaitu rima akhir
(bunyi akhir) baris pertama perlu sama dengan baris ketiga manakala rima akhir
baris pertama perlu sama dengan baris keempat.
(Lihat
warna pada suku kata akhir pantun di atas)
Warna Merah - Baris 1 dan 3
(Diwakili sebagai a)
Warna Biru - Baris 2 dan 4
(Diwakili sebagai b)
Maka,
Buah
cempedak di luar pagar , - a
Ambil galah tolong jolokkan, - b
Saya budak baru belajar , - a
Kalau salah tolong tunjukkan. - b
Rima
akhir pantun 4 kerat juga boleh jadi a, a, a, a apabila suku kata perkataan
akhir menjadi bunyi yang sama seperti:
Dalam
kelas makan roti ,
- a
Roti dimakan berhati-hati, - a
Ketua kelas nama Hayati , - a
Duduk sebelah dengan Izzati. - a
Rima
akhir semua sama iaitu 'ti', maka diwakili dengan a
LATIHAN
Bina 3
pantun 4 kerat rima akhir a,b,a,b dan 3 lagi pantun 4 kerat rima akhir a,a,a,a.
Pantun tersebut perlu mempunyai kaitan dengan kelas anda.