Thursday 30 June 2016

Pangeran - Bab 3

BAB 3

Tiara menggedah beg sambil kakinya mengatur langkah laju. Rooftop tempat dia selalu habiskan masa bersendirian dituju. Matanya melilau sambil fokus mencari sesuatu.
“Mana perginya pensil aku ni?” hatinya resah. Gelisah.
Tiara menarik nafas lalu menghembuskannya malas. Otaknya sudah serabut. Sudah dua hari dia kehilangan pensilnya. Dua hari juga dia berpusing-pusing dan naik turun Bangunan Art. Dia buntu. Pensil itu masih tidak ditemuinya. Ke mana benda itu menghilang?
“Awak cari ni?”
Tiara membeku. Suara yang menyapanya dari belakang datang terus masuk menusuk jantungnya.
“Cik Ara?”
Tiara mengerutkan dahinya. Dia panggil aku ke? Segera berpaling ke belakang.
“Awak cari ni?” Adit mengulang soalannya. Saat ini hanya tuhan sahaja yang tahu betapa jantungnya boleh mengepam begitu laju tatkala melihat wajah gadis di hadapannya. Ya, dia gadis yang sama dengan gadis yang ditemuinya beberapa hari lepas. Gadis yang menjadi tanda tanya tentang kuasa yang menyebabkan jantungnya boleh sakit mengepam laju.
Tiara kaku. Abah! Sekali pandang anak mata lelaki itu, otaknya laju mengenangkan arwah abahnya. Apa kena mengena arwah Abahnya dengan lelaki ini? Takkanlah matanya. Hidung? Wajahnya? Semua tak sama dan tidak ada kaitan!
“Awak cari ni?” Adit mengulang soalan yang sama buat kali ketiga.
Tiara segera mengalihkan pandangannya ke arah tangan kanan lelaki itu. Pensil yang dicari-carinya selama dua hari ini betul-betul ada di hadapan mata. Yes, finally. Alhamdulillah.
Tiara mengambil pensil itu dari tangan lelaki di hadapannya. Hatinya senang dan lapang semula.


“Ara tu nama awak, kan?”
Tiara tersentak. Mamat ni mesti tahu nama aku dari ukiran yang ada pada pensil ni. Huh!
“Terima kasih.” Ucap Tiara. Kakinya terus mengatur langkah pergi dari situ. Otaknya laju berputar meneliti dan mengingati wajah mamat yang datang memberikan pensilnya. Kat mana aku pernah nampak dia sebelum ni?
Oh, I got it!
PG!
Lelaki yang menimbulkan suasana gila para gadis beberapa hari lalu. Apasal pulak dia datang sini sampai pulangkan pensil aku? Pulangkan? Eh, dia yang jumpa ke? Kalau dia yang jumpa, dia jumpa kat mana? Pelik!
Adit masih kaku. Gadis itu sudah mengatur langkah pergi dan sudah hilang dari pandangan mata. Se’simple’ ini sahaja pertemuan kami? Gadis itu langsung tidak bercakap dengan aku walau satu perkataan pun. Dua hari aku tunggu saat ini, tapi akhirnya berakhir dalam masa tidak sampai lima minit!
Unbelievable. Ini satu sejarah!
Tapi kenapa muka gadis tu macam nampak familiar? Aku pernah jumpa dia ke selain beberapa hari ni? Bila tenung dekat-dekat, baru jelas nampak rupa sebenar gadis itu. Macam pernah jumpa sebelum ini. Tapi di mana?
Adit cuba memutarkan otaknya mengingat semula semua tempat yang dia pernah pergi. Brunei? Australia? London? Paris? Arghhhh! Bayangan gadis itu tiada. Aku pernah jumpa dia ke sebelum ni? Adit geram dengan daya ingatan sendiri yang agak lemah. Masa ini jugalah otak dia jadi lembab nak memproses wajah gadis kecil molek itu.
Adit memegang dadanya. Peluh mula menyerang tubuhnya. Dia mula menggigil perlahan. Aku kena cari gadis itu lagi. Dia yang buat aku ‘sakit’ macam ni! Adit mendengus.

*************************************************************************

TIARA tersenyum. Lukisan yang berada di hadapan matanya dipandang puas. Sudah tiga hari dia melukis benda itu dan akhirnya siap. Tiga hari jugalah dia memegang kembali pensil kesayangannya. Pensil pemberian arwah Abahnya sempena ulang tahunnya yang ke lima. Sudah 16 tahun lamanya. Pensil itu sebaya dengan budak yang berada di tingkatan empat!
Jam tangan dikerling. Sudah pukul lima petang. Kepalanya dipusing sambil mengalihkan pandangannya ke luar jendela. Matahari petang mula mengindahkan permandangan indah ciptaan Allah di luar sana. Dia tersenyum. Terlalu ralit menyiapkan lukisannya, dia tidak sedar hari sudah petang.
Semua peralatan melukis disimpan di dalam almari. Lukisan yang berada di painting board dibuka dan digulung diletakkan di dalam beg.
“Hai!”
Langkah Tiara kaku tatkala seorang lelaki terpacak di muka pintu bilik lukisannya.
“Hai Cik Tiara!” sapa Adit dengan senyuman.
Dahi Tiara berkedut. Mana dia tau nama aku pulak ni? Dia mahu menggaru kepalanya yang dilitupi tudung tapi hasratnya terbatal melihat senyuman manis lelaki di hadapannya.
“Jangan tanya kat mana saya tau nama awak. Kat pintu ni dah terang-terang tulis ‘Tiara’. So, nama awak Tiara lah kan? Tiara a.k.a Ara. Cik pemilik pensil yang hilang tiga hari lalu.”
Tiara memandang wajah lelaki di hadapannya. Fokus. Boleh tahan mulut lelaki ini. Banyak cakap pulak sekarang!
How special you are. Ada private room untuk melukis. So, awak budak Art lah ni kan?”
Tiara hanya senyap. Tidak berkata walau sepatah pun. Apa yang dia alami, dia rasa pelik. Ramah pulak lelaki ni.
“Saya selalu nampak awak melukis dua tiga hari ni. Saya nak datang bertegur sapa dengan awak tapi nampak macam awak fokus sangat. So, nampak awak dah habiskan lukisan hari ni, saya datanglah bertegur sapa dengan awak.”
Tiara mengerutkan dahi pula kali ini. Dia ni memang pelik. Dia intip aku ke selama ni? Dia nampak aku dari arah mana? Dia memusingkan kepala kiri dan kanan. Kemudian memandang siling. Ada CCTV ke kat sini?
“Awak selalu duduk melukis dekat tingkap. Saya kat tingkat bawah pun boleh nampak awak dengan jelas.” Adit menerangkan. Dia boleh membaca reaksi Tiara. Gadis itu sedang mencari punca kata-katanya.
“Awak, boleh tak saya nak berkawan dengan awak?”




Tiara cuak. Nak berkawan pulak!
“Nama saya Adit. Public panggil saya dengan nama PG.”
Sah! Dialah jejaka yang buat gadis-gadis menjadi riau beberapa hari lepas. Dia ni artis ke? Kenapa dia famous sangat? Tiara bingung sendiri. Dia memang tidak suka ambil pusing tentang dunia hiburan. Terutama artis. Penyanyi. Pelakon. Pelawak. Semua dia tidak mahu kenal dan tidak mahu tahu!
Sorry, I have to go.” Menyedari dia belum menunaikan solat Fardhu Asar, Tiara mula meminta diri. Dari berkenalan dengan lelaki yang tidak mendatangkan keuntungan dengannya, better dia ke masjid berdekatan. Lagi berfaedah dan berpahala.
“Awak tak sudi berkenalan dengan saya ke?” Adit patah hati. Gadis itu tidak pernah melayannya. Mahu mendengar gadis itu bersuara sangat payah. Kalaupun bersuara, dia pasti terus blah.
Tiara tidak memperdulikan lelaki di hadapannya. Dia mula mengatur langkahnya. Pada masa yang sama, dia mendengar deringan telefon lelaki yang digelar PG itu. Okey, penyelamat. Bolehlah aku blah dengan mudah.
“Yes, Hazrin Azka Halim Mahmood? Boleh tak kau call aku lain kali? Bukan sekarang!”
Tiara yang baru melepasi pintu mula mematikan langkahnya. Nama lelaki yang bari disebut oleh lelaki pelik itu tadi tertangkap masuk ke dalam corong pendengarannya.
“Okey bro. Aku jumpa kau tempat biasa. Dalam masa 15 minit aku sampai. Kau ni jiwang sangatlah. Kat pondok tu jugak kau nak jumpa aku. Lain kali tunggulah aku kat café ke. Boleh minum-minum isi perut aku yang tengah berkeroncong ni.”
Tiara masih diam. Setiap bibit kata yang keluar dari mulut lelaki pelik itu didengari dan diamati dengan baik. Nama itu, adakah dia orang yang sama? Kalau dia orangnya, apa pula kaitan dia dengan lelaki pelik tu?
Dalam kemusykilan, Tiara meneruskan langkahnya sebelum lelaki pelik itu mengekorinya.

***************************************************************

TIARA mengatur langkah cermat. Kelakuannya seakan-akan seorang perisik profesional. Setiap jejak dan langkah lelaki yang menggelar dirinya sebagai Adit a.k.a PG itu diekori dengan begitu sempurna.  Secara kebetulan keluar dari Masjid, dia terserempak dengannya. Lelaki itu berkereta Honda pula kali ini.
Adakah itu petunjuk daripada Allah untuk aku mencari jawapan yang pasti? Pasti atau tidak pasti, aku kena ikut budak pelik tu jugak untuk dapatkan jawapan.
Tiara menaiki teksi mengekori kereta Adit. Arah laluan yang diekorinya seperti pernah dia tempuhi sebelum ini. Tiara cuba mengingat namun agak sukar. Terlalu banyak perubahan yang sudah berlaku di sepanjang jalan.
Setengah jam mengekori, kereta Adit berhenti. Jantung Tiara mula tidak senang tatkala matanya melilau memandang sekeliling. Ya yakin, aku kenal tempat ini! Tapi apa kaitan Adit dengan semua ini?
“Hello bro. Sorrylah. Jalan jam sikit tadi.”
“Jalam jam ke atau kau singgah minum kat café dulu? Bukan kau kata perut kau lapar ke?”
Adit tersengih macam kerang busuk. Kalau dengan Hazrin, dia memang senang kantoi!
Tiara yang bersembunyi di sebalik sebatang pokok kelihatan terperanjat tatkala melihat muka lelaki yang bertemu dengan Adit. Nafasnya segera dikawal dek terperanjat. Ya, Allah. Memang dia!
“Awak ni siapa?”
Darah Tiara seperti ditoreh keluar daripada badannya. Suara seorang perempuan datang menyapa dari belakang. Dia mahu lari, namun tersalah pijak ranting kayu yang ada di kakinya. Dia terjatuh terduduk.
Adit dan Hazrin segera mengalihkan pandangan ke arah bunyi yang baru kedengaran. Serentak mengatur langkah perlahan menghampirinya.
“Nawal?” Adit menyoal perlahan seraya memandang muka Hazrin. Rupanya lelaki itu mengatur pertemuan ini untuk aku dengan Nawal.
“Siapa dia ni?” Nawal segera menyoal Adit dan Hazrin. Terkejut melihat kelibat seorang perempuan menghendap memerhatikan Adit dan Hazrin di sebalik pokok.
Hazrin memerhati gadis bertudung coklat di hadapan mereka. Siapa dia? Macam mana dia boleh berada di tempat ini? Tempat ini memang agak privasi untuk orang lain. Hanya Hazrin dan orang berkaitan sahaja tahu kewujudannya.

“Abang Ren…”  Tiara memanggil perlahan. Mukanya diangkat melihat wajah Hazrin.

*******************************************

Assalamualaikum... and finally, entry bab 3 publish. Yeahhh... Alhamdulillah. Please enjoy readers! Sory, still can't move on daripada DOTS... hahaha!



Lot of LOve,

Salawati Latip 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^