Thursday, 26 December 2019

Pangiran - Bab 9


BAB 9

Adit mengatur langkah perlahan. Matanya memandang Tiara yang sedang bermain dengan pensel di tangannya. Leka gadis kecil molek itu menghasilkan sebuah lukisan sehinggakan dia yang mengetuk pintu beberapa kali tidak didengari.
Adit mula fokus. Pandangan itu cukup indah. Memerhati Tiara seperti itu membuatkan bibirnya ingin tersenyum. Sebelum ini dia pernah jadi stalker untuk cari siapa gadis misteri itu. Dia memerhati dari jauh Tiara melukis di bangunan Fakulti Art Az-Zahsy di universiti. Sekarang, pandangan yang sama cuma mereka berada dalam galeri Az-Zahsy. Tempatnya sahaja yang berbeza.
Gadis misteri yang aku stalker dulu bakal menjadi isteri aku. Empat hari dari sekarang.
“Assalamualaikum.” Ucap Adit.
Tiara menoleh ke kanan. Baru perasan kelibat Adit ada di situ.
“Waalaikumsalam. Eh, awak dah lama sampai?”
“Baru je. Tadi saya ketuk pintu tapi awak tak dengar. Kat luar jumpa dengan Uncle Azman. Dia suruh saya cari awak kat sini.” Terang Adit. Dia kenal dengan Uncle Azman yang disebutnya sebentar tadi. Orang kanan arwah Tan Sri Az-Zahsy dalam menguruskan galeri. Sekarang, dia pula menjadi orang kanan Tiara.
“Duduklah.” Pelawa Tiara. Matanya fokus pada wajah Adit.
Thanks. Saya ada bawa makanan. Bonda yang suruh saya hantarkan kat awak.”
Tiara menyambut makanan yang dinyatakan oleh Adit. Matanya masih fokus pada Adit yang baru melabuhkan punggung di kerusi.
“Are you okay?”
Adit menelan air liurnya. Hakikatnya dia menahan sakit pada dadanya. Apasal bila nampak Tiara aku terus jadi macam ni?
“Yeah. I’m fine. Don’t worry.”
Tiara mengerutkan keningnya.
“Uncle Azman!!!” dia tiba-tiba berteriak.
“Ya Cik Tiara.” Laju sahaja Uncle Azman muncul di muka pintu.
“Tolong suruh Erin atau mana-mana pekerja untuk ambilkan saya air mineral dan jus. Cepat tau!”
Uncle Azman mengangguk laju selepas menerima arahan. Suara Tiara laju. Cemas. Laju sahaja lelaki akhir 40-an itu keluar melaksanakan arahan.
“Mana ubat awak? Awak ada bawa tak?” Tiara menyoal Adit.
I’m fine.”
No. Muka awak pucat ni.” Tiara dah mula masak dengan perangai Adit yang takut pada ubat. Dengan aku, memang takkan terlepas untuk makan benda tu. Biar sampai aku memaksa dia. Asalkan dia menelannya.
“But…”
“Mana awak letak ubat awak?” tidak habis lagi Adit bercakap, sudah laju Tiara memotongnya.
Adit memasukkan tangannya dalam kocek seluar. Ubatnya dikeluarkan. Serentak itu, Uncle Azman datang bersama Erin yang membawa air mineral dan jus oren.
“Letak kat situ. Thank you. Uncle Azman dan Erin boleh keluar.”
Adit memerhati sahaja dari tadi. Tiara kalut. Pekerjanya pula ikut sahaja arahannya.
“Makan ubat ni. Lepas tu, minum air mineral. Kalau rasa ubat tu kuat sangat, minum jus oren ni.”
Adit hanya diam. Masih fokus memandang wajah Tiara.
“Awak tak nak makan?”
Lamunan Adit terhenti. Pil yang dihulurkan oleh Tiara disambut dan terus ditelan. Laju sahaja dia meneguk jus oren supaya rasa ubat itu tidak menyeksa kerongkongnya.
“Rasa okey sikit tak?” suara Tiara masih risau.
“Ya. Jangan risau. Saya dari Akademi Tae Kwan Do tadi. Buat latihan sikit dengan budak-budak baru. Sebab tu letih sikit.”
Tiara menarik nafas lega. Melihat wajah Adit yang diselit dengan senyuman, dia yakin lelaki itu sudah okey dari sebelumnya.
Hening seketika. Mereka berpandangan antara satu sama lain.
“Emmm… Nawal macam mana?” Tiara segera mencari topik perbualan agar mereka tidak kelihatan terus kekok.
“Macam tu lah. Dia marah lagi. Saya dengar malam semalam dia pergi Thailand. Dia merajuk lagilah jawabnya. So, Hazrin?”
Tiara mengerutkan dahinya tatkala mendengar ada soalan di hujung ayat Adit.
“Abang Ren pun sama. Saya tak tau dia kat mana. Maybe busy kat hospital.” Tiara ada mendengar yang Hazrin sudah mula bertugas di hospital ayahnya sejak seminggu lalu.
“Awak dengan Ren bergaduh ke? Saya nampak macam…” Adit tidak tahu apa yang mahu dikatakan tentang mereka berdua. Sejak mula bertemu Tiara, Hazrin dan gadis itu seakan-akan orang asing yang baru kenal. Kadang-kadang sahaja bercakap tetapi mereka lagi cenderung berdiam.
“Tentu awak sakit sebab Nawal kan?” Tiara mengalihkan topik yang dirasakan agak susah untuk dijawabnya.
Adit terdiam. Aku sakit kerana Nawal? Topik baru Tiara menarik fikirannya.
“Mesti awak fikir banyak sangat pasal dia. Sebab tu awak macam ni.”
Adit memandang wajah Tiara. Memang saya berfikir tentang Nawal tapi takkan sama bila merasakan aura awak Tiara. Apa yang awak buat sampai saya sakit macam ni? Desis Adit sambil matanya merenung wajah Tiara. Ya-Allah, kuat sangatkah aura arwah sampai melekat perasaan begini?
Perasaan? Perasaan apa?
“Tiara, saya ada satu soalan nak tanya. Boleh?”
Tiara memandang tepat pada wajah Adit. Serius sahaja muka lelaki itu.
“Tanyalah.”
“Awak ikhlas ke kahwin dengan saya?” dalam hal seperti ini, dia perlu mendapatkan kepastian. Hal kahwin antara mereka berdua bukan mainan. Ianya benar-benar dirancang dan mereka perlu laksanakannya.
“Hah?” Tiara terperanjat dengan soalan Adit.
“Saya tahu antara kita berdua masih terkejut dengan apa yang telah dirancangkan untuk kita. Sepatutnya saya tak tanya soal ikhlas mahupun tidak sebab kita berdua memang kena harungi benda ini tak kira apa jua. Tapi…”
“Saya ikhlas.”
Adit kehilangan kata tatkala Tiara menjawab dengan tiba-tiba.
“Awak? awak ikhlas tak kahwin dengan saya?” Tiara memulangkan semula soalan kepada Adit.
Adit diam.
“Saya tahu awak sayangkan Nawal. Saya juga sayangkan dia. Kalau boleh kita cari jalan untuk tidak meneruskan benda ini, memang saya akan cari. Dan kalau boleh saya kembalikan Nawal ke pangkuan awak, saya memang nak sangat lakukannya. Tapi saya buntu. Saya tidak tahu bagaimana caranya.”
Adit diam. Tiara ikhlas namun jauh di sudut hatinya pasti dia rasa bersalah pada Nawal. Awak, kalaulah awak tahu yang saya juga ada rasa bersalah pada Hazrin. Saya juga ingin kembalikan awak kepada dia semula.
“Saya ikhlas. Saya memang fikirkan Nawal. Hazrin pun sama. Tapi saya tahu yang Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk setiap umat-Nya. Apa-apapun, mungkin takdir kita ada hikmah di sebaliknya. Kalau bukan untuk kita, mungkin untuk orang lain.”
Tiara senyap. Menganalisis semua ayat Adit.
Ara, kau pernah berdoa sebelum ini. Apa jua takdir yang kau alami setelah kembalinya ke pangkuan Mama, kau akan turuti demi Mama dan arwah Abah. Kata-kata Adit itu ada benarnya. Mungkin memang takdir kau dengan Adit sudah tertulis. Mungkin hikmah lepas ini adalah yang baik untuk sesiapa sahaja atas kehendak-Nya.
“Bonda masak ke ni?” segera mengubah topik. Bekal makanan yang dibawa oleh Adit sebentar tadi ditunjuk.
Bonda? Tiara dah memanggil dengan Bondanya dengan gelaran itu. Dia tersenyum.
“Ya. Bonda called Mama tadi bincang pasal baju nikah kita. Then, sebelum kita pergi fitting, Mama ada cakap yang awak tak makan lagi. Kebetulan Bonda masak tadi. So, saya bawalah sekali makanan.”
Tiara memandang Adit. Tersenyum. Dia panggil Mama aku dengan panggilan ‘Mama’.
“Apasal nasi ada dua bekas?” soal Tiara sambil meletakkan lauk-pauk di atas meja. “Awak tak makan lagi?”
Adit tersenyum sambil menggeleng.
“La… tadi saya dah suruh makan ubat. Rupanya awak…”
It’s okay. Ubat saya boleh ditelan walaupun dengan perut kosong.”
“Oh, nasib baik. So, come. Kita makan sama-sama.”
Adit menuju ke kerusi berhadapan dengan Tiara. Sibuk gadis itu menyusun lauk dan air sebelum dia duduk.
“Lepas kita fitting baju, nak kena buat apa lagi?”
“Saya ingat nak bawa awak tengok Akademi Tak Kwan Do saya. Tu pun kalau awak tak keberatan.”
Seriuosly?” muka Tiara nampak teruja.
“Ya. Boleh?” Adit agak terperanjat dengan keterujaan Tiara. Agak lama juga dia berfikir untuk membawa Tiara ke sana. Takut Tiara tidak suka. Tapi jawapan Tiara nampaknya agak bertentangan dari apa yang dia sangkakan.
Tiara dan Nawal. Kawan baik tapi mereka agak berbeza. Kalau Nawal, dia memang tidak berminat dengan benda-benda tu semua.
“Tapi… bukan tadi awak cakap yang awak dari sana ke?” berkerut kening dan dahi Tiara.
“Tadi saya latihan. Pergi dengan awak nanti just nak tunjuk apa yang ada kat sana. Kot-kot la awak berminat nak belajar tae kwan do.” Ada senyuman di hujung kata Adit.
Part yang tu memang nak try. Tapi… nanti-nanti je lah.” Tersengih Tiara.
“Saya boleh tolong awak nanti-nanti tu.”
Tiara tersenyum.
“Tapi… saya tak selesa kalau semua pengawal ikut dengan kita.”
Adit memandang Tiara. Dia tahu Tiara tidak suka dengan gaya hidup seperti itu. Sudah terang dan nyata yang Adit akan diiringi pengawal peribadi dan pemandu sepanjang masa. Hidupnya memang begitu sejak dia kecil.
“Saya tahu. Sebab itu hari ini saya nak awak dan saya ‘seludup’ jalan lain untuk loloskan diri. Jangan risau. Saya dah sediakan kereta lain. Nanti kita lari selepas fitting baju.”
Seriously?” Tiara semakin teruja.
“Saya agak pakar dalam hal-hal macam ni. Jangan risau.” Adit mengenyitkan matanya.

COME. Kita ikut jalan ni.” Nada suara Adit berbisik.
Tiara memandang Adit dengan muka tidak yakin.
Trust me.”
Tiara diam. Adit kelihatan mengambil baju pengantin yang dipegang oleh Tiara. Tiara hanya diam memerhati. Lelaki itu meletakkan baju pengatin itu di atas kerusi dan kemudian terus mengatur langkah berhati-hati. Tiara terpaksa mengikutnya. Berjalan perlahan-lahan. Langkah demi langkah.
Jalan yang digunakan untuk meloloskan diri adalah jalan menuju ke tandas tapi menyelinap masuk ke belakang. Sementara pereka busana pengantin mereka sibuk mencarikan baju Adit, mereka mengambil kesempatan itu untuk meloloskan diri. Tiara yang baru sahaja siap fitting baju terpaksa bergegas.
“Sikit lagi nak jumpa pintu keluar.”
Tiara mengangkat tangannya. Teragak-agak tapi akhirnya dia mencapai hujung belakang T-shirt Adit. Dia tidak mahu ketinggalan. Dia rasa takut. Rasa suspen. Dia pernah ‘lari’ satu ketika dulu. Tapi dia tidak mencuba dengan cara meloloskan diri seperti ini.
Adit terkesan dengan tindakan Tiara. Dia yang berjalan di hadapan mula tersenyum. First time loloskan diri dengan perasaan sebegitu. Macam-macam dia rasa. Ingin melindungi. Ingin berjaya. Dan ingin cepat. Bersama Tiara.
“Cepat!” Adit membuka pintu dan mengarahkan Tiara keluar terlebih dahulu. Mereka kemudiannya berlari ke arah kereta yang sudah siap diparking di luar seperti mana perancangan awalnya.
Tiara menarik nafas lega tatkala Adit sudah menghidupkan enjin dan kereta mula bergerak. Lega kerana berjaya lolos dengan jayanya. Lega juga sebab tidak lagi dibuntuti oleh pengawal peribadi Adit. Sepanjang hari ini mereka diawasi. Pelik betul rasanya. Terlalu terikat dan bosan.
“Awak sangat hebat.” Puji Tiara.
“Saya dah biasa buat benda macam ni. Sejak kecil lagi.”
“Patutlah nampak sangat profesional.” Gurau Tiara.
Well… saya pun reti bosan hidup kena kawal 24 jam. Saya pun nak ada hidup bebas sekali sekala.”
Tiara mengangguk. Rasa ingin tergelak dengan drama yang dia alami sekarang. Lucu. Lolos dengan cara sebegitu pun boleh. Aksi macam kanak-kanak tapi agak profesional.
“Tapi, saya rasa confirm diorang boleh agak kita ‘lari’ ke mana lepas ni. Senanglah diorang nak cari kita,” agak Tiara.
“Tak kot. Sebab saya dah pergi akademi pagi tadi. Biasanya saya takkan datang ke sana untuk kali kedua pada hari yang sama. So, saya yakin diorang takkan cari saya kat sana.” Yakin sahaja Adit menjawab.
Tiara senyap. Melihat Adit yang agak yakin, dia pasti rancangan mereka kali ini tidak akan kantoi. Adit kata dia pakar dalam hal begini. Mungkin dia punya plan yang lebih baik dan rapi. So, tiada apa yang perlu dirisaukan.
Tidak sampai 20 minit Adit memandu, kereta akhirnya masuk ke ruang parking. Tiara meliarkan pandangannya ke arah luar. Bangunan perseorangan yang bertanda ‘Akademi Tae Kwan Do by PG_AND’ tampak megah. Mempunyai tiga tingkat berkeluasan sama dengan sebuah bangunan pengurusan dalam universiti.
“Jom!” ajak Adit. Lelaki itu mematikan enjin dan terus keluar dari kereta. Tiara mengikut.
“Apa maksud A-N-D?” terus Tiara menyoal walaupun kakinya sudah mengatur langkah masuk  bangunan yang membuntuti langkah Adit. Dia tahu maksud PG tu adalah Pengiran. Nama komersial Adit juga.
“Nama saya.”
Nama dia? Tiara bingung. Masa yang sama mereka sudah melangkah masuk ke dalam. Matanya lagi fokus dengan semua manusia yang ada di dalam bangunan. Ramai sungguh pelajar yang datang menjalani latihan. Semua berada dalam kelompok masing-masing. Niatnya mahu bertanya soalan mula terbantut.
“Selamat petang PG.”
Tiara tersentak apabila beberapa orang datang menyapa. Siapa pulak mereka semua ni?
“Selamat petang. Edwin, tolong inform yang lain, kalau ada sesiapa datang atau call cari saya dan tunang saya, cakap kami tak ada kat sini.”
“Baik, PG.”
Tiara memandang. Sikap tegas tapi agak profesional yang berlaku di hadapannya menunjukkan satu sikap Adit yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Edwin, kemungkinan lelaki itu merupakan pekerja Adit di sini. Dua orang lagi yang masih tidak diketahui identitinya tampak serius sama seperti Edwin. Aku sedang menonton drama kat TV ke sekarang ni? Kenapa adegan ini sama seperti dalam drama? Anak raja dilayan oleh pembantu peribadinya. Babak itu sama seperti di depan matanya.
Tapi Adit keturunan Pengiran. Memang keturunan raja. Apalah kau ni Ara!
“Hari ni saya nak bawa tunang saya tengok-tengok seluruh akademi. Tak perlu iringi kami. Kamu buat latihan macam biasa.”
“Baik, PG!”
“Jom!” Adit memandang pada Tiara di sisi kirinya.
“Hah?” Tiara blur. “Oh… okey-okey.”
Tiara mengatur langkah di sebelah Adit. Matanya masih melilau memandang sekeliling. Tempat itu benar-benar menarik perhatiannya. Tempat inilah sebahagian daripada hidup Adit.
“Berapa ramai pelajar yang daftar kat sini?” soal Tiara.
“Setakat ni dalam 240 orang. Itu untuk kelas siang. Yang malam dalam 150 orang.”
“Ramainya…” Tiara agak terkejut. Akademi ini baru sahaja dibuka bulan lalu. Penyertaan agak memberangsangkan.
“Ada lagi yang sedang mendaftar. Tapi tenaga pelatih masih tak cukup. Kawan-kawan saya dari Brunei dan Indonesia tak sampai lagi. So, saya kena had kan pengambilan sehingga diorang datang.”
Tiara mengangguk faham.
“Kenapa diorang berlatih ikut kelompk-kelompok? Nak kata ikut umur, macam bercampur-campur je yang budak dengan dewasa.” Tiara menyoal sambil keningnya berkedut. Dari tadi dia bingung.
“Pelajar akan diasingkan mengikut warna tali pinggang bukan pada had umur. Yang baru nak start, guna tali pinggang putih. Kat sana tu. Yang dah pandai dan capai tali pinggang hitam, saya letak dalam kelas khas. Saya sengaja tak campurkan diorang. Boleh cari bakat baru yang boleh dicungkil untuk mana-mana pertandingan.”
Mereka berdua yang berdiri di tingkat 2 kelihatan agak fokus memerhatikan semua pelajar menjalani latihan di tingkat bawah. Adit menerangkan satu persatu dengan jelas kepada Tiara. Tangannya menunding pada pelajar yang dia ceritakan.
“Saya nak tanya sesuatu boleh?”
Adit berpaling memandang wajah Tiara semula. Mukanya serius tapi mengangguk perlahan.
“Kenapa awak buka akademi ni? Kenapa tak buka shopping mall. Kedai kereta. Or… something yang biasa orang buat?”
“Kalau saya jawab yang semua benda tu saya tak minat, awak percaya tak?”
Terbeliak mata Tiara. Tak minat? Kenapa boleh tak minat? Lelaki itu satu-satunya waris utama pelantar minyak milik ayahnya. Kalau dah tak minat, macam mana dia mahu menjadi pewaris perniagaan yang mempunyai keuntungan bermilion-milion itu?
“Saya minat atau tidak, semua tu tak berguna. Saya one and only pewaris yang nyata. Mahu tidak mahu, saya juga yang akan ambil alih business ayahanda saya. Tapi itu tak akan halang saya untuk buat sesuatu yang saya suka, kan?”
Tiara diam. Lelaki ni, macam tau-tau je apa yang aku fikirkan sekarang!
“Awak pun tahu yang saya dilahirkan dengan komplikasi pada hati. Sejak kecil lagi saya nak rasa hidup macam budak lelaki lain. Boleh berlari. Bermain. Join seni mempertahankan diri. Tapi, masa kecil saya tak boleh buat semua tu. Even nak lari pun saya tak mampu. So, bila saya dah sihat macam ni, kenapa saya tak manfaatkan je kesihatan saya dengan buat benda yang saya terlepas dulu. Lagipun saya minat Tae Kwan Do. Saya belajar dan teringin nak buat kelas untuk ajar orang lain.”
Tidak sampai setengah hari meloloskan diri bersama Adit, Tiara mula melihat dan memahami lelaki itu dari sudut yang agak berbeza dari sebelum ini. Banyak yang dia belajar hari ini. Banyak benda tersembunyi yang perlu diterokainya mengenai lelaki itu. Bakal suaminya dalam masa empat hari akan datang.
“Awak tak minat Tae Kwan Do?” Tanya Adit.
“Minat. Masa kecil dulu memang pernah minta dengan arwah Abah untuk join tae kwan do. Tapi Mama pula tak bagi. Alamatnya, saya kena join ballet la. Tarian la. Entah. Sayapun tak ingat apa benda lagi yang saya join.”
Adit ketawa mendengar jawapan Tiara.
So, sekarang nak join lagi tak tae kwan do?”
“Saya kalau minat tu memang ada. Tapi kalau nak belajar tu… tak pe la. Awak kan ada. Kita berdua akan kahwin. Secara automatik yang awak kena lindungi saya. So, ilmu tae kwan do awak tu sangat berguna bila bergelar suami nanti.” Gurau Tiara. Nak cover punya pasal, entah dia mencarut apa.
“Pandai awak menjawab ya.”
Tiara dan Adit ketawa seiringan.
“Sebenarnya, saya nak tanya awak… tapi saya segan.” Tiara teringat akan soalan yang dari tadi ingin disuarakannya.
“Apa dia. Tanya je la.”
“A-N-D…?”
Adit tergelak semula. Masih lagi soalan yang sama dari tadi. Tiara agak kelakar kali ini.
“Aditya Naufal Dary. Tu nama penuh saya. Tak nak tanya maksud ‘PG’ ke cik Tiara Al-Zahsy Thalib Al-Zahsy?”
“Mengejek oranglah tu!” Tiara geram tapi pada masa yang sama dia agak malu. Apa tidaknya, nama penuh bakal suami sendiri pun dia tak tahu. Adit pula senang saja ingat nama dia.
“Mana ada mengejek.”
“Yalah. Nama saya pendek je. Bukan macam nama awak. Pengiran Aditya Naufal Dary bin Pengiran Abdul Nadeem.”
“Okey-okey. Muka awak dah merah sangat tu. Marilah saya belanja ais krim sebelum kita bernikah.”
Tiara geram. Boleh tahan deep ayat lelaki keturunan Brunei di hadapannya ini. Sekali bercakap, memang menusuk ke otak. Dia kata muka aku merah? Mengusik aku lah tu!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^