Wednesday 25 June 2014

Reunion After 14 years!

Assalamualaikum ^^

14 tahun. Kalau ikut umur manusia, confirm dah sampai form 2 besarnya. Tapi itulah realitinya. Macam jejak kasih kesah kami.

14 tahun yang lalu, aku duduk dalam kelas 6P. Tahun 6 di SK Tanjung Batu, Tawau. Teringat masa tu tahun UPSR. Tahun aku jadi wakil hafazan. Tahun aku kunjungi majlis perkahwinan Cikgu Joanna yang ajar matematik. Semua tu berlaku pada tahun 2001.

14 tahun yang lalu!

Zaman berubah, teknologi pun semakin canggih. Siapa tahu, kecanggihan WhatsApp menemukan kami semua. Bukan sahaja ahli kelas 6P tapi mereka yang berasal dari kelas lain. Serius tak percaya. Siang malam pagi petang sehingga ke subuh, semua orang still non stop bersembang dalam WhatsApp walaupun hakikatnya kami tidak pernah bertemu and some people tidak kenal pun antara satu sama lain. Hakikatnya, semua menyembang begitu rancak. Macam kawan baik yang tidak pernah berpisah selama 14 tahun.

wahhhh.... ni serius daebak!

Pertemuan a.k.a reunion dirancang. Ada yang dapat join, ada jugak yang tidak boleh. Almaklumlah,  semuanya dah ada kerjaya and ada yang stay jauh dari Tawau. Aku sorang la yang still bambongan tanam anggur tapi still tak berbuah. haha ^^




TADAA!!! Alhamdulillah, akhirnya dapat berkumpul selepas hari-hari merepek dalam WhatsApp.
dari kiri (cehhh.. macam ayat dalam majalah sekolah bunyinya. hehe ^^)... Toke, Muksin, Awang (bersembunyi dan tersembunyi), Lieq, Neini, Aku a.k.a Kit, Syazana, Sunarti, Ella and Ustaz Ramadan. hehehe ^^

Actually, mula-mula aku ingat tidak mau join. (Jujurnya aku di sini). hahahaha... Sebab... okey, ada sebab ya. Sebab busy jaga anak. Masak. Basuh baju. Cuci piring. Menyapu. Lap tingkap. Cuci tandas. Lipat kain.. cehhh... melebih-lebih sudah tu. Melebih-lebih pun alasanku, still aku join jugak at the end. hahahahaha....

Mula-mula masa datang, rasa kekok. Dalam kereta (menumpang kereta Muhsin yang dipandu Toke), aku kekok jugak. -_- Sampai McD, bukannya terus masuk. Siap kering budak-budak yang sampai awal. Janji pukul 2 petang, last-last semua itu janji melayu bak kata Sunarti dan Syazana.

Apa yang lawak, kami dah sampai tapi stay dalam kereta sebab tunggu admin (Ella) datang dengan Lieq. Siap kenakan budak-budak yang dah kering menunggu dalam McD seawal pukul 2. hahaahahah...

Ramadan : Sesat dalam McD lain kononnya sedangkan di Tawau hanya ada 1 McD yang wujud setakat ini.
Muksin & Toke : Lagi dahsyat. siap buat ayat sedaih dalam WhatsApp kata tak boleh join. lagi poyo.
Aku : Dah sampai. mana korang? okey, aku otw cari kamu.... alasan tu aku guna sampai setengah jam. Hahahaha.... konon-konon sesat tak jumpa cari.

Padahal, semua orang dah sampai!  Malar semuanya menipu!


Paling sedih, Syahmi. Anak Neini. Dahlah datang seawal pukul 2, dia lapar sebab menunggu. Tak pa dear. Syahmi still nampak cute walaupun muka lapar. hehe


Ella (kiri)... Kak Admin a.k.a orang yang sponsor kek. hahahha... anyway, kek tu sedap. siap ada 89 tu yang wat terharu!
the tudung biru girl tu Syazana. Duduk sebelah aku sepanjang hari.. banyak cerita kami berdua. Dulunya aku tak pernah kenal dia. Tapi sejak hari tu, start jadi kawan. Hai Syazana! .. ^^


Hah, nampak macam gay pulak. hahahaha. Time ni kami makan di gerai milik Muksin (kiri). Sebab mau try gado-gado. Muksin, thanks ya sebab belanja makan. Lain kali belanja lagi. hehehe...
Toke (kanan), dia ni paling gila dalam WhatsApp. Jiran tetanggaku sejak kecil tapi baru mengaku jiran sejak dalam WhatsApp. Ok bah kan jiran? siap sudah mencangkul tanah? hahahaha

Emmm... seronok walaupun hampir 4 jam bertemu. Sekarang dah start malar buat rancangan tuk reunion lagi. Hari-hari reunion la macam ni!

Siapa-siapa yang masih tidak ingat and kenal aku, sekarang aku akan kenalkan diri sendiri. (poyo kan?)

Assalamualaikum. Hai! Nama saya Salawati binti Latip. Dulu dari kelas 6P. Kecik-kecik sampai sekarang pun kecik jugak! hahahaha. Pernah jugak berada dalam kelas 1F, 2F, 3F, 4F, 5P and 6P. Nah, full sudah kelas-kelasku ni. hahaha... Aku tinggal di Tanjung Batu Darat sampai sekarang alamat surat menyurat tidak berubah. haha. Masa skola menengah, aku sekolah di St. Patrick sekolah tercinta. Dari form 1 sampai upper 6. Sekarang still bambongan kesian. siapa ada kerja kosong, pm aku ya. :p

Anyway, terima kasih semua. Terima kasih sebab belanja kek. Terima kasih sebab hantar pergi and balik. Terima kasih sebab jadi kawan semula. Terima kasih atas segalanya. Teruskan melalut dalam WhatsApp walaupun kerja, balik kerja, siang, malam, pagi, petang sehingga subuh. hahaha...

Lot of LOve,
Salawati Latip, 6P.


Label : Travelisted

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^