Monday 13 January 2014

Akhirnya aku k0nvo !

11 Jun 2013, tepat pukul 11 pagi perasaanku mula di awang-awangan. Alhamdulillah, 1st time aku rasa kepala otak aku rasa ringan teramat sgt. Akhirnya final sem with final exam. Paper last, Dasar Awam dalam Pendidikan jd penutup exam tuk aq jd student di UUM. Alhamdulillah, syukur atas kurniaan Allah.

Masih segar dalam ingatan ku bila aq dpt trima khabar gembira bila aku diterima msuk UUM. Aku ingat sangat bila masa tu aku jadi part time kerja. Aku dapat mesej dari kawan skola yang bagitau aku lepas dari temu duga tuk jd cikgu. Bila baca mesej tu, serius aku baca 2x sebab aq tak percaya langsung. Universiti Utara Malaysia. Perkataan tu paling alergik masa tu. 'Utara' means Kedah, Penang, Perlis. Gila kot! Aku duduk Sabah. Tawau pulak tu. Paling jauh dalam peta Malaysia. Takkanlah aku nak pergi hujung sana. Dari hujung ke hujung. Dari sempadan Malaysia- Indonesia ke sempadan Malaysia-Thailand!

Serius, aku tak percaya!

Balik kerja, orang pertama aku inform, ayah aku. Time tu aku keras hati nak pergi. Jauh! Ikut jadual, seminggu lepas aku dapat mesej tu, aku kena terbang pergi sana. Seminggu? dalam masa 7 hari kot aku kena pergi ke tempat orang lain untuk teruskan hidup!

Ayah aku yang ubah segala kehidupan aku. Bermulanya saat itu, aku pandang dunia ni luas. Wah, aku dah dewasa kot! kena hidup sendiri. Berdikari sendiri. Satu ayat je, Ayah aku ubah keputusanku. 'Kita bukan orang senang. Belajar je yang boleh ubah kita. Belajarlah sampai boleh. Lepas ni boleh jadi cikgu. Kalau dapat posting di Semenanjung pun, kita jual semua harta kita kat sini, kita pindah sana. Yang penting dapat kerja jadi cikgu!'

Thanks Daddy. Dunia ini luas keranamu.

4 tahun duduk di negeri jelapang padi. Hidup sorang-sorang. Hanya ada kawan-kawan. Akhirnya aku kenal dunia. Terima kasih ya-Allah. Semua kejadian ini adalah kurniaan terbesar yang Engkau telah berikan padaku. Alhamdulillah, aku selamat mengharungi semuanya.

01 Disember 2013, Alhamdulillah aku selamat berkonvo. Sah sudah aku sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan Kepujian sesi 2009/2010.


Dia roommate aku sem 5 & 6. Nur Azatullifah Abu Hanifah. Orangnya lembut and baik hati. Miss her so much!


Orang yang paling gembira adalah parents aku. Excited terbang dari Sabah ke Kedah semata-mata nak tengok anak dia naik atas pentas ambil ijazah. Aku rasa bangga sangat. Ini 1st time aku rasa bangga macam ni. Seriusly hanya ini sahaja yang dapat aku bagi kat diorang setakat ini. 



Tak dapat nak upload gambar yang nampak depan. hahaha... anyway, thx adik sbb sponsor baju n tudung i di hari bahagia ini.. ^^


1st time dapat jubah, aku try pakai. Mentang-mentang aku kecik, terus tenggelam dalam baju. hahaha.. thanks adik sebab tolong ambil jubah. Walaupun saiz dah XS, still aku tenggelam. hahahaa.. punya kecik. Ayah aku sendiri cakap aku nampak macam superman. Hahaha... 

Bila berada dalam dewan, ayah aku nampak akulah graduan paling kecik. Mesti ramai yang tertanya-tanya berapa umur aku kan? hahaha... Mesti aku nampak macam 16 tahun je. Almaklumlah, awet muda...


see, kecik kan aku?


ni nampak sok-sok bz... hahaha...


Apa-apapun, hari ini hari paling bersejarah dalam seumur hidupku. Hanya Allah sahaja yang tahu bila aku melihat parents aku ketawa, senyum dan bermuka bangga saat ini. Terima kasih ya-Allah.

Alhamdulillah. Semuanya selesai dengan jayanya ^,^






No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^