Saturday 11 May 2013

Mencintai Cinta - Bab 8


8


QALAM mematikan langkahnya. Matanya terfokus pada Basyirah yang duduk bersama Ryan tidak jauh darinya. Senyuman lebar di bibir gadis ayu itu jelas di pandangan mata. Ryan pula semakin galak mengusiknya. Qalam senyap. Dia  tidak dapat mentafsir apa yang dirasakannya kini. Dia ingin marah dan pada masa yang sama dia terasa bebas. Dia tersepit dengan dua keadaan.
                Perlahan-lahan kakinya mengundur langkah ke belakang. Setapak demi setapak dia mula pergi dari situ. Apa yang terjadi telah menusuk akalnya. Dia seakan-akan jatuh. Jatuh oleh ego selama ini menguasai akal dan sifatnya.
Qalam tiba-tiba tersentak apabila terasa bahunya disentuh dari belakang. Terangkat sedikit bahunya dan segera dia memandang ke belakang melihat siapa yang datang menyapa sebegitu.
“Liff..?”
“Kau marah?”
Qalam terdiam. Keegohannya dikalahkan oleh kanyataan.
“Nak marah apa?” masih berpura-pula lagi Qalam kali ini.
“Aku tengok apa yang kau tengok. Dari tadi kau perhatikan Basyirah dan Ryan.”
Qalam terdiam. Dia tunduk mengalah dengan Aliff.
“Aku nak cakap dengan kau sikit boleh?”
Qalam bengang. Semalam mereka sudah bercakap mengenai hidup mereka berdua. Nampak gaya Aliff, hari ini mereka akan bercakap lagi seperti meneruskan cerita yang masih tidak lengkap dalam sebuah drama. Episod yang bersiri.
Mereka berdua kemudiannya mengaturkan langkah pergi. Arah asrama dituju.
“Nak cakap apa lagi?” Qalam memulakan perbicaraan.
“Kau cemburu tengok Ryan dengan Basyirah kan?”
“Mengarutlah kau ni!”
Tersenyum Aliff melihat keegohan Qalam masih jelas ketika ini.  Langkah yang masih sedang diatur mula diperlahan.
“Kau masih tinggikan keegohan yang kau ada. Kau sebenarnya suka dengan Basyirah tapi kau masih tidak menyedarinya. Kau hanya asyik fikir kau ditunangkan dengan atas pilihan keluarga. Sebab itu susah kau mau tafsir apa yang kau rasa sebab Basyirah adalah gadis yang datang dalam hidupmu tanpa kau undang. Bila kau sudah rasa suka dengan dia, kau masih tidak mahu mengaku tapi mengakui kau sudah mula cemburu bila nampak dia dengan orang lain terutamanya Ryan, kawan baik kau sendiri. Betulkan?”
Qalam terdiam. Setiap ayat yang dikeluarkan Aliff mula ditafsir dengan otaknya.
“Kau marahkan Ryan kan?”
“Akupun tak pasti. Apa yang aku rasa dekat Basyirah, aku akui ada perasaan sayangkan dia. Tapi, aku tidak tahulah. Bila tengok dia bahagia, aku pun senang. Tapi apa yang aku kisahkan adalah Ryan. Kalau dia bersama orang lain, aku tak kisah tapi bukan Ryan.”
“Sebab Ryan kawan baik kau dan kau akan kalah dengan dia sebab dia dapat Basyirah?”
“Kalau kau Liff. Kau nampak tuning kau dengan orang lain. Kawan baik kau sendiri. Apa yang kau rasa?”
“Aku rasa apa yang kau rasa sekarang. Sebab tu aku tanya kau sebab aku faham apa yang kau rasa. Aku pernah alaminya.”
Qalam memandang tepat pada Aliff. Langkahnya terhenti. Aliff yang tersentak dengan tindakannya itu turut menghentikan langkah. Mukanya bengang bertentangan dengan Qalam yang mula tersenyum lebar.
“Apa yang lucu?” Aliff menyoal bingung.
“Kau ni jiwanglah. Sayang sangat pada tunang kau. Untung sangat perempuan tu.”
“Aku memang sayangkan dia sejak dia kecil lagi. Tapi dia tidak tau. Papa aku je yang tahu apa yang aku rasa. Dua bulan lalu Papa ambil tindakan tunangkan kami. Saat itulah paling gembira tapi penerimaannya terhadap aku cuma kerana untuk penuhi permintaan Papa aku. Kau bayangkanlah apa yang aku rasa. Aku seakan-akan paksa dia bercinta denganku atas nama pertunangan yang tidak diredhainya.”
“Aku tolong doa untuk kau supaya dia suka dengan kau selepas sedar akan kebaikan cinta yang telah wujud dalam dirimu, Liff.”
“Macam kau perli aku je ni..”
Qalam tersenyum. “Ayatku memang macam perli tapi aku tabik ngan kau sebab sanggup perjuangkan perasaanmu. Aku akan sokong kau dari belakang.”
Thanks. Aku sama jugak. Kalau kau perlukan apa-apa pertolongan, aku sedia membantu.”
Qalam tersenyum. Dia yakin Aliff seorang yang ikhlas. Apa yang dikatakan lelaki itu dia yakin semuanya lahir dari hati dan bukan hanya ungkapan biasa seorang kawan.
“Ryan memang rapat dengan Basyirah?” Aliff menyoal kembali. Mengulang siaran topik perbualan mereka sebentar tadi yang dikira sudah tamat.
“Ya. Ryan kenal dia dulu sebelum aku. Aku sebenarnya tak kenal langsung dengan Basyirah. Kali pertama aku tengok diapun time kami ditunangkan. Kau bayangkan apa yang aku rasa time tu. Macam zaman era P. Ramlee pula.”
“Kau dan Ryan kan bestfriend sejak kecil. Mustahil dia boleh kenal Basyirah tapi kau pulak tidak kenal.”
“Aku ni dulu samseng sekolah. Ryan tu baik sikit. Dia ikut aku pun sebab aku kenal dia sejak kecil. Kebetulan Basyirah satu sekolah dengan kitorang. Tapi aku tak perasan pula. Dia ambil aliran sains masa tu sama dengan Ryan. Aku ni pula duduk kelas akaun dan ekonomi. Manalah nak perasan semua orang. Paling kebetulan pula bila Ryan couple dengan bestfriend Basyirah. Makin rapatlah mereka berdua.”
Couple? Ryan dengan kawan Basyirah?” Nampak sangat Aliff terperanjat. Apa tidaknya, kalau Ryan sudah mempunyai kekasih, kenapa pula dia sibuk mengkehendakkan Cinta. Pelik!
“Emm... ya. Kau jangan panik. Perempuan tu main kayu tiga. Dia terima Ryan sebab Ryan popular kat sekolah sebab kami ada geng. Biasalah budak nakal siapa yang tak kenal. Apa yang tidak disangkakan bila perempuan tu ditangkap kat belakang bangunan sekolah sedang bermesra-mesra dengan seorang senior. Senior tu pula musuh ketat ngan aku. Lepas peristiwa kena tangkap tu, Ryan marah sangat. Perempuan tu pula masih tidak mahu mengaku apa yang dia telah buat atas Ryan. Alasannya, dia sedang minta tunjuk ajar sesuatu dengan senior tu. Tapi, satu sekolah tidak percaya dengan alasannya. Perkara tu jadi heboh dan Ryan dapat malu. Aku pula yang naik berang saat tu sebab Ryan mula hanyut dengan perkara bodoh sampai telan pil dan ambil dadah untuk kurangkan stress. Dia merokok, jadi pendiam dan tak nak bercakap dengan orang termasuk aku sekali. Aku cukup bengang masa tu. Tanpa pengetahuan Ryan, aku pergi ajak geng kami yang lain pergi belasah senior tu. Paling seronok, masa tu exam. Senior tu sampai patah tangan dan tidak boleh ambil peperiksaan percubaan. Memang aku puas sangat-sangat. Nak tahu tak, aku siap pergi tampar muka perempuan tu depan pelajar lain. Time tu pula perhimpunan baru tamat dan kami mahu keluar dewan. Sampai merah muka dia.”
Aliff terdiam. Memang lelaki yang berada di hadapannya itu sangat nakal dan kejam sungguh di alam persekolahannya. Patutlah personalitinya kelihatan bongkak dan ego tinggi.
“Apa jadi dengan Ryan pula lepas tu? Dan kau tak kena tindakan oleh pihak sekolah sebab langgar peraturan sekolah?”
Parents aku memang cukup berang terutamanya ayah aku. Ayah aku terpaksa jumpa pengetua dan berbincang. Nasib baik aku sempat bela diri dan Ryan pergi tolong aku pula. Kami menang kes tu. Tapi bila sampai rumah, ayah aku bagi hukuman pula sebab dia masak dengan perangai ‘syaitan’aku ni. Kebetulan parents Basyirah adalah kawan baik bonda aku, dia ambil tindakan tunangkan aku dengan dia seminggu selepas tu. Dahlah mengejut, aku pula tak boleh bantah. Hah, kau bayangkan apa yang aku rasa saat tu. Macam dunia ni gelap. Dahlah Basyirah ditugaskan memantauku di sekolah, aku pula tidak boleh keluar rumah lagi untuk keluar  enjoy dan lepak. Memang merana dan sengsara aku jadinya. Saat tu aku panggil Basyirah sebagai pembawa malang. Kena-kena lagi dia tu kawan baik bekas awek Ryan yang curang tu. Punyalah aku marah dan benci.”
Aliff tersenyum. Melihat Qalam yang kusyuk bercerita dengan nada-nadanya sekali jelas dia marah dan kesal dengan apa yang ditakdirkan atasnya. Dia masih tidak dapat menerimanya. Namun terpaksa redha dengan ketentuan-Nya.
“Macam mana pula Ryan boleh rapat dengan Basyirah sedangkan bestfriend Basyirah pernah buat dia jadi.. aku tidak payahlah cakap. Kau sendiri boleh faham.”
“Oh... tu. Ryan cakap Basyirah berbeza dengan kawannya tu. Dia pendiam dan hanya fokus dengan study. Akupun tak tahu sebenarnya dan jangan terkejut bila aku cakap dengan kau yang aku belum cukup kenal dengan Basyirah walaupun sudah tiga tahun kami bertunang.”
“Hah? Kau ni peliklah, Lam.”
“Semua orang cakap benda yang sama dengan aku. Tapi malas nak tahu dan sampai sekaranglah aku tak nak tahu.”
“Tapi aku tengok kau sayang sangat-sangat Basyirah tu sampai tidak mahu tengok dia marah, cemburu... dan aku pernah nak belasah kau bila kau marah dengan adik aku sebabkan Basyirah. Kau ingat tak kau marah adik aku time dia tumpahkan air ke baju Basyirah? Aku tengok time tu bukan main sayang lagi kau dengan dia.”
“Entahlah. Aku dah mula rasa tidak sampai hati bila ada orang buat sesuatu dengan dia terutamanya adikmu tu. Memang aku agak marah dengan adikmu sebab setiap kali aku terjumpa dia, mesti ada perkara buruk yang menimpa aku. Tapi, bila difikirkan balik semua tu kebetulan dan aku bersalah dengan adik kau.”
Aliff tersenyum mendengar apa yang dinyatakan Qalam kepadanya. Rupanya selama ini begitulah tanggapan Qalam terhadap Cinta. Tidak hairanlah bila Qalam selalu berang dengan Cinta.
“Tak apa. Aku tak salahkan kau. Tapi kau kena minta maaf dengan dia sendiri. Sebab kaulah yang merunsingkan dia sejak kebelakangan ni.”
“Hah?” Qalam terperanjat dengan kenyataan Aliff.
“Tidak ada apa-apalah.”
“Kau tak payah bagitau kat adikmu yang aku nak minta maaf dengan dia, boleh? Biar aku minta maaf dengan cara aku sendiri.”
Aliff tersenyum. Faham. Maruah dan air muka Qalam memang sangat penting. Dia faham dengan sikap Qalam.
Qalam melihat panorama di hadapannya. Otaknya menganalisis apa yang telah diperkatakan oleh Aliff kepadanya. Memang dia ego dengan dirinya sendiri. Apa yang telah dilakukannya selama ini memang teruk dan semua sudah tidak boleh diulang semula. Penyesalan yang ada seakan-akan tidak berguna. Apa yang penting sekarang dia cuba untuk mengubah semuanya dan mengelakkan dari melakukakan sesuatu yang menyakitkan hati orang lain.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^