Thursday 17 November 2016

Pangeran - Bab 5

BAB 5

Tiara memerhati setiap inci ruang kamarnya. Tiada sedikitpun yang berubah. Semua masih sama seperti enam tahun yang lalu. Puan Zarina memang cukup mengerti dengan perangainya. Dia cepat melatah dan tidak suka bila ada orang masuk ke dalam bilik itu. Dia paling pantang bila ada yang mengusik barang-barangnya. Hanya Mama dan arwah Abahnya sahaja yang akan dibenarkan masuk dan mengemaskan biliknya. Semua orang gajinya juga memang tidak dibenarkan masuk.
Gambar arwah Abahnya ditatap. Menitik air matanya perlahan. Jangan dibicarakan tentang rindu. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dialaminya selama ketiadaan hero terhebat dalam hidupnya itu.
“Kecil betul dunia ni. Adit tu rupanya budak lelaki yang Abah selamatkan. Patutlah Ara rasa ‘something’ bila berjumpa dengan dia.”
Tiara tersenyum. Sudah lama dia ingin tahu siapa manusia yang menerima organ arwah Abahnya. Nampaknya Allah memudahkan segalanya dengan mempertemukan Adit dengannya. Yang paling tidak sangka, Adit tu sebenarnya kawan baik Hazrin. Memang teratur percaturan dunia yang dibina-Nya.
Tiara mengatur langkah keluar. Di muka pintu, Hazrin sudah berdiri dengan senyuman yang lebar. Tiara memerhati wajahnya. Rindu tapi batasnya sudah menghalang perasaan yang membeku dalam diri.
Is everything okay?”
Tiara hanya mengangguk perlahan pada soalan sepupunya. Matanya mula fokus ke bilik yang berada di hujung sudut kanan. Kenangan dia kecil sampai dewasa sebelum hilang enam tahun lalu mula segar dalam ingatannya.
“Dah lama Abang Ren tunggu saat ini. Ingat tak dulu kita main kejar-kejar kat sini? Lepas tu berlumba siapa cepat masuk bilik. Setiap kali main, confirm Abang Ren yang kalah sebab bilik Abang Ren jauh kat sana.”
Disebabkan Tiara dan Hazrin merupakan anak tunggal, ibu bapa mereka meletakkan sebuah bilik untuk Hazrin di rumah Tiara. Begitu juga dengan sebaliknya. Ini memudahkan Tiara untuk bermain dengan Hazrin bila-bila masa sahaja. Berlari-lari. Belajar. Bermanja. Semua dilalui bersama sejak mereka kecil lagi. Tidak hairanlah bila melihat Tiara suka bermanja dengan Hazrin. Bukan sahaja pada zaman kanak-kanak, tapi perangainya itu berlarutan sehingga dia remaja.
Manja satu hal. Bercinta lagi satu hal.
Zaman bercinta paling bahagia. Sebelum tidur, mereka akan berdating dahulu di luar pintu. Ucap kata-kata manja dan masuk ke bilik masing-masing dengan senyuman yang lebar.
Cinta alam remaja. Semua nak yang sweet-sweet je!
 Semua itu tinggal kenangan. Hanya mampu diimbas dengan otak sahaja. Bayangan berlari-lari anak membuatkan Ara tersenyum mengenangkan semua kenangan indah zaman kanak-kanaknya. Hazrin juga sama.
“Sejak Ara hilang, Abang Ren dah jarang datang tidur sini.” Akui Hazrin. Walaupun Puan Zarina itu Mak Ngahnya dan hubungan mereka persis anak-beranak, namun dia merasakan hidupnya kosong tanpa kehadiran Tiara di rumah itu.
“Ara dah balik ni. Lepas ni nak tidur sini lagi tak?” sakat Tiara sambil senyuman di bibirnya terukir manis.
Hazrin tersenyum. Pelawaan itu bak anugerah dan kejayaan yang besar untuknya.
“Bila nak balik sini semula?”
Tiara merasakan soalan yang baru ditujukan itu membuatkan dadanya sesak. Hatinya mula berat. Mahu kembali ke alam nyata adalah suatu yang agak sukar baginya. Sudah puas membina hidup baru yang sudah dirasakannya agak selesa dan tenang, dia perlu berhadapan dengan realiti bahawa dia adalah anak Tan Sri Thalib Al-Zahsy, seorang pelukis terkenal dan pengasas Galeri Al-Zahsy di Bangunan Art tempat dia bertemu dengan Adit.
“Nantilah. Mama pun sibuk. Ara dengar Mama nak pergi Brunei esok.”
Hazrin memandang wajah Tiara. Gadis itu nampak agak sayu.
“Mama Zarina rindukan Ara.”
Tiara memandang wajah Hazrin. Ayat pendek Hazrin cukup bermakna untuk difahami. Menjadi anak tunggal kepada Puan Sri Zarina Al-Zahsy merupakan satu anugerah. Wanita yang cukup hebat dengan bidang sulaman dan jahitan itu sudah memiliki empayar yang besar dalam perniagaan. Anak jati Brunei itu sering kali berulang-alik ke negara tumpah darahnya untuk menguruskan perniagaan di sana. Sejak kecil Tiara sudah biasa ditinggalkan bersama pengasuh. Tidak pun tinggal bersama arwah Abahnya. Tidak hairan bila kemahiran melukis pelukis negara itu agak dominan olehnya.
“Ara tahu Mama sayangkan Ara.” Agak terkilan dan berat hati mengucapkan ayat yang sama sejak kecil. Ayat yang diungkapkan tidak selari dengan perasaan yang menghimpit jiwanya. Tiara pasrah dengan ketentuan Allah.

****************************************************************

TIARA mengatur langkah. Dia gemuruh. Tangannya agak bergetar. Sudah enam tahun dia menunggu saat ini namun dia tidak gagah untuk berdepan dengannya.
Abah, Ara datang.
Langkahnya terus diatur. Tanah perkuburan khas keturunan Al-Zahsy dijejaki setelah enam tahun dia hilang. Hatinya selalu memberontak untuk datang ke situ namun dia tidak ada kekuatan.
“Apa awak buat kat sini?” Tiara yang pelik melihat Adit duduk membaca doa di kubur arwah Abahnya terus menyoal tatkala melihat Adit mengaminkan doanya.
“Eh, awak! Emmm… saya datang…”
Tiara memerhati kekalutan Adit. Berbeza dengan pertemuan pertama mereka. Adit yang mula-mula kenal dulu agak ‘kepoh’ nak gedik-gedik mahukan sesi perkenalan. Tapi yang sekarang ini dia agak diam. Pelik!
“Awak selalu datang sini?” soal Tiara.
“Tak de la selalu sangat. Dalam dua minggu sekali.”
Tiara diam. Dua minggu sekali dia cakap ‘tak de la selalu sangat’?
“Awak nak baca Yassin dan doa untuk arwah uncle?” soalan Adit mengembalikan tujuan utama Tiara ke situ.
“Ya.”
“Kita baca sama-sama. Kebetulan saya pun baru nak baca Yassin.”
Tiara memandang tepat anak mata Adit. Pelawaan Adit membuatkan hatinya berdebar-debar. Apa maksudnya? Adakah hati arwah Abah yang membuatkan aku begini? Sejak kecil lagi dia sering kali mengaji al-quran bersama arwah. Aura itu datang semula ke?
Aura. Aura. Auranya kuat!
Suara mendayu masuk ke corong pendengaran Tiara. Adit membaca al-quran dengan baik sekali. Bayangan arwah Abahnya mula menghiasi fikirannya. Persis. Mereka berdua sungguh persis.
Takdir apakah ini, Ya Allah? Sebahagian Abah ada dengan lelaki itu!
Usai bacaan Yassin dan mengaminkan doa, Adit menutup surah Yassin yang dibawanya. Baru sahaja mahu berpaling ke belakang melihat Tiara, suara tangisan kecil kedengaran. Tiara menangis. Ya, suara itu milik gadis itu.
Adit memegang dadanya. Boleh dapat penyakit hati kalau keadaan seperti ini berlanjutan. Rasanya sakit tapi dia berdebar. Rasanya terhimpit tapi dia bergetar. Melihat Tiara sedemikian rupa, hatinya sakit.
Perasaan ini datang dari mana, Ya Allah? Adakah kerana aku sudah menjadi sebahagian arwah?
Tiara pasti sedih. Enam tahun dia hilang, pasti dalam tempoh itu juga dia tidak pernah datang menziarahi arwah Abahnya. Pasti dia terkilan sebab tidak dapat membaca Yassin dan doa di situ.
“Ampunkan Ara, Abah. Ampunkan Ara. Ara rindukan Abah tapi Ara tak pernah datang ‘jumpa’ Abah pun.”
Tangisan Tiara semakin menjadi-jadi. Adit mula terjangkit sebak namun dia mengawal dirinya. Terlalu mudah dia terjebak dengan emosi Tiara. Mungkin juga disebabkan naluri arwah sudah menjadi sebahagiaan hidupnya.
“Tak elok awak nangis di kubur. Awak perlu perbanyakkan doa. Doa seorang anak solehah In Shaa Allah akan Allah perkenankan.”
Adit menoleh ke belakang. Wajah Tiara yang sudah dibasahi air matanya dipandang tepat.
“Nah. Lap air mata awak. Kalau mata awak bengkak, tak pasal-pasal semua orang ingat saya buli awak.”
Tiara memandang wajah Adit. Tangannya mula menggapai sapu tangan yang dihulurkan kepadanya.
Thanks.”
Adit senyum sambil keningnya terangkat.
“Bila awak datang Malaysia?”
Soalan yang diajukan oleh Tiara benar-benar mengejutkan Adit. Tiba-tiba dapat soalan yang tiada kaitan dengan suasana sebelum ini.
Five years ago.”
Tiara kelihatan mengangguk perlahan. Air matanya yang masih bersisa dikesat lembut.
“Macam mana awak tahu saya baru balik Malaysia?” soal Adit dengan dahi berkedut.
“Arwah Abah ada cakap yang penerima hati dia tu bukan orang Malaysia. Orang tu stay kat UK lepas pembedahan hati tu berjalan. Dan tadi Abang Ren ada cakap yang awak ni orang Brunei. Emmm… actually, saya tak faham sangat cerita semua orang. Kejap UK. Kejap Brunei.”
Adit tersenyum. Nampak dengan jelas Tiara bingung.
“Awak ingat tak masa kecil dulu awak ada kawan dari Brunei? Ayahanda saya seorang pedagang minyak. Tapi ayahanda saya berkawan baik dengan daddy Hazrin. Then, arwah Abah awak berkenalan dengan ayahanda saya. Kita pernah jumpa dulu. Tapi tak lah lama. Dalam two or three months. Lepas tu my family and I berhijrah ke UK.”
Cerita Adit yang jelas membuatkan Tiara memusingkan daya fikirannya ke zaman kanak-kanaknya.
“Awak yang tak boleh main kejar-kejar tu kan? Sebab awak sakit masa tu.”
Adit tersenyum. Tekaan Tiara menyenangkan hatinya.
“Ya. Sayalah budak tu.”
Terkejut. Tiara memang ada rasa sedikit terkejut. Tidak menyangka rupanya pertemuannya di kolej tempoh hari bukanlah pertemuan pertama. Mereka pernah ‘berkawan’ suatu ketika dahulu.
“Saya dilahirkan dengan komplikasi pada hati. Sebab tu masa tu saya tak boleh nak join awak, Ren dan Nawal main lari-lari. Dan tak sangka, saya jumpa Ren dan Nawal since five years ago. Selama ni saya cari awak. Tapi tak ada seorangpun yang tahu keberadaan awak.”
Tiara senyap.
“Saya dengar banyak cerita pasal awak daripada Ren. You are the one and only princess dalam hati dia. Kalau boleh, setap hari dia nak sebut nama awak. Nawal pun sama. Keluar dating dengan dia, confirm dia akan cerita yang dia ada kembar.”
Cerita Adit mula menarik perhatian Tiara. Hujung cerita tadi ada satu cerita baru.
“Awak dan Nawal…?”
Adit tersenyum dengan ayat Tiara yang tidak habis menuju pangkalnya.
“Ya. Since… your years ago.”
Tiara tersenyum. Gembira hatinya bila mengetahui bila Nawal sudah mempunyai teman istimewa. Selama ini bukan main keras hati gadis itu untuk bercinta. Tak sangka, selepas setahun bertemu semula dengan Adit, mereka sudah boleh menjadi ‘teman’ tapi mesra.
You are the lucky one. Nawal seorang gadis yang baik. Awak perlu hargai dia.” Ucap Tiara.
“Ya. Memang saya rasa saya bertuah bila Nawal boleh memilih saya menjadi teman istimewa. Saya jumpa dia, saya tertarik dengan sikap penyayang yang dia ada.”
Tiara tersenyum. Itu memang dia akui. Berkawan dengan Nawal adalah satu anugerah yang Allah telah berikan padanya. Nawal bukan sahaja cantik, tetapi dia juga sangat penyayang. Apa sahaja masalah yang dihadapi sebelum ini, dia pasti akan kongsikan dengan Nawal. Biasanya Nawal sahaja yang dapat memberikan semangat apabila Tiara rasa dirinya down dengan pelbagai masalah yang timbul terutama yang melibatkan Mamanya.
“Dia memang cantik. Sweet. Petah berkata-kata. Bila dia cakap dia sayangkan saya, saya rasa sayalah lelaki yang paling untung dalam dunia ni kerana terpilih untuk memiliki kasih sayang yang ada pada dia. Saya selalu membayangkan masa depan kami berdua. Ada keluarga sendiri. Anak-anak. Duduk dalam satu rumah… dan rumah tu penuh dengan kasih sayang, gelak tawa, riuh rendah… berkejaran sana sini…”
Tiara turut tersenyum mendengar setiap kata yang diucapkan Adit. Bibir lelaki itu tersenyum sambil mengatur kata. Nampak sinar kebahagiaan yang didambakan itu cukup memberi kesan. Dia bukan hanya berkata-kata tetapi kata-katanya itu lahir dari jiwa dan hati yang ikhlas.
“Tapi dia bukan Nawal yang dulu…”
Ayat yang baru dikeluarkan oleh Adit agak mendatar perlahan menarik perhatian Tiara. Suasana bahagia berubah serta merta.
“Apa maksud awak?”
“Kami selalu bergaduh sejak kebelakangan ni. She’s totally change sejak jadi model. Dia selalu mabuk. Keluar dengan mana-mana lelaki. Berpakaian agak seksi. Saya rasa macam… emmm… I don’t know. Macam-macam yang saya dengar pasal dia. Saya tak nak percaya tapi bukti ada di mana-mana.”
Tiara diam. Memang dia akui Nawal yang dia temui semalam nampak lain. Cara pemakaian memang mengena dengan apa yang dijelaskan oleh Adit. Dia tidak sempat bertanya banyak soalan kepada gadis itu semalam. Memang jelas Nawal nampak agak sibuk. Ada show katanya. Jadi memang benarlah dia sudah menjadi seorang model.
Sebelum Tiara menghilang dulu, dia dan Nawal memang blogger yang terkenal. Bila dia meng’hilang’, tidak hairanlah bila mendengar Nawal sudah berjaya melangkah mendapat nama yang lebih gah.
“Macam mana pun Nawal berubah, awak kena yakin yang hati Nawal takkan berubah. Saya kenal dia. Benda dia sayang, dia akan sayang sampai bila-bila walaupun dia tak tunjuk.” Perjelas Tiara kepada Adit.
Adit hanya diam. Mungkin cuba menghadam ayat Tiara.
“Saya nak tanya awak satu benda. Boleh?”
Tiara pelik. Memandang tepat pada wajah Adit.
“Apa dia?”
“Awak marah tak bila saya cakap yang saya tahu kenapa awak lari enam tahun lalu?”
Membesar anak mata Tiara.
“Apa yang awak cuba nak cakap?” Tiara pura-pura menyoal walhal wajahnya sudah agak terkejut.
“Aunty Zarina rindukan awak.”
Tiara memandang wajah Adit semula. Peralihan topik kali ini mencengkam jiwanya.
“Bukan niat saya nak masuk campur hal awak dengan mama awak. Tapi… sejak saya tahu siapa ahli keluarga penderma hati untuk saya, saya rasa senang bila dekat dengan keluarga arwah.”
Adit memandang wajah Tiara yang mula menundukkan sedikit wajahnya. Tiara bungkam. Mukanya redup dan dia tahu apa puncanya.
“Saya selalu nampak aunty Zarina nangis bila duduk sorang-sorang. Dan setiap kali saya Nampak benda tu, saya akan dengar dua nama yang akan keluar daripada mulut aunty. Nama arwah dan nama awak.”
Tiara menelan air liur. Air mata mula bertakung dalam kelopak mata. Cerita Adit menggetarkan emosinya.
“Aunty rindukan awak. Dia tak tunjuk kat awak tapi saya tahu yang dia sayangkan awak. Sayang sangat.”
Air mata Tiara jatuh perlahan. Tiada sebarang suara tangisan. Tiara masih bungkam.
“Mama awak memang workaholic orangnya. Tapi naluri seorang ibu yang ada pada dia masih menebal. Dah beberapa kali aunty masuk wad sebab dia terlalu rindukan awak. Dia sunyi. Saya tahu apa yang saya ucapkan kat awak ni agak melebih-lebih. Tapi saya nak awak tahu. Dia rindukan awak setengah mati. Bila nampak awak muncul semalam, masa itulah saya nampak dia tersenyum untuk pertama kali setelah sekian lama awak hilang.”
Tiara mengesat air matanya. Dia panas telinga. Setiap perkataan yang terkeluar daripada mulut Adit mencengkam jantungnya. Kuat. Dia segera berdiri dan mengatur langkah. Tidak boleh berlama di situ. Dia tidak kuat.
“Kalau arwah Uncle masih ada, dia pasti akan sedih nampak awak macam ni. Awak satu-satunya harta yang dia. Sama juga seperti Aunty Zarina.”
Adit memegang dadanya. Sakit. Peluh membasahi dahinya. Melihat Tiara yang sudah berlari pergi dari situ, dia kalah.

Ya-Allah, sakitnya…

Image result for sweet muslimah couple

**********************************************************************

LOve,

Salawati Latip a.k.a Kit Cokiez


My writing

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^