Wednesday 12 August 2015

Pengiran - Bab 1



pangeran


BAB 1
Telefon bimbit yang berada di tangan diperhati penuh. Nama Hazrin terpampang di skrin menyebabkan telefon itu bergetar menari-nari sambil menyanyi.
“Ya bro. Aku dah masuk dalam kolej. Kau tunggu aku kat mana?”
“Dit, aku kat tempat biasa. Nawal ada called kau tak?”
“Ada. On the way katanya.”                                                                      
“Aku ada hal nak bagitau kau ni. Cepat sikit.”
“Emmm… five minutes.”
Panggilan tamat begitu sahaja. Skrin telefon di pandang semula. Sudah mula senyap dan tidak menari mahupun menyanyi lagi. Dalam hatinya dia masih berharap telefon itu bordering lagi. Nafas dihembus. Kesal. Hampa. Kecewa.
Kenapa Nawal tak called aku semula?
Persoalan yang tidak punya jawapan itu yang tidak berhenti mengasak mindanya. Nafas dihembus lagi. Patah harapan. Dia mahukan penjelasan.
Jantung mula berdegup kencang. Peluh mula membasahi dahi. Aku dah kenapa ni? Teruk sangatkah berita itu sehinggakan aku jadi begini?
Kelibat seorang perempuan yang berjubah biru tua bertudung bunga-bunga di tepi jalan mencuri perhatiannya. Jantung semakin laju mengepam. Telefon bimbit digenggam kuat. Wajah Nawal juga mengasak minda. Kelibat perempuan itu mengasak jantungnya.



“Pengiran okey tak?” si pemandu,  Fuad menyoal segera tatkala melihat majikannya mula berpeluh duduk di belakang. Penghawa dingin sudah kuat. Cuaca redup dan tidak panas. Kenapa majikannya itu berpeluh? Wajahnya pucat.
“Saya okey.”
Air mineral diteguk laju sambil nafas ditarik cermat sebelum matanya lari semula memandang ke luar. Melalui cermin sisi, jelas melihat perempuan berjubah biru itu tunduk mengutip kertas lukisan yang sudah bertaburan di atas jalan.
Siapa dia? Kenapa aku curious sangat nak tahu ni??!
Arghhhh!!! Nawal pun satu hal!

*************************************************************************

TIARA mengeluh. Matanya melihat beberapa orang gadis yang berjalan kaki berdekatan dengannya sudah berlari-lari anak. Entah ke mana arah mereka, dia sendiri tidak tahu. Apa yang pasti, mereka semua mengekori sebuah Alphard mewah berwarna putih yang baru melncur laju di atas jalan raya
“PG dah sampai. Dia hantar report praktikal kan hari ni?”
“Ya. Wei… dah lama tak nampak dia. Mesti makin kacak, kan? Aku stalker instagram dia, dah lama dia tak update gambar baru. Busy sangatlah tu. Rindu kot nak tatap muka dia yang hensom tu.”
“Tu lah pasal. Aku tak nak lepaskan peluang ni. Aku kena nampak dia depan-depan jugak ni. Kot-kot la dia senyum kat aku. Senyum dari jauh pun jadilah!”
“Jom!”
Tiara mengerutkan dahinya. Mendengar perbualan dua orang gadis di hadapannya, dia keliru. PG? Siapa pulak PG? Manusia dalam Alphard putih tadi tu ke?
Tapi… dia siapa? Kenapa dia boleh menjadi kegilaan gadis? Bukan dua orang gadis di hadapannya sahaja yang nampak fanatik, malah beberapa orang gadis yang berada berjalan di sekelilingnya juga sudah mula teruja dan sudah berlari-lari mengejar kereta yang sama.
Pelik!
Artis ke?
“Kalau ya pun artis, tak perlu nak berlari sampai langgar aku. Habis semua lukisan aku.” Tiara merungut sendiri. Lukisan yang dilukis malam semalam perlu dihantar sebagai assignment individu. Malangnya, lukisan itu sudah mula basah terkena embun pagi.
Rosak!
Emmm… pagi-pagi dah kena benda malang. Tiara mengerutkan dahinya. Sedih.
Jubah birunya dibetulkan semula selepas duduk mengutip lukisan. Tudung selendang berbunga dikemaskan. Dugaan awal pagi ini menguji kesabarannya. Bukan rezeki. Mungkin aku perlu melukis semula yang baru.
Langkahnya diteruskan ke Bangunan Art. Mata dan kakinya yang fokus untuk laju mula terganggu tatkala melihat ratusan pelajar sudah berkumpul depan bangunan Business. Ada gadis yang berteriak seakan-akan histeria. Ada yang bermuka teruja. Ada yang melompat-lompat kegembiraan.
Apa pulak kali ini?
“PG!!!”
Langkah Tiara terhenti. Nama PG dipanggil lagi. Bukan seorang, malah berpuluh dan mungkin beratus orang memanggil nama yang sama. Alphard putih nampaknya sudah dikerumi manusia. Gadis mahupun teruna. Melaung-laung seakan-akan obsess dengan seorang manusia yang baru sahaja keluar dari perut kereta mewah itu.
Macam drama Boys Over Flower pulak babak depan mata aku ni. Tiara mula membandingkan drama Korea itu dengan apa yang dialaminya. Memang sama. Cuma Boys Over Flower ada empat jejaka keluar dari kereta dan berjalan megah masuk ke dalam bangunan, ini hanya seorang jejaka. Muka dia pun aku tak tahu boleh tandingi jejaka F4 ataupun tidak. Nasib baik aku tak dapat Nampak muka dia dengan jelas. Kalau tidak, aku akan pastikan dia lebih hensom dari jejaka F4. Tiara tersenyum sendiri. Mula lagi merepek seorang diri.
PG… artis mana pulak yang sesat dalam kolej ni?
PG? Pelik je nama dia!
Tiara mula tidak ambil pusing. Arah Bangunan Art diteruskan. Lukisan baru perlu disiapkan! Kalau tidak mengamuklah Tuan Mikhail nanti. Alamatnya aku boleh failed paper penting ni!

**************************************************************************

HAZRIN mengangkat pandangannya. Dia yang berada di mejanya dan fokus pada iPad mula memandang wajah sahabatnya yang baru sahaja masuk ke dalam bilik. Sahabatnya itu ditemani oleh Fuad, PA yang sudah berkhidmat dengannya sejak dia berusia 15 tahun lagi. Sudah tujuh tahun dia berkhidmat.
“Pengiran Aditya Naufal Dary Pangeran Abdul Nadeem, are you okay bro?”
Adit memandang fokus wajah Hazrin.
“Hazrin Azka bin Dr. Halim Mahmood, macam mana kau boleh hidup kena kejar setiap hari macam ni?”
Hazrin tergelak. Mesti Adit diserbu peminatnya di kolej bila dapat tahu dia kembali semula. Siapa tidak kenal pada geng elit kolej itu. Pengiran Aditya Naufal Dary Pangiran Abdul Nadeem, cucu pengarah kolej, berdarah raja keturunan Sultan Brunei, keluarganya pengusaha berjaya pelantar minyak di Brunei dan pewaris utama seluruh harta ketunanan yang dimiliki kedua ibu bapanya. Terkenal dengan jolokan nama PG, iaitu singkatan kepada namanya Pangiran. Sangat terkenal di seluruh kolej malah ramai followers dalam media sosial tidak kira dalam facebook, instagram, tweeter malahan menjadi rebutan bloggers untuk menulis tentang dirinya.
Hazrin Azka bin Dr. Halim. Ayahnya pemilik sebuah hospital swasta yang khusus untuk golongan VVIP. Ibunya seorang jurutera berjaya yang sudah membina banyak bangunan megah dalam negara. Sahabat baik Adit ini juga bakal bergelar doktor muda apabila dia hampir menghabiskan pengajiannya dalam bidang perubatan dalam beberapa bulan lagi.
Puteri Nawal Syarif. Anak jurutera berjaya yang mana ayahnya berkawan baik dengan ibu Hazrin. Ibunya seorang peniaga barang kemas eksklusif. Pelajar engineering yang berwajah cantik membolehkan dia menjadi seorang model yang terkenal era ini dengan menghiasi cover majalah mahupun menjadi duta produk kecantikan di muka TV.
“Aku ingat aku dah lama praktikal kat luar selama enam bulan buat budak-budak kolej ni lupa kat aku. Last-last aku datang tadi, lagi ramai yang datang menggila. Aku rasa aku dah kalahkan ranking penyanyi korea ni.”
“Kau dah lama sangat ‘hilang’. Sebab tu bila ko muncul, diorang pun naik gila.”
“Dahlah. Macam mana kau masuk kolej selama ni? Budak-budak tu ikut kau lagi ke?”
“Kadang aku ikut jalan belakang. Kadang pakai topi sampai orang tak kenal aku. Tapi kadang terkantoi jugaklah. Kena pasrah bro.”
Hidup sebagai orang pujaan memang payah. Nampak gah, tapi itu bukan suatu kehidupan yang normal. Kadang-kadang, rasa menyampah pun ada. Letih!
“Apa berita kau nak sampaikan kat aku? Macam penting sangat je tu.” Adit kembali berbicara tentang tujuan utama pertemuan mereka.
“Kau dah hantar report kau ke?” soalan penting itu dikeluarkan oleh Hazrin.
“Dah. Sebab tu boleh kantoi aku datang kolej hari ni.”
Okay, good. Sebenarnya aku nak cakap sesuatu ni. Tapi…”
Adit memandang Hazrin. Mata Hazrin yang fokus melihat Fuad memberi satu makna yang boleh ditafsir dengan mudah oleh anak keturunan Brunei itu.
“Fuad, saya ada benda mahu bincang dengan Hazrin. Kamu tunggu saya kat luar.”
Fuad mengangguk. Arahan diterima dengan cepat. Dia mula mengatur langkah meninggalkan dua sahabat itu di dalam bilik.
“Apa dia?” Adit segera menyoal.
“Kau dah tengok ni?”
Hazrin berdiri dari kerusi. Langkahnya menuju ke arah Adit. iPad yang berada di tangannya diserahkan pada Adit. Berita yang dibaca sejak awal pagi tadi dikongsikan.
“Aku dah baca.”
Melihat respon Adit, Hazrin terkesima. Masih tenang wajah lelaki itu. Tapi dia tahu Adit bukan orang yang mudah melatah. Dia pasti akan tayang muka tenang seperti itu walau apapun yang berlaku. Memang itu identitinya.
“Kau dah called Nawal kan? Dia cakap apa?”
“Salah faham. Dia tak mabuk pun semalam. Media salah orang dan jual nama dia. Sebab sekarang nama dia sedang naik. So, kau faham-fahamlah media macam mana. Nak jual berita sensasi.”
“Kau percaya?”
“Entah. Sebab tu aku nak Nawal datang sini sekali. Aku nak dia terus terang dengan aku.”
Hazrin memandang sahabatnya. Sudah setahun lebih Adit menyulam cinta dengan Nawal. Kisah cinta mereka begitu hangat namun dalam kolej. Namun, pihak media masih belum mengetahui hal ini. Tidak hairanlah bila banyak gosip liar dan hangat tentang Nawal dan mana-mana lelaki. Artis, model mahupun golongan VIP. Selalu tertukar pasangan gosipnya. Apa yang pasti, media masih buntu dan kabur-kabur tentang siapa sebenar pemilik hati gadis berwajah cantik itu.
Adit duduk di kerusi. Menahan kesakitan yang dirasai. Jantungnya berdegup dengan pantas sekali. Wajah gadis berjubah biru tadi masuk ke mindanya berselang dengan wajah Nawal. Apa kaitan gadis itu dengan Nawal?
Bro, are you okay?” Hazrin menyoal tatkala melihat perubahan emosi Adit.
“Aku rasa aku terlalu berlembut dengan Nawal sampai dia buat perangai macam ni.”

Hazrin diam. Mahu komen apa lagi? Jangan masuk campur. Nanti tidak pasal-pasal sebiji penumbuk singgah ke pipinya.

***********************************************************************

Assalamualaikum...

Dan akhirnya wujudlah entry baru selepas berhempas pulas menyiapkan manuskrip 0ne Step Closer. Dear readers, enjoy cerita baru yer... 


Lot Of LOve,











Label : My Writting