Wednesday 1 July 2020

Marry Your Princess - Bab 1

Bab 1

Encik Hairul memandang anaknya dengan penuh fokus. Ke hulu ke hilir sambil berlari-lari anak. Mencari barang itu, mencari barang ini.
Kenapa Abah tak kejutkan Hana?tercungap-cungap Hana sambil bercakap. Dia yang baru duduk di hadapan Encik Hairul kelihatan sibuk menyimpan segala buku latihan dan kotak pensil di atas meja makan.
Sebab tu kita tidak disarankan tidur lepas solat subuh. Tengoklah apa dah jadi. Abah ketuk pintu macam nak roboh pintu tu, Hana yang tak nak bangun.seloroh Encik Hairul.
Malam tadi siapkan akaun KWAMP. Mana nak tidur awal. Tiba-tiba pulak hari ni kena submit semua baki duit dengan kerani. Peninglah Hana.
Cikgu Hana Arissa binti Hairul, lain kali kira siap-siap bila duit tu dah ada kat tangan Hana. Tak adalah kelam kabut.
Dah kira siap-siap tapi banyak lagi students yang tiba-tiba datang tuntut duit, yang tak pernah hadir sekolah pun tiba-tiba hadir, tu yang Hana pening. Nak kena urusan dengan guru disiplin lagi, kena jumpa PK HEM lagi.
Encik Hairul tersenyum memerhati anaknya yang masih kalut. Memegang jawatan guru bantuan dan kebajikan sekolah, biasanya Hana akan terlalu sibuk menjelang tiba bantuan turun ke sekolah. Dialah yang kira semuanya sebelum diaudit oleh kerani sekolah.
Dah. Makan cepat. Nanti lambat pula nak ke sekolah.
Abah tak ke kedai hari ni?soal Hana sambil menyuap nasi goreng ke mulutnya.
Kejap lagi. Ada lori nak hantar bunga orkid hari ni. Tapi pukul 9 nanti. Ingt nak ke kebun dlu.
Hana mengangguk sahaja sambil laju mengunyah nasi goreng dalam mulutnya. Abahnya yang merupakan seorang askar pencen itu mengambil alih kedai bunga arwah uminya. Uminya yang dulunya pencinta bunga membuka sebuah kedai dan kebun bunga meninggalkan semua itu selepas meninggal dunia akibat kanser perut 13 tahun lalu. Ketika itu Hana baru Tahun 6.
Petang ni kalau Hana balik awal, Hana singgah kedai.
Eloklah tu. Rajin-rajinlah tolong Abah ni. Dah lama Hana tak datang. Merajuk pulak nanti bunga-bunga tu.
Bukan bunga tapi Abah yang nak merajuk.Hana pula yang berseloroh.
Hana tu satu-satunya anak Abah. Satu-satunya harta yang Abah ada sekarang. Nak merajuk sikitpun tak boleh?
Boleh!
Mereka berdua ketawa.
Encik Hairul memerhati Hana yang sedang makan, bersembang dan ketawa. Dalam hatinya mula sayu. Teringat arwah isterinya yang semakin persis dengan anak gadisnya itu. Kekalutannya, manjanya, suaranya mahupun senyumannya. Semua sama.
Athirah, kalaulah sayang ada. Mesti abang boleh melihat Hana bermanja dengan sayang. Kamu berdua boleh tersenyum dan ketawa bersama sama seperti dua adik-beradik kembar. Anak kita sudah besar, sayang. Rindu abang terhadap sayang makin tebal melihat anak kita seakan-akan menjelma menjadi awak.


HANA memerhati senarai nama yang ada di atas meja. Kemudian memerhati kelibat seorang pelajar Tingkatan 1 masuk ke bilik guru dan menuju ke arahnya. Macam pernah melihat gadis itu sebelum ini.
Assalamualaikum, cikgu.
Hana memerhati. Ya, dia pasti dia melihat pelajar itu kelmarin.
Waalaikumsalam.
Cikgu Lee kata cikgu nak jumpa saya.
Nayla Zafirah binti Nazmi?
Pelajar itu mengangguk sahaja. Sah, memang dialah pelajar yang ditangkap disebabkan berdating kelmarin! Bukan setakat dating, dia jugalah yang ponteng sekolah.
Saya dapat tahu maklumat kamu dalam data APDM bercanggah dengan maklumat yang sebenar. Dan sebab data yang menipu itu, kamu layak dapat bantuan KWAMP,inilah yang menggeramkan Hana sejak malam tadi. Seorang pelajar telah menipu maklumat tentang dirinya bagi mendapatkan duit bantuan KWAMP melalui pemalsuan maklumat data di APDM (Aplikasi Pangkalan Data Pelajar).
Nayla kelihatan diam.
Masa daftar masuk Tingkatan 1 dulu, ayah dan ibu kamu tak datang ke?
Pelajar itu senyap. Kemudian menggeleng perlahan.
So kenapa kamu boleh tipu semua maklumat kamu? ayah dan ibu kamu kerja apa?Hana menyoal geram.
Tak kerja.
Siapa sara kamu sekarang?
Abang.
Siapa nama abang kamu? Dia kerja apa?
Business.
Nama dia?Hana mengulang soalan semula. Geram.
Nuh Zahran.
Saya dengar kes dating dan ponteng sekolah kamu kelmarin belum selesai. So, kenapa kamu boleh datang sekolah hari ini? Bukankah kamu kena gantung sekolah selagi tiada ibu bapa kamu datang sign perjanjian dengan guru disiplin?
Pelajar itu senyap sahaja.
Bagi saya nombor telefon ayah atau ibu kamu. Biar saya yang maklumkan mereka.
Tak ada.
Hana mengetap bibir. Makin geram.
Abang kamu?
Pelajar itu mengambil pen yang berada di atas meja Hana tanpa berkata apa-apa. Kemudian dengan selamba menulis nombor telefon abangnya di kertas senarai nama KWAMP yang dipegang oleh Hana.
Hana mahu menghalang tapi tindakan pelajar itu sangat pantas.
Siapa benarkan kamu guna barang saya tanpa minta izin?
Pelajar itu senyap. Dengan hati yang panas, Hana mendail nombor telefon yang ditulis oleh Nayla.
Hello…”
Belum sampai 10 saat berdering, sudah kedengaran suara di hujung talian.
Assalamualaikum.
Ya. Waalaikumussalam.
Encik Noh? Noh…” apa ntah. Hana gagap sambil mengingat semula nama yang disebut oleh pelajar di hadapannya sebentar tadi.
Nuh Zahran. N-U-H. Bukan Noh.
Ohhhh. Maaf encik. Saya Cikgu Hana Arissa. Cikgu di sekolah adik encik, Nayla Zafirah.
Ada apa cikgu? Saya abang sulung dia.
Boleh tak Encik Nuh datang ke sekolah?
Adik saya buat masalahkah cikgu?
Emmmya. Banyak yang perlu saya bincangkan.
Okey. Saya datang sekarang.
Hana terdiam. Wow. Sekarang ya. Sekarang! Laju sungguh tindakan dia. Dia tak kerja ke? Atau orang business memang macam ni? Boleh adjust masa sesuka hati dia?
Hana kemudian menghantar Nayla ke bilik guru disiplin berikutan kes disiplinnya kelmarin yang belum selesai. Ikutkan prosedur, Nayla perlu dihantar berjumpa guru kaunseling selepas kes kelmari tapi dia melarikan diri. Kemudian, ibu bapa atau penjaga Nayla perlu hadir ke sekolah hari ini beserta dengan surat amaran yang dan pemberitahuan yang diberikan oleh guru disiplin kelmarin. Selepas itu, ibu bapa atau penjaga perlu menandatangani perjanjian salah laku Nayla selepas ini sebagai jaminan dia akan insaf dan jika dia masih berkelakuan sedemikian, dia perlu dibuang atau ditukarkan ke sekolah lain.
Sebagai langkah pertama, Hana perlu menyerahkan Nayla kepada Ketua guru disiplin, Cikgu Faizal. Oleh sebab dia melarikan diri kelmarin, dia sudah mencatatkan tiga kesalahan disipin dalam masa sehari. Ditangkap berdating, ponteng sekolah dan melarikan diri daripada kaunselor.
Selepas Hana melihat Cikgu Faizal membawa Nayla ke bilik kaunseling, dia kembali ke mejanya semula. Tanggungjawabnya berkaitan disiplin Nayla sudah selesai. Habis sahaja kesnya selesai nanti, barulah dia akan buka kes baru lagi untuk Hana berkaitan data APDM yang dipalsukannya.
Borang data APDM milik Nayla Zafirah diteliti. Boleh pulak pelajar ini memberikan maklumat palsu tentang data keluarganya. Dia sanggup mengambil pengesahan daripada ketua kampung menyatakan bahawa ibu bapanya tidak bekerja manakala abangnya bekerja sebagai pekebun bergaji RM800.00. Data yang menipu seperti inilah yang banyak menganiaya pelajar lain yang sepatutnya layak.
Nasib sahajalah ada pelajar yang datang melaporkan kepadanya tentang pemalsuan data Nayla selepas melihat pelajar itu datang ke sekolah dengan menaiki kereta mahal.
TapiApa motif dia menipu?
Hana bingung. Masih tidak faham.


HANA!!!
Hana tersentak. Memandang ke arah suara yang memangginya. Cikgu Lee dari pintu bilik guru memanggilnya.
Ya. Kenapa? Kenapa?
Ada parents nak jumpa. Pasal KWAMP kot. Kau ada kelas tak?
Hana memandang jam tangannya.
10 minit lagi. Suruhlah dia masuk.
Cikgu Lee menunjukkan isyarat okey menggunakan jarinya lalu dia keluar. Hana memerhati pintu bilik guru menanti parents mana pula yang datang. Sejak bantuan KWAMP diserahkan minggu lalu, ada sahaja ibu bapa yang datang berjumpa dengan dia terutamanya bila anak mereka membuat masalah di sekolah. Penyerahan duit perlu mengikut prosedur berjumpa dengan guru disiplin dan dia sendiri.
Assalamualaikum. Ni Cikgu Hana Arissa?
Waalaikumsalam. Ya. EmmmEncik?Hana bingung. Dia memerhatikan lelaki yang baru datang menyapanya sebentar tadi. Tinggi. Rambut kemas berpacak sedikit. Memakai kameja dengan kemas.
Bapa pelajar mana pulak yang datang jumpa dia ni? Muda-muda pula dah jadi bapak orang.
Saya Nuh. Nuh Zahran bin Nazmi.
Ohhhabang Nayla.Hana kalut. Bukan bapak orang rupanya. Emmmapa kata kita duduk kat depan tu. Ada benda saya kena bincang.
Lelaki itu mengangguk. Dia menuju ke ruang tengah bilik guru yang menyediakan set sofa dan televisyen. Tempat itulah yang ditunjuk oleh Hana sebentar tadi.
Hana melihat sekeliling sebelum duduk. Ada beberapa orang guru sahaja di bilik guru yang sibuk menyiapkan kerja. Dia berkira-kira suasana ini cukup baik untuk dia bincangkan hal yang agak personal tentang permasalahan Nayla yang agak rumit. Biarlah dia, guru disiplin dan guru kaunseling yang mengetahui hal ini. Jika guru disiplin dan guru kaunseling sedang mengendalikan Nayla, dia ambil kesempatan ini untuk mencari sebab permasalahan ini melalui abang Nayla.
Encik tahu tak Nayla ada buat kes kelmarin?soalan pertama Hana.
Tak tahu. Dia tak cakap apa-apapun.
Dia ada serahkan tak surat pemakluman kepada encik tentang kes dia kelmarin?
Nuh menggeleng.
Adik saya buat masalah?
Hana mengangguk. Mungkin lelaki di hadapannya itu terkejut kerana baru empat bulan Nayla masuk ke alam sekolah menengah tapi dia sudah menerima surat dari lembaga disiplin.
Dia ditangkap berdating dengan pelajar Tingkatan 4 di belakang bangunan sekolah. Bila diselidik, Nayla ada kes ponteng sekolah yang agak teruk sejak bulan lepas. Dan paling teruk, sepatutnya dia kena berjumpa kaunselor kelmarin, tetapi dia lari bersama pelajar lelaki itu naik motor.
Nuh terdiam. Nayla balik ke rumah tepat pada waktunya kelmarin. Tiada tanda-tanda dia buat masalah cuma dia berdiam diri dalam bilik seperti biasa.
Yang saya cerita tadi tu, masalah melibatkan badan disiplin. Saya bukan guru disiplin, jadi saya serahkan Nayla sekaranf kepada ketua guru disiplin. Sekarang masalah lain pula timbul. Nayla buat satu lagi masalah yang melibatkan saya.
Hah?Nuh terkedu.
Hana meletakkan data Nayla yang dicetak dari APDM beserta borang pengesahan pendapatan ketua kampung yang diberikan daripada Nayla. Begitu juga dengan borang permohonan bantuan KWAMP.
Encik Nuh boleh baca semua ni dulu.
Hana melihat lelaki di hadapannya mula mengambil semua kertas yang dia serahkan. Kemudian mengamati satu persatu data yang bertulis di hadapannya.
Pendaftaran dia masuk form 1 dulu, ibu bapa encik tak datang ke? Orientasi?
Lelaki itu masih fokus. Membelek satu persatu kertas.
Mak ayah saya dah meninggal.
Gulp! Hana menelan air liur.
Ohhhmaafkan saya.kesal betul dalam hati. Otaknya laju memikirkan saat dia bertanya kepada Nayla tentang ibu bapa dia tadi. Ya Allah, rasa bersalah pulak!
Hari pendaftaran Nayla, saya ke Myanmar sebab ada kerja. Saya pesan dengan driver saya untuk tolong wakilkan. Saya tak tahu pulak benda ni yang jadi.
Hana diam. Lelaki di hadapannya itu sangat serius. Bercakap sambil mengamati setiap butir perkataan pada helaian kertas yang dipegangnya. Beberapa saat lepas tu, dia meletakkan semula kertas itu di atas meja semula.
Saya kena betulkan data dia ni.ujar Nuh.
Ya. Itu yang sepatutnya. Tapi,disebabkan oleh nama dia dah terkeluar sebagai penerima bantuan dan duit tu dah ada dengan saya, so…”
Dermakan dengan pelajar yang memerlukan.laju Nuh memotong ayat Hana.
Ohemmmokey.
Hana kemudiannya memberikan satu borang baru untuk diisi kepada Nuh. Beberapa borang SMM berkaitan data pelajar diberikan. Sebelum Hana naik ke kelas untuk mengajar, dia juga menemukan Nuh dengan guru kelas Nayla untuk berbincang pasal masalah data APDM Nayla. Rupa-rupanya data sekolah rendah Nayla telah diubah tatkala dia naik ke sekolah menengah.
Guru kelas Nayla mula-mula juga merasa pelik dengan data Nayla yang berubah drastik. Sedangkan data sedia ada daripada sekolah rendah menyatakan bahawa Nayla dipelihara oleh abangnya yang merupakan seorang businessman. Tetapi bila naik ke menengah, berubah menjadi tukang kebun. Bila ditanyakan kepada Nayla, dia menjawab bahawa abangnya bertukar profesion.
Macam-macam!
Kak Nadia, kes Nayla dah settle?soal Hana sebaik sahaja dia masuk ke bilik guru selepas selesai kelas.
Dah. Thank you, Hana. Kalau bukan sebab Hana, sampai sekarang Kak Nad kena tipu dengan Nayla. Boleh pulak kakak percaya.
Budak-budak kak. Biasalah tu. Kena berterima kasih dengan anak-anaksaya yang membawang pasal kereta mewah Nayla yang sentiasa bertukar.Hana berlawak.
Budak-budak Azman, Sharul, Daniel tu semua?sebut pasal anak-anak, memang itulah anak-anakCikgu Hana di sekolah. Walaupun sudah Tingkatan 6, keakrabannya dengan Hana masih utuh walaupun Hana ajar mereka dulu semasa tingkatan 1.
Bawang sangat diorang tu kak. Boleh pulak diorang perasan kereta Nayla.kata Hana kemudian dia duduk ke tempatnya.
Hana kemudian terfokus dengan kertas di atas mejanya. Ada nota terselit di situ menggunakan kertas berwarna pink.

Terima kasih, Cikgu. Saya selitkan duit kat sini. Mohon cikgu berikan kepada pelajar yang memerlukan. Saya derma ikhlas atas nama arwah mummy daddy saya. - Nuh

Hana terdiam. Beberapa keping duit RM100.00 diselitkan di bawah nota. Bukan main serius muka lelaki itu tadi. Nak senyum pun macam tak boleh sampaikan Hana kena berlagak skema pulak walaupun dasarnya dia agak awkward berkelakuan tidak mesra dengan orang. Tak sangka pulak dia boleh siap tulis nota macam ni. Baik pula hati dia siap derma untuk pelajar sekolah.
Eh, dia guna kertas aku tanpa beritahu. Hana beru perasan. EeeSama perangai dengan adik dia!


Current Mainland Chinese Drama 2020] Love Designer 幸福触手可及 ...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^