Thursday 3 April 2014

dating 4 + 2

Assalamualaikum...

Hai, nama saya Salawati binti Latip!


Hari ini mau story pasal SAHABAT SAMPAI SYURGA... kami pergi dating!




c0kiez bertemu lagi bila aku datang ke Kota Kinabalu untuk menghadiri interview... punya excited mau ke sn. Dengan hati yang penuh debaran dan syukur, aku kena berdepan dengan 07 Mac 2014. Sesi pagi, 7.30 a.m... segala teori, ilmu dan praktikal perlu dikeluarkan depan pegawai SPP and panel.

Tersebutlah kesah terharu di sini tatkala Dzulaikha sanggup menjemputku di airport. Punya jauh tu airport dari UMS. Terharu sampai mau menangis. Pukul 10 suku dia sudah terpacak depan Terminal 2. Meredah malam kot!! Terima kaseh sahabat.

Dia... Dzulaikha Ramat dengan tudung biru...

Sampai di UA, hari pun sudah larut malam. Pukul 12.30 a.m baru dapat jejak rumah Nur Fitriyana Abdul Jan. Aku kena stay sini. Wahhh, cukup best and touching bila sahabatku ini menawarkan penginapan free. Dia datang dari Kota Belud ke KK semata-mata mahu bertemu aku and others. Seriusly, saya nak nangis kawan-kawan!

dan dia... Nur Fitriyana Abdul Jan


Pagi-pagi bangun, memang payah terutamanya bagi kami-kami ini. Demi temu duga yang berlangsung pada pukul 7.30 a.m, berlokasi di Wisma BSN membuatkan kami perlu bangkit awal dari tidur. Seawal pukul 4.45 a.m. UA ke BSN memang jauh. So, dengan traffic jam, kami perlu bertindak pantas. Bangun awal. Melihat kawan-kawanku bersengkang mata dan bersiap awal-awal, aku tak fikir langsung tentang temu duga but aku fikir pengorbanan mereka pada aku. Dzulaikha Ramat, sorry sebab awak kurang tidur. Terpaksa bangun awal. Nur Fitriyana, aku tahu kau berjaga sejak pukul 4. Aku nampak. And aku rasa bersalah. Terharu.

see... mata kami still bengkak sbb masih mengant0k!

Sesi terharu semakin bertambah-tambah bila mereka ini kena berlapar and tunggu aku di restoran selama 4 jam. Hanya minum dan tidak makan. Semata-mata menunggu aku habis temu duga yang kebetulannya lambat bermula dari yang dijadualkan. Kesian kamu bertiga. Aku tidak kesah lapar sebab menunggu giliran, tapi aku kesah kalau kamu yang berlapar sebab menunggu giliran aku.

Tadaa... Kami inilah yang bawa nama UUM
-> Zizie, aku, Fey, r0zai...


Balek dari temu duga and lunch, terus semua ngorok. Dzulaikha, awak sudah tertidur dalam kereta. Penat sangat la tu! Hari tu, aku terkena gastrik pulak dah. Fitri and Dzulaikha risau. Okey, saya makin terharu di sini! Alhamdulillah, Allah dengar doaku. Aku minta supaya cepat sembuh sebab aku tidak mahu mereka risau. Nanti perlu hantar ke klinik pula. Tak ka itu merepotkan lagi.

Sabtu akhirnya menjelma. Hari yang dijanjikan untuk berjimba-jimba a.k.a gathering together and gether... hahahaa... merepek speaking lagi.  Hari ini hari bertemu Cokiez. Walaupun jauh and masing-masing busy, diorang sanggup datang meluangkan masa. Pagi-pagi Fitri masak mee goreng. Wahhh, sudah lah duduk rumahnya dengan free, siap dapat pakej sarapan pagi lagi. Macam duduk hotel sudah ni.

Around 10.30 a.m, kami mula bergerak. Suzila sudah sampai sejak pukul 8 pagi. Semangat ni walaupun dia tengah busy nak siapkan paper exam tuk student dia. Dalam kes hari ini, Surinah tidak dapat menghadirkan diri disebabkan abang dia mahu berkahwin. Afidah masih berada di seberang. Emma pula siap memberi perkhidmatan di hospital sebagai nurse. It's okay. Kehadiran Suzila, Fitri dan Dzulaikha sudah begitu mengharukan. Kalau kamu bertiga pun join, aku rasa menangis-nangis aku hari itu!

dia... Surinah binti Albat dengan bakal kak iparnya.

dia... Afidah binti Udin... sedang sibuk bekerja di seberang... ^^

dan dia yang ditengah2... cik nurse kita Naemmah Sulaiman yang msih bz dgn tugasannya di hospital ^^



hah, yang ni kes tunggu kereta dari En. Ariz and tunggu keputusan sama ada kereta kami perlu ditukar ke kereta lain @ tidak... punya b0san sampai bergila depan kemera!









Salawati + Fitri + Dzulaikha + Suzila = 4 ahli c0kiez hadir!

+

Ariz + Firman = 2 ahli tambahan.

s0, datinng 4 + 2  hari ini!!!

Lokasi pertama: Yoyo, Suria Sabah


inilah gerakan kami...






Next location... karok...




Another next... Tanjung Aru sampai matahari tenggelam. Allahu Akbar! Masha Allah... terlalu indah ciptaan Allah. Menjadi semakin indah tatkala disaksikan bersama mereka yang bernama SAHABAT!

















4 dari 7... walaupun kurang, tapi rasa cukup hebat sudah ni ^^


Lastly, hari berjimba-jimba berakhir bila semua pun dapat makan. hahahaha... Kami balek dalam pukul 10 p.m tak silap. 12 jam meronda. 12 jam bersuka ria. SAYA SANGAT TERHARU dengan apa yang anda, anda, anda, anda, dan anda semua lakukan...

P/s: Lepas ni, bila aku dah posting, jangan lupa wat lagi ya. Kita ronda-ronda, picnic, cuti-cuti... awak semua, yang ada di KK menemaniku mahupun xda, saya bangga menjadi Salawati binti Latip sebab Salawati binti Latip ditakdirkan untuk bertemu enam orang sahabat yang diberi nama cokiez. Kisah kita seindah Ada Apa Dengan Cinta malah aku rasa lagi indah berbanding mereka. Semoga Allah kekalkan rasa indah ini until Jannah. InsyaAllah.

kerana aku ada mereka. Afidah + Dzulaikha + Surinah + Suzila + Naemmah + Nur Fitriyana



Yang always sayangkan kamu,


Label : Travelisted



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^