Monday 21 April 2014

Sulawesi Selatan, Indonesia

Assalamualaikum... ^,^

Ini kesah throwback cuti2 2013. Emmm... Sehari selepas balik dari Semenanjung untuk konvokesyen, aku direct ke Imegresen Tawau untuk buat passport. Punya letih. Masuk ke tingkat tiga, kena beratur walaupun aku sampai seawal 7 a.m! Daebak orang Tawau ni. Kalau pasal berbaris, memang menang giler. Sanggup bangun awal pagi untuk dapatkan nombor giliran. Terbaek!

Dari pukul 7 pagi sampai 3 petang. Gila kan? tapi memang itulah tempoh yang aku kena tunggu untuk dapatkan passport. adeiii.. aku sendiri pun tak tahu punca masalah kelambatan ini, tapi yang aku yakin, hanya dua kaunter yang bukak untuk beratus-ratus orang yang datang. Adeiii, bulan December. Bulan honey moon. Bulan bercuti. Memang padanlah ramai orang.


\\

Perjalanan bermula...

Bgai perjalanan kali ini, aku and family pilih naik kapal laut sebab kebanyakan manusia yang nak pergi ke Indonesia menerusi Sabah akan naik benda alah ni. Aku punya excited sebab selama ini tak pernah naik benda ni. Terbayang-bayang jugak kisah titanic menyeberangi lautan yang luas. Serius takut, but excited mengatasi segala-galanya.

Perjalanan ke Sulawesi mengambil masa 3 hari 2 malam menggunakan kapal laut. Kami bertolak pada hari sabtu and finally jejak kami ke sana pagi isnin. Giler penat!





Kembara diteruskan. Bila kazen aku datang jemput, perjalanan kami bermula. Dunia Sulawesi Selatan mula diterokai.

selfie... dengan keindahan ciptaan Tuhan


a beautiful moment... anak2 merentasi jalan yang baru mau diturap utk ke sekolah

actually, kami singgah beli minyak. agak memeranjatkan bila minyak dia boleh jugak kat kedai runcit. Daebak! senang giler nak dapatkan...

yang ni special punya menu. Setiap petang memang nak telan benda ni je rasanya. nama dia... unknown. hahahaha... sebab tak tahu. but, harga dia hanya 1000 rupiah. around 25 sen/cucuk. Giler murah!!! kena makan lima cucuk baru cukup kalau macam ni... ^^

tak sangka aku tangkap gambar begitu cantek and neutral. hehehe... actually, kami on the way nak pi lawat kubur. but, kena naik sampan. kiranya teksi air la. sebab nak menyeberangi sungai.

sungai ni ada buaya and aku tak tahu! aku siap pegang2 air sungai kot... nasib baik xda buaya terkam tangan aku.. fuhhh....

alhamdulillah, 1st time dapat bertemu mereka walaupun sudah 24 tahun hidup di dunia. 

ini pengalaman pertama naik sampan. rasanya memang sangat hebat!


KOTA BONE

Melangkah masuk ke bandar a.k.a kota, dapat aku lihat perubahan yang ada di Malaysia dengan Indonesia. Kotanya juga sibuk seperti Malaysia but apa yang peliknya, di tengah2 kota ada rumah yang berdiri hanya bersebelahan dengan kedai-kedai or blok shopping mall. 

Dengar cerita, tanah persendirian rakyat Indonesia dimiliki penuh oleh pemiliknya. dan jarang ada tanah yang akan dijual kecuali mereka mahu menjualnya. so, siapa yang memilik tanah bersebelahan shopping mall sangat untung sebab akan berjiran dengan pekerja di dalam bangunan itu. hehehe ^^


niat mahu beli kasut tapi rambang mata sangat sampai lupa niat mau beli kasut. hehehe... last2 benda lain yang terbeli.

kenderaan awam ini sama fungsi dengan bus mini. but, di sana diorang menggelarkannya 'petek-petek'. kalau di Tawau, petek-petek itu adalah sampan kecil. 
p/s: muka aku dah burn sbb hari2 keluar berpanas. hahahaha... (poyo... mcm la aq ni puteh :p)



FABRIK GULA, BONE

Actually, 'fabrik' bermaksud kilang. so, kami datang melawat kilang gula ni sebenarnya sebab my dad dulu pernah kerja d sini sekitar tahun 70 ke 80-an. Mahu menggamit kenangann dulu untuk tontonan anak-anaknya. Wah, ini pengalaman pertama masuk kilang besar macam ni!

Ni dia 'pintu gerbang' Fabrik Gula, Bone

mereka semua anak-anak buahku...

excited selfie... hehehe 

depan pintu masuk kilang

belakang aku bukannya tanah or pasir but tu sebenarnya tebu yang bakal diproses

see, inilah hasilnya. dah siap packing dan disusun setinggi bukit. 

monumen penting Farbrik Gula ketika pembukaan oleh Presiden Indonesia



PARE-PARE

Tempat terakhir yang kami kunjungi. Stay di rumah kazen sebab kebetulan rumah diorang berdekatan dengan pelabuhan. Tak de lah jalan2 sangat sebab penat. Sehari semalam dekat sana. Stay duduk rumah je sebab dah tak larat. (Stay la sgt.... -_- )

makanan tersedap yang pernah aku rasa, BAKSO ori dari Indonesia. Rasanya totally different dengan yang ada di Malaysia. Serius jauh lagi sedap!!

see... muka aq excited sbb dah kenyang makan bakso.. ^^

it's time... kami dah nak balek Malaysia. Bergambar kenang-kenangan dgn auntie, kazen and anak2 buah... cuaca time ni sejuk. Angin kuat membawa hujan lebat.

anyway, terima kasih semua... kazen2, auntiessss and anak2 buah.... perjumpaan pertama selepas 24 tahun aku hidup. bunyi macam kejam, but itulah hakikatnya.

i miss u all... insyaAllah, kita bertemu lagi. We love you...

lot of love,

Label : Travelisted

4 comments:

  1. jalan-jalan..topik yang sentiasa buat aku tertarik..bestnya..

    hi org tawau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..!!
      tq... just want to share tmpt yg sy pernah pergi... anyway, tq again ^^

      Delete
  2. Lain kali..inform aq awal2...

    ReplyDelete
  3. iya! ari 2 mau inf0rm tp ms tu whatsapp ku kn blum diactivekan smula kakak... then aq x save no phone mu time tu sbb ko tukar kn ari tu. bukak fb pn x smpat sbb kelam kabut kmi time tu... lain kli aq p singgah tmpt mu dlu ya.. InsyaAllah ^^

    ReplyDelete

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^