BAB 7
Adit memandang Hazrin sambil tanggannya
masih gigih membetulkan tali leher. Entah berapa kali sudah dia cuba betulkan
benda itu tapi masih senget! Sejak kecil bertali leher, tali sampai sekarang
dia tidak reti memakainya.
“Minggu depan kot. Dia cakap dalam dua
minggu kat sana. Sekarang baru nak masuk seminggu dia kat sana.”
“Korang gaduh lagi ke?”
“Tak de lah. Hari tu memang ada rasa
macam nak marah je. Kecik hati jugaklah rasa bila dia nak pergi Jepun time aku demam. Tapi sejak pagi tadi
kitorang dah agak damai sikit.”
“Patutlah muka kau asyik nak senyum
je. Confirm dapat ayat-ayat cinta
daripada dia.”
“Tak de maknanya. Hah, kau dah beli phone untuk Tiara?” sejak tahu Tiara
tidak mempunyai handphone, Adit terus
maklumkan Hazrin. Mungkin cara ini boleh kembalikan semula saat manisnya
bercinta antara mereka selepas enam tahun berpisah.
“Dah. Tapi dia pulangkan pada aku
semula. Dia tak nak katanya.”
“Kau tak try pujuk ke? Payah kot kalau dia tak ada phone. Ingat nak suruh kau ayat dia balik. Kot-kot enam tahun
terpisah buat korang kekok. At least,
kalau ada phone, bolehlah korang
whatsApp. Tanya khabar. Tak pun sembang-sembang kosong. Benda kecik macam tu
sebenarnya boleh dekatkan korang semula. Dapatkan balik cinta kau yang hilang
tu.” Berbunga-bunga ayat Adit di penghujungnya.
“Memang kekok sangat pun. Kau rasa apa
perasaan aku bila nampak dia dah balik rumah? Totally terkejut kot. Yang kau ni pun satu. Tak bagitau aku
kenapa?”
“Dah dia cakap nak gitau kau sendiri.
Takkan aku nak sibuk.”
Rasa nak ketuk je kepala Adit sekarang.
Adit dan Tiara, dua-dua buat Hazrin geram.
“Cakap pasal Tiara, aku rasa dia tak
tau event malam ni dibuat besar macam
ni.” Ujar Adit. Mereka sama-sama memerhati dewan besar Galeri Az-Zahsy. Dewan
yang sudah dihias indah penuh dengan tetamu dan kenalan Puan Sri Zarina dan
arwah Encik Thalib. Pasti ini satu kejutan untuk Tiara sempena dia pulang
semula.
“Ayah aku cakap, Mak Ngah aku nak bagi
Tiara something dalam majlis ni.
Rasanya dia nak serahkan Galeri Az-Zahsy pada Tiara kot memandangkan dia dah
balik.”
“Ya lah kot. Memang arwah dah
amanahkan kat Tiara. Kau tu, kena handsome
sikit malam ni. Biar Tiara jatuh cinta semula dengan kau.” Usik Adit di hujung
ayatnya.
“Aku taulah kau lagi handsome dan famous daripada aku. Tapi aku lagi sayangkan Tiara dan dia tahu
itu.”
“Fine.
Bosanlah cakap dengan kau ni. Poyo je memanjang.”
“Kau pun dua kali lima, lima kali dua
dengan aku. Cakap pasal Nawal, kau pun lebih kurang macam aku.”
Mereka berpandangan. Kemudian, mereka
berdua tergelak serentak.
“Nayla, sini kejap.”
Hazrin memandang gadis yang baru
dipanggil oleh Hazrin. Gadis berbaju biru itu terus datang.
“Tolong abang betulkan tie abang. Tak retilah buat benda ni.”
Nayla rasa nak tarik je tali leher
abangnya. Masalah itu memang dari dulu tidak pernah selesai.
“Tu lah. Dari dulu tak nak belajar
buat benda ni. Nak manja sangat sampai tie
pun orang gaji tolong.” Nada geram Nayla sangat jelas.
“Pembetulan. Bonda yang selalu tolong
abang dalam benda ni.”
“Dan adik sekali. Ingat tu.”
Adit buat muka poyo sambil adiknya
cuba mengemaskan tali lehernya. Hazrin yang menyaksikan adegan adik-beradik itu
mulalah tergelak.
“Kau kena kahwin cepat ni, Dit. Ada
isteri, senang sikit tolong kau urus.”
“Betul. Tak adalah aku kena leter oleh
mak nenek sorang ni.” Tambah Adit yang sempat mengusik adiknya.
“Memang kena kahwin cepat. Tapi bukan
dengan Kak Nawal.”
Hazrin dan Adit tergelak serentak.
Memang Nayla dari dulu lagi tak suka dengan Nawal. Sebab dia seksi. Gosip sana
sini mengalahkan artis. Dan mereka berdua memang tahu akan hal itu.
“So,
adik nak abang kahwin dengan perempuan macam mana?”
“Baik. Rajin. Lemah lembut. Tutup
aurat. Apa-apalah. Yang penting bertentangan dengan personaliti Kak Nawal. Hah,
macam tu. Perempuan tu!”
Dada Adit mula mengepam kuat. Dia
memegang dadanya. Tiba-tiba sakit. Pada masa yang sama, dia mengalihkan
pandangannya ke arah pintu gerbang masuk. Arah yang ditunjuk oleh Nayla
sebentar tadi.
Tiara!
Gadis itu yang muncul di sebalik pintu
gerbang itu.
“Abang,
are you okay?” Nayla yang menyedari perubahan Adit segera menyoal. Abangnya
sudah mula memegang bahagian dadanya.
“I’m
fine. Jangan nak cari pasal dengan Abang Ren. Tu awek dialah.”
Melihat muka cuak Hazrin bila Nayla
mengusik gadis yang baru muncul itu, dia rasa serba salah. Mesti Hazrin terasa
dengan usikan adiknya.
“La… ya ker? sorry Abang Ren. Nayla tak tau. So,
yang tu lah Kak Ara? Tiara Az-Zahsy?”
Hazrin tersenyum. Bangga apabila ada
orang yang memuji kecantikan Tiara. Dia tahu Nayla tidak pernah bertemu dengan
Tiara. So, bukan salah gadis itu
untuk mengusik abangnya.
“It’s
okay. Dia cantikkan?” selamba sahaja riak wajah Hazrin. Tampak bahagia
pandangannya yang fokus pada kemunculan Tiara di dalam dewan itu.
“Serius cantik.” Tali leher abangnya
dilepaskan. Mata Nayla terus fokus melihat Tiara yang baru masuk ke ruang
dewan. Memang cantik. Sangat cantik.
Adit memandang Tiara yang berbaju
abaya hitam dan bertudung biru. Gadis itu nampak segan dan sedikit terkejut
dengan persekitaran sekarang. Dia sudah agak keadaan ini berlaku. Pasti dia
terkejut dan kurang selesa dengan semua ini.
“Abang nak duduk. Please, bagi abang air.”
Nayla memandang abangnya semula. Muka
abangnya mula pucat semula. Dadanya ditekan.
“Abang sakit lagi ke?” segera Nayla
menyoal. Risau.
Adit mengatur langkahnya menuju ke
meja yang dikhaskan untuk keluarganya tanpa menjawab soalan Nayla. Di situ,
Ayahanda, Bonda, kakak, abang ipar dan anak saudaranya sudah siap duduk di tempat
masing-masing.
Tidak sampai seminit, Puan Sri Zarina
muncul di situ. Siap bersalam dan berpeluk-pelukan dengan Bonda, kakak dan adik
Adit. Bertegur sapa seakan-akan baru pulak bertemu setelah sekian lama.
Perempuan ni pelik. Always pelik bagi
Adit. Padahal baru saja bertemu tiga hari lalu.
“Are
you okay, Adit?” tegur Puan Sri Zarina kepada Adit yang masih duduk.
“I’m
fine. Thank you. Still rasa penat sikit.” Jujur dia menjawab. Baru habis
demam, memang akan rasa badan jadi penat. Padahal hampir lima hari jugak dia
terlantar atas katil. Macam tak cukup rehat pulak keadaannya.
“Are
you sure yang awak okey?” Tiara menyoal bila semua orang mula sibuk
bersembang. Sebab segan mahu bertegur sapa dengan Adit depan semua orang, masa
inilah dia kena manfaatkan untuk bertanya khabar lelaki itu. Dia nampak masih
pucat.
“Ya. I’m fine. First day keluar rumah after lima hari berkurung atas katil. Letih sikit.”
“Hai, Kak Ara!”
Tiara memandang gadis yang datang
menyapanya secara tiba-tiba. Semasa masuk dewan tadi, dia perasan gadis itu
mesra dengan Adit. Siap tolong betulkan tali leher lelaki itu. Siap tolong
pegang-pegang tangan Adit sambil berjalan ke meja. Siapa dia?
“Adik saya. The one and only. Jaga-jaga sikit. Dia ni nakal. Jangan ingat dia dah
umur 18 tahun, dia matang. Perangai dia macam budak lapan tahun je.”
“Whatever!”
Nayla mencebik. Buang muka dan tidak mahu melayan abangnya. Memang mereka
berdua kalau dah berjumpa macam anjing dengan kucing. Saling bercakaran. Dia
segera memeluk Tiara dengan penuh rasa excited.

Hazrin yang duduk di meja sebelah
nampak senyap. Puas dia memujuk hatinya sendiri untuk bersabar melihat
keakraban yang mula dibina oleh Tiara bersama setiap ahli keluarga Adit. Adit
menerima organ arwah. Hanya disebabkan itu mereka jadi akrab sebegitu. Sabar
Ren. Kau tak perlu cemburu sebab hal sebegitu.
Tangannya menggenggam kuat. Hatinya
agak panas.
****************************************************************
PUAN SRI ZARINA. Wanita berjaya itu memang popular dalam kalangan
dunia fasyen. Malaysia. Indonesia. Brunei. Az-Zahsy, jenama yang dibawa oleh
beliau memang menjadi pilihan. Orangnya agak tegas dengan segala rutin
kerjanya. Agak berdisiplin dengan semua komitmennya. Tidak hairanlah bila
empayar fesyen Az-Zahsy boleh dipandang hebat oleh penggemar-penggemar fesyen. Dengar
sahaja beliau berucap, semua orang boleh mengagak bahawa dia menang sangat
profesional dalam kerjayanya.
Bunyi tepukan gemuruh mula memenuhi
ruang legar Dewan Az-Zahsy. Semua mata agak fokus pada Puan Sri Zarina yang
sedang berdiri memberikan ucapan.
“And
finally, bolehlah saya fokus seratus peratus dengan dunia fesyen saya lepas ni. Saya, dengan ini amat besar
hati menyerahkan galeri Az-Zahsy milik arwah suami saya kepada satu-satunya princess kesayangan kami, Tiara
Az-Zahsy.”
Tiara kecut perut. Bunyi tepukan agak
jelas di pendengarannya. Dia curi pandang kiri dan kanan. Semua orang sedang
memerhatikan dia. Akhirnya dia jelas dengan motif majlis besar gilang-gemilang
malam ini. Hakikat yang dia perlu sedar. Dia memikul tanggungjawab yang sangat
besar sebagai pemegang amanah terbesar arwah Abahnya. Galeri lukisan Az-Zahsy
bukan lagi tanggungjawab Mamanya.
Tiara menarik nafas. Kemudian mengukir
senyuman semanis yang mungkin. Dia berdiri dan bersiap sedia untuk mengatur
langkah. Sempat lagi dia memandang Adit yang duduk di meja yang sama. Mulut lelaki itu mengeluarkan perkataan
‘tahniah’ tanpa sebarang suara diselangi dengan senyuman yang indah.
“Perkenalkan, inilah puteri kesayangan
saya dan arwah. Tiara Az-Zahsy yang mana malam ini akan bertunang dengan
Pengiran Aditya Naufal Dary Pengiran Abdul Nadeem.”
Langkah Tiara yang baru diatur terus
berhenti. Dia terkejut. Pengumuman apakah? Aku salah dengar ke? Dia segera
berpaling ke arah Adit semula. Lelaki itu mengerutkan keningnya. Cuba memandang
pada Bonda dan Ayahandanya. Juga mahukan kepastian.
“What?
Apa semua ni?” Hazrin bernada kesal. Terkejut tetapi dia tidak mampu berbuat
apa-apa di saat ini.
Dewan sudah kembali meriah dan
nampaknya lebih meriah dari sebelumnya. Semakin ramai wartawan mengambil gambar
dan fokus kepada Adit dan Tiara. Bukan sahaja Tiara menjadi isu hangat malam
ini, malah Adit yang sememangnya personaliti yang agak popular dalam kalangan public figure juga bakal menjadi mencetuskan
fenomena gosip beberapa saat lagi.
Bertunang?
Kami akan bertunang?
Adit dan Tiara berpandangan lagi.
Kemudian mereka memandang Hazrin serentak dengan wajah bersalah. Mereka mati
akal. Sama-sama tidak tahu mahu berbuat apa. Mahu tidak mahu, mereka perlu
mengatur langkah naik ke pentas berdiri bersama Puan Sri Zarina.
Sesi menyarungkan cincin berlangsung
selepas itu. Hajah Dalila menyarungkan cincin bagi pihak lelaki. Automatik juga
sesi bergambar dibuat. Memandangkan majlis kali ini agak formal, Tiara dan Adit
menurut segalanya walaupun hati mereka masih bingung dengan apa yang berlaku.
Mereka tidak boleh bertindak di luar kawalan sekarang. Tiara tidak boleh lari
lagi. Maruah Mamanya akan tercalar. Adit juga sama. Nama baik Ayahanda dan
Bondanya akan terjejas jika dia bertindak memberontak.
Siapa yang rancang semua ini? Kenapa
perlu sampai ke tahap ini?
***************************************************************
“DO you
know about this?”
Tiara yang berjaya lari daripada pihak
media terserempak pula dengan Adit di luar dewan. Rupanya lelaki itu lebih
tangkas meloloskan diri daripada benda-benda pelik yang mengejar popularity dunia
itu. Terlalu ramai wartawan yang mahu mengajukan soalan. Terlalu ramai tetamu
yang mengucapkan tahniah.
Adit berpaling ke belakang. Memandang
pada Tiara yang baru sahaja datang menyoal secara mengejut.
“Sumpah saya tak tahu apa-apa.”
“Majlis besar ini? Takkan awak tak
tahu apa-apa?”
“Sumpah. Bonda yang adjust semua. Bonda suruh saya pakai
baju ini. Datang kat sini. Saya sampai kat sini baru perasan yang majlis
‘makan-makan’ yang Mama awak cakap tempoh hari rupanya majlis besar seperti
ini. Sumpah.”
Tiara senyap. Keningnya berkedut
semula. Situasi yang sama menimpa dia malam ini. Mama dia aturkan semua benda.
Pakaian dia. Mati-mati dia ingat majlis itu akan dibuat di rumah mereka. Namun,
bila Mama dia arahkan naik kereta, dia mula rasa tidak sedap hati. Sampai
sahaja di dewan Az-Zahsy, memang dia agak terkejut bila majlis besar-besaran
sedang berlangsung.
“Ya-Allah, apa yang sedang berlaku?”
Tiara menangkup kedua-dua tapak tangannya ke muka. Terkenang pada wartawan yang
memenuhi ruang dan pantas mengambil peluang, dia memang akan checkmate malam ini.
“Saya rasa Bonda dan Mama saya bincang
pasal benda ni tiga hari lepas kat rumah saya hari tu. Do you remember that?”
Tiara memandang wajah Adit yang juga
mula serabut. Serentak itu dia mula terkenangkan kejadian dia datang melawat
Adit. Yes, masa itu mereka adakan
perbincangan. Patutlah mereka nampak bahagia semacam. Pandang mereka berdua
dengan pandangan aneh.
“Apa yang perlu kita buat?” soal
Tiara.
“Apa yang perlu saya jelaskan dengan
Hazrin?” persoalan penting terkeluar daripada mulut Adit. Mereka mula
terkenangkan Hazrin yang meninggalkan majlis secara tiba-tiba saat mereka sibuk
ditemu ramah oleh pihak media sebentar tadi. Lelaki itu nampak agak marah.
Tiara memandang jari manisnya. Cincin
yang sudah tersarung dengan kemas dipandang.
“Ya-Allah, Nawal…” Tiara memandang
Adit. Mahu mencari jalan penyelesaian namun kedua-duanya buntu. Otak masih
pejal dan masih belum lut dengan apa yang telah berlaku.
Finally, sebab student request tuk update bab 7, baru teringat upload. Hahahaha... enjoy readers!
L0ve,
Salawati binti Latip
Read more on : My Writing