Thursday 17 November 2016

Pangeran - Bab 5

BAB 5

Tiara memerhati setiap inci ruang kamarnya. Tiada sedikitpun yang berubah. Semua masih sama seperti enam tahun yang lalu. Puan Zarina memang cukup mengerti dengan perangainya. Dia cepat melatah dan tidak suka bila ada orang masuk ke dalam bilik itu. Dia paling pantang bila ada yang mengusik barang-barangnya. Hanya Mama dan arwah Abahnya sahaja yang akan dibenarkan masuk dan mengemaskan biliknya. Semua orang gajinya juga memang tidak dibenarkan masuk.
Gambar arwah Abahnya ditatap. Menitik air matanya perlahan. Jangan dibicarakan tentang rindu. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dialaminya selama ketiadaan hero terhebat dalam hidupnya itu.
“Kecil betul dunia ni. Adit tu rupanya budak lelaki yang Abah selamatkan. Patutlah Ara rasa ‘something’ bila berjumpa dengan dia.”
Tiara tersenyum. Sudah lama dia ingin tahu siapa manusia yang menerima organ arwah Abahnya. Nampaknya Allah memudahkan segalanya dengan mempertemukan Adit dengannya. Yang paling tidak sangka, Adit tu sebenarnya kawan baik Hazrin. Memang teratur percaturan dunia yang dibina-Nya.
Tiara mengatur langkah keluar. Di muka pintu, Hazrin sudah berdiri dengan senyuman yang lebar. Tiara memerhati wajahnya. Rindu tapi batasnya sudah menghalang perasaan yang membeku dalam diri.
Is everything okay?”
Tiara hanya mengangguk perlahan pada soalan sepupunya. Matanya mula fokus ke bilik yang berada di hujung sudut kanan. Kenangan dia kecil sampai dewasa sebelum hilang enam tahun lalu mula segar dalam ingatannya.
“Dah lama Abang Ren tunggu saat ini. Ingat tak dulu kita main kejar-kejar kat sini? Lepas tu berlumba siapa cepat masuk bilik. Setiap kali main, confirm Abang Ren yang kalah sebab bilik Abang Ren jauh kat sana.”
Disebabkan Tiara dan Hazrin merupakan anak tunggal, ibu bapa mereka meletakkan sebuah bilik untuk Hazrin di rumah Tiara. Begitu juga dengan sebaliknya. Ini memudahkan Tiara untuk bermain dengan Hazrin bila-bila masa sahaja. Berlari-lari. Belajar. Bermanja. Semua dilalui bersama sejak mereka kecil lagi. Tidak hairanlah bila melihat Tiara suka bermanja dengan Hazrin. Bukan sahaja pada zaman kanak-kanak, tapi perangainya itu berlarutan sehingga dia remaja.
Manja satu hal. Bercinta lagi satu hal.
Zaman bercinta paling bahagia. Sebelum tidur, mereka akan berdating dahulu di luar pintu. Ucap kata-kata manja dan masuk ke bilik masing-masing dengan senyuman yang lebar.
Cinta alam remaja. Semua nak yang sweet-sweet je!
 Semua itu tinggal kenangan. Hanya mampu diimbas dengan otak sahaja. Bayangan berlari-lari anak membuatkan Ara tersenyum mengenangkan semua kenangan indah zaman kanak-kanaknya. Hazrin juga sama.
“Sejak Ara hilang, Abang Ren dah jarang datang tidur sini.” Akui Hazrin. Walaupun Puan Zarina itu Mak Ngahnya dan hubungan mereka persis anak-beranak, namun dia merasakan hidupnya kosong tanpa kehadiran Tiara di rumah itu.
“Ara dah balik ni. Lepas ni nak tidur sini lagi tak?” sakat Tiara sambil senyuman di bibirnya terukir manis.
Hazrin tersenyum. Pelawaan itu bak anugerah dan kejayaan yang besar untuknya.
“Bila nak balik sini semula?”
Tiara merasakan soalan yang baru ditujukan itu membuatkan dadanya sesak. Hatinya mula berat. Mahu kembali ke alam nyata adalah suatu yang agak sukar baginya. Sudah puas membina hidup baru yang sudah dirasakannya agak selesa dan tenang, dia perlu berhadapan dengan realiti bahawa dia adalah anak Tan Sri Thalib Al-Zahsy, seorang pelukis terkenal dan pengasas Galeri Al-Zahsy di Bangunan Art tempat dia bertemu dengan Adit.
“Nantilah. Mama pun sibuk. Ara dengar Mama nak pergi Brunei esok.”
Hazrin memandang wajah Tiara. Gadis itu nampak agak sayu.
“Mama Zarina rindukan Ara.”
Tiara memandang wajah Hazrin. Ayat pendek Hazrin cukup bermakna untuk difahami. Menjadi anak tunggal kepada Puan Sri Zarina Al-Zahsy merupakan satu anugerah. Wanita yang cukup hebat dengan bidang sulaman dan jahitan itu sudah memiliki empayar yang besar dalam perniagaan. Anak jati Brunei itu sering kali berulang-alik ke negara tumpah darahnya untuk menguruskan perniagaan di sana. Sejak kecil Tiara sudah biasa ditinggalkan bersama pengasuh. Tidak pun tinggal bersama arwah Abahnya. Tidak hairan bila kemahiran melukis pelukis negara itu agak dominan olehnya.
“Ara tahu Mama sayangkan Ara.” Agak terkilan dan berat hati mengucapkan ayat yang sama sejak kecil. Ayat yang diungkapkan tidak selari dengan perasaan yang menghimpit jiwanya. Tiara pasrah dengan ketentuan Allah.

****************************************************************

TIARA mengatur langkah. Dia gemuruh. Tangannya agak bergetar. Sudah enam tahun dia menunggu saat ini namun dia tidak gagah untuk berdepan dengannya.
Abah, Ara datang.
Langkahnya terus diatur. Tanah perkuburan khas keturunan Al-Zahsy dijejaki setelah enam tahun dia hilang. Hatinya selalu memberontak untuk datang ke situ namun dia tidak ada kekuatan.
“Apa awak buat kat sini?” Tiara yang pelik melihat Adit duduk membaca doa di kubur arwah Abahnya terus menyoal tatkala melihat Adit mengaminkan doanya.
“Eh, awak! Emmm… saya datang…”
Tiara memerhati kekalutan Adit. Berbeza dengan pertemuan pertama mereka. Adit yang mula-mula kenal dulu agak ‘kepoh’ nak gedik-gedik mahukan sesi perkenalan. Tapi yang sekarang ini dia agak diam. Pelik!
“Awak selalu datang sini?” soal Tiara.
“Tak de la selalu sangat. Dalam dua minggu sekali.”
Tiara diam. Dua minggu sekali dia cakap ‘tak de la selalu sangat’?
“Awak nak baca Yassin dan doa untuk arwah uncle?” soalan Adit mengembalikan tujuan utama Tiara ke situ.
“Ya.”
“Kita baca sama-sama. Kebetulan saya pun baru nak baca Yassin.”
Tiara memandang tepat anak mata Adit. Pelawaan Adit membuatkan hatinya berdebar-debar. Apa maksudnya? Adakah hati arwah Abah yang membuatkan aku begini? Sejak kecil lagi dia sering kali mengaji al-quran bersama arwah. Aura itu datang semula ke?
Aura. Aura. Auranya kuat!
Suara mendayu masuk ke corong pendengaran Tiara. Adit membaca al-quran dengan baik sekali. Bayangan arwah Abahnya mula menghiasi fikirannya. Persis. Mereka berdua sungguh persis.
Takdir apakah ini, Ya Allah? Sebahagian Abah ada dengan lelaki itu!
Usai bacaan Yassin dan mengaminkan doa, Adit menutup surah Yassin yang dibawanya. Baru sahaja mahu berpaling ke belakang melihat Tiara, suara tangisan kecil kedengaran. Tiara menangis. Ya, suara itu milik gadis itu.
Adit memegang dadanya. Boleh dapat penyakit hati kalau keadaan seperti ini berlanjutan. Rasanya sakit tapi dia berdebar. Rasanya terhimpit tapi dia bergetar. Melihat Tiara sedemikian rupa, hatinya sakit.
Perasaan ini datang dari mana, Ya Allah? Adakah kerana aku sudah menjadi sebahagian arwah?
Tiara pasti sedih. Enam tahun dia hilang, pasti dalam tempoh itu juga dia tidak pernah datang menziarahi arwah Abahnya. Pasti dia terkilan sebab tidak dapat membaca Yassin dan doa di situ.
“Ampunkan Ara, Abah. Ampunkan Ara. Ara rindukan Abah tapi Ara tak pernah datang ‘jumpa’ Abah pun.”
Tangisan Tiara semakin menjadi-jadi. Adit mula terjangkit sebak namun dia mengawal dirinya. Terlalu mudah dia terjebak dengan emosi Tiara. Mungkin juga disebabkan naluri arwah sudah menjadi sebahagiaan hidupnya.
“Tak elok awak nangis di kubur. Awak perlu perbanyakkan doa. Doa seorang anak solehah In Shaa Allah akan Allah perkenankan.”
Adit menoleh ke belakang. Wajah Tiara yang sudah dibasahi air matanya dipandang tepat.
“Nah. Lap air mata awak. Kalau mata awak bengkak, tak pasal-pasal semua orang ingat saya buli awak.”
Tiara memandang wajah Adit. Tangannya mula menggapai sapu tangan yang dihulurkan kepadanya.
Thanks.”
Adit senyum sambil keningnya terangkat.
“Bila awak datang Malaysia?”
Soalan yang diajukan oleh Tiara benar-benar mengejutkan Adit. Tiba-tiba dapat soalan yang tiada kaitan dengan suasana sebelum ini.
Five years ago.”
Tiara kelihatan mengangguk perlahan. Air matanya yang masih bersisa dikesat lembut.
“Macam mana awak tahu saya baru balik Malaysia?” soal Adit dengan dahi berkedut.
“Arwah Abah ada cakap yang penerima hati dia tu bukan orang Malaysia. Orang tu stay kat UK lepas pembedahan hati tu berjalan. Dan tadi Abang Ren ada cakap yang awak ni orang Brunei. Emmm… actually, saya tak faham sangat cerita semua orang. Kejap UK. Kejap Brunei.”
Adit tersenyum. Nampak dengan jelas Tiara bingung.
“Awak ingat tak masa kecil dulu awak ada kawan dari Brunei? Ayahanda saya seorang pedagang minyak. Tapi ayahanda saya berkawan baik dengan daddy Hazrin. Then, arwah Abah awak berkenalan dengan ayahanda saya. Kita pernah jumpa dulu. Tapi tak lah lama. Dalam two or three months. Lepas tu my family and I berhijrah ke UK.”
Cerita Adit yang jelas membuatkan Tiara memusingkan daya fikirannya ke zaman kanak-kanaknya.
“Awak yang tak boleh main kejar-kejar tu kan? Sebab awak sakit masa tu.”
Adit tersenyum. Tekaan Tiara menyenangkan hatinya.
“Ya. Sayalah budak tu.”
Terkejut. Tiara memang ada rasa sedikit terkejut. Tidak menyangka rupanya pertemuannya di kolej tempoh hari bukanlah pertemuan pertama. Mereka pernah ‘berkawan’ suatu ketika dahulu.
“Saya dilahirkan dengan komplikasi pada hati. Sebab tu masa tu saya tak boleh nak join awak, Ren dan Nawal main lari-lari. Dan tak sangka, saya jumpa Ren dan Nawal since five years ago. Selama ni saya cari awak. Tapi tak ada seorangpun yang tahu keberadaan awak.”
Tiara senyap.
“Saya dengar banyak cerita pasal awak daripada Ren. You are the one and only princess dalam hati dia. Kalau boleh, setap hari dia nak sebut nama awak. Nawal pun sama. Keluar dating dengan dia, confirm dia akan cerita yang dia ada kembar.”
Cerita Adit mula menarik perhatian Tiara. Hujung cerita tadi ada satu cerita baru.
“Awak dan Nawal…?”
Adit tersenyum dengan ayat Tiara yang tidak habis menuju pangkalnya.
“Ya. Since… your years ago.”
Tiara tersenyum. Gembira hatinya bila mengetahui bila Nawal sudah mempunyai teman istimewa. Selama ini bukan main keras hati gadis itu untuk bercinta. Tak sangka, selepas setahun bertemu semula dengan Adit, mereka sudah boleh menjadi ‘teman’ tapi mesra.
You are the lucky one. Nawal seorang gadis yang baik. Awak perlu hargai dia.” Ucap Tiara.
“Ya. Memang saya rasa saya bertuah bila Nawal boleh memilih saya menjadi teman istimewa. Saya jumpa dia, saya tertarik dengan sikap penyayang yang dia ada.”
Tiara tersenyum. Itu memang dia akui. Berkawan dengan Nawal adalah satu anugerah yang Allah telah berikan padanya. Nawal bukan sahaja cantik, tetapi dia juga sangat penyayang. Apa sahaja masalah yang dihadapi sebelum ini, dia pasti akan kongsikan dengan Nawal. Biasanya Nawal sahaja yang dapat memberikan semangat apabila Tiara rasa dirinya down dengan pelbagai masalah yang timbul terutama yang melibatkan Mamanya.
“Dia memang cantik. Sweet. Petah berkata-kata. Bila dia cakap dia sayangkan saya, saya rasa sayalah lelaki yang paling untung dalam dunia ni kerana terpilih untuk memiliki kasih sayang yang ada pada dia. Saya selalu membayangkan masa depan kami berdua. Ada keluarga sendiri. Anak-anak. Duduk dalam satu rumah… dan rumah tu penuh dengan kasih sayang, gelak tawa, riuh rendah… berkejaran sana sini…”
Tiara turut tersenyum mendengar setiap kata yang diucapkan Adit. Bibir lelaki itu tersenyum sambil mengatur kata. Nampak sinar kebahagiaan yang didambakan itu cukup memberi kesan. Dia bukan hanya berkata-kata tetapi kata-katanya itu lahir dari jiwa dan hati yang ikhlas.
“Tapi dia bukan Nawal yang dulu…”
Ayat yang baru dikeluarkan oleh Adit agak mendatar perlahan menarik perhatian Tiara. Suasana bahagia berubah serta merta.
“Apa maksud awak?”
“Kami selalu bergaduh sejak kebelakangan ni. She’s totally change sejak jadi model. Dia selalu mabuk. Keluar dengan mana-mana lelaki. Berpakaian agak seksi. Saya rasa macam… emmm… I don’t know. Macam-macam yang saya dengar pasal dia. Saya tak nak percaya tapi bukti ada di mana-mana.”
Tiara diam. Memang dia akui Nawal yang dia temui semalam nampak lain. Cara pemakaian memang mengena dengan apa yang dijelaskan oleh Adit. Dia tidak sempat bertanya banyak soalan kepada gadis itu semalam. Memang jelas Nawal nampak agak sibuk. Ada show katanya. Jadi memang benarlah dia sudah menjadi seorang model.
Sebelum Tiara menghilang dulu, dia dan Nawal memang blogger yang terkenal. Bila dia meng’hilang’, tidak hairanlah bila mendengar Nawal sudah berjaya melangkah mendapat nama yang lebih gah.
“Macam mana pun Nawal berubah, awak kena yakin yang hati Nawal takkan berubah. Saya kenal dia. Benda dia sayang, dia akan sayang sampai bila-bila walaupun dia tak tunjuk.” Perjelas Tiara kepada Adit.
Adit hanya diam. Mungkin cuba menghadam ayat Tiara.
“Saya nak tanya awak satu benda. Boleh?”
Tiara pelik. Memandang tepat pada wajah Adit.
“Apa dia?”
“Awak marah tak bila saya cakap yang saya tahu kenapa awak lari enam tahun lalu?”
Membesar anak mata Tiara.
“Apa yang awak cuba nak cakap?” Tiara pura-pura menyoal walhal wajahnya sudah agak terkejut.
“Aunty Zarina rindukan awak.”
Tiara memandang wajah Adit semula. Peralihan topik kali ini mencengkam jiwanya.
“Bukan niat saya nak masuk campur hal awak dengan mama awak. Tapi… sejak saya tahu siapa ahli keluarga penderma hati untuk saya, saya rasa senang bila dekat dengan keluarga arwah.”
Adit memandang wajah Tiara yang mula menundukkan sedikit wajahnya. Tiara bungkam. Mukanya redup dan dia tahu apa puncanya.
“Saya selalu nampak aunty Zarina nangis bila duduk sorang-sorang. Dan setiap kali saya Nampak benda tu, saya akan dengar dua nama yang akan keluar daripada mulut aunty. Nama arwah dan nama awak.”
Tiara menelan air liur. Air mata mula bertakung dalam kelopak mata. Cerita Adit menggetarkan emosinya.
“Aunty rindukan awak. Dia tak tunjuk kat awak tapi saya tahu yang dia sayangkan awak. Sayang sangat.”
Air mata Tiara jatuh perlahan. Tiada sebarang suara tangisan. Tiara masih bungkam.
“Mama awak memang workaholic orangnya. Tapi naluri seorang ibu yang ada pada dia masih menebal. Dah beberapa kali aunty masuk wad sebab dia terlalu rindukan awak. Dia sunyi. Saya tahu apa yang saya ucapkan kat awak ni agak melebih-lebih. Tapi saya nak awak tahu. Dia rindukan awak setengah mati. Bila nampak awak muncul semalam, masa itulah saya nampak dia tersenyum untuk pertama kali setelah sekian lama awak hilang.”
Tiara mengesat air matanya. Dia panas telinga. Setiap perkataan yang terkeluar daripada mulut Adit mencengkam jantungnya. Kuat. Dia segera berdiri dan mengatur langkah. Tidak boleh berlama di situ. Dia tidak kuat.
“Kalau arwah Uncle masih ada, dia pasti akan sedih nampak awak macam ni. Awak satu-satunya harta yang dia. Sama juga seperti Aunty Zarina.”
Adit memegang dadanya. Sakit. Peluh membasahi dahinya. Melihat Tiara yang sudah berlari pergi dari situ, dia kalah.

Ya-Allah, sakitnya…

Image result for sweet muslimah couple

**********************************************************************

LOve,

Salawati Latip a.k.a Kit Cokiez


My writing

Sunday 6 November 2016

Lawatan Asrama Ke Lembah Danum - Edisi 2016

Assalamualaikum...

It's been a long time tinggalkan blog. Rasa macam dah lupa macam mana nak update entry da ni. Hahaha... Actually xda cerita nak cerita. Novel pun dah lama tak sentuh. So, tak tau nak update apa lagi. So ... emm.. so lagi. hahaha....

Nak sahre sikit pasal Lawatan Asrama ke Lembah Danum. So, mana-manan pihak yang nak ke sana, bolehlah tengok macam mana keadaan sana... (actually dalam kepala otak ni fikir nak share apa sebab macam tak banyak sangat nak share).

22 Oktober 2016. We started our journey. For the first time actully sy join lawatan asrama tuk edisi luar daerah. Yala. Baru 2 thn jadi warden. Tahun lepas buat kat pulau je. Semporna jugak. Apa yang rasa beza, ada rasa sedikit takut sbb for the first time kena handle budak yang ramai di tempat orang. Hutan pulak tu.

Memandangkan budak sahaja dah 70 orang plus guru ada 4 orang, so ada 7 buah bus la kami naik. Sorang guru kena naik 1 bus. Hahaha...

Baca doa dulu sebelum jalan. Adik Fairus Nazuar selaku ustaz asrama yang mengetui bacaan doa.



Tengoklah. Siapa yang lebih excited? Warden pun sama jugak dengan budak. Hahaha...

Dalam perjalanan, sempat menyinggah di Menara Kayangan untuk ambil gambar sambil menunggu pisang goreng siap. Hahaha.

Sampai sudah. Kena pula mendaki untuk dengar taklimat. Bukit tu macam 90 darjah curamnya. Memang kena naik gear satu la diguna. Semput mamak warden ni anak-anak.


Kawasan belakang yang cantik tu sebenarnya makmal penyelidikan. Siapa mau nampak muka saintis, bolehlah jenguk-jenguk luar tingkap (jangan sampai kantoi). 


Taklimat itu sangat penting sebab pihak Lembah Danum (ranjer) akan terangkan kawasan mana yang boleh diterokai untuk buat aktiviti sepanjang di sini. Sebab... kawasan kami datang ni bukan untuk pelancongan, tapi untuk penyelidikan. So, angan-angku musnah la untuk berflying fox. Datang sini memang kena kaji haiwan yang muncul depan mata la nampaknya.


Orang gayat tapi kena buat-buat berani depan budak. Padahal kepala lutut macam mau tercabut sudah tu ketakutan naik jambatan tambah-tambah lagi anak-anak aspura syok betul berlari-lari dan mengasi takut. Dalam ketakutan, selfie itu penting ya tanda saya bekerja. Hahaha!

Pokok belakang tu sebenarnya perlu dinaiki untuk hari seterusnya. Tapi kami ni gatal kaki jugak. Mau menyinggah tapi muncul pulak ranjer hensem melarang. Emmm... nasib difikirkan dia tu hensem, kalau tidak, confirm buat-buat tidak dengar jugak. Katanya licin di atas sebab masa ni kami masuk hutan, start hujan.

Sebabkan bergabar ini la, kami lost connection. Ranjer tadi tunggu orang belakang. Ranjer depan sudah jauh ke depan. Yang tinggal kami ni la. Dengan hujan lagi. Dalam hati memang tak berenti berdoa. Tawakkal saja la ikut laluan yang ada. Jangan je ada budah jatuh tergelincir sebab keadaan hutan yang curam dan licin. Memang nangis aku bila ada jadi apa kat budak aku.

Hal pacat, satu hal lagi. Memang tak nampak keindahan hutan dah sebab konon-konon nak alert dengan pacat di tanah. Yang dahsyat, partner in crime aku, warden Erny sanggup tak masuk hutan sebab takut. Padahl dia lah paling excited bawa ubat cegah pacat sebelum lawatan. Last-last dia tak masuk. Hahahha!


Aktiviti malam, memang Night Walking. Entah apa yang dijumpa. Memang aku tak nampak jalan sungguh sebab rabun malam. Ranjer jumpa banyak haiwan tepi-tepi jalan. Yang aku jumpa, babi hutan ja sejak aku sampai. Hahahha. Babi hutan everywere masalahnya. Keluar hostel jumpa. Duduk hostel, jumpa. Pergi makan, jumpa. Night walking pun jumpa. Rasa nak kaji babi hutan je masa tu!


Gambar wajib ambil adalah di sini. Even hujan renyai-renyai, harus ya berdiri situ bergambar.


And for the second day and kali kedua masuk hutan. Akhirnya kak Erny join. Pacat lagi menyerang dengan dahsyatnya. Nasib jugak dengan aku dia tak lekat. Kalau lekat, confirm nangis tengah-tengah hutan.



Partner baru. Jurukamera baru. Anak Mizar yang memang melekat dengan monopod and handphone ku. Dia la paling berjasa. Sebab dia bagi aku tongkat, senang sikit mendaki jalan curam dan licin. Dia jugaklah yang bagi aku air bila haus tahap dewa naga.  


Kat sini akhirnya pengembaraan hutan. Sampai di kubur lama. After sampai, berita kurang menyenangkan didengar bila kami terpaksa patah balik sebab tiada jalan lain. Kurang asam. Macam penat mendaki. Last-last patah balik. Hampeh!



Budak Mizar ni memang kaki selfie. Dan handphone ku memang sasaran utamanya. Penuh memori okey. Dengan video budak ni lagi. Hahahaha.


Yeahhhh... finally sampai ke jalan yang  benar. Hahaha. Kasut yang kotor jangan dicakap. Tunggu saja mamakku membebel ya lepas sampai rumah di Tawau nanti.


Lost energy sebab dua hari turun naik hutan dengan hujan lagi. 


And finally, 23 Oktober 2016. Kami keluar hutan dengan selamat. Tengok muka pun macam apa sudah tu. 


Sampai asrama, memang kena raikan diri sendiri. Mabuk-mabuk sebab pacik bus bawa bus 180km/j even jalan grabel. Gila betul.

So, berakhirlah sudah journey masuk hutan. Yang mahu try masuk Lembah Danum, korang ada 2 pilihan. Pertama, masuk tempat kitorang. Penginapan boleh duduk di dorm macam kami (boleh muatkan 45 orang - tapi dalam dorm tu ada bilik-bilik. Private sikitlah. Kos hanya RM10/night), boleh jugak duduk rest house. Sehari dalam RM135 tak silap. Tak ingat sebenarnya. Tapi kawasan ni khas untuk penyelidikan. Memang tak ada la aktiviti kecuali jelajah hutan and terserempak binatang. Tapi binatang yang ada tu sebenarnya yang jadi buruan pengkaji (selanjutnya, sila tanya renjer. Sebab masa taklimat tu aku memang tak fokus sebab penat mendaki). Hahhaa

Pilihan kedua. Duduk kat tempat pelancongan tu ( yang mula-mula aku ingat kitorang datang kat situ). Sana ada penginapan 5 bintang kata renjer. Akitiviti lagi banyak termasuk naik atas pokok tuk nampak matahari terbit atau terbenam. Ada flying Fox (yang aku idam-idamkan). Dan banyak lagi. Tapi kosnya agak mahal. Dalam RM3K something tuk 3 hari 2 malam. Full Pakej. Tapi agak limited sebab bukan buka tempahan setiap hari.

Ok lah. Macik cleaner ni dari tadi mau kasi bersih lantai dekat mejaku. Tapi syok pula aku menaip. Hahaha. Okey guys. Happy Holiday!



Love,

Salawati Latip a.k.a Kit Cokiez













Tuesday 18 October 2016

Pangeran - Bab 4

PANGERAN 

BAB 4

"Ara?”
Mata Tiara mula berkaca tatkala Hazrin memanggil namanya. Sayu. Dia terlalu rindu suara lelaki itu. Sudah hampir enam tahun dia tidak bersua muka dengannya. Tempoh itu jugalah yang memisahkan kasih dan sayang yang ada pada mereka.
“Abang Ren…” Tiara memanggil Hazrin dengan nama manjanya.
“Tiara?”
Tiara mengangguk mengiyakan. Hazrin kelihatan keliru seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dialaminya kini.
“Abang Ren rindukan Ara.” Terkeluar segala isi hati yang terbuku selama ini dengan hanya beberapa kata. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya perasaannya bila berpisah dengan Tiara dalam tempoh yang agak panjang.
Mahu sahaja Hazrin memeluk tubuh kecil Tiara. Namun, melihat perubahan Tiara yang kini sudah bertudung dan lengkap berpakaian sopan menutup aurat, niatnya dimatikan. Tiara yang ada di hadapannya kini bukan Tiara yang dahulu. Bukan Tiara enam tahun dahulu.
“Ara pun rindukan Abang Ren.”
Senyuman Tiara mencairkan hati Hazrin. Gadis itu yang memikatnya sejak usianya masih kecil. Anak Mak Ngah yang pernah hilang enam tahun dahulu itu merupakan cinta hati yang sudah bertakhta sejak di bangku sekolah lagi. Membesar bersama tetapi menjalinkan hubungan cinta sejak tingkatan satu.
“Ke mana Ara hilang?”
Tiara hanya diam. Senyumannya masih bermain di bibir tapi mulutnya masih tidak mampu untuk menjawab pertanyaan Hazrin.
“Nawal makin cantik sekarang.” Tiara mengalihkan topik. Pandangannya diheret ke arah Nawal yang sedang duduk bersama lelaki bernama Adit di pondok tidak jauh daripada mereka.
“Nawal tu rindukan Ara. Dulu dia selalu nangis sebab terasa kehilangan Ara.”
Tiara mula rasa bersalah. Ditahan air mata yang sudah hampir jatuh ke pipi.
But I miss you more than her.”
Tiara tunduk. Jatuh akhirnya air mata yang sudah bertakung agak berat di kelopak mata. Dia mengatur langkah segera menghampiri Nawal. Berlama-lama dengan Hazrin membuatkan dia ingin memeluk tubuh lelaki itu. Akan tetapi, menyedari ada batasnya antara dia dan Hazrin, dia perlu beredar dari situ.
“Nawal…” Hazrin bersuara tatkala melihat Tiara diam seribu bahasa bila berhadapan dengan Nawal.
Is it you, Tiara?” Nawal yang dari tadi bingung dan terperanjat menyoal perlahan-lahan. Suaranya berubah sayu.
“Ya, Nawal Sharif. Takkan tak kenal dengan ‘twin’ sendiri.”
Nawal terperanjat. Tangan kanannya menutup mulut yang sudah ternganga. Bagai melihat bayangan yang tak pasti tapi memang inilah hakikatnya. Sejak kecil lagi dia digelar kembar kepada Tiara. Apa tidaknya, mereka ke hulu ke hilir bersama-sama. Mempunyai gaya fesyen yang hampir sama. Sebelum Tiara hilang, dia juga pernah terkenal seperti Nawal. Dia blogger berjaya. Ramai followersnya setia menunggu setiap entry yang dia terbitkan. Kisah menarik berkaitan persahabatannya bersama Hazrin dan Nawal menjadi bualan ramai. Bloggernya mula ‘bersawang’ apabila dia mula hilang sejak enam tahun lalu.
Memang sah Tiara ada di hadapannya!
I miss you…” Nawal segera menarik tubuh Ara masuk ke dalam pelukannya. Menangis. Sudah enam tahun berpisah dengan sahabatnya. Terlalu lama tempoh itu namun perasaan sayangnya terhadap Tiara semakin menebal.

*********************************************************************

MEREKA berempat duduk di pondok yang penuh kenangan sejak zaman prasekolah lagi. Asalnya, Tiara dan Nawal yang membina pondok itu. Pondok itu dijadikan tempat mereka bermain. Kadang kala enjadi tempat mereka  membuat homework sekolah. Di situlah gelak ketawa dan menangis. Semua kenangan dikongsikan bersama. Pondok itu juga melakar sejarah menjadi saksi Hazrin melamar Tiara menjadi kekasih hatinya semasa tingkatan satu.
“Kau ingat tak dulu kau selalu minta Ren dukung kau?” Nawal mula menyoal mengimbau kenangan.
Tiara tersenyum. Memang tidak disangkalkan lagi. Membesar bersama Hazrin membuatkan Tiara dengan sepupunya itu ‘melekat’ antara satu sama lain. Tiara agak manja dengan Hazrin. Setiap kali dia merajuk, Hazrin menjadi mangsanya. Perlu dukung dan pujuk dia sehingga Tiara tertidur. Tabiat itu agak pelik tetapi itulah hakikatnya.
“Sekarang Ara dah besar. Abang Ren tak larat kot nak dukung Ara lagi.” Ara bercanda. Hakikatnya, dia sudah ada perasaan malu untuk membuat tabiat itu. Dulu zaman dia masih baru mahu mengenal dunia. Tiada batas lelaki perempuan dalam pergaulan dan persahabatan walaupun dia menganggap Hazrin itu insan yang rapat dengannya kerana mereka bersepupu.
“Tapi Abang Ren setia tunggu kau kot.” Usik Nawal membuatkan muka Hazrin diserang darah merah.
“Ara kenal tak dia ni?” Hazrin bersuara mengubah topik. Tidak mahu Nawal memanjangkan lagi topik yang boleh mengundang 1001 perasaan. Adit yang duduk di sebelah kemudiannya ditunjuk.
Tiara memandang. Kepalanya menggeleng perlahan sambil otaknya mula berputar laju. Mencuba sedaya upaya untuk mengingati bayangan lelaki itu. Dia tahu nama lelaki itu Adit. Tapi siapa identitinya yang sebenar? Persoalan utama, apa kaitan dia dengan Hazrin dan Nawal?
“Dia Adit.”

Image result for suri hati mr pilot

Kening Tiara semakin berkedut. Setakat memberi jawapan yang mempunyai dua patah perkataan itu tidak berdaya otaknya mengenalpasti dan mengesan dari mana datangnya lelaki bernama Adit itu. Setakat nama, aku pun dah tau!
“Tak ingat?” Hazrin menyoal mendapatkan kepastian.

Image result for simple neelofa


“Tak.”
“Adit, kau ingat tak kat Tiara?” Hazrin kemudiannya menyoal Adit soalan yang sama.
Adit mengerutkan dahinya. Memorinya tentang gadis bernama Tiara itu kosong.
“Aku cuma tau yang dia ni budak Art.” Jujur jawapan Adit.
“Eh, macam mana kau?” Hazrin bingung. Dia sendiri tidak tahu Tiara sebenarnya pelajar kat situ. Sudah berapa lama Tiara belajar satu university dengan dia? Dan macam mana Adit tahu Tiara budak Art?
Ini agak mengejutkan!
“Aku pernah terserempak dengan dia kat galeri Al-Zahsy.” Agak kalut Adit menjawab. Nak terus terang memag tindakan gila. Dia takkan nak maklumkan Hazrin dan Nawal yang beberapa hari ini dia asyik mengejar Tiara. Ada jugaklah Nawal meroyan tujuh hari tujuh malam bila dia menjawab sedemikian.
Adit, she’s Tiara Al-Zahsy.”
Jantung Adit berdegup makin kencang. Otaknya seakan-akan berhenti berfungsi. Wajah gadis itu dipandang laju. Ini adalah jawapan yang boleh menjawab dan memberi penerangan mengapa dia sering kali ‘sakit’ apabila berada dekat dengan Tiara.
That means… dia anak arwah Uncle Thalib Al-Zahsy?”
Hazrin mengangguk.
Ara, he is Pangiran Abdul Nadeem’s son. Ingat tak? Arwah Ayah Ngah dermakan hati dia dengan seorang budak? Budak tu sebenarnya Adit.”
Tiara segera menutup mulutnya menggunakan tangan kanan. Selepas bertemu dengan Adit beberapa hari lalu, dia tidak senang duduk. Jantungnya sering berdegup-degup. Dia menyangkakan hanya perkara biasa kerana hatinya kuat menyatakan bahawa Adit akan bawa dia dengan ‘sesuatu’. Mula-mula dia mendengar nama Hazrin dari mulut lelaki itu. Rupa-rupanya bukan sahaja Hazrin yang ditemuinya, malah perkara lagi penting dari hidupnya.
 Sebahagian hati arwah Abahnya hidup dalam tubuh lelaki itu. Wasiat terakhir arwah Abahnya adalah mendermakan hatinya. Rupanya ada dengan lelaki itu!

***************************************************************

LANGKAH Tiara terhenti. Dia menelan air liurnya perlahan sambil matanya agak fokus pada Teratak Al-Zahsy yang tersergam indah di hadapan matanya. Tangan kanannya menggenggam kuat. Terasa getaran dirinya sendiri. Gemuruh. Ya, dia biarkan gemuruh menggamit dirinya.
Teratak Az-Zahsy masih sama seperti enam tahun yang lalu.
Air mata sudah mahu mengalir tapi masih mampu ditahan. Bayangan Arwah Abahnya dapat dilihat dengan jelas di ruang luar rumah. Mengejarnya mengelilingi taman. Menolak buaian yang dinaikinya. Bermesra berpelukan.
Abah… Ara rindu.
“Ara…”
Terasa lembut tangan yang menyentuh tapak tangannya. Nawal yang berdiri di sebelahnya kelihatan melontarkan senyuman.
“Aku tau kau kuat. Aku ada kat sini. Kau bukan berseorangan.” Kata-kata menguatkan semangat itu lahir daripada mulut Nawal yang senantiasa tersenyum.
Tiara mengangguk. Menyambut tangan Nawal dan kemudian mereka berjalan seiringan. Adit dan Hazrin yang berdiri di belakang mula membayangi langkah mereka berdua.
“Mama…” hampir terhenti jantungnya berdegup tatkala memandang susuk tubuh wanita yang paling dirindunya itu. Sudah enam tahun tidak bersua muka. Sudah enam tahun saat ini ditunggu-tunggunya.
Puan Sri Zarina berpaling ke belakang. Hari ini dia dihubungi oleh Hazrin dan dimaklumkan bahawa ada seseorang yang ingin menemuinya. Tidak pernah terlintas di fikirannya siapakah gerangan manusia tersebut. Melihat susuk tubuh gadis yang datang memanggilnya ‘Mama’, air matanya terus mengalir laju. Suara yang dirinduinya itu akhirnya menyeru namanya.
“Ma…”
Tangan Nawal dilepaskan daripada genggamannya. Tiara berlari mendapatkan tubuh Puan Zarina sambil air matanya laju berderaian di pipi.
Adit memerhati penuh khusyuk. Tersentuh hatinya dengan apa yang sedang berlaku di hadapan matanya. Perlahan dia memegang bahagian dadanya. Jantungnya berdegup dengan pantas. Uncle Thalib, pasti uncle bahagia bila melihat semua ini. She’s back. Tiara is back. Dia sudah bersatu kembali dengan Aunty Zarina. Family uncle nampaknya dah complete semula.

Dia tersenyum. Syukur Alhamdulillah.

*************************************************************************

Uwahhhhhh.... lamanya tak update benda ni. Anyway, enjoy reading guys!!! Semangat nak sambung manuskrip bila nampak Suri Hati Mr. Pilot. hahaha...

Image result for neelofa suri hati mr. pilot


Love,

Salawati Latip @ Kit Cokiez.

Thursday 30 June 2016

Pangeran - Bab 3

BAB 3

Tiara menggedah beg sambil kakinya mengatur langkah laju. Rooftop tempat dia selalu habiskan masa bersendirian dituju. Matanya melilau sambil fokus mencari sesuatu.
“Mana perginya pensil aku ni?” hatinya resah. Gelisah.
Tiara menarik nafas lalu menghembuskannya malas. Otaknya sudah serabut. Sudah dua hari dia kehilangan pensilnya. Dua hari juga dia berpusing-pusing dan naik turun Bangunan Art. Dia buntu. Pensil itu masih tidak ditemuinya. Ke mana benda itu menghilang?
“Awak cari ni?”
Tiara membeku. Suara yang menyapanya dari belakang datang terus masuk menusuk jantungnya.
“Cik Ara?”
Tiara mengerutkan dahinya. Dia panggil aku ke? Segera berpaling ke belakang.
“Awak cari ni?” Adit mengulang soalannya. Saat ini hanya tuhan sahaja yang tahu betapa jantungnya boleh mengepam begitu laju tatkala melihat wajah gadis di hadapannya. Ya, dia gadis yang sama dengan gadis yang ditemuinya beberapa hari lepas. Gadis yang menjadi tanda tanya tentang kuasa yang menyebabkan jantungnya boleh sakit mengepam laju.
Tiara kaku. Abah! Sekali pandang anak mata lelaki itu, otaknya laju mengenangkan arwah abahnya. Apa kena mengena arwah Abahnya dengan lelaki ini? Takkanlah matanya. Hidung? Wajahnya? Semua tak sama dan tidak ada kaitan!
“Awak cari ni?” Adit mengulang soalan yang sama buat kali ketiga.
Tiara segera mengalihkan pandangannya ke arah tangan kanan lelaki itu. Pensil yang dicari-carinya selama dua hari ini betul-betul ada di hadapan mata. Yes, finally. Alhamdulillah.
Tiara mengambil pensil itu dari tangan lelaki di hadapannya. Hatinya senang dan lapang semula.


“Ara tu nama awak, kan?”
Tiara tersentak. Mamat ni mesti tahu nama aku dari ukiran yang ada pada pensil ni. Huh!
“Terima kasih.” Ucap Tiara. Kakinya terus mengatur langkah pergi dari situ. Otaknya laju berputar meneliti dan mengingati wajah mamat yang datang memberikan pensilnya. Kat mana aku pernah nampak dia sebelum ni?
Oh, I got it!
PG!
Lelaki yang menimbulkan suasana gila para gadis beberapa hari lalu. Apasal pulak dia datang sini sampai pulangkan pensil aku? Pulangkan? Eh, dia yang jumpa ke? Kalau dia yang jumpa, dia jumpa kat mana? Pelik!
Adit masih kaku. Gadis itu sudah mengatur langkah pergi dan sudah hilang dari pandangan mata. Se’simple’ ini sahaja pertemuan kami? Gadis itu langsung tidak bercakap dengan aku walau satu perkataan pun. Dua hari aku tunggu saat ini, tapi akhirnya berakhir dalam masa tidak sampai lima minit!
Unbelievable. Ini satu sejarah!
Tapi kenapa muka gadis tu macam nampak familiar? Aku pernah jumpa dia ke selain beberapa hari ni? Bila tenung dekat-dekat, baru jelas nampak rupa sebenar gadis itu. Macam pernah jumpa sebelum ini. Tapi di mana?
Adit cuba memutarkan otaknya mengingat semula semua tempat yang dia pernah pergi. Brunei? Australia? London? Paris? Arghhhh! Bayangan gadis itu tiada. Aku pernah jumpa dia ke sebelum ni? Adit geram dengan daya ingatan sendiri yang agak lemah. Masa ini jugalah otak dia jadi lembab nak memproses wajah gadis kecil molek itu.
Adit memegang dadanya. Peluh mula menyerang tubuhnya. Dia mula menggigil perlahan. Aku kena cari gadis itu lagi. Dia yang buat aku ‘sakit’ macam ni! Adit mendengus.

*************************************************************************

TIARA tersenyum. Lukisan yang berada di hadapan matanya dipandang puas. Sudah tiga hari dia melukis benda itu dan akhirnya siap. Tiga hari jugalah dia memegang kembali pensil kesayangannya. Pensil pemberian arwah Abahnya sempena ulang tahunnya yang ke lima. Sudah 16 tahun lamanya. Pensil itu sebaya dengan budak yang berada di tingkatan empat!
Jam tangan dikerling. Sudah pukul lima petang. Kepalanya dipusing sambil mengalihkan pandangannya ke luar jendela. Matahari petang mula mengindahkan permandangan indah ciptaan Allah di luar sana. Dia tersenyum. Terlalu ralit menyiapkan lukisannya, dia tidak sedar hari sudah petang.
Semua peralatan melukis disimpan di dalam almari. Lukisan yang berada di painting board dibuka dan digulung diletakkan di dalam beg.
“Hai!”
Langkah Tiara kaku tatkala seorang lelaki terpacak di muka pintu bilik lukisannya.
“Hai Cik Tiara!” sapa Adit dengan senyuman.
Dahi Tiara berkedut. Mana dia tau nama aku pulak ni? Dia mahu menggaru kepalanya yang dilitupi tudung tapi hasratnya terbatal melihat senyuman manis lelaki di hadapannya.
“Jangan tanya kat mana saya tau nama awak. Kat pintu ni dah terang-terang tulis ‘Tiara’. So, nama awak Tiara lah kan? Tiara a.k.a Ara. Cik pemilik pensil yang hilang tiga hari lalu.”
Tiara memandang wajah lelaki di hadapannya. Fokus. Boleh tahan mulut lelaki ini. Banyak cakap pulak sekarang!
How special you are. Ada private room untuk melukis. So, awak budak Art lah ni kan?”
Tiara hanya senyap. Tidak berkata walau sepatah pun. Apa yang dia alami, dia rasa pelik. Ramah pulak lelaki ni.
“Saya selalu nampak awak melukis dua tiga hari ni. Saya nak datang bertegur sapa dengan awak tapi nampak macam awak fokus sangat. So, nampak awak dah habiskan lukisan hari ni, saya datanglah bertegur sapa dengan awak.”
Tiara mengerutkan dahi pula kali ini. Dia ni memang pelik. Dia intip aku ke selama ni? Dia nampak aku dari arah mana? Dia memusingkan kepala kiri dan kanan. Kemudian memandang siling. Ada CCTV ke kat sini?
“Awak selalu duduk melukis dekat tingkap. Saya kat tingkat bawah pun boleh nampak awak dengan jelas.” Adit menerangkan. Dia boleh membaca reaksi Tiara. Gadis itu sedang mencari punca kata-katanya.
“Awak, boleh tak saya nak berkawan dengan awak?”




Tiara cuak. Nak berkawan pulak!
“Nama saya Adit. Public panggil saya dengan nama PG.”
Sah! Dialah jejaka yang buat gadis-gadis menjadi riau beberapa hari lepas. Dia ni artis ke? Kenapa dia famous sangat? Tiara bingung sendiri. Dia memang tidak suka ambil pusing tentang dunia hiburan. Terutama artis. Penyanyi. Pelakon. Pelawak. Semua dia tidak mahu kenal dan tidak mahu tahu!
Sorry, I have to go.” Menyedari dia belum menunaikan solat Fardhu Asar, Tiara mula meminta diri. Dari berkenalan dengan lelaki yang tidak mendatangkan keuntungan dengannya, better dia ke masjid berdekatan. Lagi berfaedah dan berpahala.
“Awak tak sudi berkenalan dengan saya ke?” Adit patah hati. Gadis itu tidak pernah melayannya. Mahu mendengar gadis itu bersuara sangat payah. Kalaupun bersuara, dia pasti terus blah.
Tiara tidak memperdulikan lelaki di hadapannya. Dia mula mengatur langkahnya. Pada masa yang sama, dia mendengar deringan telefon lelaki yang digelar PG itu. Okey, penyelamat. Bolehlah aku blah dengan mudah.
“Yes, Hazrin Azka Halim Mahmood? Boleh tak kau call aku lain kali? Bukan sekarang!”
Tiara yang baru melepasi pintu mula mematikan langkahnya. Nama lelaki yang bari disebut oleh lelaki pelik itu tadi tertangkap masuk ke dalam corong pendengarannya.
“Okey bro. Aku jumpa kau tempat biasa. Dalam masa 15 minit aku sampai. Kau ni jiwang sangatlah. Kat pondok tu jugak kau nak jumpa aku. Lain kali tunggulah aku kat café ke. Boleh minum-minum isi perut aku yang tengah berkeroncong ni.”
Tiara masih diam. Setiap bibit kata yang keluar dari mulut lelaki pelik itu didengari dan diamati dengan baik. Nama itu, adakah dia orang yang sama? Kalau dia orangnya, apa pula kaitan dia dengan lelaki pelik tu?
Dalam kemusykilan, Tiara meneruskan langkahnya sebelum lelaki pelik itu mengekorinya.

***************************************************************

TIARA mengatur langkah cermat. Kelakuannya seakan-akan seorang perisik profesional. Setiap jejak dan langkah lelaki yang menggelar dirinya sebagai Adit a.k.a PG itu diekori dengan begitu sempurna.  Secara kebetulan keluar dari Masjid, dia terserempak dengannya. Lelaki itu berkereta Honda pula kali ini.
Adakah itu petunjuk daripada Allah untuk aku mencari jawapan yang pasti? Pasti atau tidak pasti, aku kena ikut budak pelik tu jugak untuk dapatkan jawapan.
Tiara menaiki teksi mengekori kereta Adit. Arah laluan yang diekorinya seperti pernah dia tempuhi sebelum ini. Tiara cuba mengingat namun agak sukar. Terlalu banyak perubahan yang sudah berlaku di sepanjang jalan.
Setengah jam mengekori, kereta Adit berhenti. Jantung Tiara mula tidak senang tatkala matanya melilau memandang sekeliling. Ya yakin, aku kenal tempat ini! Tapi apa kaitan Adit dengan semua ini?
“Hello bro. Sorrylah. Jalan jam sikit tadi.”
“Jalam jam ke atau kau singgah minum kat café dulu? Bukan kau kata perut kau lapar ke?”
Adit tersengih macam kerang busuk. Kalau dengan Hazrin, dia memang senang kantoi!
Tiara yang bersembunyi di sebalik sebatang pokok kelihatan terperanjat tatkala melihat muka lelaki yang bertemu dengan Adit. Nafasnya segera dikawal dek terperanjat. Ya, Allah. Memang dia!
“Awak ni siapa?”
Darah Tiara seperti ditoreh keluar daripada badannya. Suara seorang perempuan datang menyapa dari belakang. Dia mahu lari, namun tersalah pijak ranting kayu yang ada di kakinya. Dia terjatuh terduduk.
Adit dan Hazrin segera mengalihkan pandangan ke arah bunyi yang baru kedengaran. Serentak mengatur langkah perlahan menghampirinya.
“Nawal?” Adit menyoal perlahan seraya memandang muka Hazrin. Rupanya lelaki itu mengatur pertemuan ini untuk aku dengan Nawal.
“Siapa dia ni?” Nawal segera menyoal Adit dan Hazrin. Terkejut melihat kelibat seorang perempuan menghendap memerhatikan Adit dan Hazrin di sebalik pokok.
Hazrin memerhati gadis bertudung coklat di hadapan mereka. Siapa dia? Macam mana dia boleh berada di tempat ini? Tempat ini memang agak privasi untuk orang lain. Hanya Hazrin dan orang berkaitan sahaja tahu kewujudannya.

“Abang Ren…”  Tiara memanggil perlahan. Mukanya diangkat melihat wajah Hazrin.

*******************************************

Assalamualaikum... and finally, entry bab 3 publish. Yeahhh... Alhamdulillah. Please enjoy readers! Sory, still can't move on daripada DOTS... hahaha!



Lot of LOve,

Salawati Latip