Thursday 16 May 2013

Mencintai Cinta - bab 9


9


SEHELAI kertas yang mengandungi nombor telefon tiba-tiba muncul di depannya sekali gus memeranjatkan Cinta. Cinta menoleh ke kirinya. Arah datangnya kertas tersebut.
Sorry Ta. Abang tidak berniat mau memeranjatkan Ta. Abang nampak Ta senyap jak. Ingatkan perasan abang datang tadi.” Aliff segera memohon maaf kerana menyedari adiknya terperanjat dengan kehadirannya bersama sehelai kertas bernombor telefon.
Cinta tersenyum.
“Nombor telefon siapa ni?” Cinta mula menyoal. Ingin mendapatkan jawapan bagi kebingungannya.
“Ambillah. Ta kata nak ganti telefon yang Ta dah hancurkan. Sekarang tuan punya handphone minta tuntut semula.”
“Qalam? Ya-ALLAH, Ta tak bagi lagi handphone dia. Ta ada bawa tapi tak ingat nak bagi dia. Dia marah Ta?” Cinta menjawab risau. Dia sedar dia melakukan salah.
“Abang guraulah. Dia tak mintak telefon baru dia pun tapi dia bagi nombor ni. Dia cakap nak jumpa Ta. Abang tak tau la apa yang dia nak bincangkan. Tapi mungkin ada yang penting dia nak cakap dengan Ta.” Terang Aliff tidak mahu Cinta risau dan cemas. Dia tahu apa niat Qalam memberikan nombor telefonnya kepada CInta. lelaki itu ingin meminta maaf dengan cara itu.
Cinta mengambil kertas bernombor telefon Qalam dari Aliff. Dia merenung nombor itu. Rasa bersalah menguasai diri.
“Mesejlah Qalam malam ni. Dia free malam ni. Bolehlah korang jumpa. Pandai-pandailah Ta cakap dengan dia nanti.” Aliff menambah lagi.
“Ta malulah. Abang temankan Ta jumpa dia. Boleh?”
Aliff tersenyum tanpa berkata apa-apa. Kepalanya menggeleng tidak setuju. Dia tidak mahu campur tangan dalam hal ini. Biar Qalam bercakap dengan Cinta berdua sahaja. Hal ini berkaitan dengan mereka berdua. Tiada kaitan dengannya.
“Abang tak nak tolong Ta?”
“Bukan. Tapi abang tak nak campur tangan. Biar Ta cakap dengan dia sendiri. Okey?”
“Ta takutlah.  Abang please..”
Aliff terdiam sahaja. Kepalanya menggeleng perlahan. Dia masih berkeras.
Cinta terdiam. Tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
“Ta makan nasi banyak sikit. Ta makin kurus pulak sekarang. Abang risau tengok Ta. Nanti Papa cakap abang tak jaga Ta pulak.” Aliff cuba mengalihkan topik perbualan. Dia benar-benar bimbang melihat badan Cinta yang semakin susut. Asyik sakit sejak kebelakangan ini ditambah lagi dengan beban assignment yang semakin banyak. Dia takut Cinta sakit seperti dulu.
“Abang ni sebijik macam Papa. Suka meleter.” Cinta pula cuba ‘melawan’ Aliff.
“Okey. Sekarang Ta dah pandai bangkang apa yang abang cakap. Bab-bab makan ni lah Ta pakar bangkang ya.”
Cinta tersenyum.
“Nakal!” panggil Aliff pada CInta.
Whatever!”
Aliff ketawa. Gembira bila dapat bergelak tawa semula dengan Cinta. Sudah lama dia tidak melihat senyuman manis Cinta. Seakan-akan merindui Cinta yang ceria seperti dahulu.
“Ta nak naik bilik ni. Nak siapkan kerja yang lecturer bagi. Esok kena hantar.”
“Kerja apa pulaknya? Macam budak sekolahlah.”
“Ta sendiri pun tidak mengeluh, abang pulak yang lebih-lebih. Latihan Ekonomi Malaysia. Lagipun Ta tak datang kelas minggu lalu. Latihan tu yang banyak tolong Ta. Abang faham?”
“Okey-okey. Abanglah yang kalah. Ta yang menang. Nanti abang mesej Ta, okey?”
“Kalau Ta tidak balas, faham-fahamlah ya. Fokus dengan latihan.” Cinta cuba berlawak dengan Aliff.  Perkataan ‘fokus’ yang disebutnya tadi ditekankan. Penegasan.
“Banyaklah fokus. Okey. Abang faham.”
“Alamak, janganlah merajuk. Ta tak reti pujuk-pujuk ni...” nada suara Cinta ditukar manja. Sengaja mahu bermanja dengan Aliff. Cuba menjerat lelaki itulah nampaknya.
“Mana ada abang merajuk. Ta ni makin nakal ya.” Aliff menegaskan perasaannya.
Cinta ketawa. Sejuk hati Aliff melihatnya. Tidak perlu bimbang lagi. Melihat perubahan emosi Cinta yang semakin positif, dia senang. Senyuman di bibir Cinta itu sudah cukup membuatkan hatinya bahagia.
“Ta naik dulu ya. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Jangan lupa makan ubat ya. Ta bukannya sembuh sangat pun.”
“Iya-iya. Meleter je kerja abang ni.”
“Makan banyak sikit.”
“Makan banyakkah atau sikit?” Cinta masih berlawak.
“Banyak!”
“Yalah. Ta faham. Puas?”
“Yalah tu.”
Cinta memberikan senyuman pada Aliff. Kakinya mula mengatur langkah pergi. Tangannya sempat melambai-lambai ke arah Aliff. Aliff tersenyum. Langkah Cinta semakin jauh darinya. Tanpa disedari oleh Cinta, Aliff mengatur langkah mengikutnya dari belakang. Terpapar sudah betapa sayangnya dia terhadap Cinta.
Qalam melihat Cinta. Langkahnya diatur ke arah gadis itu. Langkahnya laju tatkala melihat Cinta mahu terjatuh. Cepat-cepat tangannya memegang lengan Cinta yang sempat dipautnya.
Cinta berdiri tegak semula. Dia memandang orang yang datang menyelamatkannya. Nasib baik dia sempat dipegang, kalau tidak mungkin dia terduduk di atas jalan raya bertar.
“Awak okey?”
Cinta menarik nafasnya. Dia masih terperanjat dengan apa yang berlaku ke atasnya.
“Terima kasih.” Ucap Cinta perlahan.
Qalam melepaskan lengan Cinta yang dipegangnya tadi tatkala Cinta memerhati penuh. Masing-masing senyap dan malu dengan keadaan itu.
“Awak okey?” Qalam menyoal untuk kali kedua. Cuba cover keadaan.
“Oh.. okey. Terima kasih.”
Senyap. Masing-masing diam dan masih terfikir peristiwa sebentar tadi.
“Awak macam tak sihat lagi..”
Cinta segera memotong ayat Qalam. “Emm.. maaf. Kelas pagi esok saya bagi telefon awak balik. Saya dah belikan yang baru. Maaf ya. Saya betul-betul lupa nak bagi awak. Maaf ya. Maaf sangat-sangat.”
Qalam memerhati penuh gadis di hadapannya. Cinta tidak memandangnya walaupun sedikit semasa menutur. Qalam mula rasa bersalah tatkala melihat Cinta mula menyalahkan diri sendiri sehingga meminta maaf. Kehadirannya di saat ini seakan-akan menghantui Cinta pula. Niatnya bukan mahu menakutkan gadis itu tapi mengambil mahu kesempatan ini untuk bertemu empat mata dengan Cinta. Tiada niat mahu mengungkit hal telefon. Nampaknya baru Qalam sedar selama ini layanannya kepada Cinta begitu buruk sekali sampai gadis itu melihatnya seperti seorang raja. Ditakuti sampai bercakap secara menunduk.
“Saya bukannya nak cakap pasal telefon. Saya ternampak awak secara kebetulan tadi. Jadi baik saya gunakan masa ini untuk kita bercakap. Aliff tak bagitau yang saya nak jumpa awak?”
“Ada.”
Qalam memerhatikan Cinta. Dia masih tidak memandang mukanya. Matanya liar mencari pandangan lain tapi tidak mahu memandang muka Qalam.
“Pasal telefon tu, saya tak minta pun awak ganti yang baru.”
“Tapi saya dah rosakkannya. Tak apalah. Saya dah belikan awak yang baru. Saya tau awak perlukan telefon. Semua orang perlukan telefon. Telefon awak saya sudah rosakkan, mesti awak ada masalah jika tidak memegang telefon sekarang.”
Qalam fokus melihat Cinta menjawab. Panjang lebar pula. Nada dan loghat Sabahnya masih pekat walaupun bercampur aduk dengan bahasa baku. Qalam tiba-tiba tersenyum. Manis juga gadis ini. Hatinya berdetik.
“Atau awak mau telefon tu sekarang? Saya boleh naik asrama pergi ambil...”
“Bila awak balik UUM?”
Cinta terdiam. Qalam menyoalnya tiba-tiba sampai ayatnya tidak sempat untuk ditemukan dengan titik noktah. Dia kemudiannya memandang Qalam. Qalam tersenyum kepadanya. Apa yang lucu? Cinta menyoal fikirannya sendiri.
“Kalau awak bercakap dengan orang, memang tak pandang kat muka dia ke?” Qalam mula menyakat.
“Hah?”
Senyuman Qalam semakin lebar. Hatinya semakin senang melihat Cinta mula kalut pula kali ini. Mata gadis di hadapannya mula difokuskan pada pandangannya. Qalam puas. Suka melihat anak mata gadis itu yang hitam. Menarik perhatiannya.
“Awak ni memang tak suka jawab soalan yang orang lain tanya pada awak?” Qalam menambah lagi.
“Hah?”
Qalam semakin galak tersenyum. Cinta semakin blur. Cinta diasak dengan soalan-soalan yang tidak dapat dijawabnya kerana ditanya secara mendadak.
“Dah tiga soalan saya tanya awak, satu pun tak ada jawapannya.”
Cinta diam.  Memandang Qalam geram.
“Comel.” Qalam memuji pandangan Cinta padanya.
Cinta segera memandang lain. Fikirannya mula didatangi syaitan. Pelik pula Qalam melayan dia hari ini. Dia mahu apa sebenarnya? Cinta bengang. Melihat persekitarannya yang sudah malam, fikiran Cinta mula negatif. Macam-macam difikirkannya.
“Awak nak apa dari saya? Awak buat apa-apa, saya menjerit. Lagipun ni kawasan asrama perempuan. Awak boleh dihukum dua kesalahan besar. Menceroboh masuk kawasan larangan dan bertindak tidak senonoh dengan saya malam-malam ni.”
Qalam terdiam terkejut. Tiba-tiba dia menghamburkan ketawanya. Hatinya diterjah lucu mendengar tuduhan Cinta padanya.
“Apa yang mendorong awak buat tuduhan tidak bermoral tu dengan saya?” soal Qalam sambil ketawa. Dia benar-benar terasa lucu bertentangan dengan Cinta yang sedang ketakutan.
“Selama ini awak tidak pernah layan saya macam ni. Tiba-tiba awak muncul dari belakang saya dan pegang lengan saya pulak. Bukankah itu pelik?”
“Kenapa nak pelik pula? Awak nak jatuh, saya tolong.”
Cinta diam. Jawapan Qalam sebenarnya masih tidak memuaskan hatinya.
“Saya ternampak awak tadi. Kan saya memang nak jumpa dengan awak. Jadi saya gunakan kesempatan kebetulan ni untuk terus berjumpa awak. Tapi masa nak ke arah awak tu, saya nampak awak nak terjatuh. Saya terus tarik lengan awak sebab itu sahaja yang sempat saya buat. Hah, jawapan saya dah cukup jelas menyatakan mengapa saya ada di sini berjumpa awak. Puas hati?” sampai dua kali penjelasan Qalam untuk meyakinkan Cinta terhadap niat sebenarnya yang sudah mula disalahtafsirkan oleh gadis itu.
Cinta terdiam. Sebenarnya masih tidak faham dengan situasi yang berlaku ke atasnya.
“Awak tak jawab pun soalan-soalan saya tadi.” Qalam kembali mengungkit soalannya.
“Soalan apa?”
“Awak dah lupa? Lemahnya daya ingatan awak.” Qalam menyindir pula. Cinta senyap. “Saya tanya tadi, bila awak balik UUM? Awakkan tak da sejak minggu lalu.”
“Petang tadi.”
“Awak dari jumpa Aliff kat kafe ya tadi?”
Cinta mengangguk pula kali ini.
Keadaan senyap semula bila Qalam tidak lagi menyoal. Cinta pula tak ada tanda-tanda mahu memulakan topik. Sudah perangainya sedemikian, Qalam sendiri juga sudah tidak berasa hairan. Gadis di hadapannya memang tidak suka berbual dan paling seronok, dia blur. Qalam seronok.
“Awak takut ngan saya ke?”
“Hah? Mana ada.”
“Saya tengok awak macam takut dengan saya. Okey, saya cakap ‘macam’, jadi awak jangan salah faham pula. Kejap lagi awak lawan cakap saya lagi.” Ujar Qalam.
Cinta tiba-tiba tersenyum. Baru sedar Qalam rupanya tahu juga mahu berlawak.
“Saya nak jumpa awak ni bukannya sebab phone. Kalau boleh, awak tak payahlah ganti telefon saya tu. Lagipun bukan salah awak pun masa tu. Semuanya kebetulankan.” Qalam memulakan topik semula. Menjelaskan niat sebenarnya pada Cinta dan menegaskan apa yang dia mahukan. Dia memang tidak mahu isu telefon berbangkit semula.
“Tak apalah. Kebetulan atau tidak, saya tidak mau berhutang dengan awak.”
Qalam terdiam mendengar jawapan Cinta. Gadis itu nekad dengan apa yang dia katakan.
“Okey. Tak palah kalau awak pun berdegil. Emmm... berbalik dengan soalan saya tadi, memang awak tak pandang muka orang ya bila menjawab soalan?”
“Mana ada.”
“Ada. Tu, awak tak pandang pun muka saya. Takut tengok saya yang hensem ni ke?”
Cinta membuang muka. “Perasan betul jadi orang!” ujarnya. Qalam tersenyum.
Senyap semula. Qalam masih menantikan gadis di hadapannya membuka cerita, tapi gagal. Tidak berguna dia menunggu. Cinta bukan jenis yang suka bercerita tambah-tambah lagi membuka cerita sebagai topik perbualan yang baru.
“Saya...” Qalam cuba mengaturkan topik baru. Tapi suaranya tersekat. Berat sekali mulutnya mahu menuturkan perkataan yang ingin dikeluarkannya.
Cinta mengangkat mukanya memandang Qalam. Apa yang ingin lelaki ni cakap pula kali ni? Dia menanyakan fikirannyanya sendiri.
“Saya... saya... saya sebenarnya nak minta maaf. Sejak kita kenal saya selalu marah awak. Saya percaya awak selalu sakit sebab ingat dengan tengkingan saya pada awak. Saya betul-betul menyesal buat awak macan tu. Awak tahu kan saya ni jenis macam mana. Lagipun saya memang suka buat satu perkara tu tanpa fikir kesannya. Saya tak fikir apa yang awak rasa. Seriously, saya menyesal sangat. Saya tak kisah kalau awak tak nak maafkan saya tapi saya nak awak tahu yang saya ni betul-betul ikhlas nak minta maaf dengan awak.”
Cinta terdiam. Fikirannya mula sarat dengan beberapa perkara yang muncul menyerbu otaknya. Mahu ditepis, gagal. Dia benar-benar tidak boleh memandang muka Qalam masa ini. Banyak bayangan mula menghantuinya.
Saya tidak kisah kalau awak tak tidak mau maafkan saya tapi saya mau awak tahu yang saya ni betul-betul ikhlas mau minta maaf dari awak.” Ayat yang sama dengan Qalam cuma berbeza loghat dan beberapa perkataan itu menerjah ke telinga Cinta. Otaknya mula sarat. Berat.
Mata Cinta membundar tatkala melihat bayangan itu muncul kembali tepat-tepat di belakang Qalam. Seakan-akan da cermin memantulkan bayangan Qalam. Kaki Cinta terundur ke belakang. Perlahan. Lututnya dirasakan bertegar.
Qalam pelik melihat Cinta. Pandangan mata Cinta menusuk tubuhnya seakan-akan melihat sesuatu di belakangnya. Dia berpaling ke belakang tapi tidak melihat sesiapapun di situ.
“Awak okey?” Qalam segera menyoal. Takut melihat Cinta sedemikian rupa.
“Saya perlu naik. Maaf.”
Qalam semakin bingung melihat Cinta. Cinta mengatur langkah pergi begitu sahaja. Muka gadis itu kelihatan serabut. Entah apa yang ada di fikirannya kini yang mengubah perangainya dengan drastik sekali. Paling dikesali bila Cinta meninggalkannya begitu sahaja secara tiba-tiba tanpa sebarang kata.
Qalam memandang belakangnya semula. Apa yang dia nampak sampai jadi pelik dan terus pergi? Qalam memerhati sekelilingnya. Tiada siapapun di situ.
*************************************************************************************
QALAM duduk di kerusi. Fikirannya sarat dengan wajah Cinta. Bayangan gadis itu terlalu kuat untuk ditepis oleh mindanya. Apa masalah gadis itu? Mengapa dia pergi meninggalkannya begitu sahaja tadi? apa yang dia nampak di belakang aku tadi? pelik! Qalam sendiri bingung dengan persoalan yang menghantui mindanya itu.
Getaran telefon bimbitnya mengejutkan lamunannya yang penuh dengan persoalan yang dia sendiri tidak dapat menjawabnya. Ada mesej yang baru masuk.
“Siapa pula ni?” dia menyoal dirinya sendiri. Mesej yang baru masuk dibuka.
Assalamualaikum.
Maaf. Sy bnr2 mnta maaf sbb sy pergi tba2 td tnpa jlaskn apa yg sbnrnya jd pd awk. Sy hrap awk maafkn sy. Esk sy akn bg awk telefon bru lepas klas. Jmp awk esk.
- adik Aliff
Mesej ringkas itu memang membuatkan Qalam tersenyum lebar. Dia senang hati. Tidak menyangka sekali gadis itu akan menghantarkannya mesej walaupun pendek. Apa yang melucukan hatinya, dia menulis ‘adik Aliff’ sebagai memperkenalkan diri. Memang lawak.
Tangan Qalam mula gatal apabila jari-jemarinya pantas menaip mesej untuk dibalas. Senyumannya masih segar di bibir. Dia rasa begitu senang sekali. Hatinya diterjah bahagia dapat berkenalan dengan adik sahabatnya itu sekali gus persengketaan antara mereka berdua sebelum ini tamat. Dia tidak menyangka sedemikian rupa karekter adik Aliff . Sangat lembut dan bukan pendendam orangnya. Tidak hairanlah apabila Ryan tergila-gilakan gadis kelahiran Sabah itu.
Waalaikumsalan
Sy tgu kat klas pg esk. Sy mmg nak jmpa ngan awk. Jgn rsau psal tlefon. sy dah bli yg bru.. sy cuma nak jmp awk esk. Ada perkara sy nak tny kt awak...
Dengan senyuman  yang meleret, dia menghantar mesejnya kepada gadis itu. Apa yang jelas, mindanya penuh dengan bayangan Cinta. Peristiwa bertemu dengan gadis itu di sebelah parkir kereta asrama CInta masih jelas di otaknya. Senyumannya semakin lebar.
Tny skrg x blh?
Lamunannya terhenti selepas mesejnya terbalas.
Awk xkisah msej ngan sy mlm2 ni? Mn tau pakwe awk mrh sbb awk blas msg dia lmbat sbb awk blas msg sy... hehe
Ayat jenaka itu yang dijadikan ayatnya untuk membalas mesej. Senyuman yang semakin lebar mula diiringi oleh kakinya yang mula mengatur langkah ke arah tingkap. Langsir berwarna biru diselak. Bangunan asrama DPP Muamalat yang terletak di sebelah asramanya dipandang. Jauhnya kira-kira 200 meter itu seakan-akan mendekatkan hatinya dengan gadis yang sedang bermesej dengannya.
Apa y gawk nk tny sy?
Semakin teruja Qalam jadinya apabila mesejnya dibalas lagi. Qalam tiba-tiba temui jalan buntu. Apa yang aku nak cakap dengan dia sebenarnya? Dia tiada jawapannya. Memang dia mahu bertemu dengan Cinta sekali lagi, tapi dia tidak tahu kenapa dia boleh ambil keputusan ingin berjumpa itu dengan menyatakan bahawa dia ingin mengatakan sesuatu dengan gadis itu.
Qalam buntu. Apa yang perlu dibalasnya kali ini? Dia kalut. Kenapa dengan aku ni? Apa yang dah jadi dengan aku ni sampai kalut sebegini? Qalam bingung dengan dirinya sendiri.
Sy nak ckp esok xblh ke?
Hanya itu sahaja ayat yang paling selamat bagi Qalam sebagai membalas mesej kali ini.
Sy tny abang sy dlu. Klau dia bg, insyaALLAH sy pergi jmpa awk pas klas. Sy xblh jnji.
Berkerut dahi Qalam. Kena tanya Aliff pula kali ini. Macamlah suami-isteri! Qalam geram sendiri.
Klau xda apa lg, sy mau smbung buat asgmnt skrg.
Semakin berkerut dahi Qalam bila membaca mesej yang berturut-turut itu sampai. Dah nak habis? Singkatnya masa ‘berbual’ mereka. Dia mengeluh sendiri pula kali ini. Aku nak cakap apa lagi? Memang dah blur otak! Qalam geram sendiri.
Ok. Harap blh jmp esok.
Terpaksa jugalah Qalam akur dengan ketentuannya malam ini. Itulah yang sudah ditulis untuknya hari ini. Terpaksalah dia mengalah. Mengalah? Selama ini dia tidak pernah lagi dilayan sedemikan rupa. Di sekolah dulu, ramai pelajar perempuan yang ingin berkenalan dengannya. Ramai juga yang kebulur ingin nombor telefonnya. Mereka yang sudah dapat nombor telefon pula sibuk memberinya mesej tanpa henti walaupun dia tidak pernah membalas. Apa yang dahsyat pula bila ada yang sanggup menefonnya. Mahu dijadikan adik angkatlah, kawan baiklah, dan ada juga yang ingin menjadi kekasihnya walaupun rata-ratanya tahu bahawa dia sudah ditunangkan dengan Basyirah.
Adik Aliff ni pelik. Tidak sama dengan gadis lain. Qalam mula penasaran. Keinginan untuk mengenali gadis yang dikenaki sebagai ‘adik Aliff’ sudah mula tinggi. Pelik sekali.
InsyaALLAH. Assalamualaikum.
Selepas membalas salam, tiada lagi mesej yang saling dihantar oleh mereka berdua. Qalam menatap panorama malam melalui tingkap asramanya di DPP Yayasan Al-Bukhari. DPP Mualamat yang tersergam gah tidak jauh dipandang dengan senyuman.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^