Saturday 19 October 2013

0ne step cl0ser... - Bab 1

BAB 1

Butik Mahligai sesak dengan gelak tawa. Suara Liyana paling hebat di antara tiga sahabat itu. Sudah hampir sejam dia berleter tapi masih tidak menemui titik noktahnya. Selang lima saat, Atiqa dan Lea menghamburkan ketawa masing-masing. Dua orang pekerja Atiqa juga tidak mahu ketinggalan menyertai sesi itu walaupun sedang sibuk mengira stok baru tudung Fareeda yang baru sampai.
“Jangan cari pasal Yana. Hari ni benci, esok-esok kau lekat dengan dia baru padan muka kau! Tup tup hujung tahun ni ada kad jemputan kahwin dari kau. Aku dan Lea orang pertama gelak guling-guling sebab kau!” Atiqa yang berada di kaunter pembayaran sudah menyelit. Perutnya sudah sakit akibat ketawa yang berlebihan.
“Betul tu. Kau ingat sikit pepatah melayu. Mula-mula benci. Sikit-sikit suka. Lama-lama cinta. Paling lama, kahwin. Wahhh…” Lea mula menambah. Ketawa mereka berderai sekali lagi. Nasib baik sahaja tidak ada pelanggan yang datang ketika itu.
“Eee… bala, bala, bala… tak nak aku dengan mamat cina poyo tu! Marah je hobinya. Pantang tengok aku, ada je dia cari pasal. Eh, yang kau ni Lea. Kata nak jadi cikgu, pepatah mana pulak kau rembat tu? Kau belajar macam tu ya kat UUM?”
“Nak jadi cikgu kenalah kreatif. Lagipun aku bukannya cikgu BM. Cikgu Perdagangan. Bahasa tunggang langgang tak pa. janji anak murid aku faham. Tapikan, aku rasa pepatah aku tadi cocok banget dengan kau, Yana!” masih tidak mahu mengalah, Lea siap berloghat Indonesia dengan Liyana yang duduk di sebelahnya.
Liyana mati kata. Mulutnya mencebik. Mulalah mahu merajuk.
“Alala… takkan yang tu pun kau nak merajuk.” Lea berusaha memujuk.
“Dahlah. Korang jangan tanya aku pasal mamat cina poyo tu lagi!” segera lari dari topik. Liyana kalah!
Atiqa yang sibuk menguruskan sesuatu di kaunter pembayaran melihat ke wajah Lea. Masing-masing berbahasa isyarat mata yang hanya difahami oleh mereka berdua. Tidak sangka Liyana mengaku kalah! Jarang sekali dia kalah dalam berhujah. Tidak hairanlah dia menjadi the best  Sales Marketer di sebuah Hotel yang terletak hanya bersebelahan dengan Butik Mahligai milik Atiqa.
“Lea, berapa lama korang cuti sem ni?” segera mengalihkan topik baru. Atiqa memang pakar bab ini.
“Amboi, aku taulah korang dah graduate setahun lalu. Takkanlah cuti sem dah tak ingat berapa bulan.”
“Otak dah beku sebab dah lama tak masuk kuliah.” Finally, Liyana bersuara. Tidak jadi merajuk!
“Sebulan je pun. Eeii, tak sabar aku nak masuk sem lapan. Finally… Final sem!” keterujaan Lea jelas terpancar.
“Tak pa. kau belajar sampai empat tahun di negeri orang jauh nun di utara tu pun boleh jamin masa depan. Keluar nanti, bolehlah kau jadi cikgu. Bukan macam kitorang ni.” Atiqa bersuara lagi.
“Eleh, korang ni lagi hebat. Dah dapat kerja. Aku je ni yang masih terkapai-kapai tak habis study.” Ulas Lea.
“Yala… cikgulah yang menang…!”
Lea tersengih. Mudah sekali dia menang hari ni. Yang peliknya, Liyana boleh kalah dengan mudah hari ini. Atiqa yang terkenal dengan sifatnya yang neutral kelihatan masih sibuk menguruskan kedainya walaupun aktif menyampuk.
“Yang ni baju kurung baru sampai.” Nina, pekerja Atiqa memberitahu.
Atiqa yang baru beralih ke almari baju kurung pelbagai jenama kelihatan membelek-belek. Sebagai tuan empunya butik, dia selalunya meneliti setiap barangan baru sampai terutamanya baju. Mahu dirembatnya sebelum ada customer membeli. Nasib baik anak tauke, kalau tidak mesti hutangnya sudah bertimbun di butiknya sendiri!
“Baju ni cantikkan? Design baru. Aku ada nampak dalam majalah ‘Hijabista’ sebijik dengan yang aku pegang ni.” Atiqa menarik perhatian Liyana dan Lea dengan mengangkat sepasang baju kurung moden berwarna pink.
“Aku nak hadiahkan kat kau, Lea.” Atiqa cuba berlawak.
“Eh, aku tak nak. Korang sengaja nak cari pasalkan?” Lea terkena. Liyana dan Atiqa ketawa terbahak-bahak. Bukan mereka tidak tahu, gadis itu memang alah dengan benda berwarna pink termasuk makanan berperisa strawberi.
“Jenama apa?” Liyana menyoal.
“Fara.”
“Bukan brand baru ke tu?”
Atiqa mengangguk pada Liyana.
“Sebenarnya dah lama cuma sejak lima tahun kebelakangan ni, jenama baju kurung ni melonjak. Korang nak tau, pengasas dia orang Tawau tau!”
Lea dan Liyana membesarkan biji mata masing-masing. Terkejut.
“Aku pun baru tau bila Mama aku bagitau minggu lepas.”
“Nak tengok.” Pinta Lea. Dari jauh dia kagum melihat design baju yang ada di tangan Atiqa. Memang cantik. Perekanya mesti kreatif.
Liyana dan Lea sama-sama memegang baju kurung tersebut. Sifat kagum menguasai diri. Atiqa yang sibuk membelek majalah ‘Hijabista’ kelihatan kusyuk mencari baju yang sama dalam majalah seperti mana dia maklumkan tadi.
“Ni dia! Sama kan?” Atiqa menunjuk. Liyana dan Lea serentak memandang majalah dan baju tersebut silih berganti.
“Pereka dia Puan Fara Adiba. Nama dia kot dia ambil jadi jenama produk dia.  Bangga aku jadi rakyat Tawau sebab ada rakyat kita berjaya seiring dengan pereka hebat di Semenanjung.” Penuh patriotik nada Liyana mengulas selepas membaca biodata pereka itu yang terselit dalam majalah.
“Ada lagi berita yang paling mengejutkan. Puan Fara Adiba tu jugak ibu kepada budak sekolah menengah kita dulu kat St. Patrick.”
What? Siapa, siapa?” Laju Liyana menyoal.
“Kita kenal ke?” Lea pun siap dengan soalan.
“Kenal sangat. Abang senior pujaan hati kaulah Lea. Abang Fahmi.”
Liyana dan Atiqa memandang Lea serentak. Gadis itu senyap tanpa kata.
“Apasal?” Lea tidak keruan bila Liyana dan Atiqa memandangnya.
“Eh, kau memang suka dia sampai sekarang ke?” Liyana menyoal.
Lea hanya senyum. Tidak mahu berbohong. Memang pertama kali dia terpandang Fahmi semasa orientasi masuk ke tingkatan satu, hatinya terpaut. Ketua pengawas itu memang menghiasi ingatannya siang dan malam. Lea sendiri tidak tahu kenapa dia berperasaan sedemikian rupa.
“Lea, wake up. Dia bukannya tau kau suka dia. Lea, dah nak sepuluh tahun kot.” Bab berleter, memang Liyana adalah ketuanya.
Pada masa yang sama, Puan Aniza ibu kepada Atiqa kelihatan baru memasuki butik. Lea rasa seperti terselamat. Malas mahu mendengar leteran Liyana yang sudah lali sejak sepuluh tahun lalu. Walaupun bersahabat baik, namun semua sahabatnya tidak suka dengan perangai Lea yang satu itu. Gila bayang dengan lelaki bernama Ahmad Fahmi bin Ahmad Imran. Ketua pelajar yang bongkak!
“Mak cik…” Lea dan Liyana menyapa mesra. Mula berdiri dari kerusi masing-masing. Tangan kanan Puan Aniza di salam mengikut giliran.
“Aik, Lea. Bila sampai Tawau?” Puan Aniza yang hairan melihat kehadiran Lea di situ menyoal. Hari biasanya dia hanya melihat Liyana sahaja menapak di situ menemani anaknya di waktu makan tengah hari. Namun berbeza hari ini. Mereka bertiga.
“Semalam. Rindu sangat dengan diorang. Terus datang sini hari ni.”
“Patutlah tengok muka macam penat semacam je.”
Lea tersenyum.
“Tiqa, Mama nak bincang sikit dengan supplier. Kejap lagi dia masuk. Mama guna ofis dalam tu ya.”
Atiqa yang baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi sebelah Liyana kelihatan mengangguk.
“Lama tak, Ma? Pukul dua ni Tiqa nak pergi kelas menjahit. Beg Tiqa ada dalam ofis. Kalau lama, Tiqa pergi ambil siap-siap.”

PUAN ADIBA menolak pintu masuk Butik Mahligai. Telinganya menangkap suara beberapa remaja yang sedang rancak berbual diselangi dengan suara-suara ketawa. Azalia yang dibawa bersama kelihatan senyap seperti biasa.
“Baju ni cantik. Cuma tengok jahitan sebelah sini. Senget sebelah. Kalau nak pakai, mesti kedut-kedut bahagian tangan dia ni tak balance.”
Mata Puan Adiba tertumpu pada baju kurung moden yang terletak di atas meja. Tiga orang gadis sedang berbincang pasal pakaian itu. masing-masing ada pendapat tersendiri. Apa yang pasti, komen sebentar tadi memang tertangkap jelas dek telinganya.
“Errr… Pu… Puan Adiba.” Bergetar-getar suara Atiqa. Dia yang tiba-tiba melihat Puan Adiba masuk mula terkejut.
“Mama ada?” Puan Adiba menyoal Atiqa yang kelihatan berdiri perlahan-lahan dari tempat duduknya.
“Ada. Ada kat dalam ofis.”
“Terima kasih. Jom, Lia. Kita masuk dalam ofis dulu.”
Senyuman Atiqa mengiringi langkah Puan Adiba dan cucunya yang baru berumur 4 tahun itu. Hatinya sudah penuh debaran.
“Lea… habislah!”
Lea mengangkat muka melihat Atiqa yang sudah kalut. Liyana yang duduk di tengah-tengah dua sahabatnya kelihatan bingung. Sama seperti Lea.
“Apasal?” Lea menyoal. Pelik. Kenapa namanya sahaja yang diseru oleh Atiqa ketika ini?
“Tu… yang tadi tu… dialah Puan Fara Adiba. Pemilik ‘Fara Collection’. Jenama baju yang kau sedang komen sebentar tadi!”
What?” Lea melopong. Sama seperti Liyana.
“Apasal kau tak bagitau? Habislah. Habislah. Aku nak buat apa ni?” Lea merayu pertolongan. Kalut. Dia memandang Atiqa dan Liyana silih berganti.
Lea, I’m busy right now. I have to go. Lunch aku dah habis ni. So, aku kena masuk MB Hotel sekarang sebelum mamat cina poyo tu tau aku masuk lewat lagi.” Liyana terselamat dari masalah ini. Memang nasibnya bila dia melihat jam sudah menunjukkan 1.35 petang. Memang sudah lima minit dia terlewat masuk kerja semula selepas rehat.
“Yana…” Lea masih mengharapkan gadis itu. Namun Liyana kelam kabut mengatur langkahnya.
Bye!”
Putus harapan Lea pada Liyana bila melihat gadis itu sudah keluar melalui pintu utama. Lea kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah Atiqa.
“Kenapa tak bagitau dia nak datang…?”
“Mama aku tak cakaplah tadi siapa nak datang. Dia cuma cakap ‘supplier’. Supplier butik aku ni ramailah.”
Lea menepuk dahinya. Kemudian betulkan semula selendang yang dipakainya. Habislah! Padan muka. Kuat sangat komplen!
“Cari topik lain. Baju ni biar aku simpan dulu. Kita sembang macam biasa. Anggap topik yang tadi tu tak ada!” cadang Atiqa berbisik. Takut didengar sampai ke ofis. Bukan setakat Lea yang kuat komen tu yang mampus, dia sekali akan terjebak!
“Logik idea kau!”
“Emmm… macam mana dengan praktikal kau hari tu?” walaupun mengalihkan topik dengan mengejut, itulah hakikatnya yang dia mahu Tanya pada Lea sejak tadi.
Sudah hampir setahun Lea tidak balik ke Tawau disebabkan perlu menjalani praktikal semasa cuti semester lalu. Habis sahaja praktikal, dia bergegas masuk kuliah pula. Jadual memang padat seakan-akan satu sem yang panjang.
“Wei, kau kan tahu kita dulu teruk dalam akaun. Top loser dalam kelas. Adei, last-last aku kena mengajar akaun masa praktikal. Memang mampus aku. Rasa nak pitam bila aku nampak jadual yang Penolong Kanan bagi kat aku hari pertama praktikal. Akaun! Dahlah kena start mengajar hari kedua praktikal, jadual aku pulak macam menyindir aku. Subjek pertama, masa pertama dan kedua, subjek akaun! Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak, depan-depan Penolong Kanan aku pengsan!”
Atiqa ketawa terbahak-bahak. Tiba-tiba terimbau kenangan mereka semasa tingkatan empat. Bab akaun, memang mengantuk. Bila ada homework, ada saja budak cina jadi sasaran untuk ditiru. Punya nakal ketika itu!
“Seram gila bila anak murid aku banyak tanya. Aku bukannya tak boleh jawab. Syukur Alhamdulillah jugak sebab  aku wajib ambil finance kat UUM. Ada jugaklah bekalan aku nak menjawab kat budak-budak tu.”
“Mesti kau panik, kan?”
“Apa tak panik. Mula-mula tu aku merepek tau ajar diorang. Aku pun tak sedar aku tersasul sebut debit kredit. Sampai sorang budak terror tu berdiri. Dia tanya aku. Nasib aku boleh jawab. Apa lagi, putar punya putar ayat aku, last-last anak murid aku pun puas hati. Padahal, aku yang mula-mula buat silap. Nasib baik boleh cover.”
Semakin rancak ketawa Atiqa.
“Hukum karma kot dengan kau sebab kau tak siap homework dulu.”
“Amboi, Tiqa. Mengata aku nampak. Macamlah dia siap!”
Mereka berdua ketawa serentak. Tidak percaya dulu mereka boleh senakal itu.
Seronoklah kau boleh jadi cikgu.” Walaupun ada nada kesal kerana tidak memohon jurusan perguruan selepas tamat STPM bersama Lea, Atiqa tetap bersyukur. Kini dia yang berkelulusan Sarjana Muda Keusahawanan mampu menolong Mamanya menguruskan butik keluarga mereka.
“Tulah. Aku syukur sangat. Walaupun belajar jauh-jauh. Dari Sabah ke Kedah, tapi semuanya nampak berbaloi. Kalau dah jadi cikgu nanti, InsyaAllah mengajar sesi pagi. Boleh aku bangun sediakan sarapan untuk suami, anak-anak. Balik tengah hari. Bolehlah jemput anak-anak sekali balik sekolah. Masak untuk lunch. Petang-petang boleh sambut suami kat pintu bila dia balik.”
“Amboi… dah jauh angan-angan kau tu. Sampai kahwin segala.”
Lea tersengih. Dia sudah set di mindanya untuk menjadi seorang guru cemerlang, isteri mithali pada suaminya dan ibu penyanyang pada anak-anaknya kelak.
Perbualan mereka berjeda tatkala melihat Puan Aniza dan Puan Adiba keluar dari ofis bersama-sama Azalia yang masih teguh berpegangan tangan dengan neneknya.
“Budak nilah yang saya maksudkan.”
Lea kecut perut tatkala Puan Adiba menunding jari ke arahnya. Segera dia melihat Atiqa. Memang mampus kali ini. Mak cik itu dengar dengan jelas tadi!
“Lea…” Puan Aniza memanggil Lea.
“Ya, mak cik…” Lea akur. Perlahan dia berdiri dari kerusi dan tersenyum ke arah Puan Aniza dan Puan Adiba.
“Auntie yang reka baju tu. Lea boleh panggil ‘Auntie Diba’.”
Lea memandang Atiqa di sebelahnya. Puan Adiba kelihatan tersenyum sambil menghulurkan tangan kanannya mahu berjabat tangan. Lea teragak-agak menyambutnya namun akhirnya mereka saling bersalaman.
“Nama saya Lea Sophia. Panggil saya Lea pun boleh, Sophia pun boleh.”
“Auntie panggil Lea, bolehkan? Semua orang dah panggil macam tu. Lagipun senang nak ingat. Sama dengan nama cucu saya ni.” Puan Adiba menegur mesra. Terus hilang gundah gulana yang bersarang di hati Lea.
“Ya ke? Hi sweety. Nama kita samalah. Nama penuh awak Lea Sophia jugak ke?” Lea juga menyapa mesra. Dia terpaksa membongkokkan sedikit badannya untuk memudahkan dia berkomunikasi dengan manusia yang mempunyai nama yang sama dengannya itu. Budak comel berusia 4 tahun itu kelihatan senyap. Takut-takut dan akhirnya bersembunyi di belakang neneknya.
Lea panik. Apa yang telah dia lakukan? Adakah sapaannya tadi kasar sampai menakutkan budak itu? Atiqa di sebelahnya kelihatan tersengih. Lea memang cari pasal je hari ini dengan Puan Adiba.
“Lia memang macam ni. Dia cuma rapat dengan auntie, ayahnya, ibunya dan pak cik-pak ciknya. Yang lain dia takut.”
Really sorry auntie. Saya tak tahu.” Segera meminta maaf atas perbuatannya.
“Eh, tak apa. Nama penuh dia Fara Azalia. Cuma beza huruf ‘E’ dan ‘I’ je dengan Lea. ”
Lea semakin malu. Mukanya seakan-akan naik tebal beberapa inci. Dia mana dia harus letak mukanya selepas ini? Pasti Puan Aniza marah padanya sebab buat hal pada supplier butiknya. Aduh, kesal sungguh!
“Sebenarnya auntie ada benda nak tanya Lea. Lea pandai menjahit?”
Lea berasa pelik. Apsal tanya aku pula? Ada kaitan ke dengan Butik Mahligai? Apa kaitan aku dengan butik ni pulak? Aku cuma kawan baik kepada Atiqa, anak pemilik butik itu!
“Emmm… retilah sikit-sikit. Lepas SPM dulu Abah saya hantar saya pergi belajar menjahit. Tak sempat nak masuk under MARA, saya masuk maktab jahit. Tiga bulan je. Tak dalah pandai sangat pun.” Terang Lea jujur.
“Saya hantar Tiqa belajar menjahit pun atas sokongan Lea. Alang-alang buka butik, baik saya hantar Tiqa belajar menjahit. Boleh jugak dia tolong benda-benda yang memerlukan jahitan nanti.” Puan Aniza mencelah.
“Lea ni kira sifu ke dua saya jugaklah auntie. Sebab apa sangatlah input yang masuk dalam kelas menjahit tu. So, kadang-kadang saya minta tunjuk ajar dia jugaklah. Tapi dia study jauh sangat, so bila dia cuti sem macam ni barulah saya ada peluang besar nak mintak dia turunkan ilmu pada saya.” Kali ini Atiqa pula menyampuk. Lea memandangnya. Amboi, fasih pula kawannya itu bercerita.
“Masih study lagi ke?” Puan Adiba menyoal hairan.
Lea mengangguk sambil tersenyum.
“Saya cuti sebulan je. Nanti cuti nanti, saya masuk tahun akhir, semester akhir.”
“Mama..?”
Adiba tersentak. Terkejut apabila mendengar Azalia bersuara. Azalia yang kelihatan takut-takut itu memandang wajah Lea. Lea mula hairan. Memandang pada Atiqa segera. Mama?


2 comments:

  1. iya d0ng... lappy ku r0sak... s0, aq wat n0vel baru.. yg dlu2 2 aq kna tanam b'sm lappy lama.. ahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^