Thursday 25 April 2013

Mencintai cinta - Bab 6


6


RYAN cuba menghubungi Aliff tapi tiada respon positif yang diperolehinya. Dia sudah berusaha ke bilik Aliff tapi lelaki itu keluar entah ke mana. Hatinya semakin gundah. Tidak senang duduk, dia mengatur langkah turun dari asramanya. Berharap akan bertemu dengan Aliff agar dia boleh bertanya perihal Cinta. Hanya lelaki itu yang ada jawapannya.
Langkah Ryan diatur laju. Tiba di aras paling bawah, kelibat Qalam pula yang muncul di ruang matanya. Qalam kelihatan menghala ke arahnya dengan muka bengis. Ryan tahu apa yang akan berlaku kerana dia faham benar dengan lelaki itu.
“Lam...” Ryan masih mampu menyapa walaupun marahnya terhadap Qalam masih membara. Peristiwa Qalam memarahi dan mengherdik Cinta di kafe semasa makan malam tadi masih segar dalam ingatannya. Ingin diikutkan kata hatinya, pasti muka Qalam sudah dihadihkan sebuah penumbuk.
“Jangan buat tak tahu pula. Kau ingat aku akan lupa apa yang kau dah buat? Eh,Yan! Kau ni, mahu dikatakan baru kenal ngan aku, tidak juga. Eh, kau ingat aku suka tengok kau jadi bodoh macam ni? Apa perempuan tu dah jampi kau hah sampai kau jadi bodoh macam ni?”
“Lam.. kau dengar apa yang aku nak cakap boleh. Aku minta sekali ni je. Boleh?”
Qalam mahu menentang tapi hanya dilihat pada respon wajahnya.
“Aku suka dengan adik Aliff tu.”
“Hah? Kau... kau..!!” Qalam marah. Ayatnya tersekat-sekat. Ingin sekali dia memberikan penumbuk ke muka Ryan tapi dia tidak boleh. Perasaannya mengatasi segalanya. Dia sayang pada Ryan. Ryan satu-satunya sahabat yang dia miliki.
“Kau tolong faham perasaan aku boleh? Lam, ni kali pertama aku jadi macam ni. Dia lain. Lain dari semua perempuan. Aku tidak tahu kenapa. Aku nampak dia sekali je aku boleh ingat dia sepanjang hari. Bangun dari tidur, nak tidur.. semua. Aku hanya ingat dia je walaupun selama ini dia tak pernah nak bercakap ngan aku pun.”
“Yan, jangan jadi bodohlah. Kau tidak ingat apa yang jadi dengan kau sebelum ni? Bukan kau cakap benda yang sama dengan aku dulu? Kesudahannya? Kau lupa apa yang jadi? dia tinggal kau begitu je. Eh, kau ingatkan apa yang jadi engan kau lepas tu? Macam orang bodoh. Jadi kaki minum, merokok dan ambil dadah. Eh, kau dah berusaha kembali ke jalan asal sekarang yang kau nak musnahkan kerana perempuan yang sama dengan perempuan sial tu dulu kenapa?”
“Aku boleh terima kau cakap macam-macam tentang aku Lam. Kau nak ungkit masa silamku, aku tidak kisah. Tapi jangan samakan dia dengan perempuan dulu tu.” Nada Ryan sedikit tinggi. Dia sudah mula tercabar.
“Eh, dia bagi kau minum apa sampai kau jadi macam ni? Dia bawa sial, kau faham?”
Bukk!!!
Sekelip mata Qalam jatuh ke lantai. Sekali tumbukan sahaja dia rebah.
“Aku dah cukup sabar dengan kau sebelum ni, Lam. Jangan nak kata dia lagi. Kau faham?” keras nada Ryan kali ini. Dia siap menunding jari telunjuknya ke arah Qalam ketika itu.
Qalam bangun. Sakit di pipi tidaklah sesakit di hatinya. Hatinya benar-benar tercabar dengan apa yang dilakukan Ryan terhadapnya. Tidak pernah lagi dia terima penumbuk dari lelaki itu sejak bersabahat dengannya. Ini kali pertama dia bergaduh dan benar-benar serius sehingga ke tahap ini.
“Yan, kau tumbuk aku kerana perempuan tu? Selama ini kau nak gertak aku pun kau fikir seribu kali. Bagus. Aku kagum dengan kebodohan kau yang semakin menjadi-jadi ni. Kau lupa apa itu sahabat antara kita berdua. Kau buat aku ingin lupakan yang kita dua ni adalah sahabat. Selepas ini, persahabatan kita sejak kecil tu kau lupakan je. Kau dan aku tidak pernah kenal dan jangan panggil aku Qalam lagi selepas ini. Kau faham?!”
“Aku tidak kisah. Ingat, keegohan tidak akan beri kepuasan malah beri kesengsaraan. Fikirkan.”
Qalam semakin panas. Setiap ayat yang dikeluarkan oleh Ryan terhadapnya semakin memusnahkan persahabatan mereka berdua. Qalam kesal. Semua hanya kerana perempuan yang dibencinya itu.
Aliff muncul tiba-tiba. Wajahnya yang risau menjadi bingung melihat ketegangan yang berlaku antara Qalam dengan Ryan. Ada yang tidak selesai antara mereka berdua itu.
“Kau ke mana, Liff? Puas aku cari kau dari tadi.” Ryan cuba menutup perselisihan yang berlaku. Mukanya selamba seperti tiada apa yang sedang berlaku.
“Aku kena pergi PKU sekarang.”
“PKU?” Ryan menyoal semula seakan-akan tidak mengerti pula. “Kau sakit?” dia menyoal lagi. Bingung mengapa Aliff ingin ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) di tengah-tengah malam sebegini.
“Bukan. Adik aku pengsan di bilik dia tadi. Kawannya telefon bagitau aku.”
“Hah?” terkejut. Ryan mula panik.
“Pengsan kenapa?”
“Akupun tidak pasti lagi. Baru kejap tadi aku telefon dia tapi aku pelik kawannya yang sambut dan bagitau dia pengsan. Sekarang ni diorang dah ada di PKU. Nasib baik aku telefon, kalau tidak aku tidak tau apa-apa.”
Ryan memandang muka Aliff. Patutlah semacam. Risau dan cemas.
“Kau nak pergi PKU lah ni?”
“Ya.”
“Nak jalan kaki? Dah malam ni..”
“Apa boleh buat. Aku belum boleh dapat kelulusan sticker lagi jadi aku tidak boleh lagi bawa masuk kereta ke sini.” Sedikit kesal nada Aliff. Sudah beberapa kali dia pergi memohon kebenaran memandu dalam kawasan UUM namun masih belum ada jawapannya. Berbeza denga Qalam, lelaki itu sudah mendapat kelulusan membawa kenderaan sendiri. Macam mana advancenya dia menguruskan benda tu, Aliff masih tidak tahu.
“Aku pergi pinjam motor dengan kawan sebilik aku. Kau tunggu sini. Aku teman kau pergi PKU malam ni. Jangan risau.”
Aliff tersenyum. Ryan memang baik hati. Dia memang seorang kawan di kala senang dan susah. Walaupun Aliff tahu bahawa Ryan beria-ria menolongnya kali ini kerana Cinta, tapi memang kebenarannya bahawa Ryan mempunyai ciri-ciri kawan yang baik. Lihat sahaja cara dia melayan dan bersabar dengan Qalam yang sentiasa panas baran dan ego yang tinggi.
Qalam terdiam. Ryan memang sudah berubah sama sekali. Dia tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
“Aku hantar korang...”
Ryan dan Aliff terdiam.  Memandang Qalam yang tadinya senyap tiba-tiba pula bersuara. Apa yang pelik adalah dia sanggup pula menawarkan untuk menghantar mereka pula.
“Nak atau tak nak?” keras Qalam menyoal.
“Okey!” Aliff menjawab. Dia hanya mahu cepat. Ada penawaran sedemikian rupa, dia tiada alasan mahu menolak tuah yang datang bergolek depan mata.
“Kamu pergilah. Aku naik motor.” Nada Ryan mengalah.
“Apa pulak mau naik motor. Marilah..” Aliff segera menarik Ryan yang menolak. Aliff sedar apa yang berlaku antara Ryan dengan Qalam. Dia melihat mereka berdua bergaduh sehinggakan Ryan menumbuk muka Qalam. Masih ada kesan lagi di muka lelaki itu.
“Hah, bolehlah kau ambil ubat sekali untuk pipi kau tu. Esok membengkak, kau jugak yang malu mau ke kelas.” Ujar Aliff pada Qalam.
Qalam terdiam. Lawak Aliff tidak menjadi malah dia semakin geram namun dibiarkannya sahaja. Ryan pula kelihatan diam. Mungkin malas mahu meneruskan pergaduhan walaupun pada dasarnya dia mahu ketawa dengan lawak Aliff sebentar tadi.
Proton Saga keluaran baru berhenti di tempat parkir Pusat Kesiahatan Universiti (PKU). Qalam yang baru sahaja parkir terperanjat melihat Aliff yang kelam-kabut keluar dari kereta. Jelas sungguh dia cemas dan bimbang terhadap adiknya.
“Cinta mana?” segera Aliff menyoal pada Ika, Su dan Nadia yang ada di situ.
“Entah. Doktor kata kena tunggu sehingga sejam. Kalau dia tak sedar lagi, Ta perlu dihantar ke hospital. Sekarang dah nak sejam, Ta belum sedar lagi.” Nadia yang menjawab.
“Doktor kat mana?”
“Kat dalam.”
Aliff segera masuk ke dalam. Mereka ingin menghalangnya, namun Aliff melangkah terlalu cepat.
Ryan memandang belakangnya. Qalam tiada di situ. Seingatnya, Qalam mengikutnya di belakang tadi. Cepat benar dia hilang. Selang beberapa ketika selepas itu, Aliff dilihat keluar semula. Dia cemas.
“Macam mana dengan Ta?” Su menyoal pula.
“Ambulans akan sampai sekejap lagi.”
“Kena pergi hospitallah ni?” Ryan menyoal pula.
Aliff tidak menjawab dengan mulut tapi kepalanya dianggukkan.
“Kamu tunggu sini. Aku mau buat panggilan kejap.”
Melihat semua orang mengangguk, Aliff mengatur langkahnya ke pintu. Mengambil posisi berseorangan dan jauh dari pendengaran orang lain. Dia tidak selesa perbualannya didengar orang lain.
“Assalamualaikum.. Papa..”
“Waalaikumsalam. Hah, ada apa Liff telefon malam-malam ni? Ada masalah?” suara ayahnya sedikit cemas di hujung talian kerana hairan dengan panggilan mengejut Aliff di tengah malam.
“Ta.. Cinta pengsan, Pa.”
“Hah? Macam mana adik kamu boleh pengsan pula?” cemas suara ayahnya.
“Aliff pun tidak tau. Aliff telefon dia, kawannya yang sambut. Dorang bagi tau Ta dah ada di PKU UUM. Aliff pun baru sampai di PKU ni. Cinta perlu pergi hospital.”
“Okey-okey. Papa ambil penerbangan emergency malam ni. Kita jumpa di hospital.”
“Yalah. Ada apa-apa berita lain, Aliff inform Papa. Aliff kena letak phone ni. Nanti Aliff telefon Papa lagi.”
“Ya. Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam.”
Perbualan singkat itu berakhir. Aliff terdiam seketika. Memikirkan Cinta. Dia risau. Kepala lututnya terasa longgar. Dia takut. Pelbagai perkara melintasi otaknya. Liff, jangan fikir bukan-bukan. Cinta tidak akan apa-apa. Dia meyakinkan dirinya sendiri.
Qalam terdiam. Dia yang berdiri tidak jauh dari Aliff mula bermain dengan fikirannya sendiri. Dia dengar sendiri setiap butir perkataan dalam perbualan Aliff dengan ayahnya. Dia seakan-akan terpaku di situ. Suatu sudut yang tidak dapat dilihat Aliff sehinggalah Aliff mengatur langkahnya kembali bersama mereka yang lain. Qalam kemudian  menyandarkan tubuhnya ke dinding. Otaknya mengingati pelbagai peristiwa. Matanya terpejam namun semua itu masih segar dalam ingatan. Dia diam. Membisu seorang diri.
Beberapa minit kemudian, sebuah ambulans datang mengejutkan Qalam yang masih berseorangan. Tidak lama dia melihat adik Aliff diusung masuk ke dalam perut kereta ambulans tersebut. Aliff masuk bersama. Dia sempat melihat wajah adik kawannya yang pucat tanpa sedarkan diri itu.
Qalam menarik nafas panjang. Otaknya semakin sarat dengan pelbagai bayangan. Suara perempuan yang memanggil-manggil namanya. Wajah seorang lelaki sebaya dengannya yang mana mukanya tidak jelas kelihatan juga berebut-rebut menjenguk mindanya.
“Kau okey?”
Qalam tersentak. Ryan sudah ada di hadapannya.
“Sejak bila kau ada kat sini?”
“Baru je. Kau okey?”
“Kenapa nak peduli pasal aku pula?” ego Qalam masih tinggi ketika ini.
“Aku tahu kau tak suka datang hospital, klinik atau mana-mana yang sama fungsi dengannya. Kau jangan fikir apa-apa lagi. Yang dah lepas tu, jangan diingatkan lagi. Okey?”
Qalam diam. Ego yang menguasai diri mula tidak diperdulikan lagi kerana fikirannya sudah sarat dengan pelbagai peristiwa.
Thanks..” ucap Qalam perlahan sambil tersenyum hambar.
“Bukan tadi kau ikut kat belakang aku ke?” Ryan menyoal bingung. Reaksinya seakan-akan tiada apa yang berlaku sebelum ini sedangkan baru tadi mereka bertelagah mulut sampai dia menumbuk lelaki itu buat pertama kali dalam sejarah hidupnya.
“Aku pergi jumpa doktor. Minta ubat supaya pipiku ni tak bengkak esok.”
Ryan tersenyum walaupun bersimpati. Tidak tahan melihat Qalam sedemikian rupa. Lucu baginya!
Sorry. Aku tumbuk kau tadi...”
“Aku dah faham, Yan. Kau pun macam aku juga. Kalau orang lain cakap tentang Ira, aku pun jadi mengamuk macam kau. Mungkin lagi teruk.” Qalam menyesali sikap buruk egonya terhadap Ryan. Dia yakin, apa yang dialami Ryan adalah lumrah bagi seorang lelaki yang suka dengan seorang perempuan. “Eh, budak-budak perempuan tu nak balik ikut apa?” Qalam menyoal mengubah topik sambil menunjuk ke arah roommates Cinta.
“Seorang roommate dia dah telefon kawannya ambil. Kejap lagi pulanglah.”
Qalam diam sahaja. Kakinya mula mengatur langkah perlahan. Ryan mengikut di sebelahnya.
“Kalau aku tak diselamatkan dulu, aku mesti dah matikan?”
Ryan terperanjat mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Qalam. Tiba-tiba membuka cerita lama yang mereka sudah berjanji tidak akan mengungkitnya semula.
“Kau kata tak nak cakap hal tu lagi.”
“Kalau aku mati macam mana agaknya?”
“Eh, kau takkan mati. Kalau tiada orang selamatkan kau hari tu sekalipun, kau takkan mati. Kau faham? Aku tak sukalah bila kau cakap pasal mati ni.”
“Memang tidak mati. Tapi akan lumpuh untuk selama-lamanya. Aku lagi rela mati dari lumpuh selama-lamanya.”
“Kau ni memang tak sayang mulut betul. Allah jadikan manusia di dunia ni sebagai khalifah dan hamba pada-Nya. Bukan jadi pengecut dan berputus asa macam kau ni.”
Qalam terdiam. Kakinya dipandang. Astaghfirullah.. dia istighfar di dalam hati. Memohon keampunan dengan-Nya. Dia akur, dia insan yang sangat lemah. Allah Maha Besar.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^