Monday 11 May 2020

MODUL 2 - LATIH TUBI PT3


Arahan :Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan   
               daripada Bahagian C

BAHAGIAN A
[20 Markah]
[Masa dicadangkan : 30 Minit]
Soalan 1- 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1.    Pelbagai usaha sedang dilakukan oleh kerajaan Myanmar ke arah _____ kehidupan rakyatnya yang sebelum ini sentiasa terlibat dalam peperangan saudara.
A.    Tenteram
B.    ditenteramkan
C.   Penenteraman
D.   Ketenteraman

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

menuntun basikal menatang dulang mengandar bakul mendukung anak ...

2.    Fuad _____ motosikalnya yang rosak ke Bengkel Ah Seng untuk dibaiki.
A.    Menarik
B.    Memapah
C.   Menuntun
D.   Menunggang

3.    Perabot yang dihasilkan ____ kayu jati itu lebih cantik dan tahan lebih lama.
A.    dari
B.    bagi
C.   untuk
D.   daripada

4.    Pegawai yang disyaki ____ itu sedang disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
A.    makan hati
B.    makan gaji
C.   makan suap
D.   makan angin

Soalan 5 dan soalan 6
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


5.    Ahli sains-ahli sains negara telah menjalankan uji kaji terhadap struktur tanah yang
             A                                                                B
    terdapat di Kutub Utara pada penghujung tahun ini. Tiada kesalahan
                              C                                                               D

6.    Tuk Wan menceritakan tentang pengalamannya semasa menjadi buruh paksa Jepun di
                                           A                                     B                                                    C
      Siam. Tiada kesalahan.
                           B


Soalan 7 dan soalan 8

Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.

7.    I.  Mendalam soal ini, dia tidak harus dipersalahkan.
II. Masalah itu dibincangkan secara mendalam antara empat mata.
III. Fikirlah secara mendalam sebelum membuat sebarang tindakan.
IV.Air perigi semakin mendalam setelah hujan turun tanpa henti.

A.    I dan II sahaja
B.    I dan III sahaja
C.   II dan III sahaja
D.   III dan IV sahaja

8.    I. Jasa Cikgu Zainab tetap segar dalam ingatan anak-anak muridnya.
II.Tulisan Fahmi segar dan memudahkan guru kelas untuk membacanya.
III. Udara di Tanah Tinggi Cameron itu sungguh dingin dan segar.
IV. Pokok-pokok yang yang ditanam oleh ayah di kebun sungguh segar.

A.    I dan II sahaja
B.    I dan III sahaja
C.   II dan III sahaja
D.   III dan IV sahaja



Soalan 9 dan soalan 10
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan Bahasa dan mungkin juga tidak .
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat ini mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

9.    Rahimi bertanyakan kepada saya tentang arah ke rumah Azim.
A.    bertanya saya
B.    ditanyakan saya
C.   bertanya kepada saya
D.   bertanyakan kepada saya


10.  Ujian lisan berlangsung selama satu jam setengah.
A.    jam satu setengah
B.    satu setengah jam
C.   setengah satu jam
D.   satu jam setengah

Soalan 11 dan soalan 12
Pilih ayat-ayat yang betul.

11.  I. Hariz adalah murid tertinggi di sekolahnya.
II. Kami keluar dari Raju klinik  pada pukul 9.00 malam.
III. Kanak-kanak itu tersenyum gembira apabila ternampak kelibat ayahnya.
IV. Semua peserta diminta berkumpul di hadapan pagar sekolah pada pukul 7.00 pagi.

A.    I dan II sahaja
B.    II dan III sahaja
C.   III, dan IV sahaja
D.   II, III dan IV sahaja


12.  I. Latihan bola jaring pada petang ini akan dibatalkan jika sekiranya hujan.
II. Internet membolehkan pengguna di dunia berhubung antara satu sama dengan lain.
III.Guru-guru perlu menyebarkan maklumat tentang bahaya pencemaran alam kepada
    murid-murid.
IV. Kita hendaklah bijaksana apabila berkomunikasi dengan orang lain untuk mengelakkan
    konflik.

A.    I dan II sahaja
B.    II dan III sahaja
C.   III, dan IV sahaja
D.   II, III dan IV sahaja



Soalan 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
13.  Tidak ada seorang pun daripada lima orang anak Encik Majid yang mengikuti jejaknya menjadi peguam. Sebaliknya mereka mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza.
Keadaan ini sesuai dengan peribahasa yang berikut kecuali
A.    lain padang lain belalang.
B.    rambut sama hitam, hati lain-lain.
C.   bagaimana acuan begitulah kuihnya.
D.   banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^