Tuesday 6 October 2015

Pangeran - Bab 2

Pangeran

BAB 2

Hazrin mengangkat pandangannya. Wanita yang mengenakan mini skirt ketat di hadapannya kelihatan begitu seksi berpakaian kemeja putih. Dengan mekap yang tebal, dia berdiri memerhati wajah Adit. Hazrin kemudiannya mengalihkan pandangannya ke kiri. Adit hanya membatu dan langsung tidak mengalihkan pandangannya dari memandang tetamu yang baru sahaja masuk. Jelas, wajah lelaki itu nampak tegang. Dia nampak marah.
“Aku rasa aku nak keluar kejap. Emmm… korang berdua duduklah berbincang elok-elok.” Hazrin mengambil langkah cemerlang. Dia perlu pergi dari situ. Tidak perlu menjadi penonton drama cinta antara Adit dan Nawal.
Tatkala berdiri dari kerusi, tidak putus-putus pandangan Hazrin memandang Adit dan Nawal silih berganti. Dua-dua kaku. Masing-masing masih diam. Diorang tak dengar ke aku bercakap tadi? Kenapa respon diorang macam tak ada apa yang berlaku? Suara aku macam angin berlalu sepi.
Ah, lantaklah!
Sebaik sahaja melihat kelibat Hazrin hilang, Adit mula mengalihkan posisi badannya. Berdiri menghadap belakang. Wajah Nawal dipandang tepat.
“Semua tu gosip. I tak minum. I cuma datang sambut birthday kawan I je. Please trust me, Dit. I tak bohong.” Nawal membela dirinya. Dia perlu bersuara dahulu sebelum Adit menyoal.
“So, memang betullah yang you masuk pub?”
Nawal terdiam. Terjerat dengan ayat gelabahnya.
No… emmm… yes. Tapi, Dato’ Sufi tu clien I. so, kalau I tak join, tak pasal-pasal kontrak automatik batal. You must understand me. I ni model. Kerja I bergantung sepenuhnya dengan kepuasan hati pelanggan.”
Telinga Adit panas. Kepuasan hati? Dua perkataan itu sungguh mencabar perasaannya.
“Dan sekarang you puas?”
Nawal menelan air liur yang pahit rasanya. Pandangan Adit tepat menikam anak matanya. Pandangan tajam itu yang bakal mengundang sesuatu yang serius bakal berlaku. Pantang lelaki itu tercabar. Pantang lelaki itu ditipu. Nawal tahu akan hakikat itu namun dia masih tidak insaf walaupun sudah masuk kali ke-4 dia kantoi.
“A… apa… apa maksud you?” gagap. Nawal ketakutan. Memang dia tewas dengan sikap Adit yang agak tegas.
“You jangan ingat I ni seorang yang bodoh.”
Nawal terentak tatkala Adit menghempas sekeping sampul surat di atas meja. Lelaki itu menarik dan menghembus nafas dengan kuat sebelu mengatur langkah pergi. Jelas sekali dia berang.
“You!”
Panggilan Nawal seakan-akan angin yang berlalu pantas. Adit tetap dengan pendiriannya dan Nawal yakin bahawa lelaki itu tidak akan patah balik untuk mendengar penjelasannya.
Sampul surat dicapai dan terus dibuka. Beberapa keping gambarnya jelas menjadi bukti bahawa dia berkata bohong pada Adit sebentar tadi. Patutlah Adit Nampak agak tegas padanya tadi. Lebih tegas daripada sebelum ini. Rupanya dia sudah mendapat bukti kukuh untuk semua ini. Damn!
Apa aku perlu buat?
Nawal terduduk di kerusi. Otaknya mula ada penyesalan. Penyesalan yang tidak berguna untuk ketika ini.

***********************************************************************

ADIT mengatur langkahnya laju. Tangan kanannya tergenggam kuat membentuk sebiji penumbuk. Amarahnya kian membuak-buak. Otaknya tidak pernah menyangka yang Nawal sanggup membohonginya lagi. Sudah tiga kali Nawal berjanji untuk jauhi benda syaitan itu, namun dia masih memungkiri janjinya. Sudah banyak alasan dan bohongan yang diberikan. Itu yang menjelakkan telinga Adit untuk mendengarnya.
“Bro! kau nak balik dah?”
Pertanyaan Hazrin bagaikan satu suara yang tidak penting di telinga Adit. Langkahnya semakin laju meninggalkan bangunan itu. Soalan Hazrin langsung tidak dijawab. Lagi parah bila muka sahabatnya itu juga langsung tidak dipandang.
Ego lebih penting dari segalanya ketika ini!
Bangunan Business ditinggalkan melalui jalan belakang. Dia tidak mahu budak-budak kolej menjejakinya. Dia juga perlu lari daripada Fuad. Saat ini dia perlu tenangkan fikiran. Berdepan dengan Fuad hanya satu tindakan yang kurang bijak kerana peratus untuk dia melenting tak tentu pasal dengan lelaki itu adalah tinggi. 98%. Fuad tiada kaitan dengan semua ini. Dia tidak perlu terima kesannya.
Langkah Adit terhenti tatkala dia berjalan hampir 10 minit. Entah di mana hala tujunya, dia sendiri tidak tahu. Letih! Ini kali pertama dia berjalan kaki setelah sekian lama. Zaman sekolah dulu dia pernah menyertai aktiviti merentas desa namun dia tewas di tengah jalan. Dan hari ini, akibat marah yang membuak pada Nawal, tak semena-mena dia berjalan seakan-akan merentas desa yang tewas di tengah jalan seperti dahulu.
Adit memegang dadanya. Jantungnya mula berdegup laju. Dia mula berpeluh semula. Apa benda ni? Apasal jantung aq mengepam laju sangat?
Pandangannya mula terpacak pada kelibat seorang gadis di rooftop bangunan Art. Arghhh, gadis itu lagi! Apa masalah dia sampai buat aku rasa sakit sampai macam ni? Siapa dia yang sebenarnya?



Adi mengatur langkah laju. Dia berlari masuk ke bangunan itu. Empat butang lift ditekannya sekali kerana dia ingin cepat. Hatinya mula mendesak untuk bertemu dengan gadis itu. Dia perlu tahu siapa gerangannya. Mungkin dia boleh tahu apa punca dia boleh jadi sakit seperti sekarang.
Lift No. 2 terbuka. Dia berlari masuk. Butang tingkat atas sekali ditekan rakus. Hei Adit, kau macam dah gila! Tak pernah kau kejar orang sebelum ni. Lelaki atau perempuan. Biasanya diorang yang kejar kau. Tapi kali ini hanya seorang gadis. Kau memang pelik!
Rooftop bangunan sudah dijejaki. Adit tercungap-cungap. Pandangannya laju ke kiri dan kanan. Depan dan belakang. Hanya deruan angin yang ada di bangunan itu. Mana perginya gadis itu? Tadi dia berdiri di atas ni!
Adit menuju ke hujung. Tempat di mana dia melihat gadis itu berdiri sebelum ini. Pandangnya jatuh ke bawah. Mencari kelibat gadis misteri itu. Kot-kot lah dia dah turun bawah. Tiada. Tiada seorang pun yang ada dalam bangunan ini.
Hampa!
Usahanya sia-sia. Hanya lelah yang dia peroleh.
Adit mengatur langkah. Mahu turun semula. Tapi tiba-tiba kaki kanannya terpijak sesuatu. Pensel? Dia mengerutkan kening. Mula-mula dia tidak mahu ambil pusing namun melihat ada nama terukis pada hujung pensel itu, dia membongkokkan badannya mencapai pensel berwarna hitam itu.
‘Ara’.

Serentak itu, jantung Adit mula memalu kencang.

***************************************************************************

alhamdulillah. Student exam, cikgu relax sampai boleh update entry baru. tq readers yg msih sudi membaca...


Wednesday 12 August 2015

Pengiran - Bab 1



pangeran


BAB 1
Telefon bimbit yang berada di tangan diperhati penuh. Nama Hazrin terpampang di skrin menyebabkan telefon itu bergetar menari-nari sambil menyanyi.
“Ya bro. Aku dah masuk dalam kolej. Kau tunggu aku kat mana?”
“Dit, aku kat tempat biasa. Nawal ada called kau tak?”
“Ada. On the way katanya.”                                                                      
“Aku ada hal nak bagitau kau ni. Cepat sikit.”
“Emmm… five minutes.”
Panggilan tamat begitu sahaja. Skrin telefon di pandang semula. Sudah mula senyap dan tidak menari mahupun menyanyi lagi. Dalam hatinya dia masih berharap telefon itu bordering lagi. Nafas dihembus. Kesal. Hampa. Kecewa.
Kenapa Nawal tak called aku semula?
Persoalan yang tidak punya jawapan itu yang tidak berhenti mengasak mindanya. Nafas dihembus lagi. Patah harapan. Dia mahukan penjelasan.
Jantung mula berdegup kencang. Peluh mula membasahi dahi. Aku dah kenapa ni? Teruk sangatkah berita itu sehinggakan aku jadi begini?
Kelibat seorang perempuan yang berjubah biru tua bertudung bunga-bunga di tepi jalan mencuri perhatiannya. Jantung semakin laju mengepam. Telefon bimbit digenggam kuat. Wajah Nawal juga mengasak minda. Kelibat perempuan itu mengasak jantungnya.



“Pengiran okey tak?” si pemandu,  Fuad menyoal segera tatkala melihat majikannya mula berpeluh duduk di belakang. Penghawa dingin sudah kuat. Cuaca redup dan tidak panas. Kenapa majikannya itu berpeluh? Wajahnya pucat.
“Saya okey.”
Air mineral diteguk laju sambil nafas ditarik cermat sebelum matanya lari semula memandang ke luar. Melalui cermin sisi, jelas melihat perempuan berjubah biru itu tunduk mengutip kertas lukisan yang sudah bertaburan di atas jalan.
Siapa dia? Kenapa aku curious sangat nak tahu ni??!
Arghhhh!!! Nawal pun satu hal!

*************************************************************************

TIARA mengeluh. Matanya melihat beberapa orang gadis yang berjalan kaki berdekatan dengannya sudah berlari-lari anak. Entah ke mana arah mereka, dia sendiri tidak tahu. Apa yang pasti, mereka semua mengekori sebuah Alphard mewah berwarna putih yang baru melncur laju di atas jalan raya
“PG dah sampai. Dia hantar report praktikal kan hari ni?”
“Ya. Wei… dah lama tak nampak dia. Mesti makin kacak, kan? Aku stalker instagram dia, dah lama dia tak update gambar baru. Busy sangatlah tu. Rindu kot nak tatap muka dia yang hensom tu.”
“Tu lah pasal. Aku tak nak lepaskan peluang ni. Aku kena nampak dia depan-depan jugak ni. Kot-kot la dia senyum kat aku. Senyum dari jauh pun jadilah!”
“Jom!”
Tiara mengerutkan dahinya. Mendengar perbualan dua orang gadis di hadapannya, dia keliru. PG? Siapa pulak PG? Manusia dalam Alphard putih tadi tu ke?
Tapi… dia siapa? Kenapa dia boleh menjadi kegilaan gadis? Bukan dua orang gadis di hadapannya sahaja yang nampak fanatik, malah beberapa orang gadis yang berada berjalan di sekelilingnya juga sudah mula teruja dan sudah berlari-lari mengejar kereta yang sama.
Pelik!
Artis ke?
“Kalau ya pun artis, tak perlu nak berlari sampai langgar aku. Habis semua lukisan aku.” Tiara merungut sendiri. Lukisan yang dilukis malam semalam perlu dihantar sebagai assignment individu. Malangnya, lukisan itu sudah mula basah terkena embun pagi.
Rosak!
Emmm… pagi-pagi dah kena benda malang. Tiara mengerutkan dahinya. Sedih.
Jubah birunya dibetulkan semula selepas duduk mengutip lukisan. Tudung selendang berbunga dikemaskan. Dugaan awal pagi ini menguji kesabarannya. Bukan rezeki. Mungkin aku perlu melukis semula yang baru.
Langkahnya diteruskan ke Bangunan Art. Mata dan kakinya yang fokus untuk laju mula terganggu tatkala melihat ratusan pelajar sudah berkumpul depan bangunan Business. Ada gadis yang berteriak seakan-akan histeria. Ada yang bermuka teruja. Ada yang melompat-lompat kegembiraan.
Apa pulak kali ini?
“PG!!!”
Langkah Tiara terhenti. Nama PG dipanggil lagi. Bukan seorang, malah berpuluh dan mungkin beratus orang memanggil nama yang sama. Alphard putih nampaknya sudah dikerumi manusia. Gadis mahupun teruna. Melaung-laung seakan-akan obsess dengan seorang manusia yang baru sahaja keluar dari perut kereta mewah itu.
Macam drama Boys Over Flower pulak babak depan mata aku ni. Tiara mula membandingkan drama Korea itu dengan apa yang dialaminya. Memang sama. Cuma Boys Over Flower ada empat jejaka keluar dari kereta dan berjalan megah masuk ke dalam bangunan, ini hanya seorang jejaka. Muka dia pun aku tak tahu boleh tandingi jejaka F4 ataupun tidak. Nasib baik aku tak dapat Nampak muka dia dengan jelas. Kalau tidak, aku akan pastikan dia lebih hensom dari jejaka F4. Tiara tersenyum sendiri. Mula lagi merepek seorang diri.
PG… artis mana pulak yang sesat dalam kolej ni?
PG? Pelik je nama dia!
Tiara mula tidak ambil pusing. Arah Bangunan Art diteruskan. Lukisan baru perlu disiapkan! Kalau tidak mengamuklah Tuan Mikhail nanti. Alamatnya aku boleh failed paper penting ni!

**************************************************************************

HAZRIN mengangkat pandangannya. Dia yang berada di mejanya dan fokus pada iPad mula memandang wajah sahabatnya yang baru sahaja masuk ke dalam bilik. Sahabatnya itu ditemani oleh Fuad, PA yang sudah berkhidmat dengannya sejak dia berusia 15 tahun lagi. Sudah tujuh tahun dia berkhidmat.
“Pengiran Aditya Naufal Dary Pangeran Abdul Nadeem, are you okay bro?”
Adit memandang fokus wajah Hazrin.
“Hazrin Azka bin Dr. Halim Mahmood, macam mana kau boleh hidup kena kejar setiap hari macam ni?”
Hazrin tergelak. Mesti Adit diserbu peminatnya di kolej bila dapat tahu dia kembali semula. Siapa tidak kenal pada geng elit kolej itu. Pengiran Aditya Naufal Dary Pangiran Abdul Nadeem, cucu pengarah kolej, berdarah raja keturunan Sultan Brunei, keluarganya pengusaha berjaya pelantar minyak di Brunei dan pewaris utama seluruh harta ketunanan yang dimiliki kedua ibu bapanya. Terkenal dengan jolokan nama PG, iaitu singkatan kepada namanya Pangiran. Sangat terkenal di seluruh kolej malah ramai followers dalam media sosial tidak kira dalam facebook, instagram, tweeter malahan menjadi rebutan bloggers untuk menulis tentang dirinya.
Hazrin Azka bin Dr. Halim. Ayahnya pemilik sebuah hospital swasta yang khusus untuk golongan VVIP. Ibunya seorang jurutera berjaya yang sudah membina banyak bangunan megah dalam negara. Sahabat baik Adit ini juga bakal bergelar doktor muda apabila dia hampir menghabiskan pengajiannya dalam bidang perubatan dalam beberapa bulan lagi.
Puteri Nawal Syarif. Anak jurutera berjaya yang mana ayahnya berkawan baik dengan ibu Hazrin. Ibunya seorang peniaga barang kemas eksklusif. Pelajar engineering yang berwajah cantik membolehkan dia menjadi seorang model yang terkenal era ini dengan menghiasi cover majalah mahupun menjadi duta produk kecantikan di muka TV.
“Aku ingat aku dah lama praktikal kat luar selama enam bulan buat budak-budak kolej ni lupa kat aku. Last-last aku datang tadi, lagi ramai yang datang menggila. Aku rasa aku dah kalahkan ranking penyanyi korea ni.”
“Kau dah lama sangat ‘hilang’. Sebab tu bila ko muncul, diorang pun naik gila.”
“Dahlah. Macam mana kau masuk kolej selama ni? Budak-budak tu ikut kau lagi ke?”
“Kadang aku ikut jalan belakang. Kadang pakai topi sampai orang tak kenal aku. Tapi kadang terkantoi jugaklah. Kena pasrah bro.”
Hidup sebagai orang pujaan memang payah. Nampak gah, tapi itu bukan suatu kehidupan yang normal. Kadang-kadang, rasa menyampah pun ada. Letih!
“Apa berita kau nak sampaikan kat aku? Macam penting sangat je tu.” Adit kembali berbicara tentang tujuan utama pertemuan mereka.
“Kau dah hantar report kau ke?” soalan penting itu dikeluarkan oleh Hazrin.
“Dah. Sebab tu boleh kantoi aku datang kolej hari ni.”
Okay, good. Sebenarnya aku nak cakap sesuatu ni. Tapi…”
Adit memandang Hazrin. Mata Hazrin yang fokus melihat Fuad memberi satu makna yang boleh ditafsir dengan mudah oleh anak keturunan Brunei itu.
“Fuad, saya ada benda mahu bincang dengan Hazrin. Kamu tunggu saya kat luar.”
Fuad mengangguk. Arahan diterima dengan cepat. Dia mula mengatur langkah meninggalkan dua sahabat itu di dalam bilik.
“Apa dia?” Adit segera menyoal.
“Kau dah tengok ni?”
Hazrin berdiri dari kerusi. Langkahnya menuju ke arah Adit. iPad yang berada di tangannya diserahkan pada Adit. Berita yang dibaca sejak awal pagi tadi dikongsikan.
“Aku dah baca.”
Melihat respon Adit, Hazrin terkesima. Masih tenang wajah lelaki itu. Tapi dia tahu Adit bukan orang yang mudah melatah. Dia pasti akan tayang muka tenang seperti itu walau apapun yang berlaku. Memang itu identitinya.
“Kau dah called Nawal kan? Dia cakap apa?”
“Salah faham. Dia tak mabuk pun semalam. Media salah orang dan jual nama dia. Sebab sekarang nama dia sedang naik. So, kau faham-fahamlah media macam mana. Nak jual berita sensasi.”
“Kau percaya?”
“Entah. Sebab tu aku nak Nawal datang sini sekali. Aku nak dia terus terang dengan aku.”
Hazrin memandang sahabatnya. Sudah setahun lebih Adit menyulam cinta dengan Nawal. Kisah cinta mereka begitu hangat namun dalam kolej. Namun, pihak media masih belum mengetahui hal ini. Tidak hairanlah bila banyak gosip liar dan hangat tentang Nawal dan mana-mana lelaki. Artis, model mahupun golongan VIP. Selalu tertukar pasangan gosipnya. Apa yang pasti, media masih buntu dan kabur-kabur tentang siapa sebenar pemilik hati gadis berwajah cantik itu.
Adit duduk di kerusi. Menahan kesakitan yang dirasai. Jantungnya berdegup dengan pantas sekali. Wajah gadis berjubah biru tadi masuk ke mindanya berselang dengan wajah Nawal. Apa kaitan gadis itu dengan Nawal?
Bro, are you okay?” Hazrin menyoal tatkala melihat perubahan emosi Adit.
“Aku rasa aku terlalu berlembut dengan Nawal sampai dia buat perangai macam ni.”

Hazrin diam. Mahu komen apa lagi? Jangan masuk campur. Nanti tidak pasal-pasal sebiji penumbuk singgah ke pipinya.

***********************************************************************

Assalamualaikum...

Dan akhirnya wujudlah entry baru selepas berhempas pulas menyiapkan manuskrip 0ne Step Closer. Dear readers, enjoy cerita baru yer... 


Lot Of LOve,











Label : My Writting

Tuesday 13 January 2015

Kpop daebak!

Assalamualaikum ^^

Citer hot pasal kpop makin banyak jd bualan mulut orang minggu ni. Ofkos la aku agak terasa jugak sebab aku pun peminat tegar certain grup kpop dan aku pun awek pakai tudung jugak. Emmm... sebab tu aku nak komen jugak pasal ni.

eh, terasa aku tetiba rajin blogging pulak kali ni... (rasa excited laptop sudah kembali... haha)

Bagi aku la, balik kepada main point... fanatic pada sesuatu tu memang sesuatu yang agak lumrah jugaklah bagi setiap manusia. Pasal fanatic dengan kpop, aku rasa aku one of them jugaklah sebab 70% lagu kpop aku boleh teka dengan baik... (ya ke 70%...??? emmm... okey... tukar jadi 40%) hahahaha... BUT, klau pasal drama kpop, aku yakin dan pasti 80% drama korea aku tau ! haha ^^

main peratus2 pulak dah!

Berbalik pada cerita gadis bertudung peluk cium artis kpop tu, emmm... aku rasa aku nak komen pasal batasan dan ke'excited'an. Kadang-kadang bila kita excited, banyak benda yang kita buat tapi kita tak sedar terutamanya bila tahap excited tu capai tahap maksimum... cehh.. ayat poyo pulak dah! Tapi memang kenyataan jugak ayat poyo aku. Bila dah capai tahap maksimum, apa yang kita hajati tu dah tercapai and maybe apa yang kita capai lebih dari yang kita hajati. Hah, macam tu la yang terjadi kat adik yang peluk artis kpop tu. Maybe masa datang konsert dia tak pernah rasa akan dipeluk dan dicium. Maybe dia ada simpan hasrat untuk berada di atas pentas dan dapat berbual dengan artis. And maybe dia datang dengan harapan dapat berkonsert bersama walaupun hanya di bawah pentas bersama peminat lain. Hah, yang tu boleh tanya dia sendiri. Bukan aku pegang jawapannya.

Apa yang aku pelik, lepas kejadian ni, aku jadi bingung kenapa ramai yang menunding jari dengan gadis bertudung yang meminati kpop? budak tu pergi konsert pun aku tak tau, kenapa nak tuding jari dengan semua orang? (tetiba emosi. hahaha..) emmm... aku pun terasa jugak bila dorang komen pedas2 kat laman sesawang tak kira fb, twitter mahupun blog.

emm... inilah impak kecanggihan manusia. Manusia boleh komen apa dia suka.

BUTTTTT... masih lagi pasal gadis bertudung.. hahaha... point tak habis lagi rupanya. Adek, kalau pun excited sangat dapat jumpa lelaki pujaan anda, kita kena tahu batas agama kita. Duduk sebelah lelaki pun dah boleh rasa malu inikan lagi bersentuhan dan buat aksi macam tu. emm... sedih je tengok video tu. Sedih tengok perangai excited mengatasi kadar batasan kita sebagai umatNya.

kepada peminat kpop, aku rasa better minat anda tu diteruskan je. Tapi dengan penuh batasan. Dah minatkan... takkan nak auto tak minat/ benci kat kpop sebab hal ni. Minat je tapi ambil apa yang boleh dipelajari. Contohnya, cehhh... macam buat jawapan esei sejarah STPM pulak aku rasa. okey, contoh. Kalau tengok drama, cuba tengok macam mana dorang olah plot drama diorang. Kadang tu macam sama je dengan drama lain. Tapi kadang ada plot cerita yang unik dan menarik yang tak pernah dibuat dalam drama lain.

Yang tu pasal drama. Kalau pasal lagu, no komen la sebab halwa telinga kita ni lain-lain. Macam aku, aku suka dengar lagu korea sebab rancak. Boleh hilangkan stress. Kecanggihan dorang buat video klip tu menarik perhatian aku sebab aku pernah terlibat dengan audio video dalam membuat suatu video. Agak payah nak edit sebab libatkan effect2 bagai, so tengok cara dorang aplikasi semua kecanggihan teknologi. Hah, yang tu namanya learning. Minat sambil belajar.

Okey, aku rasa otak dah pejal tak tau nak taip apa lagi. hahahaha... apa yang aku nak sampaikan sekarang adalah, jangan lupa tengok Running Man setiap hari jumaat. Roommate season 2 setiap selasa. The Return of Superman setiap ahad. haha... drama x payah mentioned sebab banyak sangat. Pastikan channel 392 dan 393 menjadi pilihan anda. hahaha...

Jangan lupa tengok Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim Elias. Yang tu lagi best!

Sebelum akhiri entry, nah... aku share muka pakwe hensem kat korea.



Dialah TOP from Big Bang!




0ne step cl0ser,

 

Monday 12 January 2015

i am teacher to be

Assalamualaikum...

And finally, wujud entri ini selepas beberapa lama difikirkan. Oh yeahhh!!! First, syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana Engkau memulakan 2015 dengan pelbagai berita gembira. Terasa bagai doa yang pernah dipanjatkan sudah mula dimakbulkan oleh Allah.


06 Januari 2015 : Selasa

Sejak 11.50 malam aku fokus kat channel 393 sebab tengok Roommate Season 2. Sebab nak fokus sangat, aku abaikan je fon letak dalam bilik sambil cas. Gelak punya gelak tengok tv, rupanya meseg dah bertubi-tubi masuk kat dalam WhatsApp.


07 Januari 2015 : Rabu

Dalam kul 2 suku, aku akhirnya masuk bilik. Rasa pelik bila nampak banyak sangat notification. Bila bukak, aku dah rasa aku macam mamai je. Sebab dah masanya nak tido. Tapi bila baca semula chat geng aku kat UUM, aku rasa macam darah ni naik kat kepala.

'Wei korang. Dah blh check posting kat egraduan'

Ayat tu buat aku rasa menggigil. Macam-macam dalam otak aku.

'Nama aku ada wei. Aku lulus. Aku dapat posting kt Johor. Alhamdulillah'

Yang tu aku tak boleh blah. Automatik rasa mengantok tu hilang. Semua Johorian dapat posting kat negeri sendiri. Yang paling tak boleh percaya, SEMUA dapat posting. Ya-Allah, apa nasib aku? dapat posting ke aku? kalau dapat, kat mana? eh.. dapat ke? takutttt....

'Kit, blh check skrg'

Okey, aku dah kecut tahap dewa time ni. Otak dah mula fikir macam-macam. Dapat-tak-dapat-tak... Tak de jawapan kecuali check sendiri nama aku.

'Wei, kuota internet aku dah habis'

time ini pulak, internet dah mula slow.

'Meh cni aku tolong checkkan'

Time ni memang dah tak boleh elak rasa kecut. Menggigil.

'Kit, tahniah... ko dapat Sabah.'

Rasa macam otak berhenti berfikir. aku dapat.

'Seriusly?' soalan tu jugak aku tanya dulu. hahahaha...

'Betul la kit. Jap aku bg tengok ko bukti'

Hati mula dup dap dup dap semula. Takkan kawan aku tipu benda macam ni. Tengok jam, dah pukul 2.30 pagi. Tak de masa nak gurau pagi buta macam ni.




ok... bukti dah nyata. Memang sah!

Ya Allah, aku rasa syukur sangat kerana penantian akhirnya terjawab dengan berita gembira macam ni. Sujud syukur aku padaMu.

Dalam otak aku, aku fikir parents aku dulu. Dah pukul 2.30 pagi. Ingatkan nak bersorak tapi semua orang dah nyenyak tidur. Okey, postpone bersorak esok pagi!

And finally, start waktu tu... aku dah tak ngantok. Excited. Chat dengan coursemate yang lain pun sambil tersenyum bahagia. Dalam otak ni, 'Kit, tido. Esok pagi nak kena bangun. Jangan subuh gajah lagi!'

Opsss...!!! ^^



0ne step cl0ser,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmP588csCO-ZsQIstGy1Bo56791D7-t7_D2gPDsSeB783yFZn7-0MLXA7VK_B9N28B_pQJv4Fgugt2OxV2U2pMa7rMfjWREYpLZen06w66s32dmStLnyMM_vL3JyZBOBKpgtAGK2DGO4H3/s1600/http---signatures.mylivesignature.com-54492-146-BAA0273522C1CA17D167054D7E45EA48.png