Sunday 12 November 2017

Pangiran - Bab 7

BAB 7


"Nawal tak balik lagi ke?”
Adit memandang Hazrin sambil tanggannya masih gigih membetulkan tali leher. Entah berapa kali sudah dia cuba betulkan benda itu tapi masih senget! Sejak kecil bertali leher, tali sampai sekarang dia tidak reti memakainya.
“Minggu depan kot. Dia cakap dalam dua minggu kat sana. Sekarang baru nak masuk seminggu dia kat sana.”
“Korang gaduh lagi ke?”
“Tak de lah. Hari tu memang ada rasa macam nak marah je. Kecik hati jugaklah rasa bila dia nak pergi Jepun time aku demam. Tapi sejak pagi tadi kitorang dah agak damai sikit.”
“Patutlah muka kau asyik nak senyum je. Confirm dapat ayat-ayat cinta daripada dia.”
“Tak de maknanya. Hah, kau dah beli phone untuk Tiara?” sejak tahu Tiara tidak mempunyai handphone, Adit terus maklumkan Hazrin. Mungkin cara ini boleh kembalikan semula saat manisnya bercinta antara mereka selepas enam tahun berpisah.
“Dah. Tapi dia pulangkan pada aku semula. Dia tak nak katanya.”
“Kau tak try pujuk ke? Payah kot kalau dia tak ada phone. Ingat nak suruh kau ayat dia balik. Kot-kot enam tahun terpisah buat korang kekok. At least, kalau ada phone, bolehlah korang whatsApp. Tanya khabar. Tak pun sembang-sembang kosong. Benda kecik macam tu sebenarnya boleh dekatkan korang semula. Dapatkan balik cinta kau yang hilang tu.” Berbunga-bunga ayat Adit di penghujungnya.
“Memang kekok sangat pun. Kau rasa apa perasaan aku bila nampak dia dah balik rumah? Totally terkejut kot. Yang kau ni pun satu. Tak bagitau aku kenapa?”
“Dah dia cakap nak gitau kau sendiri. Takkan aku nak sibuk.”
Rasa nak ketuk je kepala Adit sekarang. Adit dan Tiara, dua-dua buat Hazrin geram.
“Cakap pasal Tiara, aku rasa dia tak tau event malam ni dibuat besar macam ni.” Ujar Adit. Mereka sama-sama memerhati dewan besar Galeri Az-Zahsy. Dewan yang sudah dihias indah penuh dengan tetamu dan kenalan Puan Sri Zarina dan arwah Encik Thalib. Pasti ini satu kejutan untuk Tiara sempena dia pulang semula.
“Ayah aku cakap, Mak Ngah aku nak bagi Tiara something dalam majlis ni. Rasanya dia nak serahkan Galeri Az-Zahsy pada Tiara kot memandangkan dia dah balik.”
“Ya lah kot. Memang arwah dah amanahkan kat Tiara. Kau tu, kena handsome sikit malam ni. Biar Tiara jatuh cinta semula dengan kau.” Usik Adit di hujung ayatnya.
“Aku taulah kau lagi handsome dan famous daripada aku. Tapi aku lagi sayangkan Tiara dan dia tahu itu.”
Fine. Bosanlah cakap dengan kau ni. Poyo je memanjang.”
“Kau pun dua kali lima, lima kali dua dengan aku. Cakap pasal Nawal, kau pun lebih kurang macam aku.”
Mereka berpandangan. Kemudian, mereka berdua tergelak serentak.
“Nayla, sini kejap.”
Hazrin memandang gadis yang baru dipanggil oleh Hazrin. Gadis berbaju biru itu terus datang.
“Tolong abang betulkan tie abang. Tak retilah buat benda ni.”
Nayla rasa nak tarik je tali leher abangnya. Masalah itu memang dari dulu tidak pernah selesai.
“Tu lah. Dari dulu tak nak belajar buat benda ni. Nak manja sangat sampai tie pun orang gaji tolong.” Nada geram Nayla sangat jelas.
“Pembetulan. Bonda yang selalu tolong abang dalam benda ni.”
“Dan adik sekali. Ingat tu.”
Adit buat muka poyo sambil adiknya cuba mengemaskan tali lehernya. Hazrin yang menyaksikan adegan adik-beradik itu mulalah tergelak.
“Kau kena kahwin cepat ni, Dit. Ada isteri, senang sikit tolong kau urus.”
“Betul. Tak adalah aku kena leter oleh mak nenek sorang ni.” Tambah Adit yang sempat mengusik adiknya.
“Memang kena kahwin cepat. Tapi bukan dengan Kak Nawal.”
Hazrin dan Adit tergelak serentak. Memang Nayla dari dulu lagi tak suka dengan Nawal. Sebab dia seksi. Gosip sana sini mengalahkan artis. Dan mereka berdua memang tahu akan hal itu.
So, adik nak abang kahwin dengan perempuan macam mana?”
“Baik. Rajin. Lemah lembut. Tutup aurat. Apa-apalah. Yang penting bertentangan dengan personaliti Kak Nawal. Hah, macam tu. Perempuan tu!”
Dada Adit mula mengepam kuat. Dia memegang dadanya. Tiba-tiba sakit. Pada masa yang sama, dia mengalihkan pandangannya ke arah pintu gerbang masuk. Arah yang ditunjuk oleh Nayla sebentar tadi.
Tiara!
Gadis itu yang muncul di sebalik pintu gerbang itu.
Abang, are you okay?” Nayla yang menyedari perubahan Adit segera menyoal. Abangnya sudah mula memegang bahagian dadanya.
I’m fine. Jangan nak cari pasal dengan Abang Ren. Tu awek dialah.”
Melihat muka cuak Hazrin bila Nayla mengusik gadis yang baru muncul itu, dia rasa serba salah. Mesti Hazrin terasa dengan usikan adiknya.
“La… ya ker? sorry Abang Ren. Nayla tak tau. So, yang tu lah Kak Ara? Tiara Az-Zahsy?”
Hazrin tersenyum. Bangga apabila ada orang yang memuji kecantikan Tiara. Dia tahu Nayla tidak pernah bertemu dengan Tiara. So, bukan salah gadis itu untuk mengusik abangnya.
It’s okay. Dia cantikkan?” selamba sahaja riak wajah Hazrin. Tampak bahagia pandangannya yang fokus pada kemunculan Tiara di dalam dewan itu.
“Serius cantik.” Tali leher abangnya dilepaskan. Mata Nayla terus fokus melihat Tiara yang baru masuk ke ruang dewan. Memang cantik. Sangat cantik.
Adit memandang Tiara yang berbaju abaya hitam dan bertudung biru. Gadis itu nampak segan dan sedikit terkejut dengan persekitaran sekarang. Dia sudah agak keadaan ini berlaku. Pasti dia terkejut dan kurang selesa dengan semua ini.
“Abang nak duduk. Please, bagi abang air.”
Nayla memandang abangnya semula. Muka abangnya mula pucat semula. Dadanya ditekan.
“Abang sakit lagi ke?” segera Nayla menyoal. Risau.
Adit mengatur langkahnya menuju ke meja yang dikhaskan untuk keluarganya tanpa menjawab soalan Nayla. Di situ, Ayahanda, Bonda, kakak, abang ipar dan anak saudaranya sudah siap duduk di tempat masing-masing.
Tidak sampai seminit, Puan Sri Zarina muncul di situ. Siap bersalam dan berpeluk-pelukan dengan Bonda, kakak dan adik Adit. Bertegur sapa seakan-akan baru pulak bertemu setelah sekian lama. Perempuan ni pelik. Always pelik bagi Adit. Padahal baru saja bertemu tiga hari lalu.
Are you okay, Adit?” tegur Puan Sri Zarina kepada Adit yang masih duduk.
I’m fine. Thank you. Still rasa penat sikit.” Jujur dia menjawab. Baru habis demam, memang akan rasa badan jadi penat. Padahal hampir lima hari jugak dia terlantar atas katil. Macam tak cukup rehat pulak keadaannya.
Are you sure yang awak okey?” Tiara menyoal bila semua orang mula sibuk bersembang. Sebab segan mahu bertegur sapa dengan Adit depan semua orang, masa inilah dia kena manfaatkan untuk bertanya khabar lelaki itu. Dia nampak masih pucat.
“Ya. I’m fine. First day keluar rumah after lima hari berkurung atas katil. Letih sikit.”
“Hai, Kak Ara!”
Tiara memandang gadis yang datang menyapanya secara tiba-tiba. Semasa masuk dewan tadi, dia perasan gadis itu mesra dengan Adit. Siap tolong betulkan tali leher lelaki itu. Siap tolong pegang-pegang tangan Adit sambil berjalan ke meja. Siapa dia?
“Adik saya. The one and only. Jaga-jaga sikit. Dia ni nakal. Jangan ingat dia dah umur 18 tahun, dia matang. Perangai dia macam budak lapan tahun je.”
Whatever!” Nayla mencebik. Buang muka dan tidak mahu melayan abangnya. Memang mereka berdua kalau dah berjumpa macam anjing dengan kucing. Saling bercakaran. Dia segera memeluk Tiara dengan penuh rasa excited.

Related image


Hazrin yang duduk di meja sebelah nampak senyap. Puas dia memujuk hatinya sendiri untuk bersabar melihat keakraban yang mula dibina oleh Tiara bersama setiap ahli keluarga Adit. Adit menerima organ arwah. Hanya disebabkan itu mereka jadi akrab sebegitu. Sabar Ren. Kau tak perlu cemburu sebab hal sebegitu.
Tangannya menggenggam kuat. Hatinya agak panas.


****************************************************************

PUAN SRI ZARINA. Wanita berjaya itu memang popular dalam kalangan dunia fasyen. Malaysia. Indonesia. Brunei. Az-Zahsy, jenama yang dibawa oleh beliau memang menjadi pilihan. Orangnya agak tegas dengan segala rutin kerjanya. Agak berdisiplin dengan semua komitmennya. Tidak hairanlah bila empayar fesyen Az-Zahsy boleh dipandang hebat oleh penggemar-penggemar fesyen. Dengar sahaja beliau berucap, semua orang boleh mengagak bahawa dia menang sangat profesional dalam kerjayanya.
Bunyi tepukan gemuruh mula memenuhi ruang legar Dewan Az-Zahsy. Semua mata agak fokus pada Puan Sri Zarina yang sedang berdiri memberikan ucapan.
And finally, bolehlah saya fokus seratus peratus dengan dunia fesyen saya lepas ni. Saya, dengan ini amat besar hati menyerahkan galeri Az-Zahsy milik arwah suami saya kepada satu-satunya princess kesayangan kami, Tiara Az-Zahsy.”
Tiara kecut perut. Bunyi tepukan agak jelas di pendengarannya. Dia curi pandang kiri dan kanan. Semua orang sedang memerhatikan dia. Akhirnya dia jelas dengan motif majlis besar gilang-gemilang malam ini. Hakikat yang dia perlu sedar. Dia memikul tanggungjawab yang sangat besar sebagai pemegang amanah terbesar arwah Abahnya. Galeri lukisan Az-Zahsy bukan lagi tanggungjawab Mamanya.
Tiara menarik nafas. Kemudian mengukir senyuman semanis yang mungkin. Dia berdiri dan bersiap sedia untuk mengatur langkah. Sempat lagi dia memandang Adit yang duduk di meja yang sama.  Mulut lelaki itu mengeluarkan perkataan ‘tahniah’ tanpa sebarang suara diselangi dengan senyuman yang indah.
“Perkenalkan, inilah puteri kesayangan saya dan arwah. Tiara Az-Zahsy yang mana malam ini akan bertunang dengan Pengiran Aditya Naufal Dary Pengiran Abdul Nadeem.”
Langkah Tiara yang baru diatur terus berhenti. Dia terkejut. Pengumuman apakah? Aku salah dengar ke? Dia segera berpaling ke arah Adit semula. Lelaki itu mengerutkan keningnya. Cuba memandang pada Bonda dan Ayahandanya. Juga mahukan kepastian.
What? Apa semua ni?” Hazrin bernada kesal. Terkejut tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa di saat ini.
Dewan sudah kembali meriah dan nampaknya lebih meriah dari sebelumnya. Semakin ramai wartawan mengambil gambar dan fokus kepada Adit dan Tiara. Bukan sahaja Tiara menjadi isu hangat malam ini, malah Adit yang sememangnya personaliti yang agak popular dalam kalangan public figure juga bakal menjadi mencetuskan fenomena gosip beberapa saat lagi.
Bertunang?
Kami akan bertunang?
Adit dan Tiara berpandangan lagi. Kemudian mereka memandang Hazrin serentak dengan wajah bersalah. Mereka mati akal. Sama-sama tidak tahu mahu berbuat apa. Mahu tidak mahu, mereka perlu mengatur langkah naik ke pentas berdiri bersama Puan Sri Zarina.
Sesi menyarungkan cincin berlangsung selepas itu. Hajah Dalila menyarungkan cincin bagi pihak lelaki. Automatik juga sesi bergambar dibuat. Memandangkan majlis kali ini agak formal, Tiara dan Adit menurut segalanya walaupun hati mereka masih bingung dengan apa yang berlaku. Mereka tidak boleh bertindak di luar kawalan sekarang. Tiara tidak boleh lari lagi. Maruah Mamanya akan tercalar. Adit juga sama. Nama baik Ayahanda dan Bondanya akan terjejas jika dia bertindak memberontak.
Siapa yang rancang semua ini? Kenapa perlu sampai ke tahap ini?


***************************************************************

“DO you know about this?”
Tiara yang berjaya lari daripada pihak media terserempak pula dengan Adit di luar dewan. Rupanya lelaki itu lebih tangkas meloloskan diri daripada benda-benda pelik yang mengejar popularity dunia itu. Terlalu ramai wartawan yang mahu mengajukan soalan. Terlalu ramai tetamu yang mengucapkan tahniah.
Adit berpaling ke belakang. Memandang pada Tiara yang baru sahaja datang menyoal secara mengejut.
“Sumpah saya tak tahu apa-apa.”
“Majlis besar ini? Takkan awak tak tahu apa-apa?”
“Sumpah. Bonda yang adjust semua. Bonda suruh saya pakai baju ini. Datang kat sini. Saya sampai kat sini baru perasan yang majlis ‘makan-makan’ yang Mama awak cakap tempoh hari rupanya majlis besar seperti ini. Sumpah.”
Tiara senyap. Keningnya berkedut semula. Situasi yang sama menimpa dia malam ini. Mama dia aturkan semua benda. Pakaian dia. Mati-mati dia ingat majlis itu akan dibuat di rumah mereka. Namun, bila Mama dia arahkan naik kereta, dia mula rasa tidak sedap hati. Sampai sahaja di dewan Az-Zahsy, memang dia agak terkejut bila majlis besar-besaran sedang berlangsung.
“Ya-Allah, apa yang sedang berlaku?” Tiara menangkup kedua-dua tapak tangannya ke muka. Terkenang pada wartawan yang memenuhi ruang dan pantas mengambil peluang, dia memang akan checkmate malam ini.
“Saya rasa Bonda dan Mama saya bincang pasal benda ni tiga hari lepas kat rumah saya hari tu. Do you remember that?”
Tiara memandang wajah Adit yang juga mula serabut. Serentak itu dia mula terkenangkan kejadian dia datang melawat Adit. Yes, masa itu mereka adakan perbincangan. Patutlah mereka nampak bahagia semacam. Pandang mereka berdua dengan pandangan aneh.
“Apa yang perlu kita buat?” soal Tiara.
“Apa yang perlu saya jelaskan dengan Hazrin?” persoalan penting terkeluar daripada mulut Adit. Mereka mula terkenangkan Hazrin yang meninggalkan majlis secara tiba-tiba saat mereka sibuk ditemu ramah oleh pihak media sebentar tadi. Lelaki itu nampak agak marah.
Tiara memandang jari manisnya. Cincin yang sudah tersarung dengan kemas dipandang.
“Ya-Allah, Nawal…” Tiara memandang Adit. Mahu mencari jalan penyelesaian namun kedua-duanya buntu. Otak masih pejal dan masih belum lut dengan apa yang telah berlaku.

*********************************************************************************

Finally, sebab student request tuk update bab 7, baru teringat upload. Hahahaha... enjoy readers!

L0ve,

Salawati binti Latip

Read more on : My Writing


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^