Saturday 9 September 2017

Pangeran - Bab 6

BAB 6 


Adit tersenyum. Puan Sri Zarina datang melangkah ke arahnya dengan senyuman manis. Wanita bekerjaya itu nampak cukup manis bila mengenakan shawl biru sedondon dengan bajunya.
Pandangannya teralih fokus apabila perasan ada satu lagi susuk tubuh berjalan di belakang wanita itu. Perlahan jelas dan menampakkan wajahnya yang simple.
Tiara!
Seriously? Aku tak mimpi ke ni? Tiara datang dengan berbaju putih dan bertudung peach. Pandangan gadis itu redup ke arahnya. Adit segera membetulkan kedudukan duduknya. Menarik nafas dengan cermat. Mula segan bila bertemu dengan tetamu tatkala dia dalam keadaan sedemikian.
“Aunty dengar Adit tak sihat.”
Fokusnya pada kelibat Tiara terhenti. Segera memandang Puan Sri Zarina semula.
“Saya okey. Hari tu letih sikit. Cuaca panas sangat agaknya.”
“Puan Sri Zarina… bila sampai?”
Adit mengalihkan pandangannya ke arah pintu. Tiara dan mamanya juga sama. Bondanya masuk dengan senyuman agak melebar di bibir sambil menyapa mesra.
“Baru je sampai. Sorry lah sebab lambat datang jenguk Adit. Saya sendiri baru tau dia tak sihat. Nasib baik Ara dah ada kat rumah. Boleh saya bawa dia temankan saya ke sini.”
 Adit memandang Tiara.
 ‘Ara dah ada kat rumah?’ apa maksudnya?
“Tiara? So, yang ni lah Tiara? Eh, dah besar dah sekarang. Dulu nampak dia kecil lagi. Sekarang dah cantik sangat.”
Tiara kaku. Apa yang sedang berlaku pada dirinya kini memang membuatkan dia keliru. Berlaku sesi perkenalan ke sekarang ni?
“Ni YM Hajah Dalila. Bonda kepada Adit. Kawan baik mama juga kat Brunei. Buat business sama-sama.”
Tiara cuak. Dalam sesi perkenalan beginilah dia failed. Aku nak sambung sesi perkenalan dengan apa? Panggil dia Yang Mulia ke? Ke nak panggil dia Aunty? Aduh. Memang aku tak tau! Okey. Failed. Always.
“Emmm… apa khabar…” Tiara mati kata. Tangannya dihulur untuk bersalaman tapi mulutnya kelu untuk meneruskan ayat. Dia tidak tahu mahu cakap apa sebenarnya.
“Panggil saja Bonda. Lebih selesa.”
“Hah?” okey. Tiara makin cuak!
“Dah lama Bonda nak jumpa Ara. And finally… hasrat tu termakbul hari ini. Come here, sayang.”
Salam disambut. Tapi dua saat selepas tu, tubuh Tiara terus ditarik masuk ke dalam pelukan wanita itu. Tiara yang dari tadi kaku dan membatu hanya menurut.
Lama sangat ke aku hilang sampai semua orang nak peluk aku sekarang? Itu sahaja yang ada di kepala otak Tiara sekarang. Mana-mana manusia yang dia jumpa, mesti akan peluk dia. Rindu sangatkah semua orang dekat aku?
“Ara duduk sini. Sembang dengan Adit. Bonda ada benda nak bincang dengan Mama Ara ni. Korang duduk sini tau.”
“Hah?” Tiara terperanjat.
Duduk sini?
Dengan Adit?
Berdua?
Dalam bilik Adit ni?
 Seriously?
Segera memandang Adit yang menyandar di kepala katil.
Adit pun cuak!
Tidak sampai seminit, Mama dan Bonda Adit hilang dari pandangan. Siap bawa orang gaji keluar pulak tu. Tinggallah dia dan Adit di situ.
Senyap. Masing-masing kelu lidah.
“Awak…” Adit menyapa. Kalau dia tidak bersuara, kemungkinan besar mereka akan senyap sampai Bonda dan Puan Sri Zarina kembali semula.
“Ya.”
Emmm… nothing. Have a sit first.” Masih kelu lidah Adit untuk bertanya soalan. Hanya mampu mempelawa Tiara untuk duduk di sofa bersebelahan katilnya.
“Awak sakit apa?” soal Tiara seraya duduk.
“Tak ada apa-apa. Awak sendiri tau yang saya dilahirkan tak sihat macam orang lain. Walaupun dah buat pemindahan hati, kadang saya kalah dengan cuaca. So, saya demam sikit.”
“Bila awak demam?” lancar sahaja soalan Tiara.
“Dua hari lepas.”
Tiara senyap. Dua hari lepas jugaklah mereka bertemu di tanah perkuburan arwah abahnya. Rasa bersalah mula menyelubungi perasaannya. Dia berborak dengan aku lama sangat ke sampai dia demam?
“Saya okey. Sikit je. Mungkin kebetulan saya letih sebab urus Akademi Tae Kwan Do beberapa hari sebelum tu.” Menyedari muka Tiara mula rasa bersalah, Adit segera mengatur ayat yang boleh melegakan jiwa gadis itu.
Tiara senyap. Tiada lagi soalan yang ingin diajukan olehnya. Dia ada dengar cerita daripada mamanya yang Adit baru sahaja membuka akademi pertahankan diri. Walaupun dia kata badan dia agak lemah sejak dilahirkan, tapi bab-bab bertarung, dia boleh mengalahkan orang sihat lain.
Dah minat dia. Nak kata apa lagi!
“Abang Ren ada called saya tadi. Dia cakap malam nanti dia datang jenguk awak. Emm… Nawal ada datang tak?”
“Ada. Pagi tadi. Siap bawa breakfast.”
Tiara tersenyum. So sweet Nawal.
“Kan saya dah cakap. Tak salah pilihan awak. Nawal memang terbaik untuk awak.”
“Dia ada bagitau awak tak yang dia nak pergi Jepun?”
Soalan Adit membuatkan Tiara hilang senyum.
Seriously?” Tiara terkejut. Takkan dia nak jalan-jalan saat Adit terlantar atas katil lagi?
“Ya. Dua minggu. Flight dia tengah hari tadi.”
Tiara memerhati raut wajah Adit. Lelaki kacukan Brunei-Indonesia itu agak sedih ditambah dengan sedikit pucat pada wajah demamnya.
“Awak… thanks.”
Adit mengangkat mukanya. Wajah Tiara dipandang. Tiba-tiba berterima kasih dah kenapa?
“Sebab?”
“Buat saya balik semula ke rumah. Lepas dengar apa yang awak cakapkan hari tu, barulah saya sedar yang selama enam tahun ni saya agak mementingkan diri sendiri. Saya tak pernah nak fikirkan orang lain terutamanya Mama.
Sejak kecil saya agak berdendam dengan Mama. Saya jealous nampak budak lain yang dibelai dan dimanja oleh ibu diorang. Saya? Mama saya asyik utamakan kerja. Nak bercakap dengan saya pun tak pernah apatah lagi nak bagi ruang dan masa untuk bermanja mesra. Even arwah Abah dah pujuk saya macam-macam, saya tetap rasa marah pada Mama.
Bila Abah dah pergi, saya rasa saya dah hilang tempat bergantung. Lepas bertengkar dengan Mama, saya sanggup lari. Lari dari semua benda terutamanya yang berkaitan dengan dunia Mama. Enam tahun ni rupanya saya tak nampak penyeksaan yang saya buat kat Mama. Sampailah awak datang dan sedarkan saya.”
Panjang lebar luahan hati Tiara. Setiap perkataan didengar dengan baik oleh telinga Adit.

Image result for my secret romance

Thanks sebab sudi balik semula. Saya gembira bila dengar perkara ni daripada mulut awak sendiri.” Kelegaan Adit sebenarnya menjadi kelegaan arwah Tan Sri Thalib. Menerima sebahagian besar hati arwah menjadikan dia sebahagian daripada keluarga itu. Perasaan pelik itu sudah mula dirasakan sejak dia dekat dengan Tiara.
Adakah betul aku mewarisi kasih arwah Tan Sri Thalib? Itu yang selalu bermain di minda Adit.
Bunyi pintu diketuk membatalkan hasrat Tiara untuk menyambung bicaranya. Pintu yang sememangnya tidak tertutup sejak tadi dipandang. Mak Leha, pembantu peribadi Adit masuk.
“Pengiran, sekarang masa makan ubat.”
Tiara berdiri semula. Menghampiri Mak Leha yang memegang dulang.
Arghhh… not now.” Adit bermalas-malasan. Mukanya berkedut tanda tidak suka.
“Emmm… biar saya tolong.”
Adit memandang Tiara yang bersuara. Aduh, nampaknya gadis itu sudah masuk campur dalam hal ini.
“Awak tak boleh nak malas-malas makan ubat. Awak tu bukannya kecil lagi. Bonda awak datang jauh tau dari Brunei sebab dengar awak sakit. Nah…” Tiara membebel. Tidak menyangka langsung dengan perangai Adit persis kanak-kanak. Rupanya dia tidak suka makan ubat. Memang lelaki itu buat kelakar!
Fine.” Nada Adit masih malas. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengambil ubat yang dihulur oleh Tiara. Nasib baik dia berfikirkan egonya sebagai seorang lelaki. Malu giler kalau tak telan ubat tu sekarang. Itu soal maruahnya. Kalau tak, memang tunggu kene leter oleh Bondanya baru dia akan makan.
Good. Kan senang. Ubat tu kecil je. Telan tak sampai lima saat. Habis cerita.”
Adit terasa diperli. Rasa geram je. Tapi melihat wajah Tiara, dia rasa mahu tersenyum pula. Adit, jatuh maruah kau depan perempuan. Hari ini kau kalah dengan gadis bernama Tiara.
Since awak dah tolong saya kembali semula kepada Mama, saya rasa nak tolong awak buat ‘sesuatu’.”
Adit membetulkan duduknya di katil. Rasa ubat yang pahit masih jelas terasa di kerongkongnya. Matanya jelas memandang Tiara yang mula duduk semula di sofa selepas meletakkan ubat dan cawan di tepi katil. Okey, topik apa pulak kali ni? Antara dia dan Tiara, memang selalu timbul topik perbualan yang bermula secara tiba-tiba.
“Tolong?”
“Ya.”
“Tolong apa?”
“Kembalikan Nawal yang dulu.”
“Maksud awak?”
“Saya sedih dengan perubahan Nawal sekarang. So, saya nak dia ‘kembali’ pada awak. Jadi Nawal yang dulu. Saya pun boleh jumpa semula ‘kembar’ saya.”
Bibir Adit mula tersenyum.
“Tapi macam mana?”
“Kita berdua kena usaha sama-sama. Kalau saya seorang je yang usaha, rasanya agak payah. Lagipun awak antara insan yang dia sayang. Saya percaya kita boleh kembalikan Nawal yang dulu.”
Adit memandang tepat pada wajah Tiara. Gadis manis itu memang boleh membawa senyuman padanya. Manis. Ya, dia agak manis dipandang. Sejuk sahaja jiwanya melihat gadis bertudung peach itu. Tutur katanya sopan. Pandangan matanya redup. Senyumannya manis.
“Patutlah Ren suka sangat kat awak.”
“Hah?” Tiara bingung bila Adit tiba-tiba bersuara.
Nothing.”
Tiara mengerutkan kening. Whatever!
“Ren ada ajak awak keluar tak?”
Nope. Dia tak tau lagi yang saya dah balik rumah.”
Seriuosly? But… why?” serius Adit rasa pelik. Dia dengan Hazrin pasangan kekasih kot. Takkan benda besar macam ni pun dia tak begitau?
“Saya busy sikit. Almaklumlah, nak pindah masuk semula ke rumah. Dua hari ni jugak saya dan Mama habiskan masa berdua.”
Dalam bingung-bingungpun, Adit ada rasa bersyukur apabila mendengar cerita Tiara yang tampak bahagia selepas kembali ke pangkuan Mamanya. Gadis itu kelihatan tersenyum sambil mengatur ayatnya. Mungkin itu petunjuk yang dia bahagia.
“Alhamdulillah. But, I think you should call or text Ren. At least, awak boleh kongsi benda bahagia ni dengan dia.”
“Emmm… in shaa Allah. Esok family Pak Long balik dari Australia. For sure dorang akan datang rumah saya. So, better saya bagitau dia sekali esok.”
Adit diam. Perancangan Tiara memang ada betulnya.
“Tapi… awak kan boleh text dia.” Adit masih lagi dengan pendiriannya untuk meyakinkan Tiara supaya memberitahu Hazrin tentang perkara yang dianggapnya penting seperti ini.
Emmm…actually, I have no phone.”
Seriously?”
Adit terdiam. Okay. Checkmate di situ!
Tiara hanya tersenyum.
Yes. Since, saya ‘hilang’ dulu. No phone. No internet. No blog. No social media. No… for everything. And… until now, saya tak fikir nak ada benda-benda tu semua lagi. Serabut.”
Adit mati kata. Nak dia cakap apa lagi kalau dah kesimpulan Tiara macam tu?
“Nampak seronok pulak diorang berborak.”
Tiara dan Adit berpaling pandangan ke arah pintu serentak. Hajah Dalila dan Puan Sri Zarina masuk dengan senyuman di bibir.
“Apasal pandang kitorang macam tu?” Adit menyoal Bondanya tatkala pandangan Hajah Dalila dan Puan Sri Zarina nampak pelik. Dia sempat pandang wajah Tiara. Gadis itu juga cuak sama sepertinya.
Nothing. Finally dapat juga nampak korang berdua duduk bersama. After berapa tahun aunty tunggu saat ni.” Jawab Puan Sri Zarina.
“Hah?” serentak Adit dan Tiara bingung.
“Kalau arwah ada lagi, mesti dia bahagia. Sekarang ni pun aunty dah rasa macam keluarga aunty dah bersatu semula. Rasa arwah dekat dengan kami dengan adanya Adit.”
Adit dan Tiara senyap. Memang perasaan itu yang mereka rasa sekarang. Seakan-akan arwah ‘ada’ di situ bersama mereka.
“Mama dan bincang dengan Bonda kamu tadi. Tiga hari lagi aunty nak buat makan-makan sikit. Jemputlah datang.”
“Bukan Bonda kata nak balik Brunei lusa ke?” Adit rasa pelik.
“Sebab tu Bonda bincang dengan aunty Zarina tadi. So, kena stay kat sinilah sampai majlis makan-makan tu selesai. Lagipun Bonda tak nak tinggalkan Adit sorang-sorang kat sini.”
“Macamlah Adit ni budak kecil tau. Ada ramai orang gaji. Mak Esah tu ada.” Bukan dia tidak biasa dengan rutin hidup seperti itu. Sejak kecil lagi dia seperti hidup nomad. Indonesia-Brunei-Malaysia-US. Dia asyik berpindah tempat. Balik rumah Ayahandanya ke Brunei. Rumah Bondanya ke Indonesia. Masa kecil dulu bermastautin di US selepas berjaya buat pemindahan hati. Tapi finally, dia putuskan nak tinggal di Malaysia. Dah siap bina akademi yang dia idam-idamkan.
“Kamu ni macam nak halau Bonda pulak.” Gurau Hajah Dalila.
“Tak ada lah. I will be miss you. Ayahanda too.”
“Ayahanda, Kak Alisa dan Nayla datang sini lusa.”
Adit mengangguk. Pagi tadi sempat bervideo call dengan adik bongsunya, Nayla. Dia ada cakap mahu datang Malaysia. Tapi tidak pula memaklumkan bila tarikhnya.
“Kalau macam tu, kami balik dululah. Lagipun dah nak maghrib ni.” Ujar Puan Sri Zarina.
“Terima kasih sebab datang.” Ucap Hajah Dalila sambil memegang tangan Puan Sri Zarina.
“Adit ni dah macam anak saya sendiri. Dia pun rajin datang rumah saya sejak dia tau arwah yang jadi penderma. Bila dengar dia tak sihat, saya sendiri jadi susah hati.”
Adit tersenyum rasa bersyukur mendengar ucapan Puan Sri Zarina. Rasa bahagia dapat disayangi seperti itu.
“Eh, lupa pulak nak bagi awak ni.” Mulalah Tiara kalut. Buah tangan yang dibawa lupa untuk dihulur pada Adit. Sepatutnya benda tu sudah diberikan sejak dia sampai tadi. Ya-Allah, dah kenapa kau ni Ara? Benda macam ni kau boleh lupa.
Adit ketawa laju. Tidak tahan melihat Tiara kalut. Sebenarnya sejak awal lagi dia nampak buah tangan tu. Tapi dia senyap. Boleh pulak gadis tu lupa sampai macam tu sekali. Comel je. Tak pasal-pasal jadi kalut.
Puan Sri Zarina dan Hajah Dalila ketawa sama. Tiara mula rasa mukanya tebal tujuh inci. Malu giler!
Sorry awak.” ucap Tiara.
It’s okay.” Balas Adit dengan ketawa yang masih bersisa.
“Syok sangat agaknya korang borak sampai lupa benda tu.” Ujar Hajah Dalila.
Tiara rasa mahu menyorok sahaja di bawah katil. Rasa lucu pun ada jugak. Ikutkan hati, dia pun rasa nak gelak sekali. Boleh pulak dia buat lucu-lucu time macam ni.
“Aunty balik dulu ya. Jangan lupa nanti datang rumah aunty.”
“In shaa Allah.”
Get rest. Adit perlukan rest yang secukupnya.”
“Baik, Aunty.”
Puan Sri Zarina mula minta diri. Siap bersalam dan berpeluk-peluk dengan Hajah Dalila. Tiara ikut dari belakang. Buat perkara yang sama selepas mamanya. Adit hanya diam memerhati sambil tersenyum. Tiara memang mencuitkan hatinya.
“Awak jangan lupa nak makan ubat. Tak payah nak penakut sangat.” Sempat Tiara mengusik.
Terkena sebijik lagi. Adit rasa macam nak tergelak besar. Pandai jugak gadis kecil ni melawan. Nak cover-cover kalut dia la tu!
“Baik bos!”

Hajah Dalila dan Puan Sri Zarina berpandangan antara satu sama lain. Mula ketawa semula. Tercuit dengan gelagat anak-anak mereka. 


**************************************************************************

Enjoy readers!

Lot of LOve,

Salawati Latip 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^