BAB 6
Adit tersenyum. Puan Sri Zarina datang
melangkah ke arahnya dengan senyuman manis. Wanita bekerjaya itu nampak cukup
manis bila mengenakan shawl biru
sedondon dengan bajunya.
Pandangannya teralih fokus apabila
perasan ada satu lagi susuk tubuh berjalan di belakang wanita itu. Perlahan
jelas dan menampakkan wajahnya yang simple.
Tiara!
Seriously? Aku tak
mimpi ke ni? Tiara datang dengan berbaju putih dan bertudung peach. Pandangan gadis itu redup ke
arahnya. Adit segera membetulkan kedudukan duduknya. Menarik nafas dengan
cermat. Mula segan bila bertemu dengan tetamu tatkala dia dalam keadaan
sedemikian.
“Aunty dengar Adit tak sihat.”
Fokusnya pada kelibat Tiara terhenti.
Segera memandang Puan Sri Zarina semula.
“Saya okey. Hari tu letih sikit. Cuaca
panas sangat agaknya.”
“Puan Sri Zarina… bila sampai?”
Adit mengalihkan pandangannya ke arah
pintu. Tiara dan mamanya juga sama. Bondanya masuk dengan senyuman agak melebar
di bibir sambil menyapa mesra.
“Baru je sampai. Sorry lah sebab lambat datang jenguk Adit. Saya sendiri baru tau
dia tak sihat. Nasib baik Ara dah ada kat rumah. Boleh saya bawa dia temankan
saya ke sini.”
Adit memandang Tiara.
‘Ara dah
ada kat rumah?’ apa maksudnya?
“Tiara? So, yang ni lah Tiara? Eh, dah besar dah sekarang. Dulu nampak dia
kecil lagi. Sekarang dah cantik sangat.”
Tiara kaku. Apa yang sedang berlaku
pada dirinya kini memang membuatkan dia keliru. Berlaku sesi perkenalan ke
sekarang ni?
“Ni YM Hajah Dalila. Bonda kepada
Adit. Kawan baik mama juga kat Brunei. Buat business
sama-sama.”
Tiara cuak. Dalam sesi perkenalan
beginilah dia failed. Aku nak sambung
sesi perkenalan dengan apa? Panggil dia Yang Mulia ke? Ke nak panggil dia Aunty?
Aduh. Memang aku tak tau! Okey. Failed.
Always.
“Emmm… apa khabar…” Tiara mati kata.
Tangannya dihulur untuk bersalaman tapi mulutnya kelu untuk meneruskan ayat.
Dia tidak tahu mahu cakap apa sebenarnya.
“Panggil saja Bonda. Lebih selesa.”
“Hah?” okey. Tiara makin cuak!
“Dah lama Bonda nak jumpa Ara. And finally… hasrat tu termakbul hari
ini. Come here, sayang.”
Salam disambut. Tapi dua saat selepas
tu, tubuh Tiara terus ditarik masuk ke dalam pelukan wanita itu. Tiara yang
dari tadi kaku dan membatu hanya menurut.
Lama sangat ke aku hilang sampai semua
orang nak peluk aku sekarang? Itu sahaja yang ada di kepala otak Tiara
sekarang. Mana-mana manusia yang dia jumpa, mesti akan peluk dia. Rindu
sangatkah semua orang dekat aku?
“Ara duduk sini. Sembang dengan Adit.
Bonda ada benda nak bincang dengan Mama Ara ni. Korang duduk sini tau.”
“Hah?” Tiara terperanjat.
Duduk sini?
Dengan Adit?
Berdua?
Dalam bilik Adit ni?
Seriously?
Segera memandang Adit yang menyandar
di kepala katil.
Adit pun cuak!
Tidak sampai seminit, Mama dan Bonda
Adit hilang dari pandangan. Siap bawa orang gaji keluar pulak tu. Tinggallah
dia dan Adit di situ.
Senyap. Masing-masing kelu lidah.
“Awak…” Adit menyapa. Kalau dia tidak
bersuara, kemungkinan besar mereka akan senyap sampai Bonda dan Puan Sri Zarina
kembali semula.
“Ya.”
“Emmm…
nothing. Have a sit first.” Masih kelu lidah Adit untuk bertanya soalan.
Hanya mampu mempelawa Tiara untuk duduk di sofa bersebelahan katilnya.
“Awak sakit apa?” soal Tiara seraya
duduk.
“Tak ada apa-apa. Awak sendiri tau
yang saya dilahirkan tak sihat macam orang lain. Walaupun dah buat pemindahan
hati, kadang saya kalah dengan cuaca. So,
saya demam sikit.”
“Bila awak demam?” lancar sahaja
soalan Tiara.
“Dua hari lepas.”
Tiara senyap. Dua hari lepas jugaklah
mereka bertemu di tanah perkuburan arwah abahnya. Rasa bersalah mula
menyelubungi perasaannya. Dia berborak dengan aku lama sangat ke sampai dia
demam?
“Saya okey. Sikit je. Mungkin
kebetulan saya letih sebab urus Akademi Tae Kwan Do beberapa hari sebelum tu.”
Menyedari muka Tiara mula rasa bersalah, Adit segera mengatur ayat yang boleh
melegakan jiwa gadis itu.
Tiara senyap. Tiada lagi soalan yang
ingin diajukan olehnya. Dia ada dengar cerita daripada mamanya yang Adit baru
sahaja membuka akademi pertahankan diri. Walaupun dia kata badan dia agak lemah
sejak dilahirkan, tapi bab-bab bertarung, dia boleh mengalahkan orang sihat
lain.
Dah minat dia. Nak kata apa lagi!
“Abang Ren ada called saya tadi. Dia cakap malam nanti dia datang jenguk awak.
Emm… Nawal ada datang tak?”
“Ada. Pagi tadi. Siap bawa breakfast.”
Tiara tersenyum. So sweet Nawal.
“Kan saya dah cakap. Tak salah pilihan
awak. Nawal memang terbaik untuk awak.”
“Dia ada bagitau awak tak yang dia nak
pergi Jepun?”
Soalan Adit membuatkan Tiara hilang
senyum.
“Seriously?”
Tiara terkejut. Takkan dia nak jalan-jalan saat Adit terlantar atas katil lagi?
“Ya. Dua minggu. Flight dia tengah hari tadi.”
Tiara memerhati raut wajah Adit. Lelaki
kacukan Brunei-Indonesia itu agak sedih ditambah dengan sedikit pucat pada
wajah demamnya.
“Awak… thanks.”
Adit mengangkat mukanya. Wajah Tiara
dipandang. Tiba-tiba berterima kasih dah kenapa?
“Sebab?”
“Buat saya balik semula ke rumah.
Lepas dengar apa yang awak cakapkan hari tu, barulah saya sedar yang selama
enam tahun ni saya agak mementingkan diri sendiri. Saya tak pernah nak fikirkan
orang lain terutamanya Mama.
Sejak kecil saya agak berdendam dengan
Mama. Saya jealous nampak budak lain
yang dibelai dan dimanja oleh ibu diorang. Saya? Mama saya asyik utamakan kerja.
Nak bercakap dengan saya pun tak pernah apatah lagi nak bagi ruang dan masa
untuk bermanja mesra. Even arwah Abah
dah pujuk saya macam-macam, saya tetap rasa marah pada Mama.
Bila Abah dah pergi, saya rasa saya
dah hilang tempat bergantung. Lepas bertengkar dengan Mama, saya sanggup lari.
Lari dari semua benda terutamanya yang berkaitan dengan dunia Mama. Enam tahun
ni rupanya saya tak nampak penyeksaan yang saya buat kat Mama. Sampailah awak
datang dan sedarkan saya.”
Panjang lebar luahan hati Tiara.
Setiap perkataan didengar dengan baik oleh telinga Adit.

“Thanks
sebab sudi balik semula. Saya gembira bila dengar perkara ni daripada mulut
awak sendiri.” Kelegaan Adit sebenarnya menjadi kelegaan arwah Tan Sri Thalib.
Menerima sebahagian besar hati arwah menjadikan dia sebahagian daripada keluarga
itu. Perasaan pelik itu sudah mula dirasakan sejak dia dekat dengan Tiara.
Adakah betul aku mewarisi kasih arwah
Tan Sri Thalib? Itu yang selalu bermain di minda Adit.
Bunyi pintu diketuk membatalkan hasrat
Tiara untuk menyambung bicaranya. Pintu yang sememangnya tidak tertutup sejak
tadi dipandang. Mak Leha, pembantu peribadi Adit masuk.
“Pengiran, sekarang masa makan ubat.”
Tiara berdiri semula. Menghampiri Mak
Leha yang memegang dulang.
“Arghhh…
not now.” Adit bermalas-malasan. Mukanya berkedut tanda tidak suka.
“Emmm… biar saya tolong.”
Adit memandang Tiara yang bersuara.
Aduh, nampaknya gadis itu sudah masuk campur dalam hal ini.
“Awak tak boleh nak malas-malas makan
ubat. Awak tu bukannya kecil lagi. Bonda awak datang jauh tau dari Brunei sebab
dengar awak sakit. Nah…” Tiara membebel. Tidak menyangka langsung dengan
perangai Adit persis kanak-kanak. Rupanya dia tidak suka makan ubat. Memang
lelaki itu buat kelakar!
“Fine.”
Nada Adit masih malas. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengambil ubat yang
dihulur oleh Tiara. Nasib baik dia berfikirkan egonya sebagai seorang lelaki. Malu
giler kalau tak telan ubat tu sekarang. Itu soal maruahnya. Kalau tak, memang
tunggu kene leter oleh Bondanya baru dia akan makan.
“Good.
Kan senang. Ubat tu kecil je. Telan tak sampai lima saat. Habis cerita.”
Adit terasa diperli. Rasa geram je.
Tapi melihat wajah Tiara, dia rasa mahu tersenyum pula. Adit, jatuh maruah kau
depan perempuan. Hari ini kau kalah dengan gadis bernama Tiara.
“Since
awak dah tolong saya kembali semula kepada Mama, saya rasa nak tolong awak buat
‘sesuatu’.”
Adit membetulkan duduknya di katil.
Rasa ubat yang pahit masih jelas terasa di kerongkongnya. Matanya jelas
memandang Tiara yang mula duduk semula di sofa selepas meletakkan ubat dan
cawan di tepi katil. Okey, topik apa pulak kali ni? Antara dia dan Tiara,
memang selalu timbul topik perbualan yang bermula secara tiba-tiba.
“Tolong?”
“Ya.”
“Tolong apa?”
“Kembalikan Nawal yang dulu.”
“Maksud awak?”
“Saya sedih dengan perubahan Nawal
sekarang. So, saya nak dia ‘kembali’
pada awak. Jadi Nawal yang dulu. Saya pun boleh jumpa semula ‘kembar’ saya.”
Bibir Adit mula tersenyum.
“Tapi macam mana?”
“Kita berdua kena usaha sama-sama. Kalau
saya seorang je yang usaha, rasanya agak payah. Lagipun awak antara insan yang
dia sayang. Saya percaya kita boleh kembalikan Nawal yang dulu.”
Adit memandang tepat pada wajah Tiara.
Gadis manis itu memang boleh membawa senyuman padanya. Manis. Ya, dia agak
manis dipandang. Sejuk sahaja jiwanya melihat gadis bertudung peach itu. Tutur
katanya sopan. Pandangan matanya redup. Senyumannya manis.
“Patutlah Ren suka sangat kat awak.”
“Hah?” Tiara bingung bila Adit
tiba-tiba bersuara.
“Nothing.”
Tiara mengerutkan kening. Whatever!
“Ren ada ajak awak keluar tak?”
“Nope.
Dia tak tau lagi yang saya dah balik rumah.”
“Seriuosly?
But… why?” serius Adit rasa pelik.
Dia dengan Hazrin pasangan kekasih kot. Takkan benda besar macam ni pun dia tak
begitau?
“Saya busy sikit. Almaklumlah, nak pindah masuk semula ke rumah. Dua hari
ni jugak saya dan Mama habiskan masa berdua.”
Dalam bingung-bingungpun, Adit ada
rasa bersyukur apabila mendengar cerita Tiara yang tampak bahagia selepas
kembali ke pangkuan Mamanya. Gadis itu kelihatan tersenyum sambil mengatur
ayatnya. Mungkin itu petunjuk yang dia bahagia.
“Alhamdulillah. But, I think you should call or text Ren. At least, awak boleh
kongsi benda bahagia ni dengan dia.”
“Emmm… in shaa Allah. Esok family Pak Long balik dari Australia. For sure dorang akan datang rumah saya. So, better saya bagitau dia sekali
esok.”
Adit diam. Perancangan Tiara memang
ada betulnya.
“Tapi… awak kan boleh text dia.” Adit masih lagi dengan
pendiriannya untuk meyakinkan Tiara supaya memberitahu Hazrin tentang perkara
yang dianggapnya penting seperti ini.
“Emmm…actually,
I have no phone.”
“Seriously?”
Adit terdiam. Okay. Checkmate di situ!
Tiara hanya tersenyum.
“Yes.
Since, saya ‘hilang’ dulu. No phone. No internet. No blog. No social
media. No… for everything. And… until now, saya tak fikir nak ada
benda-benda tu semua lagi. Serabut.”
Adit mati kata. Nak dia cakap apa lagi
kalau dah kesimpulan Tiara macam tu?
“Nampak seronok pulak diorang
berborak.”
Tiara dan Adit berpaling pandangan ke
arah pintu serentak. Hajah Dalila dan Puan Sri Zarina masuk dengan senyuman di
bibir.
“Apasal pandang kitorang macam tu?”
Adit menyoal Bondanya tatkala pandangan Hajah Dalila dan Puan Sri Zarina nampak
pelik. Dia sempat pandang wajah Tiara. Gadis itu juga cuak sama sepertinya.
“Nothing.
Finally dapat juga nampak korang berdua duduk bersama. After berapa tahun aunty tunggu saat ni.” Jawab Puan Sri Zarina.
“Hah?” serentak Adit dan Tiara
bingung.
“Kalau arwah ada lagi, mesti dia
bahagia. Sekarang ni pun aunty dah rasa macam keluarga aunty dah bersatu
semula. Rasa arwah dekat dengan kami dengan adanya Adit.”
Adit dan Tiara senyap. Memang perasaan
itu yang mereka rasa sekarang. Seakan-akan arwah ‘ada’ di situ bersama mereka.
“Mama dan bincang dengan Bonda kamu
tadi. Tiga hari lagi aunty nak buat makan-makan sikit. Jemputlah datang.”
“Bukan Bonda kata nak balik Brunei
lusa ke?” Adit rasa pelik.
“Sebab tu Bonda bincang dengan aunty
Zarina tadi. So, kena stay kat sinilah sampai majlis
makan-makan tu selesai. Lagipun Bonda tak nak tinggalkan Adit sorang-sorang kat
sini.”
“Macamlah Adit ni budak kecil tau. Ada
ramai orang gaji. Mak Esah tu ada.” Bukan dia tidak biasa dengan rutin hidup
seperti itu. Sejak kecil lagi dia seperti hidup nomad.
Indonesia-Brunei-Malaysia-US. Dia asyik berpindah tempat. Balik rumah
Ayahandanya ke Brunei. Rumah Bondanya ke Indonesia. Masa kecil dulu
bermastautin di US selepas berjaya buat pemindahan hati. Tapi finally, dia putuskan nak tinggal di
Malaysia. Dah siap bina akademi yang dia idam-idamkan.
“Kamu ni macam nak halau Bonda pulak.”
Gurau Hajah Dalila.
“Tak ada lah. I will be miss you. Ayahanda too.”
“Ayahanda, Kak Alisa dan Nayla datang
sini lusa.”
Adit mengangguk. Pagi tadi sempat
bervideo call dengan adik bongsunya,
Nayla. Dia ada cakap mahu datang Malaysia. Tapi tidak pula memaklumkan bila
tarikhnya.
“Kalau macam tu, kami balik dululah.
Lagipun dah nak maghrib ni.” Ujar Puan Sri Zarina.
“Terima kasih sebab datang.” Ucap
Hajah Dalila sambil memegang tangan Puan Sri Zarina.
“Adit ni dah macam anak saya sendiri.
Dia pun rajin datang rumah saya sejak dia tau arwah yang jadi penderma. Bila dengar
dia tak sihat, saya sendiri jadi susah hati.”
Adit tersenyum rasa bersyukur
mendengar ucapan Puan Sri Zarina. Rasa bahagia dapat disayangi seperti itu.
“Eh, lupa pulak nak bagi awak ni.”
Mulalah Tiara kalut. Buah tangan yang dibawa lupa untuk dihulur pada Adit.
Sepatutnya benda tu sudah diberikan sejak dia sampai tadi. Ya-Allah, dah kenapa
kau ni Ara? Benda macam ni kau boleh lupa.
Adit ketawa laju. Tidak tahan melihat
Tiara kalut. Sebenarnya sejak awal lagi dia nampak buah tangan tu. Tapi dia
senyap. Boleh pulak gadis tu lupa sampai macam tu sekali. Comel je. Tak
pasal-pasal jadi kalut.
Puan Sri Zarina dan Hajah Dalila
ketawa sama. Tiara mula rasa mukanya tebal tujuh inci. Malu giler!
“Sorry
awak.” ucap Tiara.
“It’s
okay.” Balas Adit dengan ketawa yang masih bersisa.
“Syok sangat agaknya korang borak
sampai lupa benda tu.” Ujar Hajah Dalila.
Tiara rasa mahu menyorok sahaja di
bawah katil. Rasa lucu pun ada jugak. Ikutkan hati, dia pun rasa nak gelak
sekali. Boleh pulak dia buat lucu-lucu time
macam ni.
“Aunty balik dulu ya. Jangan lupa
nanti datang rumah aunty.”
“In shaa Allah.”
“Get
rest. Adit perlukan rest yang
secukupnya.”
“Baik, Aunty.”
Puan Sri Zarina mula minta diri. Siap
bersalam dan berpeluk-peluk dengan Hajah Dalila. Tiara ikut dari belakang. Buat
perkara yang sama selepas mamanya. Adit hanya diam memerhati sambil tersenyum.
Tiara memang mencuitkan hatinya.
“Awak jangan lupa nak makan ubat. Tak
payah nak penakut sangat.” Sempat Tiara mengusik.
Terkena sebijik lagi. Adit rasa macam
nak tergelak besar. Pandai jugak gadis kecil ni melawan. Nak cover-cover kalut dia la tu!
“Baik bos!”
Hajah Dalila dan Puan Sri Zarina
berpandangan antara satu sama lain. Mula ketawa semula. Tercuit dengan gelagat
anak-anak mereka.
**************************************************************************
Enjoy readers!
Lot of LOve,
Salawati Latip