BAB 5
Gambar arwah Abahnya ditatap. Menitik
air matanya perlahan. Jangan dibicarakan tentang rindu. Hanya Allah sahaja yang
tahu apa yang dialaminya selama ketiadaan hero terhebat dalam hidupnya itu.
“Kecil betul dunia ni. Adit tu rupanya
budak lelaki yang Abah selamatkan. Patutlah Ara rasa ‘something’ bila berjumpa dengan dia.”
Tiara tersenyum. Sudah lama dia ingin
tahu siapa manusia yang menerima organ arwah Abahnya. Nampaknya Allah
memudahkan segalanya dengan mempertemukan Adit dengannya. Yang paling tidak
sangka, Adit tu sebenarnya kawan baik Hazrin. Memang teratur percaturan dunia
yang dibina-Nya.
Tiara mengatur langkah keluar. Di muka
pintu, Hazrin sudah berdiri dengan senyuman yang lebar. Tiara memerhati
wajahnya. Rindu tapi batasnya sudah menghalang perasaan yang membeku dalam diri.
“Is
everything okay?”
Tiara hanya mengangguk perlahan pada
soalan sepupunya. Matanya mula fokus ke bilik yang berada di hujung sudut
kanan. Kenangan dia kecil sampai dewasa sebelum hilang enam tahun lalu mula
segar dalam ingatannya.
“Dah lama Abang Ren tunggu saat ini.
Ingat tak dulu kita main kejar-kejar kat sini? Lepas tu berlumba siapa cepat
masuk bilik. Setiap kali main, confirm
Abang Ren yang kalah sebab bilik Abang Ren jauh kat sana.”
Disebabkan Tiara dan Hazrin merupakan
anak tunggal, ibu bapa mereka meletakkan sebuah bilik untuk Hazrin di rumah
Tiara. Begitu juga dengan sebaliknya. Ini memudahkan Tiara untuk bermain dengan
Hazrin bila-bila masa sahaja. Berlari-lari. Belajar. Bermanja. Semua dilalui
bersama sejak mereka kecil lagi. Tidak hairanlah bila melihat Tiara suka
bermanja dengan Hazrin. Bukan sahaja pada zaman kanak-kanak, tapi perangainya
itu berlarutan sehingga dia remaja.
Manja satu hal. Bercinta lagi satu
hal.
Zaman bercinta paling bahagia. Sebelum
tidur, mereka akan berdating dahulu
di luar pintu. Ucap kata-kata manja dan masuk ke bilik masing-masing dengan
senyuman yang lebar.
Cinta alam remaja. Semua nak yang sweet-sweet je!
Semua itu tinggal kenangan. Hanya mampu
diimbas dengan otak sahaja. Bayangan berlari-lari anak membuatkan Ara tersenyum
mengenangkan semua kenangan indah zaman kanak-kanaknya. Hazrin juga sama.
“Sejak Ara hilang, Abang Ren dah
jarang datang tidur sini.” Akui Hazrin. Walaupun Puan Zarina itu Mak Ngahnya
dan hubungan mereka persis anak-beranak, namun dia merasakan hidupnya kosong
tanpa kehadiran Tiara di rumah itu.
“Ara dah balik ni. Lepas ni nak tidur
sini lagi tak?” sakat Tiara sambil senyuman di bibirnya terukir manis.
Hazrin tersenyum. Pelawaan itu bak
anugerah dan kejayaan yang besar untuknya.
“Bila nak balik sini semula?”
Tiara merasakan soalan yang baru
ditujukan itu membuatkan dadanya sesak. Hatinya mula berat. Mahu kembali ke
alam nyata adalah suatu yang agak sukar baginya. Sudah puas membina hidup baru
yang sudah dirasakannya agak selesa dan tenang, dia perlu berhadapan dengan
realiti bahawa dia adalah anak Tan Sri Thalib Al-Zahsy, seorang pelukis
terkenal dan pengasas Galeri Al-Zahsy di Bangunan Art tempat dia bertemu dengan
Adit.
“Nantilah. Mama pun sibuk. Ara dengar
Mama nak pergi Brunei esok.”
Hazrin memandang wajah Tiara. Gadis
itu nampak agak sayu.
“Mama Zarina rindukan Ara.”
Tiara memandang wajah Hazrin. Ayat
pendek Hazrin cukup bermakna untuk difahami. Menjadi anak tunggal kepada Puan
Sri Zarina Al-Zahsy merupakan satu anugerah. Wanita yang cukup hebat dengan
bidang sulaman dan jahitan itu sudah memiliki empayar yang besar dalam
perniagaan. Anak jati Brunei itu sering kali berulang-alik ke negara tumpah
darahnya untuk menguruskan perniagaan di sana. Sejak kecil Tiara sudah biasa
ditinggalkan bersama pengasuh. Tidak pun tinggal bersama arwah Abahnya. Tidak
hairan bila kemahiran melukis pelukis negara itu agak dominan olehnya.
“Ara tahu Mama sayangkan Ara.” Agak
terkilan dan berat hati mengucapkan ayat yang sama sejak kecil. Ayat yang
diungkapkan tidak selari dengan perasaan yang menghimpit jiwanya. Tiara pasrah
dengan ketentuan Allah.
****************************************************************
TIARA mengatur langkah. Dia gemuruh. Tangannya agak bergetar.
Sudah enam tahun dia menunggu saat ini namun dia tidak gagah untuk berdepan dengannya.
Abah, Ara datang.
Langkahnya terus diatur. Tanah
perkuburan khas keturunan Al-Zahsy dijejaki setelah enam tahun dia hilang. Hatinya
selalu memberontak untuk datang ke situ namun dia tidak ada kekuatan.
“Apa awak buat kat sini?” Tiara yang
pelik melihat Adit duduk membaca doa di kubur arwah Abahnya terus menyoal
tatkala melihat Adit mengaminkan doanya.
“Eh, awak! Emmm… saya datang…”
Tiara memerhati kekalutan Adit.
Berbeza dengan pertemuan pertama mereka. Adit yang mula-mula kenal dulu agak
‘kepoh’ nak gedik-gedik mahukan sesi perkenalan. Tapi yang sekarang ini dia
agak diam. Pelik!
“Awak selalu datang sini?” soal Tiara.
“Tak de la selalu sangat. Dalam dua
minggu sekali.”
Tiara diam. Dua minggu sekali dia
cakap ‘tak de la selalu sangat’?
“Awak nak baca Yassin dan doa untuk
arwah uncle?” soalan Adit mengembalikan tujuan utama Tiara ke situ.
“Ya.”
“Kita baca sama-sama. Kebetulan saya
pun baru nak baca Yassin.”
Tiara memandang tepat anak mata Adit.
Pelawaan Adit membuatkan hatinya berdebar-debar. Apa maksudnya? Adakah hati
arwah Abah yang membuatkan aku begini? Sejak kecil lagi dia sering kali mengaji
al-quran bersama arwah. Aura itu datang semula ke?
Aura. Aura. Auranya kuat!
Suara mendayu masuk ke corong
pendengaran Tiara. Adit membaca al-quran dengan baik sekali. Bayangan arwah
Abahnya mula menghiasi fikirannya. Persis. Mereka berdua sungguh persis.
Takdir apakah ini, Ya Allah?
Sebahagian Abah ada dengan lelaki itu!
Usai bacaan Yassin dan mengaminkan
doa, Adit menutup surah Yassin yang dibawanya. Baru sahaja mahu berpaling ke
belakang melihat Tiara, suara tangisan kecil kedengaran. Tiara menangis. Ya,
suara itu milik gadis itu.
Adit memegang dadanya. Boleh dapat
penyakit hati kalau keadaan seperti ini berlanjutan. Rasanya sakit tapi dia
berdebar. Rasanya terhimpit tapi dia bergetar. Melihat Tiara sedemikian rupa,
hatinya sakit.
Perasaan ini datang dari mana, Ya
Allah? Adakah kerana aku sudah menjadi sebahagian arwah?
Tiara pasti sedih. Enam tahun dia
hilang, pasti dalam tempoh itu juga dia tidak pernah datang menziarahi arwah
Abahnya. Pasti dia terkilan sebab tidak dapat membaca Yassin dan doa di situ.
“Ampunkan Ara, Abah. Ampunkan Ara. Ara
rindukan Abah tapi Ara tak pernah datang ‘jumpa’ Abah pun.”
Tangisan Tiara semakin menjadi-jadi.
Adit mula terjangkit sebak namun dia mengawal dirinya. Terlalu mudah dia
terjebak dengan emosi Tiara. Mungkin juga disebabkan naluri arwah sudah menjadi
sebahagiaan hidupnya.
“Tak elok awak nangis di kubur. Awak
perlu perbanyakkan doa. Doa seorang anak solehah In Shaa Allah akan Allah
perkenankan.”
Adit menoleh ke belakang. Wajah Tiara
yang sudah dibasahi air matanya dipandang tepat.
“Nah. Lap air mata awak. Kalau mata
awak bengkak, tak pasal-pasal semua orang ingat saya buli awak.”
Tiara memandang wajah Adit. Tangannya
mula menggapai sapu tangan yang dihulurkan kepadanya.
“Thanks.”
Adit senyum sambil keningnya
terangkat.
“Bila awak datang Malaysia?”
Soalan yang diajukan oleh Tiara benar-benar
mengejutkan Adit. Tiba-tiba dapat soalan yang tiada kaitan dengan suasana
sebelum ini.
“Five
years ago.”
Tiara kelihatan mengangguk perlahan.
Air matanya yang masih bersisa dikesat lembut.
“Macam mana awak tahu saya baru balik
Malaysia?” soal Adit dengan dahi berkedut.
“Arwah Abah ada cakap yang penerima
hati dia tu bukan orang Malaysia. Orang tu stay kat UK lepas pembedahan hati tu
berjalan. Dan tadi Abang Ren ada cakap yang awak ni orang Brunei. Emmm…
actually, saya tak faham sangat cerita semua orang. Kejap UK. Kejap Brunei.”
Adit tersenyum. Nampak dengan jelas
Tiara bingung.
“Awak ingat tak masa kecil dulu awak
ada kawan dari Brunei? Ayahanda saya seorang pedagang minyak. Tapi ayahanda
saya berkawan baik dengan daddy Hazrin. Then, arwah Abah awak berkenalan dengan
ayahanda saya. Kita pernah jumpa dulu. Tapi tak lah lama. Dalam two or three
months. Lepas tu my family and I berhijrah ke UK.”
Cerita Adit yang jelas membuatkan
Tiara memusingkan daya fikirannya ke zaman kanak-kanaknya.
“Awak yang tak boleh main kejar-kejar
tu kan? Sebab awak sakit masa tu.”
Adit tersenyum. Tekaan Tiara
menyenangkan hatinya.
“Ya. Sayalah budak tu.”
Terkejut. Tiara memang ada rasa
sedikit terkejut. Tidak menyangka rupanya pertemuannya di kolej tempoh hari
bukanlah pertemuan pertama. Mereka pernah ‘berkawan’ suatu ketika dahulu.
“Saya dilahirkan dengan komplikasi
pada hati. Sebab tu masa tu saya tak boleh nak join awak, Ren dan Nawal main
lari-lari. Dan tak sangka, saya jumpa Ren dan Nawal since five years ago. Selama ni saya cari awak. Tapi tak ada
seorangpun yang tahu keberadaan awak.”
Tiara senyap.
“Saya dengar banyak cerita pasal awak
daripada Ren. You are the one and only princess dalam hati dia. Kalau boleh,
setap hari dia nak sebut nama awak. Nawal pun sama. Keluar dating dengan dia,
confirm dia akan cerita yang dia ada kembar.”
Cerita Adit mula menarik perhatian
Tiara. Hujung cerita tadi ada satu cerita baru.
“Awak dan Nawal…?”
Adit tersenyum dengan ayat Tiara yang
tidak habis menuju pangkalnya.
“Ya. Since… your years ago.”
Tiara tersenyum. Gembira hatinya bila
mengetahui bila Nawal sudah mempunyai teman istimewa. Selama ini bukan main
keras hati gadis itu untuk bercinta. Tak sangka, selepas setahun bertemu semula
dengan Adit, mereka sudah boleh menjadi ‘teman’ tapi mesra.
“You
are the lucky one. Nawal seorang gadis yang baik. Awak perlu hargai dia.”
Ucap Tiara.
“Ya. Memang saya rasa saya bertuah
bila Nawal boleh memilih saya menjadi teman istimewa. Saya jumpa dia, saya
tertarik dengan sikap penyayang yang dia ada.”
Tiara tersenyum. Itu memang dia akui.
Berkawan dengan Nawal adalah satu anugerah yang Allah telah berikan padanya.
Nawal bukan sahaja cantik, tetapi dia juga sangat penyayang. Apa sahaja masalah
yang dihadapi sebelum ini, dia pasti akan kongsikan dengan Nawal. Biasanya
Nawal sahaja yang dapat memberikan semangat apabila Tiara rasa dirinya down dengan pelbagai masalah yang timbul
terutama yang melibatkan Mamanya.
“Dia memang cantik. Sweet. Petah berkata-kata. Bila dia
cakap dia sayangkan saya, saya rasa sayalah lelaki yang paling untung dalam
dunia ni kerana terpilih untuk memiliki kasih sayang yang ada pada dia. Saya
selalu membayangkan masa depan kami berdua. Ada keluarga sendiri. Anak-anak.
Duduk dalam satu rumah… dan rumah tu penuh dengan kasih sayang, gelak tawa,
riuh rendah… berkejaran sana sini…”
Tiara turut tersenyum mendengar setiap
kata yang diucapkan Adit. Bibir lelaki itu tersenyum sambil mengatur kata.
Nampak sinar kebahagiaan yang didambakan itu cukup memberi kesan. Dia bukan
hanya berkata-kata tetapi kata-katanya itu lahir dari jiwa dan hati yang
ikhlas.
“Tapi dia bukan Nawal yang dulu…”
Ayat yang baru dikeluarkan oleh Adit
agak mendatar perlahan menarik perhatian Tiara. Suasana bahagia berubah serta
merta.
“Apa maksud awak?”
“Kami selalu bergaduh sejak
kebelakangan ni. She’s totally change
sejak jadi model. Dia selalu mabuk. Keluar dengan mana-mana lelaki. Berpakaian
agak seksi. Saya rasa macam… emmm… I
don’t know. Macam-macam yang saya dengar pasal dia. Saya tak nak percaya
tapi bukti ada di mana-mana.”
Tiara diam. Memang dia akui Nawal yang
dia temui semalam nampak lain. Cara pemakaian memang mengena dengan apa yang
dijelaskan oleh Adit. Dia tidak sempat bertanya banyak soalan kepada gadis itu
semalam. Memang jelas Nawal nampak agak sibuk. Ada show katanya. Jadi memang benarlah dia sudah menjadi seorang model.
Sebelum Tiara menghilang dulu, dia dan
Nawal memang blogger yang terkenal. Bila dia meng’hilang’, tidak hairanlah bila
mendengar Nawal sudah berjaya melangkah mendapat nama yang lebih gah.
“Macam mana pun Nawal berubah, awak
kena yakin yang hati Nawal takkan berubah. Saya kenal dia. Benda dia sayang,
dia akan sayang sampai bila-bila walaupun dia tak tunjuk.” Perjelas Tiara
kepada Adit.
Adit hanya diam. Mungkin cuba
menghadam ayat Tiara.
“Saya nak tanya awak satu benda.
Boleh?”
Tiara pelik. Memandang tepat pada
wajah Adit.
“Apa dia?”
“Awak marah tak bila saya cakap yang
saya tahu kenapa awak lari enam tahun lalu?”
Membesar anak mata Tiara.
“Apa yang awak cuba nak cakap?” Tiara
pura-pura menyoal walhal wajahnya sudah agak terkejut.
“Aunty Zarina rindukan awak.”
Tiara memandang wajah Adit semula.
Peralihan topik kali ini mencengkam jiwanya.
“Bukan niat saya nak masuk campur hal
awak dengan mama awak. Tapi… sejak saya tahu siapa ahli keluarga penderma hati
untuk saya, saya rasa senang bila dekat dengan keluarga arwah.”
Adit memandang wajah Tiara yang mula
menundukkan sedikit wajahnya. Tiara bungkam. Mukanya redup dan dia tahu apa
puncanya.
“Saya selalu nampak aunty Zarina
nangis bila duduk sorang-sorang. Dan setiap kali saya Nampak benda tu, saya
akan dengar dua nama yang akan keluar daripada mulut aunty. Nama arwah dan nama
awak.”
Tiara menelan air liur. Air mata mula
bertakung dalam kelopak mata. Cerita Adit menggetarkan emosinya.
“Aunty rindukan awak. Dia tak tunjuk
kat awak tapi saya tahu yang dia sayangkan awak. Sayang sangat.”
Air mata Tiara jatuh perlahan. Tiada
sebarang suara tangisan. Tiara masih bungkam.
“Mama awak memang workaholic orangnya.
Tapi naluri seorang ibu yang ada pada dia masih menebal. Dah beberapa kali
aunty masuk wad sebab dia terlalu rindukan awak. Dia sunyi. Saya tahu apa yang
saya ucapkan kat awak ni agak melebih-lebih. Tapi saya nak awak tahu. Dia rindukan
awak setengah mati. Bila nampak awak muncul semalam, masa itulah saya nampak
dia tersenyum untuk pertama kali setelah sekian lama awak hilang.”
Tiara mengesat air matanya. Dia panas
telinga. Setiap perkataan yang terkeluar daripada mulut Adit mencengkam
jantungnya. Kuat. Dia segera berdiri dan mengatur langkah. Tidak boleh berlama
di situ. Dia tidak kuat.
“Kalau arwah Uncle masih ada, dia
pasti akan sedih nampak awak macam ni. Awak satu-satunya harta yang dia. Sama
juga seperti Aunty Zarina.”
Adit memegang dadanya. Sakit. Peluh
membasahi dahinya. Melihat Tiara yang sudah berlari pergi dari situ, dia kalah.
Ya-Allah, sakitnya…

**********************************************************************
LOve,