Tema
Sindiran terhadap segelintir anggota
masyarakat yang mengamalkan sikap negatif sehingga boleh menjejaskankehidupan
diri sendiri dan orang lain.
Persoalan
1.
Sikap
membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalamkalangan masyarakat.
2.
Sikap
merendahkan diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.
3.
Sikap
segenlintir manusia yang mengharapkan sesuatu diluar kemampuan diri.
4.
Sikap
manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti hasilnya.
5.
Sikap
sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.
6.
Sifat
sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.
7.
Perantau
yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampunghalaman juga.
8.
Sifat
malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubahapabila sudah dewasa.
9.
Kecantikan
diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.
10. Segeralah bertaubat setelah melakukan
dosa.
Bentuk pantun
1.
Pantun
ini terdiri daripada tujuh belas rangkap.
2.
Bilangan
setiap baris pada setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris.
3.
Ada
pembayang dan maksudnya.
4.
Panjang
pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata.
Contohnya:
Harimau di hutan lagikutangkap (5 baris)
5.
Jumlah
suku kata dalam pantun ini antara lapan hinggasebelah suku kata.
Contohnya:
Bertelur sebiji riuh sekampung (11 suku kata)
6.
Pantun
ini berbentuk terikat.
Unsur Bunyi
1. Asonansi
Contohnya : Alas nikah raja Melayu (perulangan
vokal a)
2. Aliterasi
Contohnya: Buah bacang masak serangkai
(perulangankonsonan b)
3. Rima akhirnya terikat, iaitu abab
LATIHAN
Jawab semua soalan
1. Berdasarkan Pantun Kiasan di atas, apakah maksud yang terkandung dalam rangkap pertama di atas? (3 markah)
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2. Kemukakan dua unsur bunyi yang terkandung dalam petikan pantun di atas. (3 markah)
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3. Pada pendapat anda, apakah implikasi sikap suka berbangga-bangga dengan kejayaan sendiri? (4 markah)
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
xc
ReplyDelete