Friday 25 October 2013

0ne Step Cl0ser... - Bab 2

BAB 2


Atiqa
memandang Lea. Dia yang sedang memandu berasa pelik dengan sahabatnya itu. Kejap-kejap tersengih bila berbalas mesej. Liyana yang duduk di kerusi bahagian belakang turut beremosi sama dengan Atiqa. Dia juga perasan.
“Kau mesej dengan siapa?” Atiqa menyoal.
“Zali.”
“Sampai tersengih-sengih macam orang jatuh cinta ni. Peliklah.” Sambung Atiqa lagi.
“Kau ada apa-apa ke dengan dia?” Liyana memajukan mukanya ke hadapan. Menyoal dengan penuh sangsi.
“Apa pulaknya. Dia kawan baik akulah. Macam aku dengan korang. Kan dah berapa kali aku jelaskan. Selain ada korang, my lovely cokiez, aku ada sorang lagi kawan baik di dunia ini. Muhammad Ghazali bin Rizal a.k.a Zali.”
Menyedari muka Liyana dan Atiqa mula berubah, Lea tidak tahu mahu mengulas apa lagi supaya mereka faham. Sudah beratus-ratus kali dia memberitahu tapi mereka masih tidak mahu percaya. Memang dia mempunyai enam orang sahabat dan geng mereka digelar ‘Cokiez’ sejak zaman sekolah lagi. Berkongsi suka duka dan perjalanan hidup walaupun kini semua mula mempunyai komitmen masing-masing. Namun, apabila bertemu dengan Zali empat tahun lalu, dia seakan-akan bertemu dengan seorang sahabat yang terlalu memahami dirinya.
“Kita pun pernah sepakat dulu. Dalam berkawan, kita tidak perlu malu untuk bercerita masalah atau kisah kita sesama kita. Kita juga kena faham masing-masing ada hal peribadi yang kadang-kadang kita tidak mampu nak cerita sesama kita. Aku tau, masing-masing ada benda yang kita rahsiakan sesama kita. Dan aku pun mengaku aku memang berahsia ‘something’ dengan korang. I’m really sorry dan berharap kamu faham. Zali dah macam diary aku. Jangan pelik kalau aku mesej dia setiap saat menceritakan itu ini dengan dia. Tapi aku sumpah, benda yang patut aku bagitau kat korang, memang aku kongsi. Bukan sahaja pada Zali. Sebab aku tahu, dalam hidup aku selama 24 tahun ni, aku cuma ada tujuh orang kawan baik. Enam daripadanya Cokiez dan sorang lagi Zali.”
Atiqa memandang Liyana melalui cermin. Hujah Lea memang ada kebenarannya.
“Kita semua ada hak nak berkawan dengan sapa-sapa Lea. Jangan risau. Sebenarnya kami pun nak sangat berkenalan dengan Zali kau tu. Dah kau asyik sebut nama dia je.” Liyana bersuara.
I’m sorry. Kalau cara aku berkawan dengan Zali mungkin sakitkan hati korang.” Lea rasa bersalah.
“Hei, mana ada. Dahlah. Walaupun satu geng, kita semua ada kawan ‘luar’ dari geng kita kan. Dahlah. Lea sebenarnya aku suruh kau keluar jumpa aku hari ni nak tanya kau yang  Auntie Diba ajak kau dan aku pergi rumah dia.” Atiqa memang bijak meneutralkan keadaan dengan menyampaikan benda yang patut.
“Aku?” Liyana segera menyampuk.
“Kau tak nak masuk kerja ke? Dahlah dua hari lepas kau lewat masuk kerja. Kau memang saja nak cari pasal dengan bos poyo kau tu kan?” Atiqa mula mengejek.
“Huh! Aku lewat lima minit je kot hari tu. 50 minit dia bebel aku dalam ofis. Sampai hari ni dia bagi aku warning. Masuk awal. Macamlah aku ni budak-budak!”
Lea dan Atiqa masing-masing berpandangan. Dua-dua ketawa terbahak-bahak. Bab cina poyo tu, memang Liyana geram.
“Sekarang kau nampak jam tangan kau dan bezakan dengan jam kat dashboard kereta aku ni. Aku rasa kau dah lewat lagi ni.”
“Hah?” arahan Atiqa membuatkan Liyana kalut. Cepat matanya memandang segala jam yang ada. Arghhh!!! Sekali lagi…
So, nak aku hantar kau ke MB Hotel atau Big Apple?” Atiqa yang menjadi pemandu mula menyindir.
“MB Hotel la. Cepatlah Tiqa.”
Lea dan Atiqa ketawa lagi. Sebentar tadi Liyana menawarkan diri untuk belanja dua sahabatnya itu makan Big Apple sebagai pencuci mulut selepas makan di nasi restoran.
“Alah… kebulurlah aku nak makan Big Apple…” Lea kelihatan memegang perutnya persis seperti ibu mengandung.
“Reaksi kau jangan nak lebih sangat ya. Esok-esok aku belanja. Hari ni kau belanja Atiqa sebagai menggantikan aku.”
“Amboi, korang kata nak belanja aku!”
“Okey. Biar hari ni aku yang belanja pelajar dekan kita. Dan kau Yana, esok aku tagih Big Apple dari kau pulak!” Atuqa segera mencelah.
“Hah, idea Tiqa memang paling terbaik. Hari ni Big Apple dari Atiqa. Esok dari Liyana. Bunyinya sangat seronok!”
“Memang seronok. Perut kau yang kenyang.” Liyana geram. Lea memang kebudak-budakan.
“Lusa aku nak Zali pulak belanja Big Apple.”
“Zali… Zali… Zali… nama budak tu je yang kau tahu sebut.”
Lea menjelirkan lidahnya pada Liyana. Hahaha, memang bahagia mempunyai ramai sahabat!

LEA dan Atiqa masing-masing memandang persekitaran. Rumah banglo yang tersergam indah di hadapan memang besar. Bersih. Memang cantik dengan gaya moden.
“Betulkah ni rumah Auntie Diba?” Atiqa menyoal. Dia yang berkira-kira untuk parking di dalam rumah kelihatan menekan brek. Dia berhenti sebentar di hadapan pintu pagar.
“Ikut kad nama yang Mama kau bagi, memang dah betullah ni. Satu taman dengan kau kot. Takkan salah. Yang kau ni pun satu. Selama ni dia satu taman dengan kau pun kau tak tau?” rungut Lea. Memang tidak percaya.
“Taman ni besar. Rumah akuu lorong dua. Dia ni lorong berapa Cik Lea Sophia? Jauh kot. Aku tak sangka pulak taman aku ni ada banglo besar macam ni.”
Business dia maju sangat-sangat. Memang mampulah buat rumah besar-besar.”
“Aku dengar anak dia kerja doktor. Sorang jurutera. Sorang masih sekolah. Form four kot tak silap. Abang Fahmi kau tu aku rasa yang jadi doktor. Akupun tak ingat sangat apa yang Mama aku ceritakan. Time tu aku tengah gunting kain.”
“Abang aku ada sorang je tau. Nama dia Lais Sufyan. Bukan Fahmi.”
“Maksud aku, abang pujaan hati.”
Lea menjeling tajam pada Atiqa. Atiqa tersenyum seakan-akan kemenangan berpihak padanya.
“Mak aiii, patut rumah dia besar. Dia mesti ambil tiga lot rumah ni. Tengoklah. Siap ada taman, garaj…” puji Atiqa sambil memarkingkan keretanya di garaj yang tersedia. “Kau tengok, siap ada tukang kebun. Kereta pun ada tiga bijik. Sebijik motor. Tabik springlah dengan Auntie Diba ni.”
Lea hanya senyap. Mengakui keterujaan Atiqa. Terasa malu pula dia diundang ke kediaman mewah itu.
“Eh, betulkah Auntie Diba ajak aku sekali ni?” dari tadi Lea berasa pelik. Apa tidaknya, dia baru berkenalan dengan Puan Adiba dua hari lepas. Tidak sampai sepuluh minit sebelum Lea mengundur diri kerana janjinya mahu bertemu dengan Zali.
“Betullah. Mama aku yang sampaikan. Kalau tak percaya, kau boleh call Mama aku. Hah, number phone Mama aku ada kat kau kan?”
“Okei-okei, aku percaya. Tapi apsal dia nak jumpa aku?”
“Pasal jahitan.”
“Hah?”
“Sebenarnya aku nak minta Auntie Diba ajarkan aku. Bila Mama aku sampaikan hajat aku tu dekat dia, dia kata dia nak ajak kau sekali datang. Boleh kita belajar sama-sama. Mesti kau nak, kan? Peluang keemasan kot.”
“Nak kena bagi dia upah ke?” disebabkan dia pernah belajar menjahit di maktab jahitan dulu berbayar, Lea menyoal. Sebenarnya sengaja mencari alasan. Baginya kehadirannya tidak penting. Mesti menyusahkan orang tua itu.
“Dia pun nak minta tolong kat kau Lea. Minta komen design baju baru dia buat.”
“Hah?”
“Dia kata cara kau bagi komen hari tu memang nampak kau dah pakar dalam jahitan. Kau lebih kreatif dari dia.”
“Merepeklah. Kot kot dia nak marah aku tak. Kutuk-kutuk design dia.”
“Kau tu yang merepek. Dah-dah. Keluar dari kereta sekarang. Tukang kebun dia dah datang kat kita.”
Lea menggaru kepalanya yang berbalut tudung selendang sebelum turun dari Toyota Cambry milik Atiqa. Atiqa kelihatan mengemaskan baju dan selendang yang dipakainya.
“Tetama Puan Adiba ke ni?” Mesra Pak Amin menyapa.
“Ya.”
“Puan dah tunggu kat dalam.”
“Terima kasih pak cik.”
Pak Cik Amin mengangguk sambil tersenyum mesra sebelum mengatur langkah pergi menghabiskan kerjanya. Atiqa dan Lea mula mengatur langkah dan memberi salam kepada tuan rumah.

“MAMA..!”
Fahmi dan Fariz terperanjat melihat Azalia berlari mendapatkan tamu yang baru memberi salam. Puan Adiba yang baru keluar dari dapur kelihatan tersenyum. Melihat perubahan Azalia yang positif, dia senang hati. Terus memandang pada Atiqa. Gadis itu sememangnya mengotakan janji untuk menolongnya. Dia berjaya memabawa Lea datang ke rumahnya.
Lea terperanjat. Azalia berlari ke arahnya sambil mendepakan tangan ingin memeluknya. Cepat dia tunduk dan tubuhnya dipeluk laju. Dua hari lepas dia digelar ‘Mama’ oleh anak itu. Dua hari juga dia cuba mencari jawapan tapi tidak ketemu. Kenapa dia panggil aku ‘Mama’? Muka aku seiras ke dengan Mamanya? Itu yang bermain di otaknya.
“Rindu kat kakak tak?” Lea menyoal mesra. Melepaskan pelukan Azalia. Membahasakan dirinya sebagai ‘kakak’.
“Rindu.”
“Auntie, kami ada bawa sedikit donut.” Atiqa yang berdiri di sebelah Puan Adiba mula menghulurkan buah tangan yang dibelinya bersama Lea.
“Buat susah-susah je.”
“Tak ada susahnya. Tadi Tiqa celebrate budak dekan ni.”
Lea memandang Atiqa dan serentak itu dia berdiri. Entah sejak bila Atiqa jadi reporter, dia sendiri tidak pasti. Semuanya dia nak report. Buat malu saja!
“Budak Dekan?”
“Tu. Lea dapat dekan lagi semester lepas. So, kitorang janji dia Big Apple.”
“Wah, tahniah.” Ucap Puan Adiba. Serentak Lea menyalam tangannya. Sejak sampai tadi, dia belum sempat menyalam tangan orang tua itu kerana Azalia memeluknya.
“Tak adalah. Tiqa gurau je tu.” Malu. Lea segera cover.
“Dia malulah tu.”
Lea mengecilkan kedua-dua anak matanya pada Atiqa. Geram. Semakin geram melihat ada senyuman nakal di bibir Atiqa.
“Dahlah tu. Mari duduk dulu.”
Lea dan Atiqa hanya tersenyum dengan pelawaan itu. sedikit tersentak Lea bila tangannya dipaut Azalia. Dia yang berasa pelik dan malu cuma mengikut langkah anak kecil itu. Terpaku pandangannya tatkala melihat susuk tubuh yang ada duduk di ruang tamu. Sepasang mata itu merenungnya tajam


Ahmad Fahmi bin Ahmad Imran!




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^