Tuesday 18 October 2016

Pangeran - Bab 4

PANGERAN 

BAB 4

"Ara?”
Mata Tiara mula berkaca tatkala Hazrin memanggil namanya. Sayu. Dia terlalu rindu suara lelaki itu. Sudah hampir enam tahun dia tidak bersua muka dengannya. Tempoh itu jugalah yang memisahkan kasih dan sayang yang ada pada mereka.
“Abang Ren…” Tiara memanggil Hazrin dengan nama manjanya.
“Tiara?”
Tiara mengangguk mengiyakan. Hazrin kelihatan keliru seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dialaminya kini.
“Abang Ren rindukan Ara.” Terkeluar segala isi hati yang terbuku selama ini dengan hanya beberapa kata. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya perasaannya bila berpisah dengan Tiara dalam tempoh yang agak panjang.
Mahu sahaja Hazrin memeluk tubuh kecil Tiara. Namun, melihat perubahan Tiara yang kini sudah bertudung dan lengkap berpakaian sopan menutup aurat, niatnya dimatikan. Tiara yang ada di hadapannya kini bukan Tiara yang dahulu. Bukan Tiara enam tahun dahulu.
“Ara pun rindukan Abang Ren.”
Senyuman Tiara mencairkan hati Hazrin. Gadis itu yang memikatnya sejak usianya masih kecil. Anak Mak Ngah yang pernah hilang enam tahun dahulu itu merupakan cinta hati yang sudah bertakhta sejak di bangku sekolah lagi. Membesar bersama tetapi menjalinkan hubungan cinta sejak tingkatan satu.
“Ke mana Ara hilang?”
Tiara hanya diam. Senyumannya masih bermain di bibir tapi mulutnya masih tidak mampu untuk menjawab pertanyaan Hazrin.
“Nawal makin cantik sekarang.” Tiara mengalihkan topik. Pandangannya diheret ke arah Nawal yang sedang duduk bersama lelaki bernama Adit di pondok tidak jauh daripada mereka.
“Nawal tu rindukan Ara. Dulu dia selalu nangis sebab terasa kehilangan Ara.”
Tiara mula rasa bersalah. Ditahan air mata yang sudah hampir jatuh ke pipi.
But I miss you more than her.”
Tiara tunduk. Jatuh akhirnya air mata yang sudah bertakung agak berat di kelopak mata. Dia mengatur langkah segera menghampiri Nawal. Berlama-lama dengan Hazrin membuatkan dia ingin memeluk tubuh lelaki itu. Akan tetapi, menyedari ada batasnya antara dia dan Hazrin, dia perlu beredar dari situ.
“Nawal…” Hazrin bersuara tatkala melihat Tiara diam seribu bahasa bila berhadapan dengan Nawal.
Is it you, Tiara?” Nawal yang dari tadi bingung dan terperanjat menyoal perlahan-lahan. Suaranya berubah sayu.
“Ya, Nawal Sharif. Takkan tak kenal dengan ‘twin’ sendiri.”
Nawal terperanjat. Tangan kanannya menutup mulut yang sudah ternganga. Bagai melihat bayangan yang tak pasti tapi memang inilah hakikatnya. Sejak kecil lagi dia digelar kembar kepada Tiara. Apa tidaknya, mereka ke hulu ke hilir bersama-sama. Mempunyai gaya fesyen yang hampir sama. Sebelum Tiara hilang, dia juga pernah terkenal seperti Nawal. Dia blogger berjaya. Ramai followersnya setia menunggu setiap entry yang dia terbitkan. Kisah menarik berkaitan persahabatannya bersama Hazrin dan Nawal menjadi bualan ramai. Bloggernya mula ‘bersawang’ apabila dia mula hilang sejak enam tahun lalu.
Memang sah Tiara ada di hadapannya!
I miss you…” Nawal segera menarik tubuh Ara masuk ke dalam pelukannya. Menangis. Sudah enam tahun berpisah dengan sahabatnya. Terlalu lama tempoh itu namun perasaan sayangnya terhadap Tiara semakin menebal.

*********************************************************************

MEREKA berempat duduk di pondok yang penuh kenangan sejak zaman prasekolah lagi. Asalnya, Tiara dan Nawal yang membina pondok itu. Pondok itu dijadikan tempat mereka bermain. Kadang kala enjadi tempat mereka  membuat homework sekolah. Di situlah gelak ketawa dan menangis. Semua kenangan dikongsikan bersama. Pondok itu juga melakar sejarah menjadi saksi Hazrin melamar Tiara menjadi kekasih hatinya semasa tingkatan satu.
“Kau ingat tak dulu kau selalu minta Ren dukung kau?” Nawal mula menyoal mengimbau kenangan.
Tiara tersenyum. Memang tidak disangkalkan lagi. Membesar bersama Hazrin membuatkan Tiara dengan sepupunya itu ‘melekat’ antara satu sama lain. Tiara agak manja dengan Hazrin. Setiap kali dia merajuk, Hazrin menjadi mangsanya. Perlu dukung dan pujuk dia sehingga Tiara tertidur. Tabiat itu agak pelik tetapi itulah hakikatnya.
“Sekarang Ara dah besar. Abang Ren tak larat kot nak dukung Ara lagi.” Ara bercanda. Hakikatnya, dia sudah ada perasaan malu untuk membuat tabiat itu. Dulu zaman dia masih baru mahu mengenal dunia. Tiada batas lelaki perempuan dalam pergaulan dan persahabatan walaupun dia menganggap Hazrin itu insan yang rapat dengannya kerana mereka bersepupu.
“Tapi Abang Ren setia tunggu kau kot.” Usik Nawal membuatkan muka Hazrin diserang darah merah.
“Ara kenal tak dia ni?” Hazrin bersuara mengubah topik. Tidak mahu Nawal memanjangkan lagi topik yang boleh mengundang 1001 perasaan. Adit yang duduk di sebelah kemudiannya ditunjuk.
Tiara memandang. Kepalanya menggeleng perlahan sambil otaknya mula berputar laju. Mencuba sedaya upaya untuk mengingati bayangan lelaki itu. Dia tahu nama lelaki itu Adit. Tapi siapa identitinya yang sebenar? Persoalan utama, apa kaitan dia dengan Hazrin dan Nawal?
“Dia Adit.”

Image result for suri hati mr pilot

Kening Tiara semakin berkedut. Setakat memberi jawapan yang mempunyai dua patah perkataan itu tidak berdaya otaknya mengenalpasti dan mengesan dari mana datangnya lelaki bernama Adit itu. Setakat nama, aku pun dah tau!
“Tak ingat?” Hazrin menyoal mendapatkan kepastian.

Image result for simple neelofa


“Tak.”
“Adit, kau ingat tak kat Tiara?” Hazrin kemudiannya menyoal Adit soalan yang sama.
Adit mengerutkan dahinya. Memorinya tentang gadis bernama Tiara itu kosong.
“Aku cuma tau yang dia ni budak Art.” Jujur jawapan Adit.
“Eh, macam mana kau?” Hazrin bingung. Dia sendiri tidak tahu Tiara sebenarnya pelajar kat situ. Sudah berapa lama Tiara belajar satu university dengan dia? Dan macam mana Adit tahu Tiara budak Art?
Ini agak mengejutkan!
“Aku pernah terserempak dengan dia kat galeri Al-Zahsy.” Agak kalut Adit menjawab. Nak terus terang memag tindakan gila. Dia takkan nak maklumkan Hazrin dan Nawal yang beberapa hari ini dia asyik mengejar Tiara. Ada jugaklah Nawal meroyan tujuh hari tujuh malam bila dia menjawab sedemikian.
Adit, she’s Tiara Al-Zahsy.”
Jantung Adit berdegup makin kencang. Otaknya seakan-akan berhenti berfungsi. Wajah gadis itu dipandang laju. Ini adalah jawapan yang boleh menjawab dan memberi penerangan mengapa dia sering kali ‘sakit’ apabila berada dekat dengan Tiara.
That means… dia anak arwah Uncle Thalib Al-Zahsy?”
Hazrin mengangguk.
Ara, he is Pangiran Abdul Nadeem’s son. Ingat tak? Arwah Ayah Ngah dermakan hati dia dengan seorang budak? Budak tu sebenarnya Adit.”
Tiara segera menutup mulutnya menggunakan tangan kanan. Selepas bertemu dengan Adit beberapa hari lalu, dia tidak senang duduk. Jantungnya sering berdegup-degup. Dia menyangkakan hanya perkara biasa kerana hatinya kuat menyatakan bahawa Adit akan bawa dia dengan ‘sesuatu’. Mula-mula dia mendengar nama Hazrin dari mulut lelaki itu. Rupa-rupanya bukan sahaja Hazrin yang ditemuinya, malah perkara lagi penting dari hidupnya.
 Sebahagian hati arwah Abahnya hidup dalam tubuh lelaki itu. Wasiat terakhir arwah Abahnya adalah mendermakan hatinya. Rupanya ada dengan lelaki itu!

***************************************************************

LANGKAH Tiara terhenti. Dia menelan air liurnya perlahan sambil matanya agak fokus pada Teratak Al-Zahsy yang tersergam indah di hadapan matanya. Tangan kanannya menggenggam kuat. Terasa getaran dirinya sendiri. Gemuruh. Ya, dia biarkan gemuruh menggamit dirinya.
Teratak Az-Zahsy masih sama seperti enam tahun yang lalu.
Air mata sudah mahu mengalir tapi masih mampu ditahan. Bayangan Arwah Abahnya dapat dilihat dengan jelas di ruang luar rumah. Mengejarnya mengelilingi taman. Menolak buaian yang dinaikinya. Bermesra berpelukan.
Abah… Ara rindu.
“Ara…”
Terasa lembut tangan yang menyentuh tapak tangannya. Nawal yang berdiri di sebelahnya kelihatan melontarkan senyuman.
“Aku tau kau kuat. Aku ada kat sini. Kau bukan berseorangan.” Kata-kata menguatkan semangat itu lahir daripada mulut Nawal yang senantiasa tersenyum.
Tiara mengangguk. Menyambut tangan Nawal dan kemudian mereka berjalan seiringan. Adit dan Hazrin yang berdiri di belakang mula membayangi langkah mereka berdua.
“Mama…” hampir terhenti jantungnya berdegup tatkala memandang susuk tubuh wanita yang paling dirindunya itu. Sudah enam tahun tidak bersua muka. Sudah enam tahun saat ini ditunggu-tunggunya.
Puan Sri Zarina berpaling ke belakang. Hari ini dia dihubungi oleh Hazrin dan dimaklumkan bahawa ada seseorang yang ingin menemuinya. Tidak pernah terlintas di fikirannya siapakah gerangan manusia tersebut. Melihat susuk tubuh gadis yang datang memanggilnya ‘Mama’, air matanya terus mengalir laju. Suara yang dirinduinya itu akhirnya menyeru namanya.
“Ma…”
Tangan Nawal dilepaskan daripada genggamannya. Tiara berlari mendapatkan tubuh Puan Zarina sambil air matanya laju berderaian di pipi.
Adit memerhati penuh khusyuk. Tersentuh hatinya dengan apa yang sedang berlaku di hadapan matanya. Perlahan dia memegang bahagian dadanya. Jantungnya berdegup dengan pantas. Uncle Thalib, pasti uncle bahagia bila melihat semua ini. She’s back. Tiara is back. Dia sudah bersatu kembali dengan Aunty Zarina. Family uncle nampaknya dah complete semula.

Dia tersenyum. Syukur Alhamdulillah.

*************************************************************************

Uwahhhhhh.... lamanya tak update benda ni. Anyway, enjoy reading guys!!! Semangat nak sambung manuskrip bila nampak Suri Hati Mr. Pilot. hahaha...

Image result for neelofa suri hati mr. pilot


Love,

Salawati Latip @ Kit Cokiez.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^