Nampak sekali, macam muka kawan aku. Serius persis terutamanya bila nampak cara dia berjalan. Baru aku perasan yang muka dia ni memang agak famous dalam mana-mana stesen tv bila iklan-iklan yang dibintanginya menghiasi hari-hari kita siang dan malam. Kalau diperhatikan betul-betul, dialah model iklan Nippon Point Momento, Cadbury Dairy Milk No Left Turn, KFC, Ajinomoto 'Pesanan Emak', dan paling famous dalam Fair and Lovely 'Detik Terindah Adam dan Alya'.
Friday, 13 December 2013
Friday, 25 October 2013
0ne Step Cl0ser... - Bab 2
BAB 2
Atiqa memandang Lea. Dia yang sedang memandu berasa pelik dengan sahabatnya itu. Kejap-kejap tersengih bila berbalas mesej. Liyana yang duduk di kerusi bahagian belakang turut beremosi sama dengan Atiqa. Dia juga perasan.
“Kau mesej dengan siapa?” Atiqa
menyoal.
“Zali.”
“Sampai tersengih-sengih macam
orang jatuh cinta ni. Peliklah.” Sambung Atiqa lagi.
“Kau ada apa-apa ke dengan dia?”
Liyana memajukan mukanya ke hadapan. Menyoal dengan penuh sangsi.
“Apa pulaknya. Dia kawan baik
akulah. Macam aku dengan korang. Kan dah berapa kali aku jelaskan. Selain ada
korang, my lovely cokiez, aku ada sorang lagi kawan baik di dunia ini. Muhammad
Ghazali bin Rizal a.k.a Zali.”
Menyedari muka Liyana dan Atiqa
mula berubah, Lea tidak tahu mahu mengulas apa lagi supaya mereka faham. Sudah
beratus-ratus kali dia memberitahu tapi mereka masih tidak mahu percaya. Memang
dia mempunyai enam orang sahabat dan geng mereka digelar ‘Cokiez’ sejak zaman
sekolah lagi. Berkongsi suka duka dan perjalanan hidup walaupun kini semua mula
mempunyai komitmen masing-masing. Namun, apabila bertemu dengan Zali empat
tahun lalu, dia seakan-akan bertemu dengan seorang sahabat yang terlalu
memahami dirinya.
“Kita pun pernah sepakat dulu.
Dalam berkawan, kita tidak perlu malu untuk bercerita masalah atau kisah kita
sesama kita. Kita juga kena faham masing-masing ada hal peribadi yang
kadang-kadang kita tidak mampu nak cerita sesama kita. Aku tau, masing-masing
ada benda yang kita rahsiakan sesama kita. Dan aku pun mengaku aku memang
berahsia ‘something’ dengan korang. I’m really sorry dan berharap kamu
faham. Zali dah macam diary aku.
Jangan pelik kalau aku mesej dia setiap saat menceritakan itu ini dengan dia.
Tapi aku sumpah, benda yang patut aku bagitau kat korang, memang aku kongsi.
Bukan sahaja pada Zali. Sebab aku tahu, dalam hidup aku selama 24 tahun ni, aku
cuma ada tujuh orang kawan baik. Enam daripadanya Cokiez dan sorang lagi Zali.”
Atiqa memandang Liyana melalui
cermin. Hujah Lea memang ada kebenarannya.
“Kita semua ada hak nak berkawan
dengan sapa-sapa Lea. Jangan risau. Sebenarnya kami pun nak sangat berkenalan
dengan Zali kau tu. Dah kau asyik sebut nama dia je.” Liyana bersuara.
“I’m sorry. Kalau cara aku berkawan dengan Zali mungkin sakitkan
hati korang.” Lea rasa bersalah.
“Hei, mana ada. Dahlah. Walaupun
satu geng, kita semua ada kawan ‘luar’ dari geng kita kan. Dahlah. Lea
sebenarnya aku suruh kau keluar jumpa aku hari ni nak tanya kau yang Auntie Diba ajak kau dan aku pergi rumah
dia.” Atiqa memang bijak meneutralkan keadaan dengan menyampaikan benda yang
patut.
“Aku?” Liyana segera menyampuk.
“Kau tak nak masuk kerja ke?
Dahlah dua hari lepas kau lewat masuk kerja. Kau memang saja nak cari pasal
dengan bos poyo kau tu kan?” Atiqa mula mengejek.
“Huh! Aku lewat lima minit je kot
hari tu. 50 minit dia bebel aku dalam ofis. Sampai hari ni dia bagi aku warning. Masuk awal. Macamlah aku ni
budak-budak!”
Lea dan Atiqa masing-masing
berpandangan. Dua-dua ketawa terbahak-bahak. Bab cina poyo tu, memang Liyana
geram.
“Sekarang kau nampak jam tangan
kau dan bezakan dengan jam kat dashboard kereta aku ni. Aku rasa kau dah lewat
lagi ni.”
“Hah?” arahan Atiqa membuatkan
Liyana kalut. Cepat matanya memandang segala jam yang ada. Arghhh!!! Sekali
lagi…
“So, nak aku hantar kau ke MB Hotel atau Big Apple?” Atiqa yang
menjadi pemandu mula menyindir.
“MB Hotel la. Cepatlah Tiqa.”
Lea dan Atiqa ketawa lagi.
Sebentar tadi Liyana menawarkan diri untuk belanja dua sahabatnya itu makan Big
Apple sebagai pencuci mulut selepas makan di nasi restoran.
“Alah… kebulurlah aku nak makan
Big Apple…” Lea kelihatan memegang perutnya persis seperti ibu mengandung.
“Reaksi kau jangan nak lebih
sangat ya. Esok-esok aku belanja. Hari ni kau belanja Atiqa sebagai
menggantikan aku.”
“Amboi, korang kata nak belanja
aku!”
“Okey. Biar hari ni aku yang
belanja pelajar dekan kita. Dan kau Yana, esok aku tagih Big Apple dari kau
pulak!” Atuqa segera mencelah.
“Hah, idea Tiqa memang paling
terbaik. Hari ni Big Apple dari Atiqa. Esok dari Liyana. Bunyinya sangat
seronok!”
“Memang seronok. Perut kau yang
kenyang.” Liyana geram. Lea memang kebudak-budakan.
“Lusa aku nak Zali pulak belanja
Big Apple.”
“Zali… Zali… Zali… nama budak tu
je yang kau tahu sebut.”
Lea menjelirkan lidahnya pada
Liyana. Hahaha, memang bahagia mempunyai ramai sahabat!
LEA dan Atiqa masing-masing memandang persekitaran. Rumah
banglo yang tersergam indah di hadapan memang besar. Bersih. Memang cantik
dengan gaya moden.
“Betulkah ni rumah Auntie Diba?”
Atiqa menyoal. Dia yang berkira-kira untuk parking
di dalam rumah kelihatan menekan brek. Dia berhenti sebentar di hadapan pintu
pagar.
“Ikut kad nama yang Mama kau bagi,
memang dah betullah ni. Satu taman dengan kau kot. Takkan salah. Yang kau ni
pun satu. Selama ni dia satu taman dengan kau pun kau tak tau?” rungut Lea.
Memang tidak percaya.
“Taman ni besar. Rumah akuu lorong
dua. Dia ni lorong berapa Cik Lea Sophia? Jauh kot. Aku tak sangka pulak taman
aku ni ada banglo besar macam ni.”
“Business dia maju sangat-sangat. Memang mampulah buat rumah
besar-besar.”
“Aku dengar anak dia kerja doktor.
Sorang jurutera. Sorang masih sekolah. Form
four kot tak silap. Abang Fahmi kau tu aku rasa yang jadi doktor. Akupun
tak ingat sangat apa yang Mama aku ceritakan. Time tu aku tengah gunting kain.”
“Abang aku ada sorang je tau. Nama
dia Lais Sufyan. Bukan Fahmi.”
“Maksud aku, abang pujaan hati.”
Lea menjeling tajam pada Atiqa.
Atiqa tersenyum seakan-akan kemenangan berpihak padanya.
“Mak aiii, patut rumah dia besar.
Dia mesti ambil tiga lot rumah ni. Tengoklah. Siap ada taman, garaj…” puji Atiqa
sambil memarkingkan keretanya di garaj yang tersedia. “Kau tengok, siap ada
tukang kebun. Kereta pun ada tiga bijik. Sebijik motor. Tabik springlah dengan
Auntie Diba ni.”
Lea hanya senyap. Mengakui
keterujaan Atiqa. Terasa malu pula dia diundang ke kediaman mewah itu.
“Eh, betulkah Auntie Diba ajak aku
sekali ni?” dari tadi Lea berasa pelik. Apa tidaknya, dia baru berkenalan
dengan Puan Adiba dua hari lepas. Tidak sampai sepuluh minit sebelum Lea
mengundur diri kerana janjinya mahu bertemu dengan Zali.
“Betullah. Mama aku yang
sampaikan. Kalau tak percaya, kau boleh call
Mama aku. Hah, number phone Mama aku
ada kat kau kan?”
“Okei-okei, aku percaya. Tapi
apsal dia nak jumpa aku?”
“Pasal jahitan.”
“Hah?”
“Sebenarnya aku nak minta Auntie
Diba ajarkan aku. Bila Mama aku sampaikan hajat aku tu dekat dia, dia kata dia
nak ajak kau sekali datang. Boleh kita belajar sama-sama. Mesti kau nak, kan?
Peluang keemasan kot.”
“Nak kena bagi dia upah ke?”
disebabkan dia pernah belajar menjahit di maktab jahitan dulu berbayar, Lea
menyoal. Sebenarnya sengaja mencari alasan. Baginya kehadirannya tidak penting.
Mesti menyusahkan orang tua itu.
“Dia pun nak minta tolong kat kau
Lea. Minta komen design baju baru dia
buat.”
“Hah?”
“Dia kata cara kau bagi komen hari
tu memang nampak kau dah pakar dalam jahitan. Kau lebih kreatif dari dia.”
“Merepeklah. Kot kot dia nak marah
aku tak. Kutuk-kutuk design dia.”
“Kau tu yang merepek. Dah-dah.
Keluar dari kereta sekarang. Tukang kebun dia dah datang kat kita.”
Lea menggaru kepalanya yang
berbalut tudung selendang sebelum turun dari Toyota Cambry milik Atiqa. Atiqa
kelihatan mengemaskan baju dan selendang yang dipakainya.
“Tetama Puan Adiba ke ni?” Mesra
Pak Amin menyapa.
“Ya.”
“Puan dah tunggu kat dalam.”
“Terima kasih pak cik.”
Pak Cik Amin mengangguk sambil
tersenyum mesra sebelum mengatur langkah pergi menghabiskan kerjanya. Atiqa dan
Lea mula mengatur langkah dan memberi salam kepada tuan rumah.
“MAMA..!”
Fahmi dan Fariz terperanjat
melihat Azalia berlari mendapatkan tamu yang baru memberi salam. Puan Adiba
yang baru keluar dari dapur kelihatan tersenyum. Melihat perubahan Azalia yang
positif, dia senang hati. Terus memandang pada Atiqa. Gadis itu sememangnya
mengotakan janji untuk menolongnya. Dia berjaya memabawa Lea datang ke rumahnya.
Lea terperanjat. Azalia berlari ke
arahnya sambil mendepakan tangan ingin memeluknya. Cepat dia tunduk dan
tubuhnya dipeluk laju. Dua hari lepas dia digelar ‘Mama’ oleh anak itu. Dua
hari juga dia cuba mencari jawapan tapi tidak ketemu. Kenapa dia panggil aku
‘Mama’? Muka aku seiras ke dengan Mamanya? Itu yang bermain di otaknya.
“Rindu kat kakak tak?” Lea menyoal
mesra. Melepaskan pelukan Azalia. Membahasakan dirinya sebagai ‘kakak’.
“Rindu.”
“Auntie, kami ada bawa sedikit
donut.” Atiqa yang berdiri di sebelah Puan Adiba mula menghulurkan buah tangan
yang dibelinya bersama Lea.
“Buat susah-susah je.”
“Tak ada susahnya. Tadi Tiqa celebrate budak dekan ni.”
Lea memandang Atiqa dan serentak
itu dia berdiri. Entah sejak bila Atiqa jadi reporter, dia sendiri tidak pasti. Semuanya dia nak report. Buat malu saja!
“Budak Dekan?”
“Tu. Lea dapat dekan lagi semester
lepas. So, kitorang janji dia Big
Apple.”
“Wah, tahniah.” Ucap Puan Adiba.
Serentak Lea menyalam tangannya. Sejak sampai tadi, dia belum sempat menyalam
tangan orang tua itu kerana Azalia memeluknya.
“Tak adalah. Tiqa gurau je tu.”
Malu. Lea segera cover.
“Dia malulah tu.”
Lea mengecilkan kedua-dua anak
matanya pada Atiqa. Geram. Semakin geram melihat ada senyuman nakal di bibir
Atiqa.
“Dahlah tu. Mari duduk dulu.”
Lea dan Atiqa hanya tersenyum
dengan pelawaan itu. sedikit tersentak Lea bila tangannya dipaut Azalia. Dia
yang berasa pelik dan malu cuma mengikut langkah anak kecil itu. Terpaku
pandangannya tatkala melihat susuk tubuh yang ada duduk di ruang tamu. Sepasang
mata itu merenungnya tajam
Ahmad Fahmi bin Ahmad Imran!
Saturday, 19 October 2013
0ne step cl0ser... - Bab 1
BAB 1
Butik Mahligai
sesak dengan gelak tawa. Suara Liyana paling hebat di antara tiga sahabat itu.
Sudah hampir sejam dia berleter tapi masih tidak menemui titik noktahnya.
Selang lima saat, Atiqa dan Lea menghamburkan ketawa masing-masing. Dua orang
pekerja Atiqa juga tidak mahu ketinggalan menyertai sesi itu walaupun sedang
sibuk mengira stok baru tudung Fareeda yang baru sampai.
“Jangan cari pasal Yana. Hari ni
benci, esok-esok kau lekat dengan dia baru padan muka kau! Tup tup hujung tahun
ni ada kad jemputan kahwin dari kau. Aku dan Lea orang pertama gelak
guling-guling sebab kau!” Atiqa yang berada di kaunter pembayaran sudah
menyelit. Perutnya sudah sakit akibat ketawa yang berlebihan.
“Betul tu. Kau ingat sikit pepatah
melayu. Mula-mula benci. Sikit-sikit suka. Lama-lama cinta. Paling lama,
kahwin. Wahhh…” Lea mula menambah. Ketawa mereka berderai sekali lagi. Nasib
baik sahaja tidak ada pelanggan yang datang ketika itu.
“Eee… bala, bala, bala… tak nak
aku dengan mamat cina poyo tu! Marah je hobinya. Pantang tengok aku, ada je dia
cari pasal. Eh, yang kau ni Lea. Kata nak jadi cikgu, pepatah mana pulak kau
rembat tu? Kau belajar macam tu ya kat UUM?”
“Nak jadi cikgu kenalah kreatif.
Lagipun aku bukannya cikgu BM. Cikgu Perdagangan. Bahasa tunggang langgang tak
pa. janji anak murid aku faham. Tapikan, aku rasa pepatah aku tadi cocok banget
dengan kau, Yana!” masih tidak mahu mengalah, Lea siap berloghat Indonesia
dengan Liyana yang duduk di sebelahnya.
Liyana mati kata. Mulutnya
mencebik. Mulalah mahu merajuk.
“Alala… takkan yang tu pun kau nak
merajuk.” Lea berusaha memujuk.
“Dahlah. Korang jangan tanya aku
pasal mamat cina poyo tu lagi!” segera lari dari topik. Liyana kalah!
Atiqa yang sibuk menguruskan
sesuatu di kaunter pembayaran melihat ke wajah Lea. Masing-masing berbahasa
isyarat mata yang hanya difahami oleh mereka berdua. Tidak sangka Liyana
mengaku kalah! Jarang sekali dia kalah dalam berhujah. Tidak hairanlah dia
menjadi the best Sales
Marketer di sebuah Hotel yang terletak hanya bersebelahan dengan Butik
Mahligai milik Atiqa.
“Lea, berapa lama korang cuti sem
ni?” segera mengalihkan topik baru. Atiqa memang pakar bab ini.
“Amboi, aku taulah korang dah graduate setahun lalu. Takkanlah cuti
sem dah tak ingat berapa bulan.”
“Otak dah beku sebab dah lama tak
masuk kuliah.” Finally, Liyana
bersuara. Tidak jadi merajuk!
“Sebulan je pun. Eeii, tak sabar
aku nak masuk sem lapan. Finally… Final
sem!” keterujaan Lea jelas terpancar.
“Tak pa. kau belajar sampai empat
tahun di negeri orang jauh nun di utara tu pun boleh jamin masa depan. Keluar
nanti, bolehlah kau jadi cikgu. Bukan macam kitorang ni.” Atiqa bersuara lagi.
“Eleh, korang ni lagi hebat. Dah
dapat kerja. Aku je ni yang masih terkapai-kapai tak habis study.” Ulas Lea.
“Yala… cikgulah yang menang…!”
Lea tersengih. Mudah sekali dia
menang hari ni. Yang peliknya, Liyana boleh kalah dengan mudah hari ini. Atiqa
yang terkenal dengan sifatnya yang neutral kelihatan masih sibuk menguruskan
kedainya walaupun aktif menyampuk.
“Yang ni baju kurung baru sampai.”
Nina, pekerja Atiqa memberitahu.
Atiqa yang baru beralih ke almari
baju kurung pelbagai jenama kelihatan membelek-belek. Sebagai tuan empunya
butik, dia selalunya meneliti setiap barangan baru sampai terutamanya baju.
Mahu dirembatnya sebelum ada customer
membeli. Nasib baik anak tauke, kalau tidak mesti hutangnya sudah bertimbun di
butiknya sendiri!
“Baju ni cantikkan? Design baru. Aku ada nampak dalam
majalah ‘Hijabista’ sebijik dengan yang aku pegang ni.” Atiqa menarik perhatian
Liyana dan Lea dengan mengangkat sepasang baju kurung moden berwarna pink.
“Aku nak hadiahkan kat kau, Lea.”
Atiqa cuba berlawak.
“Eh, aku tak nak. Korang sengaja
nak cari pasalkan?” Lea terkena. Liyana dan Atiqa ketawa terbahak-bahak. Bukan
mereka tidak tahu, gadis itu memang alah dengan benda berwarna pink termasuk
makanan berperisa strawberi.
“Jenama apa?” Liyana menyoal.
“Fara.”
“Bukan brand baru ke tu?”
Atiqa mengangguk pada Liyana.
“Sebenarnya dah lama cuma sejak
lima tahun kebelakangan ni, jenama baju kurung ni melonjak. Korang nak tau,
pengasas dia orang Tawau tau!”
Lea dan Liyana membesarkan biji
mata masing-masing. Terkejut.
“Aku pun baru tau bila Mama aku
bagitau minggu lepas.”
“Nak tengok.” Pinta Lea. Dari jauh
dia kagum melihat design baju yang
ada di tangan Atiqa. Memang cantik. Perekanya mesti kreatif.
Liyana dan Lea sama-sama memegang
baju kurung tersebut. Sifat kagum menguasai diri. Atiqa yang sibuk membelek
majalah ‘Hijabista’ kelihatan kusyuk mencari baju yang sama dalam majalah seperti
mana dia maklumkan tadi.
“Ni dia! Sama kan?” Atiqa
menunjuk. Liyana dan Lea serentak memandang majalah dan baju tersebut silih
berganti.
“Pereka dia Puan Fara Adiba. Nama
dia kot dia ambil jadi jenama produk dia.
Bangga aku jadi rakyat Tawau sebab ada rakyat kita berjaya seiring
dengan pereka hebat di Semenanjung.” Penuh patriotik nada Liyana mengulas
selepas membaca biodata pereka itu yang terselit dalam majalah.
“Ada lagi berita yang paling
mengejutkan. Puan Fara Adiba tu jugak ibu kepada budak sekolah menengah kita
dulu kat St. Patrick.”
“What? Siapa, siapa?” Laju Liyana menyoal.
“Kita kenal ke?” Lea pun siap
dengan soalan.
“Kenal sangat. Abang senior pujaan
hati kaulah Lea. Abang Fahmi.”
Liyana dan Atiqa memandang Lea
serentak. Gadis itu senyap tanpa kata.
“Apasal?” Lea tidak keruan bila
Liyana dan Atiqa memandangnya.
“Eh, kau memang suka dia sampai
sekarang ke?” Liyana menyoal.
Lea hanya senyum. Tidak mahu
berbohong. Memang pertama kali dia terpandang Fahmi semasa orientasi masuk ke
tingkatan satu, hatinya terpaut. Ketua pengawas itu memang menghiasi ingatannya
siang dan malam. Lea sendiri tidak tahu kenapa dia berperasaan sedemikian rupa.
“Lea, wake up. Dia bukannya tau kau suka dia. Lea, dah nak sepuluh tahun
kot.” Bab berleter, memang Liyana adalah ketuanya.
Pada masa yang sama, Puan Aniza
ibu kepada Atiqa kelihatan baru memasuki butik. Lea rasa seperti terselamat.
Malas mahu mendengar leteran Liyana yang sudah lali sejak sepuluh tahun lalu.
Walaupun bersahabat baik, namun semua sahabatnya tidak suka dengan perangai Lea
yang satu itu. Gila bayang dengan lelaki bernama Ahmad Fahmi bin Ahmad Imran.
Ketua pelajar yang bongkak!
“Mak cik…” Lea dan Liyana menyapa
mesra. Mula berdiri dari kerusi masing-masing. Tangan kanan Puan Aniza di salam
mengikut giliran.
“Aik, Lea. Bila sampai Tawau?”
Puan Aniza yang hairan melihat kehadiran Lea di situ menyoal. Hari biasanya dia
hanya melihat Liyana sahaja menapak di situ menemani anaknya di waktu makan
tengah hari. Namun berbeza hari ini. Mereka bertiga.
“Semalam. Rindu sangat dengan
diorang. Terus datang sini hari ni.”
“Patutlah tengok muka macam penat
semacam je.”
Lea tersenyum.
“Tiqa, Mama nak bincang sikit
dengan supplier. Kejap lagi dia
masuk. Mama guna ofis dalam tu ya.”
Atiqa yang baru sahaja melabuhkan
punggung di kerusi sebelah Liyana kelihatan mengangguk.
“Lama tak, Ma? Pukul dua ni Tiqa
nak pergi kelas menjahit. Beg Tiqa ada dalam ofis. Kalau lama, Tiqa pergi ambil
siap-siap.”
PUAN ADIBA
menolak pintu masuk Butik Mahligai. Telinganya menangkap suara beberapa remaja
yang sedang rancak berbual diselangi dengan suara-suara ketawa. Azalia yang
dibawa bersama kelihatan senyap seperti biasa.
“Baju ni cantik. Cuma tengok
jahitan sebelah sini. Senget sebelah. Kalau nak pakai, mesti kedut-kedut
bahagian tangan dia ni tak balance.”
Mata Puan Adiba tertumpu pada baju
kurung moden yang terletak di atas meja. Tiga orang gadis sedang berbincang
pasal pakaian itu. masing-masing ada pendapat tersendiri. Apa yang pasti, komen
sebentar tadi memang tertangkap jelas dek telinganya.
“Errr… Pu… Puan Adiba.”
Bergetar-getar suara Atiqa. Dia yang tiba-tiba melihat Puan Adiba masuk mula
terkejut.
“Mama ada?” Puan Adiba menyoal
Atiqa yang kelihatan berdiri perlahan-lahan dari tempat duduknya.
“Ada. Ada kat dalam ofis.”
“Terima kasih. Jom, Lia. Kita
masuk dalam ofis dulu.”
Senyuman Atiqa mengiringi langkah
Puan Adiba dan cucunya yang baru berumur 4 tahun itu. Hatinya sudah penuh
debaran.
“Lea… habislah!”
Lea mengangkat muka melihat Atiqa
yang sudah kalut. Liyana yang duduk di tengah-tengah dua sahabatnya kelihatan
bingung. Sama seperti Lea.
“Apasal?” Lea menyoal. Pelik.
Kenapa namanya sahaja yang diseru oleh Atiqa ketika ini?
“Tu… yang tadi tu… dialah Puan
Fara Adiba. Pemilik ‘Fara Collection’. Jenama baju yang kau sedang komen sebentar
tadi!”
“What?” Lea melopong. Sama seperti Liyana.
“Apasal kau tak bagitau? Habislah.
Habislah. Aku nak buat apa ni?” Lea merayu pertolongan. Kalut. Dia memandang
Atiqa dan Liyana silih berganti.
“Lea, I’m busy right now. I have to go. Lunch aku dah habis ni. So, aku kena masuk MB Hotel sekarang
sebelum mamat cina poyo tu tau aku masuk lewat lagi.” Liyana terselamat dari
masalah ini. Memang nasibnya bila dia melihat jam sudah menunjukkan 1.35
petang. Memang sudah lima minit dia terlewat masuk kerja semula selepas rehat.
“Yana…” Lea masih mengharapkan
gadis itu. Namun Liyana kelam kabut mengatur langkahnya.
“Bye!”
Putus harapan Lea pada Liyana bila
melihat gadis itu sudah keluar melalui pintu utama. Lea kemudiannya mengalihkan
pandangan ke arah Atiqa.
“Kenapa tak bagitau dia nak
datang…?”
“Mama aku tak cakaplah tadi siapa
nak datang. Dia cuma cakap ‘supplier’.
Supplier butik aku ni ramailah.”
Lea menepuk dahinya. Kemudian
betulkan semula selendang yang dipakainya. Habislah! Padan muka. Kuat sangat
komplen!
“Cari topik lain. Baju ni biar aku
simpan dulu. Kita sembang macam biasa. Anggap topik yang tadi tu tak ada!”
cadang Atiqa berbisik. Takut didengar sampai ke ofis. Bukan setakat Lea yang
kuat komen tu yang mampus, dia sekali akan terjebak!
“Logik idea kau!”
“Emmm… macam mana dengan praktikal
kau hari tu?” walaupun mengalihkan topik dengan mengejut, itulah hakikatnya
yang dia mahu Tanya pada Lea sejak tadi.
Sudah hampir setahun Lea tidak
balik ke Tawau disebabkan perlu menjalani praktikal semasa cuti semester lalu.
Habis sahaja praktikal, dia bergegas masuk kuliah pula. Jadual memang padat
seakan-akan satu sem yang panjang.
“Wei, kau kan tahu kita dulu teruk
dalam akaun. Top loser dalam kelas.
Adei, last-last aku kena mengajar
akaun masa praktikal. Memang mampus aku. Rasa nak pitam bila aku nampak jadual
yang Penolong Kanan bagi kat aku hari pertama praktikal. Akaun! Dahlah kena start mengajar hari kedua praktikal,
jadual aku pulak macam menyindir aku. Subjek pertama, masa pertama dan kedua,
subjek akaun! Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak, depan-depan
Penolong Kanan aku pengsan!”
Atiqa ketawa terbahak-bahak.
Tiba-tiba terimbau kenangan mereka semasa tingkatan empat. Bab akaun, memang
mengantuk. Bila ada homework, ada
saja budak cina jadi sasaran untuk ditiru. Punya nakal ketika itu!
“Seram gila bila anak murid aku
banyak tanya. Aku bukannya tak boleh jawab. Syukur Alhamdulillah jugak
sebab aku wajib ambil finance kat UUM. Ada jugaklah bekalan
aku nak menjawab kat budak-budak tu.”
“Mesti kau panik, kan?”
“Apa tak panik. Mula-mula tu aku
merepek tau ajar diorang. Aku pun tak sedar aku tersasul sebut debit kredit.
Sampai sorang budak terror tu
berdiri. Dia tanya aku. Nasib aku boleh jawab. Apa lagi, putar punya putar ayat
aku, last-last anak murid aku pun
puas hati. Padahal, aku yang mula-mula buat silap. Nasib baik boleh cover.”
Semakin rancak ketawa Atiqa.
“Hukum karma kot dengan kau sebab
kau tak siap homework dulu.”
“Amboi, Tiqa. Mengata aku nampak.
Macamlah dia siap!”
Mereka berdua ketawa serentak.
Tidak percaya dulu mereka boleh senakal itu.
“Seronoklah kau boleh jadi cikgu.” Walaupun ada nada kesal kerana
tidak memohon jurusan perguruan selepas tamat STPM bersama Lea, Atiqa tetap
bersyukur. Kini dia yang berkelulusan Sarjana Muda Keusahawanan mampu menolong
Mamanya menguruskan butik keluarga mereka.
“Tulah. Aku syukur sangat.
Walaupun belajar jauh-jauh. Dari Sabah ke Kedah, tapi semuanya nampak berbaloi.
Kalau dah jadi cikgu nanti, InsyaAllah mengajar sesi pagi. Boleh aku bangun
sediakan sarapan untuk suami, anak-anak. Balik tengah hari. Bolehlah jemput
anak-anak sekali balik sekolah. Masak untuk lunch.
Petang-petang boleh sambut suami kat pintu bila dia balik.”
“Amboi… dah jauh angan-angan kau
tu. Sampai kahwin segala.”
Lea tersengih. Dia sudah set di
mindanya untuk menjadi seorang guru cemerlang, isteri mithali pada suaminya dan
ibu penyanyang pada anak-anaknya kelak.
Perbualan mereka berjeda tatkala
melihat Puan Aniza dan Puan Adiba keluar dari ofis bersama-sama Azalia yang
masih teguh berpegangan tangan dengan neneknya.
“Budak nilah yang saya maksudkan.”
Lea kecut perut tatkala Puan Adiba
menunding jari ke arahnya. Segera dia melihat Atiqa. Memang mampus kali ini.
Mak cik itu dengar dengan jelas tadi!
“Lea…” Puan Aniza memanggil Lea.
“Ya, mak cik…” Lea akur. Perlahan
dia berdiri dari kerusi dan tersenyum ke arah Puan Aniza dan Puan Adiba.
“Auntie yang reka baju tu. Lea
boleh panggil ‘Auntie Diba’.”
Lea memandang Atiqa di sebelahnya.
Puan Adiba kelihatan tersenyum sambil menghulurkan tangan kanannya mahu
berjabat tangan. Lea teragak-agak menyambutnya namun akhirnya mereka saling
bersalaman.
“Nama saya Lea Sophia. Panggil
saya Lea pun boleh, Sophia pun boleh.”
“Auntie panggil Lea, bolehkan? Semua
orang dah panggil macam tu. Lagipun senang nak ingat. Sama dengan nama cucu
saya ni.” Puan Adiba menegur mesra. Terus hilang gundah gulana yang bersarang
di hati Lea.
“Ya ke? Hi sweety. Nama kita samalah. Nama penuh awak Lea Sophia jugak ke?”
Lea juga menyapa mesra. Dia terpaksa membongkokkan sedikit badannya untuk
memudahkan dia berkomunikasi dengan manusia yang mempunyai nama yang sama
dengannya itu. Budak comel berusia 4 tahun itu kelihatan senyap. Takut-takut
dan akhirnya bersembunyi di belakang neneknya.
Lea panik. Apa yang telah dia
lakukan? Adakah sapaannya tadi kasar sampai menakutkan budak itu? Atiqa di
sebelahnya kelihatan tersengih. Lea memang cari pasal je hari ini dengan Puan
Adiba.
“Lia memang macam ni. Dia cuma
rapat dengan auntie, ayahnya, ibunya dan pak cik-pak ciknya. Yang lain dia
takut.”
“Really sorry auntie. Saya tak tahu.” Segera meminta maaf atas
perbuatannya.
“Eh, tak apa. Nama penuh dia Fara
Azalia. Cuma beza huruf ‘E’ dan ‘I’ je dengan Lea. ”
Lea semakin malu. Mukanya
seakan-akan naik tebal beberapa inci. Dia mana dia harus letak mukanya selepas
ini? Pasti Puan Aniza marah padanya sebab buat hal pada supplier butiknya. Aduh, kesal sungguh!
“Sebenarnya auntie ada benda nak
tanya Lea. Lea pandai menjahit?”
Lea berasa pelik. Apsal tanya aku
pula? Ada kaitan ke dengan Butik Mahligai? Apa kaitan aku dengan butik ni
pulak? Aku cuma kawan baik kepada Atiqa, anak pemilik butik itu!
“Emmm… retilah sikit-sikit. Lepas
SPM dulu Abah saya hantar saya pergi belajar menjahit. Tak sempat nak masuk under MARA, saya masuk maktab jahit.
Tiga bulan je. Tak dalah pandai sangat pun.” Terang Lea jujur.
“Saya hantar Tiqa belajar menjahit
pun atas sokongan Lea. Alang-alang buka butik, baik saya hantar Tiqa belajar
menjahit. Boleh jugak dia tolong benda-benda yang memerlukan jahitan nanti.”
Puan Aniza mencelah.
“Lea ni kira sifu ke dua saya
jugaklah auntie. Sebab apa sangatlah input yang masuk dalam kelas menjahit tu. So, kadang-kadang saya minta tunjuk ajar
dia jugaklah. Tapi dia study jauh
sangat, so bila dia cuti sem macam ni
barulah saya ada peluang besar nak mintak dia turunkan ilmu pada saya.” Kali
ini Atiqa pula menyampuk. Lea memandangnya. Amboi, fasih pula kawannya itu
bercerita.
“Masih study lagi ke?” Puan Adiba menyoal hairan.
Lea mengangguk sambil tersenyum.
“Saya cuti sebulan je. Nanti cuti
nanti, saya masuk tahun akhir, semester akhir.”
“Mama..?”
Adiba tersentak. Terkejut apabila
mendengar Azalia bersuara. Azalia yang kelihatan takut-takut itu memandang
wajah Lea. Lea mula hairan. Memandang pada Atiqa segera. Mama?
Sunday, 22 September 2013
Mencintai Cinta - Bab 20
Bab
20
CINTA mengatur langkah perlahan. Anak matanya fokus pada kelibat Qalam
yang sedang duduk di atas pasir berdepan dengan laut yang luas. Lelaki itu
termenung jauh. Dia fokus pada sesuatu. Cinta tidak dapat mengagak apa tapi dia
merasakan ianya ada kaitan dengannya.
“Assalamualaikum...”
Qalam tersentak.
Kembali ke dunia nyata. Dia seakan-akan terpinga-pinga seketika kerana
terperanjat. Segera mencari arah suara yang memberi salam padanya.
“Waalaikumsalam...”
Cinta
memerhatikan Qalam. Suaranya mendatar. Sah, memang ada sesuatu!
“Hai...” Cinta
tidak tahu mahu memulakan perbualan. Hanya itu yang mampu dia ucapkan.
“Hai...” Qalam
menjawab. Suaranya masih mendatar. Otaknya kusut. Banyak perkara yang sedang
mendatangi fikirannya.
“Emmm... boleh
saya duduk?” Cinta menyoal pula. Perlahan. Dia takut kehairannya mengganggu
Qalam.
“Bo... boleh. So... sorry. Saya duduk sini ambil
tempat awak. Saya duduk tidak minta kebenaran awak pun.”
Cinta duduk
perlahan. Dia hairan dengan apa yang diucapkan Qalam padanya.
“Tempat saya?”
“Ya. Tempat awak
dengan arwah Aliff Hamdie dulu.”
Cinta senyap
sahaja. Menarik nafas perlahan. Tidak dapat dinafikan, hatinya tersentuh. Nama
Aliff Hamdie muncul semula.
“Sorry kalau awak tak suka saya sebut
nama dia.”
“Ehhh... saya
okei. Jangan risau.”
Qalam berpaling
memandang Cinta. Senyuman hambarnya akhirnya muncul. Wajah Cinta benar-benar
mengubat kekusutannya.
“Awak okey?”
Dahi Qalam
berkerut. Soalan Cinta membingungkannya.
“Saya nampak awak
macam nak ganti tempat saya kat sini. Biasanya saya yang akan duduk sini tapi
hari ni saya terkejut bila nampak awak ada kat sini seawal pagi ni. Baru pukul
7 pagi. Awal awak bangun.”
Qalam masih
memberikan senyuman hambar pada Cinta. Cinta semakin penasaran. Lelaki itu ada
masalah. Otaknya terfikir akan peristiwa malam tadi. Papa jumpa dengan Qalam.
Ya, pasti Qalam jadi kusut seperti ini disebabkan Papa.
“Lepas subuh tadi
tak boleh nak tidur balik.”
Cinta hanya diam.
Qalam kelihatan tidak bersemangat seperti hari sebelumnya. Apa yang terjadi?
“Dalam dunia ni,
kadang-kadang kita nak jadi orang lain. Tapi kita tak berdaya kerana semua yang
berlaku adalah hasil tulisan-Nya. Dulu
saya selalu fikir, jika saya ada kuasa, saya memang nak jadi orang lain. Yang ada
kehidupan sendiri. Tidak terikat dengan sebarang undang-undang. Hidup bebas.
Boleh buat apa saja yang saya nak buat. Tapi, saya tak berdaya. Kerana saya
Qalam Abdul Halim. Bukan orang lain.”
Cinta hanya diam.
Apa yang Qalam cuba sampaikan padanya. Dia masih samar-samar dengan semua
perkataan yang Qalam ucapkan sebentar tadi.
Cinta memandang
diarinya. Memegang kuat dan dia nekad. Perlahan tangannya menghulur diari itu
kepada Qalam.
Qalam hairan. Dia
pelik apabila diari itu diberikan padanya. Apa yang Cinta nak buat?
“Semua perkara
tidak perlu diluahkan melalui mulut kita. Ada sesetengah perkara boleh
diluahkan melalui tulisan mahupun lukisan. Awak boleh luahkan apa yang serabut
dalam otak awak tu dalam diari saya ni.”
Qalam menelan air
liurnya. Pelawaan Cinta diterima perlahan. Diari itu mula bertukar tangan.
“Saya kena masuk
dalam. Kejap lagi waktu sarapan. Awak fikirlah dulu apa benda yang awak nak
luahkan. Saya bagi awak masa. Kalau boleh, saya nak diari saya tu selepas breakfast. Boleh?”
Qalam tersenyum
sambil kepalanya mengangguk perlahan.
“Saya minta diri
dulu. Awak jangan masuk lambat. Papa saya tak suka orang datang lewat ke meja
makan.”
Qalam mengangguk
faham. Cinta mula mengangkat punggung berdiri semula.
“Awak...”
Cinta
menghentikan langkahnya walaupun baru sahaja dia mengatur lima langkah.
“Terima kasih.”
Cinta hanya
tersenyum lalu pergi.
Qalam memandang
semula laut yang terbentang luas di hadapannya. Fikirannya mula kusut semula.
Dia terasa berat sangat beban yang ditanggung. Diari Cinta yang ada di
tanggannya dipandang. Pen yang juga diberikan bersama diari tadi diletakkan dia
tangan kanannya. Diari mula diselak.
**************************************************************************
“GOOD
MORNING...”
Semua orang
memandang Qalam yang baru sampai di meja makan.
Dia duduk di tempatnya seperti hari-hari sebelum ini. Fikirannya kusut
sehingga tidak memperdulikan semua mata-mata yang memandangnya. Cinta mula
risau. Apa yang terjadi dengan lelaki itu? Apa yang telah Papa katakana
padanya? Dia bimbang.
Aliff pelik melihat
Qalam tidak bermaya. Tapi dia yakin dia tahu punca jawapannya. Dia senang hati.
Papanya memang bijak bertindak membantunya. Dia senyum tetapi senyumannya itu
mati tatkala melihat diari Cinta apa pada lelaki itu. Biar betul dia pegang
diari Cinta? Ya, memang itu diari Cinta. Tapi, macam mana boleh pada dia?
Bukankah tidak ada sesiapa pun boleh sentuh diari tu? Diari itu bagaikan nadi
Cinta. Dia tidak akan serahkan pada orang lain. Tapi kenapa...???
“Assalamualaikum...
selamat pagi semua.”
Orang utama yang
dinanti muncul. Papa Aliff mula mengambil tempat duduknya. Sudah adat di rumah
itu, Ariansyah mesti menjadi orang terakhir tiba di meja makan. Anak-anaknya
kena ada disiplin. Tidak boleh lewat.
Ariansyah
memandang anaknya, Aliff. Senyumannya diberikan. Kemudian melihat Qalam. Memang
power ayat dia berikan pada lelaki
itu malam tadi. Qalam nampak kusut.
*************************************************************************
KAK LINA menghampiri Cinta yang berdiri di
hadapan laut sama seperti biasanya.
“Cik Cinta...”
Cinta tersentak.
Kemudian berpaling ke belakang.
“Kawan Tuan Muda
Aliff bagi ni. Dia suruh beri pada cik.”
“Qalam?”
Kak Lina
mengangguk sambil tangannya menghulurkan diari dan pen milik Cinta.
“Terima kasih.”
“Sama-sama. Saya
perlu masuk. Ada kerja perlu diselesaikan.”
Cinta hanya
mengangguk. Kak Lina berlalu pergi. Diari yang sudah berada di tangannya
ditenung. Qalam memang menepati arahan. Dia memulangkannya betul-betul selepas
sarapan pagi.
Cinta menarik
nafas perlahan. Entah kenapa hatinya berdegup mahu membuka diari itu. Dia
terlalu bimbang dengan luahan Qalam. Tapi dia perlu tahu apa yang Papanya
katakan pada Qalam. Ya, itulah point
yang buat Qalam serabut hari ini.
Perempuan... datang atas nama cinta
bunda pergi kerna cinta
digenangi racun cinta diwajahmu
yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya?
meninggalkan hati untuk dicaci
lalu sekali ini
aku lihat karya syurga dari mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta?
tapi aku pasti akan kembali
dalam satu purnama
untuk bertanyakan kembali cintanya
bukan untuknya
bukan untuk siapa
tapi untukku
kerana aku inginkan mu
itu sahaja.
kerana nama saya Qalam bin Abdul Halim...
Anak mata Cinta
membesar. Dadanya seakan-akan berombak. Dia kenal sajak itu. Ya-ALLAH takdir
apakah ini?
Mencintai Cinta - Bab 19
Bab 19
CINTA mematikan langkah. Pandangannya mula teralih melihat papanya. Apa
yang pelik, dia melihat Qalam menyusuri langkah papanya. Papa dengan Qalam?
Mahu ke mana? Dia menyoal benaknya sendiri.
Setengah jam yang
lalu, dia menerima berita yang Papanya itu berbincang sesuatu yang penting
dengan abangnya, Aliff. Perbincangan sulit yang berlangsung di bilik bacaan itu
dilaporkan khas oleh Kak Lina kepadanya sebentar tadi. Dia masih belum tahu
benda sulit apa yang telah dibincangkan, sekarang dia melihat dengan mata
kepalanya sendiri bahawa Qalam pula indan seterusnya.
Apa yang sulit
sangat? Kenapa Papa tidak memeberitahunya apa-apa? Cinta bingung.
*****************************************************************************
QALAM memerhatikan laut malam melalui
balkoni biliknya. Keindahan malam ini seakan-akan tidak wujud pada
pandangannya. Otaknya penuh dengan
banyak perkara. Beberapa suara mula terngiang-ngiang di hujung telinganya.
Dia memejamkan
mata. Bayangan bondanya jelas. Beberapa saat kemudian, bayangan Cinta pula
muncul. Bila dia mahu mengukir senyuman, bayangan Basyirah mula menggantikan
bayangan Cinta.
Dia segera
membuka mata. Beristighfar beberapa kali.
Apa kena dengan
aku ni? Kenapa serabut sangat? Dia menyoal diri sendiri. Tidak pernah mengalami
masalah berat ini. Nampak ringan tetapi dia tidak dapat mengatasinya. Semuanya
berpunca oleh perasaan. Cinta! Gadis itu yang wujudkan semua ini.
“Aku faham apa
yang kau rasa. Tentu Papa Aliff cakap sesuatu yang berat untuk kau kan?”
Qalam tersentak
apabila muncul suara Ryan secara tiba-tiba. Pandangannya teralih ke kanan.
“Permandangan
malam ni cukup indah. Memang best
buat rumah tepi pantai. Patutlah Cinta ada memori indah yang susah dilupakan kat
sini.”
Qalam
memerhatikan Ryan yang sudah bijak mengatur ayat. Apa maksud semua itu, Qalam
tidak dapat mentafsirkannya.
“Lam, kau tau aku
suka pada Cinta sejak pertama kali aku nampak dia...”
Ayat Ryan mula
menusuk masuk ke jantung Qalam.
“Dan aku tahu kau
juga suka pada Cinta...” Ryan meneruskan ayatnya.
Keadaan mula
senyap. Qalam menunggu ayat seterusnya dari Ryan. Namun Ryan mula membisu
seribu bahasa tanpa titik noktah.
“So?” Qalam menyoal. Tidak suka menunggu.
“Aku mengalah.
Aku nampak kesungguhan kau selama ni. Semua itu kau tak pernah beri pada
Basyirah.”
Qalam memandang
tajam pada Ryan. Sekelip mata sahaja. Ryan mengalah!
“Aku tak nak kau
hancurkan harapan aku. Aku nak kau menang. Jangan hampakan Cinta. Aku rasa
hanya kau boleh ubati dia.”
Qalam tersenyum.
Dia segera memeluk Ryan.
“Terima kasih,
Yan. Aku tak tau nak kata apa dah ni. Terima kasih...” Qalam kehilangan
kata-kata.
“Kau kawan baik
aku dunia dan akhirat, Lam. Aku sayang kau dan tidak sanggup lawan kau dengan
cara ni. Aku mengalah demi persahabatan kita.”
“Thanks bro. Thank you so much...” ucap
Qalam sambil menepuk-nepuk belakang Ryan. Dia terlalu bersyukur dengan apa yang
sedang berlaku.
“So...” Ryan melepaskan pelukan. “Apa
yang buat kau sedih sangat malam ni? Papa Aliff kata apa kat kau tadi?”
Mencintai Cinta - Bab 18
Bab 18
RYAN memandang laut yang terbentang di hadapan matanya. Bayu laut pagi menenangkan sedikit sebanyak
kasaratan di dalam mindanya. Terlalu banyak benda yang dia fikir ketika ini.
Sejak semalam, dia serabut. Memikirkan banyak benda yang menimpa dirinya
mahupun orang sekelilingnya. Apa yang pasti, misteri yang bermain di kepala
otaknya, Qalam mahupun Basyirah mula terbongkar sedikit demi sedikit.
Dia memerhati
sekelilingnya. Inilah tempat di mana Cinta sering berseorangan. Apa yang istimewa tempat ini, dia sendiri
masih tidak tahu. Jawapan bagi persoalan itu masih tiada tanda untuk dibongkar
asal usulnya.
“Assalamualaikum...”
Ryan terperanjat.
Suara yang datang menyapanya datang dari arah belakang. Segera memalingkan
pandangan.
“Awak! emmm... waalaikumsalam...”
Ryan membalas
senyuman yang dihadiahkan oleh Cinta padanya. Mahu bergoncang dadanya tatkala
melihat betapa manisnya gadis itu.
“Boleh saya duduk
sini?” lembut suara Cinta meminta izin.
“Eh... ni tempat
awak. Sorrylah saya datang sini tanpa
minta izin awak...”
Cinta tersenyum
singkat. Duduk perlahan di sebelah Ryan yang berada di atas pasir.
“Tempat ni tak
tulis nama saya pun. Jadi, ni tempat sesiapa saja.” Ujar Cinta.
Ryan hanya
memandang wajah Cinta. Wajah manis itu seakan-akan bukan seperti cerita Aliff
malam tadi. Betulkah dia pernah amnesia dan tidak waras? Macam sukar mahu
dipercaya. Mesti terlalu berat ujian yang melandanya. Terlalu sukar untuk
dihadapinya.
“Saya minta
maaf...”
Ryan terperanjat.
Maaf? Cinta meminta maaf secara tiba-tiba.
“Apsal minta maaf
pula ni?” Ryan menyoal.
“Maaf sangat. Korang
sampai sini dah tiga hari tapi saya tak cakap apa-apapun dengan korang. Dahlah
tak bersembang, saya bawa masalah pula.”
“Hah... eh, tak
apa. Saya... emmm...” sukar sekali Ryan menyambung ayatnya. Perlukah dia
memberitahu bahawa dia sudah tahu banyak cerita tentang Cinta? Tidakkah ini akan mengguris luka di hati
gadis itu?
“Awak pasti dah
tau semuanya kan?”
Ryan terkesima.
Tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Nampaknya Cinta memahami ayat yang ingin
diungkapkannya sebentar tadi.
“Sorry...” kali ini, Ryan pula yang
memohon maaf.
“Saya yakin Abang
Aliff dah buka cerita. Saya masak dengan perangai dia.”
Ryan hanya diam.
Cinta menerima apa jua yang terjadi dengannya dengan begitu tenang sekali. Raut
wajahnya seakan-akan tidak pernah berlaku apa-apa sebelum ini.
“Maaf susahkan
awak malam tadi. Tentu lama awak tunggu saya sedar. Maaflah saya halau awak
keluar semalam.”
“Eh... tak pa.
Saya faham. Mana ada awak halau saya. Lagipun saya patut keluar. Dah lewat
sangat malam tadi. Saya tidak sepatutnya ada di dalam bilik seorang perempuan.”
Cinta melahirkan
senyumannya sekali lagi kepada Ryan. Memerhati raut wajah lelaki itu tidak
sampai lima saat dan kemudian memandang ke hadapan semula. Mindanya didatangi
pelbagai kejadian lalu. Lelaki itu baik terhadapnya. Sanggup pula menunggunya
sehingga sedar malam tadi. Tidak pernah pula merungut walau sekali dengannya
walaupun selama ini dia tidak pernah dilayan bila diajak berbual. Ya, Ryan
terlalu baik.
“Awak baik.”
Ryan terkejut
sekali lagi. Perlahan memandang Cinta di sebelah kanannya. Cinta mengatur ayat
sambil memandang laut terbentang luas di hadapan. Betulkah gadis itu cakap aku
baik? Dia seakan-akan mengalami mimpi di pagi hari.
“Terima kasih
kerana baik dengan saya. Saya sangat hargai. Abang Aliff sangat untung dapat
kawan macam awak.”
“Awak pun untung jugak.
Kawan Aliff, kawan awak jugak kan?”
Cinta memandang
Ryan segera.
“Betulkah ni?”
Ryan mengangguk
laju.
“Terima kasih.”
Ryan tersenyum.
Macam tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Pertama kali Cinta melayan
dia seperti ini. Dia terasa bagaikan satu mimpi bila dia boleh bersembang
dengan Cinta seperti ini. Tidak menyangka bahawa Cinta mahu menjadi kawannya
walaupun selama ini mereka dianggap kawan yang ‘tidak sah’.
Qalam memerhati
tidak jauh dari situ. Tiada apa yang buruk di fikirannya kali ini tentang Ryan
seperti mana rasa tidak puas hati seperti sebelum ini. Apa yang bermain di
mindanya hanya kisah silam Cinta yang sudah berada dalam pengetahuannya.
Aku dan Aliff
Hamdie. Mesti membawa seribu makna pada Cinta. Adakah aku membawa duka Cinta
semula? Dia masih menyoal dirinya sejak semalam. Dia rasa bersalah.
Persoalan demi
persoalan mula hilang di minda Qalam tatkala melihat Ryan tiba-tiba berlalu
meninggalkan Cinta berseorangan. Mesti dia ada hal untuk diselesaikan di dalam
rumah Aliff kerana dia tidak akan sia-siakan peluang yang ada seperti ini. Dia
kenal benar pada Ryan.
Mata Qalam
membulat tatkala melihat ada sesuatu muncul di tempat Ryan sebelum ini. Lelaki.
Tapi dia bukan Ryan. Tapi siapa? Dia juga bukan Aliff mahupun Hardi.
“Al...”
Qalam membesarkan
biji matanya. Segera otaknya berpusing. Wajah lelaki itu dominan dengan wajah
yang pernah dia lihat sebelum ini di dalam bingkai gambar. Aliff Hamdie?
Kaki Qalam
seakan-akan longlai. Jantungnya berdegup dengan kencangnya. Aliff Hamdie? Aku
nampak Aliff Hamdie? Aku mimpi ke pagi-pagi ni? Dia menampar lembut pipinya
beberapa kali. Sakit. Ya, memang jelas sekali dia melihat Cinta sedang
bersembang dengan lelaki. Dia Aliff Hamdie!
******************************************************************************
QALAM memandang kiri. Kemudian kanan.
Melihat katil sebelahnya. Ryan tidur dengan nyenyak sekali. Dia bingung.
Seperti ada bayangan yang lalu di sebelahnya tadi. Dia menyangkakan Ryan tapi
sangkaannya meleset tatkala melihat Ryan asyik dibuai mimpi.
Dia bangkit dari
katil. Ada pencurikah kat rumah ini? Itulah soalan yang bermain di mindanya.
Bayangan siapa yang dia lihat? Qalam menyoal mindanya sendiri. Dia terus
mengatur langkah keluar ke balkoni.
“Qalam... akulah
yang kau cari.”
Qalam
terperanjat. Dia memandang sisi kanannya. Tidak jauh di hadapannya ada cahaya
menyilau. Dia menggosok-gosokkan matanya beberapa kali. Apa yang dilihat
sebenarnya?
Qalam terundur ke
belakang. Hampir pitam jatuh ke lantai. Nafasnya ditarik berhati-hati. Bayangan
yang muncul di hadapannya dipandang dengan tajam sekali.
“A... Aliff...
Aliff Hamdie?” tersekat-sekat suaranya. Seakan-akan tersangkut di kerongkong.
“Memang aku yang
kau cari selama ini.”
“No... mustahil...”
“Apa yang kau
nampak dengan Cinta, memang itulah yang sedang kau nampak dengan jelas di
hadapan matamu kini. Aku adalah bayangan yang pernah menghantui kau sebelum
ini. Aku sudah lama datang dengan kau tapi baru hari ini kau dapat nampak aku
dengan jelas.”
Qalam menggeleng
beberapa kali. Memang sudah lama dia dibayangi dengan satu bayangan yang dia
sendiri tidak pasti siapa. Apa yang dia pasti, dia juga ada mendengar suara
tangisan perempuan. Mendengar apa yang bayangan di hadapannya katakan sebentar
tadi, dia bingung. Apa kaitan bayangan itu dengan suara tangisan perempuan
pula? Siapa pula perempuan itu?
“Siapa sebenarnya
kau? Apa yang kau nak dari aku?” Qalam menyoal. Dia nampak serabut.
“Hanya kau yang boleh
tolong aku.”
“Tolong?”
“Ya. Kembalikan
Alyah yang aku kenal dulu. Gadis yang penuh senyuman dan semangat untuk hidup.”
Qalam hanya diam.
Dia masih bingung dengan apa yang sedang berlaku terhadapnya. Takdir apakah
ini? Apa kaitan semua ini dengan apa yang sedang berlaku? Dia masih tidak
faham.
“Lam...?”
Qalam memandang
ke dalam bilik. Ryan terjaga dan menghampirinya dengan muka yang mengantuk.
“Kau tak apa-apa
ke ni?” Ryan menyoal cemas. Melihat Qalam yang dibasahi dengan peluh, dia
panik. Sudah lama tidak melihat Qalam dalam keadaan sedemikian rupa. Dia risau.
Semua yang telah berlaku sejak kebelakangan ini sudah hilang dari mindanya.
Qalam menarik
nafas cermat. Memegang kakinya yang longlai seakan-akan tidak mampu mahu
berdiri lagi. Ryan yang mengesan tindak tanduknya itu segera menghampirinya
lalu memapahnya. Takut melihat keadaan Qalam sedemikian.
“Kau okey tak
ni?” Ryan menyoal lagi.
Qalam hanya diam
dipapah oleh Ryan. Kepalanya sempat memandang belakang. Bayangan Aliff Hamdie
masih ada di situ. Dia kemudiannya melihat Ryan. Ryan tak nampak apa yang aku
nampak?
“Lam, jangan buat
aku panik. Ubat mana? Kau letak kat mana?”
Qalam hanya diam
sehingga dia duduk di atas katilnya semula. Ryan dilihat membongkar beg bagasi
yang dibawa Qalam. Mesti dia mencari ubat seperti mana yang dia tanyakan
sebentar tadi. Qalam masih tidak menjawab apa-apa padanya. Hanya memerhati
penuh bayangan Aliff Hamdie yang membatu berhampiran balkoni bilik yang mereka
huni ketika ini.
“Lam... aku tanya
ni. Ubat kat mana?” Ryan bernada sedikit keras kerana geram melihat Qalam yang
masih tidak pandai menjawab soalan-soalannya. Dia yang ditambah dengan panik
semakin tidak puas hati bila Qalam hanya tahu membatu sahaja.
“Aku tak sakit.
Buat apa nak ubat!” nada Qalam keras melawan nada tinggi Ryan sebentar tadi.
Dia geram. Mahu marah tapi bayangan Aliff Hamdie di hadapannya masih menjadi
titik fokus utama pancarinderanya.
Qalam mula
pening. Suara perempuan menangis mula bermain di telinganya. Dia serabut.
Bayangan Aliff Hamdie yang baru muncul lagi menambah derita beban di otaknya.
Ryan segera
menghampirinya. Dia tahu apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. Sudah lama dia
berpenyakit itu. Sudah lama juga dia tidak diserang benda itu. Kenapa pula
malam ini dia mengalami benda itu lagi? Ryan bingung.
“Yan... tolong
aku. Tolong aku, Yan.” Qalam merayu pada Ryan yang berada di hadapannya.
Kepalanya sakit. Terlalu berat menampung semua yang menyerangnya serantar
ketika ini.
“Lawan benda tu,
Lam. Lawan...”
“Aku nampak
dia... aku nampak...”
“Siapa?”
Qalam tidak
menjawab. Dia memegang kepalanya yang sakit. Semakin berat dirasakannya.
“Kau letak ubat
kat mana?” Ryan menyoal lagi. Menggoncang-goncangkan bahu Qalam. Dia geram dan
teringin hendak marah tapi dia tidak boleh.
“Poket beg aku...
hujung... sebelah kanan...”
Ryan segera
berlari mendapatkan beg Qalam semula. Mengambil ubat mengikut tempat yang telah
diberitahu lelaki itu. Kemudian, dia segera memberi Qalam makan bersama air
mineral yang berada di atas meja.
Qalam menarik
nafasnya perlahan. Perlahan-lahan ubat yang diberikan Ryan bertindak balas. Dia
mula tenang semula walaupun kepalanya masih serabut dengan pelbagai persoalan
yang ingin ditemui jawapannya saat ini jua. Namun, apakan dayanya. Dia masih
bermain dengan teka teki takdir.
“Siapa yang kau
nampak?” Ryan menyoal. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan katil mereka.
“Nothing. Aku nampak benda tu lagi. Aku
dengan ada suara perempuan menangis. Aku tak tau apa kaitan semua ini dengan
aku.” Dalam ayatnya menjawab dengan jujur, Qalam masih menyembunyikan kebenaran
bahawa dia bertemu dengan Aliff Hamdie sebentar tadi.
“Dahlah Lam.
Benda ini dah nak setahun yang lepas. Nak masuk dua tahun dah. Kau jangan nak
serabutkan otak kau. Mesti kau fikir lagi benda tu sebab tu kau alami balik
benda tu.” Ryan masih menasihat benda yang sama sejak hampir dua tahun yang
lalu. Dia juga tahu apa yang berlaku pada Qalam. Lelaki itu sering dihantui
peristiwa lama. Didatangi bayangan dan tangisan perempuan. Dia sendiri tidak
tahu datangnya dari mana.
Nasib Qalam
persis dengan Cinta. Masing-masing ada masa lalu yang sering menghantui mereka.
Bayangan apa, Ryan masih tidak tahu dari mana atau siapa bayangan itu
sebenarnya. Apa punca Qalam diganggu, itulah yang dia tidak tahu dan masih
bingung sampai sekarang mencari jawapan.
Qalam membatu dan
hanya tahu berfikir. Apa kaitan bayangan Aliff Hamdie dengan aku? Jadi selama
ini aku didatangi bayangan Aliff Hamdie? Tapi kenapa? Benda tu sudah lama
berlaku. Sejak aku tak masuk UUM lagi. Waktu tu aku tak kenal Aliff dan adiknya
lagi. Tapi aku dah lama kenal dengan bayangan Aliff Hamdie. Tapi apa kaitannya
dengan perempuan yang menangis? Kenapa aku pun nampak bayangan Aliff Hamdie
ketika bersama Cinta? Apa kaitan semua ini? Hidup Cinta dengan aku ada kaitan
ke sejak dulu? Qalam bingung. Masih buntu mencari jawapan.
Tutorial belajar melalui Wikispace untuk guru
Seorang guru perlu mempelbagaikan kaedah P&P setiap hari.
Globalisasi yang semakin pantas membuatkan guru juga perlu mengejar arus
pemodenan termasuklah penggunaan teknologi dalam pengajaran mereka. Oleh yang
demikian, saya mengesyorkan para guru untuk menggunakan aplikasi web yang
sangat mudah, iaitu Wikispaces.
Anda boleh lihat tutorial bagaimana menggunakan Wikispaces untuk
pengajaran anda. Yang pasti, ianya sangat menarik!
Mencintai Cinta - Bab 17
Bab 17
“JANGAN!!! Tolong jangan tinggalkan saya!!!”
Ryan terperanjat.
Dia segera menghampiri pintu bilik Cinta. Mengintai apa yang berlaku di dalam.
Cinta sedar dari tidurnya. Meracau kuat seperti orang yang tidak siuman. Kak
Lina yang sentiasa ada di sisinya kelihatan cuba menenangkannya namun tidak
berjaya. Tiada cara lain lagi, Ryan terpaksa masuk campur. Dia masuk ke dalam
bilik segera.
“Tak apa En.
Ryan. Cik Cinta akan okey.” Ujar Kak Lina pada Ryan yang tiba-tiba muncul di
sebelahnya.
Ryan senyap.
Terpaksa menahan hajatnya untuk menolong Kak Lina menenangkan Cinta.
“Cik Cinta
mengucap...”
Cinta menarik
nafasnya perlahan. Pandangannya lari pada wajah Kak Lina yang memegangnya. Dia
mula senyap. Meligatkan otaknya mengimbas apa yang telah berlaku sebelum ini.
“Astaghfirullah...”
lafaz Cinta perlahan. Mengesat peluh yang sudah membasahi dahinya. Aku bermimpi
lagi. Keluhnya dalam hati. Matanya melihat kelibat Ryan yang ada di situ. Baru
dia tersedar bahawa Ryan ada ketika dia meracau tadi.
“Awak okey?” Ryan
menyoal perlahan.
“Apa yang awak
buat di sini?” Cinta menjawab dengan melontarkan soalan kepada Ryan. Segera
mencapai tudung yang berada di atas meja sebelah katilnya. Menutup rambutnya
dari penglihatan Ryan.
“Saya...” Ryan
tiada jawapan. Ayatnya mati di situ sahaja.
“Cik Cinta...”Kak
Lina bernada perlahan dengan Cinta. Ryan hanya memerhati apa yang telah
dilakukan oleh pembantu rumah itu. Dia tidak dapat mendengar dengan jelas
tentang apa yang ingin dibicarakan oleh perempuan itu pada Cinta.
“En. Ryan ada di
sini sejak cik tidak sedarkan diri tadi lagi. Kesianlah dengan dia. Mungkin dia
mahu cakap sesuatu dengan cik.”
Cinta melarikan
pandangannnya kepada Ryan. Lelaki itu kelihatan senyap. Tentu dia tidak
mendengar apa yang telah dikatakan oleh Kak Lina.
“Kak Lina nak
keluar dulu. Tuan Ariyanshah suruh Kak Lina inform
kat dia bila Cik Cinta sedar.”
Cinta hanya
senyap. Ryan kelihatan terperanjat sedikit mendengar Kak Lina mahu mengundur
diri di saat ini. Apapun yang terjadi, dia hanya membatu tidak boleh berbuat
apa-apa. Mungkin inilah ruang yang diberikan padanya untuk berbicara dengan
Cinta hanya empat mata. Tiada orang lain yang menghalang.
“Awak okey?”
untuk kali yang kedua, Ryan menyoal soalan yang sama pada Cinta.
“Saya okey. Maaf
buat semua orang panik termasuk awak.”
“Tak apa.”
Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Ryan. Pertama kali dia memulakan
bicara dengan Cinta. Dia merasakan sedikit kekok. Semua soalan yang ingin
ditujukan hilang dari mindanya. Mulutnya juga seakan-akan terkunci. Dia mula
tidak tentu arah.
Keadaan hening.
Cinta tidak bersuara lagi. Ryan pula mula hilang topik. Segalanya seakan-akan
tergendala. Dia sendiri tidak tahu kenapa ini berlaku. Apa yang pasti, ini kali
pertama dia kelihatan seperti budak pendiam. Ini bukan Ryan sebelum ini.
Mata Ryan mula
terfokus di atas meja sebelah katil Cinta. Gambar Cinta dengan seorang
perempuan yang seiras dengan gadis itu. Sebelah bingkai gambar itu pula gambar
perempuan tadi dengan Papa Cinta. Siapa perempuan itu? kenapa muka dia bukan
muka Mama Aliff? Adakah Papa dia kahwin dua? Ryan menyoal benaknya sendiri. Bingung.
“Emmm... saya...
baik saya keluar dululah. Tak manis saya duduk di dalam bilik perempuan berdua
je. Lagipun saya nak cari Qalam dan Aliff. Awakpun dah okey. So, saya tak perlu risau lagi..”
“Hah?”
“Maksud saya...
kami semua tak perlu risau lagi. Nanti saya bagitau yang lain yang awak dah
okey.” Segera membetulkan ayatnya. Hampir lagi terlepas dari lubuk hatinya.
Cinta
menggangguk. Ryan dilihat mengatur langkahnya keluar dari situ. Hilang sahaja
bayang-bayang lelaki itu, Cinta memandang pada bantal di sebelahnya. Tangannya
dimasukkan ke bawah bantal itu.
Ryan memerhatikan
penuh tindakan Cinta melalui ruang kecil dari muka pintu. Pensil apa yang Cinta
pegang? kenapa perlu disorokkan di bawah bantal. Kenapa mesti diletakkan di
situ? Mesti ada makna semua ini. Kemungkinan besar ada kaitan dengan sikap
Cinta yang sering meracau. Ryan yakin dengan apa yang telah dipersoalkannya.
*************************************************************************
QALAM terduduk. Terasa sedikit longlai.
Aliff yang berada di hadapannya menghadap dinding. Ruang ‘Nota Cinta’ yang
penuh dengan gambar Cinta dengan Aliff Hamdie di hadapan mereka direnung
mendalam dengan begitu bermakna.
“Malam tu malam
yang paling bersejarah bagi Cinta. Bila aku sampai kat tempat kejadian, aku
nampak Cinta senyap walaupun dia menangis. Bila aku sentuh dia, dia kaku macam
manusia tak ada perasaan.”
Qalam tekun
mendengar cerita Aliff. Dia sudah tahu punca Cinta suka meracau. Dia akhirnya
juga tahu ke mana Aliff Hamdie selama ini.
“Aliff Hamdie?”
Qalam menyoal tiba-tiba.
“Tikaman yang
terkena pada Aliff Hamdie mengakibatkan dia hilang banyak darah. Dia koma dua
hari sebelum meninggal.”
“What?” Qalam memandang tepat muka Aliff.
Reaksinya terkejut.
“Ya. Aku
kehilangan seorang sahabat yang paling aku sayang kat dunia ni. Kematian Aliff
Hamdie mengubah hidup kami berenam. Cinta selalu meracau. Dia hidup persis
mayat hidup. Kalau dia tak meracau, dia senyap seorang diri. Mengurung dirinya
sendiri. Tak makan, tak minum. Kata doktor, dia trauma dengan apa yang berlaku.
Empat bulan pertama arwah tinggalkan kami, dia alami amnesia. Dia tak kenal
semua orang termasuk aku sendiri. Kau bayangkan keadaan Cinta masa tu. Beberapa
kali dia masuk wad kecemasan kerana mempunyai masalah pada organ dalaman
disebabkan anemia yang teruk dan kekurangan zat akibat tak makan dan minum. Dia
makin kurus sampai doktor sendiri pernah cakap yang dia tak ada harapan lagi
untuk terus hidup. Tapi Alhamdulillah, berkat doa semua orang dia semakin pulih
sekarang.”
“So, dia meracau semula sebab aku? Dia
jumpa manusia yang seiras dengan Aliff Hamdie. Orang yang sudah meninggalkannya
buat selama-lamanya.” Qalam sudah mendapat jawapannya.
“Kalau aku
bagitau kau sesuatu, aku harap kau jangan terkejut.”
“Bagitau apa?”
Qalam menyoal bingung. Ayat Aliff Hamdie sebentar tadi mempunyai makna yang
begitu mendalam.
“Doktor pernah
sahkan Cinta tak waras sejak mengalami amnesia.”
Qalam membesarkan
kedua-dua biji matanya. Ayat Aliff seakan-akan mencucuk deria pendengarannya.
“Tak waras?”
Qalam mengulang. Menyoal mendapatkan kepastian.
“Ya. Cinta kata
dia nampak Aliff Hamdie dalam hidupnya. Dulu dia kritikal sangat sampai nampak
Aliff Hamdie sepanjang hari tapi sekarang Alhamdulillah dah kurang sikit. Dia
kata dia nampak bayangan Aliff Hamdie di mana-mana je. Dia selalu bercakap
seorang diri sebab benda tu. Kau ingat tak Cinta pernah cuti sakit seminggu
sebab dia sakit? Papa aku ada telefon aku dan bagitau penyakit Cinta tu menyerang
dia semula. Minggu tu dia merapu sorang-sorang sampai Papa aku masukkan dia ke
dalam hospital untuk dipantau. Syukurlah dia sembuh semula dalam masa singkat.”
Qalam terdiam.
Mengimbas semula detik dia pernah bertemu Aliff suatu ketika dulu. Dia nampak
lelaki itu menangis. Saat itulah dia mula mengenali lelaki itu dengan lebih
akrab apabila keduanya menceritakan hal peribadi masing-masing dengan lebih
terperinci. Masa itulah juga mereka berbincang tentang pertunangan mereka yang
seringkali dilanda masalah masing-masing.
“So, dia meracau sebab bayangan yang dia
nampak?” Qalam menyoal. Ya, soalan inilah yang paling penting sekali baginya.
Dari dulu dia ingin tahu kenapa Cinta berkelakuan pelik.
“Ya. Dia akan
meracau macam yang kau nampak.”
Persoalan di
benak Qalam selama ini akhirnya terjawab malam ini. Inilah persoalan utama yang
sering melanda mindanya. Dia tidak menyangka, di sini, di rumah Aliff sendiri
cerita itu terbongkar sedikit demi sedikit.
Ryan mematungkan
diri di luar bilik. Mendengar setiap ayat yang dikeluarkan Aliff kepada Qalam,
dia terpaku. Nasib Cinta mula diselongkar satu per satu. Gadis itu memang
misteri. Namun, masih banyak lagi yang belum terbongkar. Ya, dia sangat pasti.
Pensil, gambar perempuan yang bersama Papa Cinta dan mungkin selepas ini ada
lagi benda yang timbul. Ryan yakin, ceritanya tidak semudah ini.
****************************************************************************
ALIFF memejamkan matanya. Jam di dinding sudah
menunjukkan angka tiga pagi namun dia masih tidak dapat lena. Telinga dari tadi
mendengar suara jelas Aliff Hamdie.
“Kau janji de...
dengan aku, Liff. Ja... jaga Alyah sebaik... yang mungkin. To... tolong
hentikan... tangisannya. Aku nak... dia... senyum semula macam biasa...”
Aliff menangis.
Aliff Hamdie yang kelihatan nazak masih cuba sedaya upayanya menyampaikan
amanah. Tangan mereka tergenggam erat menunjukkan ikatan persahabatan yang
begitu kukuh.
“Aku tak boleh
janji. Aku mungkin tak boleh kembalikan senyumannya. Kau sendiri tau, dia
tersenyum semula pun sebab kau hadir dalam hidupnya. Hanya kau yang dapat
mengubah dia.”
“Kak Lisa...”
Aliff Hamdie memanggil kakak kembarnya. Alisa yang berdiri di sebelah kanannya
masih menangis tidak berhenti melihat adik kesayangannya dalam keadaan
sedemikian. “Tolong DD, Kak... Lisa. Hanya... Kak Lisa dan... Aliff yang boleh
buat... semua ni. Tolong...”
Alisa hanya
menangis. Naluri kembar yang dimilikinya membuatkan dia agar sukar menerima
kenyataan bahawa separuh hidupnya akan hilang bila-bila masa atas kehendak-Nya.
Keadaan adiknya yang nazak sebegini agak sukar kerana terlalu berat untuk
dihadapi.
Aliff tersentak.
Cerita lama menguasai mindanya. Sudah lama adegan itu cuba dilupakan namun
semakin sukar untuknya. Bingkai gambar di hadapannya ditenung. Muka Aliff
Hamdie menjadi fokus utamanya.
“Aku dah cuba
yang terbaik, Liff. Aku masih gagal. Aku tak akan kalah demi janji yang kau
berikan pada aku dan Lisa. Demi kau, Liff. Demi persahabatan kita. Aku akan buat
sampai boleh. Aku tak akan peduli walau apapun yang akan terjadi. Asalkan Cinta
tidak meracau lagi dan kembali senyum macam dulu. Aku janji!”
Aliff menggenggam
tangannya. Cincin pertunangan di jari manisnya ditenung sedalam-dalamnya. Liff,
aku akan buat apa yang boleh. Demi janji kita. Demi senyuman Cinta!
***************************************************************************
ALISA memerhati gambar di hadapannya. Wajah
Qalam bermain di dalam otaknya. Wajah Aliff Hamdie yang ada dalam bingkai
gambar di hadapannya juga diperhati penuh. Kenapa ada takdir sedemikian rupa?
Dia masih melegarkan soalan itu di dalam otaknya. Dia bingung dengan apa yang
telah berlaku.
“Kak Lisa masih
tak faham. Kenapa Qalam muncul? Dia macam dekat dengan Kak Lisa. Siapa dia yang
sebenarnya? Kenapa Kak Lisa dapat merasakan ada aura DD dalam diri Qalam?” Alisa
bersuara seolah-olah menyoal gambar di hadapannya.
“Kak Lisa...”
Alisa terdiam.
Membatu seketika. Tubuhnya dipusingkan perlahan ke belakang. Ke arah suara yang
baru menyapanya sebentar tadi.
Bayangan itu
muncul semula. Alisa menarik nafas perlahan.
“Dalam diri Qalam
ada DD.”
Alisa terdiam.
Apa yang cuba disampaikan oleh bayangan itu, dia masih kurang pasti. Apa yang
dia pasti, memang bayangan itu dilihat dengan jelas. Dia tidak bermimpi.
“DD...” Alisa
memanggil nama timangan manja adiknya. Dia sekeluarga sahaja yang memanggilnya
dengan nama singkat itu. Juga gadis yang dicintainya, Cinta Nur Alyah.
“Tolong
kembalikan senyuman Alyah. DD rayu dengan Kak Lisa... kak boleh tolong DD.”
Alisa menggeleng
beberapa kali. Dia yang lemah mendengar suara adik kesayangannya itu dilihat
mengalirkan air mata perlahan.
“Qalam... dia ada
jawapannya sebab dalam diri Qalam ada DD.”
“Hah?” Alisa
masih bingung. Ayat itu masih samar dan tidak ditemui makna mendalamnya.
“DD perlukan
senyuman Alyah... please...”
Alisa meliarkan
matanya. Bayangan itu hilang sebaik sahaja menamatkan ayat yang mendayu-dayu
itu. Dia menarik nafas. Air mata yang mengalir perlahan kelihatan tidak tumpah
lagi. Dia kemudiannya tunduk. Menarik nafas dengan cermat.
Sudah lama dia
tidak didatangi bayangan itu. Dia juga masih tidak tahu kenapa dia masih
mengalami keadaan ini. Adakah satu mimpi atau anugerah Ilahi? Dia sendiri tidak
pasti. Apa yang dia pasti, bukan dia seorang sahaja yang mengalami keadaan ini.
Cinta juga sama.
Beberapa hari
selepas pemergian Aliff Hamdie, dia didatangi bayangan adiknya itu. Dia pelik
kerana dia boleh berkomunikasi dengan bayangan seakan-akan roh itu. Apabila
mendengar khabar bahawa Cinta trauma dan anemia kerana dipercayai didatangi
bayangan Aliff Hamdie, dia terperanjat. Dia bingung. Namun, dia tidak pernah
membuka mulut pada sesiapa termasuk kedua orang tuanya dan kawan-kawannya. Dia
takut disahkan tidak siuman sama seperti Cinta.
Tak! Semua ini
bukan satu ilusi seperti mana doktor yang merawat Cinta sahkan. Ini satu
realiti. Bayangan itu benar-benar wujud. Kami bukan manusia gila.
Subscribe to:
Posts (Atom)