Tuesday, 13 November 2018

Pangiran - Bab 8


Bab 8

What?!”
Celik mata Nawal tatkala mendengar berita dari hujung talian. Dia yang bermalas-malasan untuk bangun awal hari ini nampaknya terus segar daripada dunia mimpi indah ditambah lagi cuaca musim sejuk yang melanda Jepun sekarang terus bangkit dari pembaringan tidurnya. Punya best mimpinya beberapa saat tadi. Siap dapat bunga daripada Adit. Candle light dinner penuh romantik di sebuah hotel mewah.
Mimpi indah!
Namun, berita yang baru diterima bertukar menjadikan mimpi itu bertukar ngeri!
I try called you dari semalam tapi you tak sambut phone. So, you patut on your phone right now. Viral kot tarikh perkahwinan PG kat media sosial. Terang dan jelas muka dia dan perempuan tu.” Shasha, PA yang sudah dilantik oleh Nawal sejak dia bergelar model mula menjelaskan apa yang sedang hangat berlaku.
“Siapa perempuan tu?”
“Emmm… better you tengok sendiri.”
Nawal geram. Panggilan daripada Shasha terus ditamatkan. Laju jarinya menyentuh skrin telefon. Mencari apa yang sudah diperkatakan. Dia perlu mencari kesahihan kata-kata Shasha. Kot-kot lah dia cuba buat prank awal-awal lagi begini.

‘PG memilih pewaris Az-Zahsy sebagai suri hatinya’.
‘Akhirnya terjawab siapa puteri idaman Pengiran Aditya Naufal Dary’.
‘Gadis-gadis se-Malaysia, sila meroyan kerana Mr. Pengiran sudah menemui tulang rusuknya’.
‘Dua minggu, tempoh pertunangan sebelum menjadi raja sehari – PG dan Tiara Az-Zahsy’.

Tiara?
Nawal berhenti membaca tajuk-tajuk artikel mahupun berita yang sudah memenuhi wall facebook, Instagram mahupun Twiter. Hatinya terbakar. Bergetar tangannya bila melihat wajah Tiara bersama Adit dalam majlis pertunangan yang berlangsung malam semalam.
Bertunang? Bertunang dalam diam?
Adit dan Tiara?
Sejak bila mereka ‘ada’ apa-apa ni?
Kenapa Tiara dan Adit khianati aku?
“Arghhh!!!” Nawal teriak sekuat hatinya. Telefon bimbit yang berada di tangannya dibaling entah ke mana. Ruang bilik hotel mula bergema dengan suaranya.

*************************************************************

ADIT memandang wajah Nawal yang sudah berasap. Sejak gosip perkahwinannya tersebar meluas, Nawal serta merta memunculkan diri pulang ke Malaysia. Sampai sahaja dia, lokasi yang ditujui sudah tentu berdepan empat mata dengan Adit. Dia perlu mendengar penjelasan dan pengakuan.
“Patutlah you selalu bergaduh dengan I sejak dua menjak ni. Rupanya you nak kahwin.”
Nampaknya perbincangan sudah dimulakan. Awal-awal lagi Adit yang terkena.
“I tak tahu apa-apa. Noktah.”
“Isu kahwin you tak tahu? Come on lah. Kalau ya pun you nak tipu I, bagilah alasan yang lebih munasabah sikit.”
Bercakap dengan Nawal memang akan menemui masalah. Masalah kecil akan berbangkit. Besar dan semakin rumit.
“Sanggup you buat I macam ni. Kalau ya pun you marah I sebab I pergi Jepun time you sakit, kenapa you perlu sakitkan hati I sampai bertunang dan nak kahwin dengan Ara? Ara. Tiara. Kawan baik I. ‘Kembar’ I. She’s everything for me. Kenapa sampai you dan Ara khiati I? sanggup korang buat I macam ni!”
Adit memandang wajah Nawal yang sudah basah dengan air mata. Dia marah sehinggakan nampak dengan jelas bibirnya bergetar sambil mengatur kata-kata.
“Sumpah. Tiara and I memang tak tahu apa-apa. Ni amanah arwah Uncle Thalib. Sebelum dia meninggal, dia dah amanahkan untuk kahwinkan kami berdua. And seriously, kami tak tahu apa-apa pasal amanah tu. Sampailah malam tadi.” Perjelas Adit. Biar Nawal tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Nonsense! Takkan you tak boleh cakap pada your mum yang kita akan berkahwin? And takkanlah your mum tak tahu yang kita sememangnya dah lama berkawan dan bercinta?”
Perangai degil dan keras Nawal memang sudah menjadi lumrah pada Adit. Nawal lebih bersikap perlu dapatkan apa yang diinginkannya. Dan dia takkan pernah mengalah termasuklah guna cara apa sekalipun.
“Kalaulah I tahu yang my mum and Mama Tiara berbincang pasal ni tiga hari lepas, for sure I dan Tiara akan cari jalan untuk elak semua ni berlaku. Sumpah. I ingat Tiara dan Mama dia datang melawat I macam biasa. Tinggalkan I dan Tiara kat bilik untuk sembang kosong dan…”
What? Tiara masuk bilik you?” perkara yang menarik perhatian Nawal segera menjadi persoalan penting.
Okey. Masalah baru muncul!
“Bilik you? Bukan tempat tu private ke? I sendiri tak pernah masuk bilik you. And your mum told me yang tingkat atas rumah you hanya untuk family only. Even Hazrin and I sendiri tak pernah jejak kaki ke atas tu. But Tiara…” Nawal bernada kesal di hujung ayatnya. Terkejut tapi tidak pernah menyangka ianya semudah itu untuk Tiara.
“I tak tahu…”
“Okay. I penat. So penat. I tak larat dengar semua dari mulut you. Hanya perkataan ‘I tak tahu’ yang you boleh jawab kat I. Just stop here. Apa-apapun, selamat bertunang dan selamat pengantin baru in advance. Dua minggu lagi bukan tempoh yang lama. I’m sorry but I takkan datang wedding you. Anyway, congratulation.”
Adit memandang Nawal yang sudah mengatur langkah pergi dari situ tanpa sebarang penjelasan yang boleh memberi sedikit penyelesaian.
Apa yang perlu aku buat? Penyelesaian apakah yang perlu asalkan aku dan Tiara tidak dipersalahkan? Adit mengeluh sendiri. Buntu. Bingung.

**************************************************************

HAZRIN memandang Tiara yang duduk termenung di buaian. Dia mengatur langkah. Angin sepoi-sepoi bahasa di petang hari memang cukup mendamaikan. Laman rumah Tiara yang luas memang memberi suasana yang agak tenang.
Tiara. Gadis itu pasti akan duduk di situ untuk mencari ketenangan. Sejak dia kecil lagi dia memang suka begitu.
“Hai.”
Tiara terperanjat. Memandang ke belakang. Kehadiran Hazrin di situ agak memeranjatkan. Tidak diduga.
“Hai. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam,” Hazrin senyum sampai menjawab salam.
“Boleh Abang Ren duduk?”
Tiara senyap. Tidak berkata iya. Tidak juga berkata tidak. Tapi dia dilihat beranjak duduk sedikit ke kiri. Memberi ruang kepada Hazrin untuk duduk bersama di buaian.
Hening. Masing-masing senyap.
Hazrin memandang wajah Tiara. Wajah yang memberikannya senyuman sejak dahulu lagi. Manis. Lembut. Dan memberi kebahagiaan.
I’m sorry.”
Hazrin menelan air liurnya. Cuba untuk bersifat tenang dan mengawal perasaannya. Tiara memohon maaf lembut secara tidak diduga.
“Abang Ren ingat Mama Zarina bergurau pasal benda ni. Family kita selalu cakap yang kita ni macam adik-beradik. Tak boleh nak kahwin. Kenapa semua orang tak faham apa yang kita rasa? Abang Ren sayangkan Ara lebih dari segalanya. Takkan semua orang tak boleh nak tengok?”
Tiara memejamkan matanya seketika. Memang sejak mereka kecil lagi, Hazrin memang sudah ada perasaan untuk menyukainya. Semua orang boleh nampak dengan jelas perasaan Hazrin. Namun semua orang tak pernah nak faham perasaan itu.
“Dah lama Abang Ren tahu pasal amanah tu tapi Abang Ren ingat itu hanya amanah yang boleh kita ubah mengikut pendirian hati dan perasaan kita. Tak akan ada sebarang paksaan untuk tunaikan amanah tu. Tapi…” memang Hazrin sudah lama jelas dengan amanah arwah Abah Tiara untuk menyatukan Tiara dengan penerima hatinya. Namun, dia tidak pernah ambil pusing sebab dia tahu, perkahwinan bukan satu benda yang boleh dipaksa. Perasaan Tiara memang jelas. Dia dan Adit tidak pernah ada perasaan yang istimewa. Agak mustahil untuk mereka mengiyakan amanah itu dengan begitu mudah.
I’m sorry…” masih lagi perkataan maaf yang terkeluar daripada mulut Tiara. Dia sendiri masih terkejut dengan apa yang sedang berlaku.
“Apa yang Abang Ren perlu buat?” Hazrin kalau boleh dia mahu membatalkan majlis perkahwinan Tiara dan Adit yang akan berlangsung dua minggu lagi.
Nothing. Kita berdua memang tak boleh kahwin. Terang dan jelas jodoh Ara dengan Adit walaupun kami tak kenal antara satu sama lain. Ara sendiri tak tahu kenapa semua ni terjadi. Tapi, apa yang perlu kita tahu, Allah akan berikan sesuatu untuk kita dengan penuh hikmah. Boleh jadi benda yang kita mahukan tidak akan kita dapat. Dan boleh jadi benda yang kita tak pernah terlintas untuk memiliki, tetapi Allah bagi kat kita. Allah sudah rancang yang terbaik untuk kita. Kita kena faham dan terima semuanya dengan baik.”
Hazrin memandang Tiara. Lembut bicara gadis itu memberi banyak makna. Maknanya, aku perlu terima semua ini dengan begitu mudah.
No!
“Mungkin Ara bukan yang terbaik untuk Abang Ren.”
So cliché! Hazrin kecewa dengan ayat yang baru diungkapkan oleh Tiara.
No. Ara yang terbaik untuk Abang Ren. Tak akan ada orang lain.”
“Tapi, Ara kena kahwin dengan Adit.”
Hazrin mula rasa panas. Hatinya semakin terbakar dengan setiap perkataan yang terkeluar dari mulut Tiara. Hakikat yang perlu dia terima kini sangat berat untuknya. Melihat cincin di jari manis Tiara, dugaan itu dirasakan semakin sukar.
“Tapi sempat lagi untuk Ara tukar keputusan. Abang Ren akan tolong and explain kepada semua orang terutama Mama Zarina.”
No. Kita tak boleh kahwin. And one more thing, amanah Arwah Abah adalah tanggungjawab Ara. Ara sanggup balik ke sini semula sebab sayangnya Mama pada Ara. Ara tak nak menyesal lagi dengan menolak amanah dan akhirnya benda itu boleh menyakitkan Mama. I’m sorry. Really sorry.”
Hazrin kalah. Apa lagi yang perlu dia katakan? Antara amanah dan kasih sayang dia, Tiara lebih memilih amanah.

************************************************************
Enjoy guys. Abaikan typo sy :)

LOvE,

Salawati Latip a.k.a kiT cOkiez

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^