Monday 28 April 2014

Hatyai & Songkla, Thailand

Assalamualaikum ^,^

Yang ni pun kesah throwback... hahaha... asyik throwback je kan... Al kesah travel kali ini adalah bermula tatkala ex-sebelah bilik asrama aku jadi agen cuti2 kat UUM. Punya habis dia promosi kat aku tuk pergi melancong. Almaklumlah, time tu aku dah last sem kat UUM. Dah duduk 8 sem a.k.a hampir 4 tahun kat UUM but aku tak pernah pergi melancong luar negara. Luar negara sangat ( -_- )... padahal sempadan Thai tu dekat giler dengan bumi sintok.

Almaklumlah, nak pergi LUAR NEGARA kan... hahaha.. macam poyo bunyinya. So, aku and kawan2 (yang turut jakun sbb 1st time nak pergi oversea) pergilah buat pas lawatan. Like visa. Disebabkan oleh kami pilih nak jalan2 sehari je, so kena buat pas group. Satu group dalam 20 orang. And semua urusan tu kena buat kat imigresen. So, imigresen yang paling dekat dengan Sintok hanyalah kat Bukit Kayu Hitam.


Ni bukan pas yang disebut2 sebelum ini... sebab pas tu dah diamek oleh pegawai. So, tengok kad penting ni je la. nak keluar dari 'gate' Malaysia and nak masuk 'gate negara luar kena ada benda alah ni.


KAYSORN SOUVENIR SHOP

Then, lulus sudah masuk negara orang... yeah.. destinasi pertama adalah Kaysorn Souvenir Shop. Nak sampai area sini (kira2 200 meter sebelum sampai), baru isyarat telefon akan bertukar. Means... isyarat Digi, Celcom or Maxis dah tak boleh guna. Nak guna line sana jugak. 

Kat kedai ni ada jual banyak benda cenderamata. Baju, beg, keychain... etc... banyak benda ada. But, aku tak rasa ada feel nak beli barang lagi kat sini sebab otak rasa aku masih kat Malaysia. Macam tak percaya kot!

hah, kitorg berempat ni memang tak da motif nak shopping sebab perut lapar. hahahaa... 

Melangkah je masuk bandar, benda aku paling kagum adalah monumen yang diletakkan di setiap jalan. Kerajaan negeri buat satu monumen wajah pentadbir negara and raja-raja Thailand yang sedang memerintah. Cara ni bagus sebab aku rasa dapat jugak rakyat jelata tatap siapa wajah pemerintah and raja diorang. Kira semua orang boleh kenal jugaklah walaupun hanya 'berkenalan' melalui monumen macam ni.

see... benda yang bulat2 tu adalah salah satu monumen


Okey. Disebabkan kami tiba tepat2 waktu lunch dan perut semua orang dah mula berkeroncong, destinasi pertama kami pilih adalah pergi makan! entah makan kat mana, aku lupa sebab lapar sanagt time tu. hehe ^^ Menu paling special yang ada kat Thai adalah Nasi Kuning Ayam. Halal, sedap and menyelerakan!

time ni ada kawan aku makan tomyam sebab nak sangat rasa tomyam ori from Thai. But aq lebih memilih benda ni sebab aku ni hantu Nasi Ayam. and ni memang special punya. SEDAP KOT!!! 100 markah! hahahaha ^^

rasanya sedap.Macam nasi ayam biasa but nasi dia beza sikit. Tu yang buat dia jadi special.

tengok muka orang dah kenyang. hahahaha... sapa2 nak order nasi kuning ayam, boleh lah hubungi nombor tertera.. haahaha ^^


NORA PLAZA

Perut kenyang, hati pun senang. Yeahhh... akhirnya, kami berhenti di Nora Plaza, tempat shopping ole2 (macam pelik je ayat aku). Kat sini sama jugak macam Kaysorn Souvenir Shop but yang ni lebih besar sikit. Turun je dari bus, terus dapat kad diskaun 20% sebab kami ni pelancong. Fuyyooo... ni yang buat aku terjah masuk kedai. hahahaa...

amek ko! hahahaha... sorang dah 1 plastik. Ni baru destinasi pertama.


HATYAI ICE DORM

Sebab pernah kempunan nak masuk Ice Dorm kat I-City dulu, akhirnya aku dapat masuk yang oversea punya. Yihaaa.. tak ke melompat2 aku keriangan macam anak kecik. Hahahaa... nak masuk sini kena bayar 350 baht a.k.a RM35 (time to money exchange RM1 = 100 baht). Kira berbaloi jugaklah.

sebelum masuk, kena berbaris dulu... barulah rakyat Malaysia!


dalam ni ada banyak monumen bersejarah setiap negara. Belakang aku tu diorang buat KLCC.

hah, ni kesah berlagak + kedekut. hahaha... ingatkan tak sejuk sangat, so x nak sewa kasut (sepasang kasut 250 baht). last2 kaki membeku tak tertahan.



actually, aku sedang berusaha untuk tidak menggigil but i can't!!! sejuk giler sampai tangan and kaki aku tak rasa apa-apa...


yang ni sebab dah tak larat and dah mula beku, posing versi duduk je yang mampu.. ^^

tak larat nak tunjuk itu ini dah sebab dah sejuk tahap dewa...


see.. excited kan?


yang ni memang tak tahan and nak keluar dari sini secepatnya.. hahahaha...

So, pengajarannya... siapa nak masuk tempat ni or tempat sebegini, sila sewa kasut or pakai kasut siap2. kalau tak, menyesal tak sudah macam aku. Giler sejuk sebab suhu kat sini cecah -15 darjah celcius!!

jangan jadi macam aku ni... rasa nak jadi ais macam kat belakang aku tu.

kluar dari 'peti ais', ada banyak patung kat luar. aku tak tahu patung ni patung apa, but mungkin patung dewa bagi agama yang diorang anuti.

yang ni pulak tempat paling daebak aku rasa. Sementara tunggu bus, kaki lalu kat makam di-Raja. Yang kat atas tu ada makam. Tak sempat nak naik atas, bus da sampai... kempunan...


TUT-TUT???

Kalau di Sulawesi (Indonesia), benda alah ni digelar 'petek-petek'. Kalau kat Malaysia digelar teksi. Tu lah berbezaan bahasa. Tidak sama seperti teksi di Malaysia but rupanya sama dengan teksi di Sulawesi. Kalau di Sulawesi, pintu teksi adalah sama seperti van. But di Hatyai, pintunya teksi ini kat belakang.

aku tak naik pun. just amek gambar. bak kata orang, gambar sekadar hiasan ^^

ni contoh tut-tut yang aku jumpa di tengah jalan raya. Laju kot driver dia bawa.


KHLONG HAE FLOATING

Sebut pasal Thai, mesti kita sinonim dengan pasar terapung kan? Sebenarnya niat aku datang sini cuma nak tengok tempat ni la. Otak aku dah terbayang2 adegan citer City Hunter (Korean Drama). hahahaha... sebab Lee Min Ho pun dah rasa pasar terapung, aku pun terasa nak jejaki dia. hahaha... yang ni memang serius poyo.. -_-

BUT... tak dapat pergi pasar terapung kat drama tu. Yang dapat cuma kat Khlong Hae Floating. Lebih kurang jugaklah, but tempat ni lagi kecil. Tak dapat nak naik sampan macam Lee Min Ho sebab customer cuma boleh beli barangan kat tepi2 tasik je.. sebab sampan jurujual ada parking kat hulu...


sebab dah petang, aku haus giler. special kat sini, semua bekas air diperbuat dari tanah liat. air dia pun sama je harga dengan Malaysia. Yang aku minum ni air kelapa.  30 baht sebab aku guna bekas yang paling cantek. hehehe...

selfie seorang diri memang kewajiban ^^. Muka ni excited sbb akhirnya dapat sampai tempat ni and rembat sehelai baju... (tu motif gembira sangat)


SAMILA BEACH 

Fenomena matahari terbenam disaksikan di tempat ni. Aku teruja 1000x sebab tempat ni pantai! and i love pantai so so so and so muchhhh!!! 

Kiri kanan banyak giler orang jual sevounir. Aku pun boleh jadi pening. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Apa yang pasti, kakiku laju je melangkah ke depan. Pantai!!! aku nak teriak....!!!

Entah apa yang tertulis kat papan tu, aku redah je amek gambar. agaknya dia tulis 'Samila Beach' kot. hahaha.. pandai2 je aku translate sendiri.

 
gambar ni sama je sebenarnya but lain versi. hahaha... when skema vs. poyo ^^


monumen paling penting kat Samila Beach adalah patung duyung ni. Ni da edit sebab under age tak boleh tengok! hahahaa... ^^ so sexy girl...

oh yeahhh... tengoklah mukaku yang begitu excited... and tangan aku pegang plastik lagi... hahaha...


Sebelum pulang, kami singgah kat satu tempat. Tempat ni kira kedai runcit yang besar. Tempatkan semua makanan Thailand yang unik. and aku dah lupa nama dia. hehehe ^^ (Asyik lupa sebab banyak sangat tidur)

sebab duduk asrama, maggi adalah makanan terpenting di kala lapar. s0, aku borong maggi satu kotak tom yam versi original thai. Barulah daebak!

p/s: 1 kotak adalah hasil syer 2 orang... hehehe... bukan aku makan sorang.

Sebelum balik kami singgah kat pasar malam. Serius rambang mata nampak pasar sebesar itu kat Songkla. Harga murah2 terutamanya baju... arghhh.,.. tergugat imanku. But, sebab excited sangat, sorang pn tak amek gambar.. hahaha... anyway, done tuk kesah Hatyai and Songkla! sebab pergi sana sehari je kan...

kami balik asrama tepat kul 12 malam... nasib baik pak guard bagi lepas masuk dalam. Alasan sebab kitorang lambat sikit kat imegresen bila nak masuk Malaysia balik.. hahaha... tipu sunnat pakcik. minta maaf...

d0ne and Alhamdulillah ^^,


Label : Travelisted

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^