PANGERAN
BAB 4
Mata Tiara mula berkaca tatkala Hazrin
memanggil namanya. Sayu. Dia terlalu rindu suara lelaki itu. Sudah hampir enam
tahun dia tidak bersua muka dengannya. Tempoh itu jugalah yang memisahkan kasih
dan sayang yang ada pada mereka.
“Abang Ren…” Tiara memanggil Hazrin
dengan nama manjanya.
“Tiara?”
Tiara mengangguk mengiyakan. Hazrin
kelihatan keliru seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dialaminya kini.
“Abang Ren rindukan Ara.” Terkeluar
segala isi hati yang terbuku selama ini dengan hanya beberapa kata. Hanya Allah
sahaja yang tahu betapa sakitnya perasaannya bila berpisah dengan Tiara dalam
tempoh yang agak panjang.
Mahu sahaja Hazrin memeluk tubuh kecil
Tiara. Namun, melihat perubahan Tiara yang kini sudah bertudung dan lengkap
berpakaian sopan menutup aurat, niatnya dimatikan. Tiara yang ada di hadapannya
kini bukan Tiara yang dahulu. Bukan Tiara enam tahun dahulu.
“Ara pun rindukan Abang Ren.”
Senyuman Tiara mencairkan hati Hazrin.
Gadis itu yang memikatnya sejak usianya masih kecil. Anak Mak Ngah yang pernah
hilang enam tahun dahulu itu merupakan cinta hati yang sudah bertakhta sejak di
bangku sekolah lagi. Membesar bersama tetapi menjalinkan hubungan cinta sejak
tingkatan satu.
“Ke mana Ara hilang?”
Tiara hanya diam. Senyumannya masih
bermain di bibir tapi mulutnya masih tidak mampu untuk menjawab pertanyaan
Hazrin.
“Nawal makin cantik sekarang.” Tiara
mengalihkan topik. Pandangannya diheret ke arah Nawal yang sedang duduk bersama
lelaki bernama Adit di pondok tidak jauh daripada mereka.
“Nawal tu rindukan Ara. Dulu dia
selalu nangis sebab terasa kehilangan Ara.”
Tiara mula rasa bersalah. Ditahan air
mata yang sudah hampir jatuh ke pipi.
“But
I miss you more than her.”
Tiara tunduk. Jatuh akhirnya air mata
yang sudah bertakung agak berat di kelopak mata. Dia mengatur langkah segera
menghampiri Nawal. Berlama-lama dengan Hazrin membuatkan dia ingin memeluk
tubuh lelaki itu. Akan tetapi, menyedari ada batasnya antara dia dan Hazrin,
dia perlu beredar dari situ.
“Nawal…” Hazrin bersuara tatkala
melihat Tiara diam seribu bahasa bila berhadapan dengan Nawal.
“Is
it you, Tiara?” Nawal yang dari tadi bingung dan terperanjat menyoal
perlahan-lahan. Suaranya berubah sayu.
“Ya, Nawal Sharif. Takkan tak kenal
dengan ‘twin’ sendiri.”
Nawal terperanjat. Tangan kanannya
menutup mulut yang sudah ternganga. Bagai melihat bayangan yang tak pasti tapi
memang inilah hakikatnya. Sejak kecil lagi dia digelar kembar kepada Tiara. Apa
tidaknya, mereka ke hulu ke hilir bersama-sama. Mempunyai gaya fesyen yang hampir
sama. Sebelum Tiara hilang, dia juga pernah terkenal seperti Nawal. Dia blogger berjaya. Ramai followersnya setia menunggu setiap entry yang dia terbitkan. Kisah menarik
berkaitan persahabatannya bersama Hazrin dan Nawal menjadi bualan ramai.
Bloggernya mula ‘bersawang’ apabila dia mula hilang sejak enam tahun lalu.
Memang sah Tiara ada di hadapannya!
“I
miss you…” Nawal segera menarik tubuh Ara masuk ke dalam pelukannya.
Menangis. Sudah enam tahun berpisah dengan sahabatnya. Terlalu lama tempoh itu
namun perasaan sayangnya terhadap Tiara semakin menebal.
*********************************************************************
MEREKA berempat duduk di pondok yang penuh kenangan sejak zaman
prasekolah lagi. Asalnya, Tiara dan Nawal yang membina pondok itu. Pondok itu
dijadikan tempat mereka bermain. Kadang kala enjadi tempat mereka membuat homework sekolah. Di situlah gelak
ketawa dan menangis. Semua kenangan dikongsikan bersama. Pondok itu juga melakar
sejarah menjadi saksi Hazrin melamar Tiara menjadi kekasih hatinya semasa
tingkatan satu.
“Kau ingat tak dulu kau selalu minta
Ren dukung kau?” Nawal mula menyoal mengimbau kenangan.
Tiara tersenyum. Memang tidak
disangkalkan lagi. Membesar bersama Hazrin membuatkan Tiara dengan sepupunya
itu ‘melekat’ antara satu sama lain. Tiara agak manja dengan Hazrin. Setiap
kali dia merajuk, Hazrin menjadi mangsanya. Perlu dukung dan pujuk dia sehingga
Tiara tertidur. Tabiat itu agak pelik tetapi itulah hakikatnya.
“Sekarang Ara dah besar. Abang Ren tak
larat kot nak dukung Ara lagi.” Ara bercanda. Hakikatnya, dia sudah ada
perasaan malu untuk membuat tabiat itu. Dulu zaman dia masih baru mahu mengenal
dunia. Tiada batas lelaki perempuan dalam pergaulan dan persahabatan walaupun dia
menganggap Hazrin itu insan yang rapat dengannya kerana mereka bersepupu.
“Tapi Abang Ren setia tunggu kau kot.”
Usik Nawal membuatkan muka Hazrin diserang darah merah.
“Ara kenal tak dia ni?” Hazrin
bersuara mengubah topik. Tidak mahu Nawal memanjangkan lagi topik yang boleh
mengundang 1001 perasaan. Adit yang duduk di sebelah kemudiannya ditunjuk.
Tiara memandang. Kepalanya menggeleng
perlahan sambil otaknya mula berputar laju. Mencuba sedaya upaya untuk
mengingati bayangan lelaki itu. Dia tahu nama lelaki itu Adit. Tapi siapa
identitinya yang sebenar? Persoalan utama, apa kaitan dia dengan Hazrin dan
Nawal?
“Dia Adit.”

Kening Tiara semakin berkedut. Setakat
memberi jawapan yang mempunyai dua patah perkataan itu tidak berdaya otaknya
mengenalpasti dan mengesan dari mana datangnya lelaki bernama Adit itu. Setakat
nama, aku pun dah tau!
“Tak ingat?” Hazrin menyoal
mendapatkan kepastian.

“Tak.”
“Adit, kau ingat tak kat Tiara?”
Hazrin kemudiannya menyoal Adit soalan yang sama.
Adit mengerutkan dahinya. Memorinya
tentang gadis bernama Tiara itu kosong.
“Aku cuma tau yang dia ni budak Art.”
Jujur jawapan Adit.
“Eh, macam mana kau?” Hazrin bingung.
Dia sendiri tidak tahu Tiara sebenarnya pelajar kat situ. Sudah berapa lama
Tiara belajar satu university dengan dia? Dan macam mana Adit tahu Tiara budak
Art?
Ini agak mengejutkan!
“Aku pernah terserempak dengan dia kat
galeri Al-Zahsy.” Agak kalut Adit menjawab. Nak terus terang memag tindakan
gila. Dia takkan nak maklumkan Hazrin dan Nawal yang beberapa hari ini dia
asyik mengejar Tiara. Ada jugaklah Nawal meroyan tujuh hari tujuh malam bila
dia menjawab sedemikian.
“Adit,
she’s Tiara Al-Zahsy.”
Jantung Adit berdegup makin kencang. Otaknya
seakan-akan berhenti berfungsi. Wajah gadis itu dipandang laju. Ini adalah
jawapan yang boleh menjawab dan memberi penerangan mengapa dia sering kali
‘sakit’ apabila berada dekat dengan Tiara.
“That
means… dia anak arwah Uncle Thalib Al-Zahsy?”
Hazrin mengangguk.
“Ara,
he is Pangiran Abdul Nadeem’s son. Ingat tak? Arwah Ayah Ngah dermakan hati
dia dengan seorang budak? Budak tu sebenarnya Adit.”
Tiara segera menutup mulutnya
menggunakan tangan kanan. Selepas bertemu dengan Adit beberapa hari lalu, dia
tidak senang duduk. Jantungnya sering berdegup-degup. Dia menyangkakan hanya
perkara biasa kerana hatinya kuat menyatakan bahawa Adit akan bawa dia dengan ‘sesuatu’.
Mula-mula dia mendengar nama Hazrin dari mulut lelaki itu. Rupa-rupanya bukan
sahaja Hazrin yang ditemuinya, malah perkara lagi penting dari hidupnya.
Sebahagian hati arwah Abahnya hidup dalam
tubuh lelaki itu. Wasiat terakhir arwah Abahnya adalah mendermakan hatinya.
Rupanya ada dengan lelaki itu!
***************************************************************
LANGKAH Tiara terhenti. Dia menelan air liurnya perlahan sambil
matanya agak fokus pada Teratak Al-Zahsy yang tersergam indah di hadapan
matanya. Tangan kanannya menggenggam kuat. Terasa getaran dirinya sendiri.
Gemuruh. Ya, dia biarkan gemuruh menggamit dirinya.
Teratak Az-Zahsy masih sama seperti
enam tahun yang lalu.
Air mata sudah mahu mengalir tapi
masih mampu ditahan. Bayangan Arwah Abahnya dapat dilihat dengan jelas di ruang
luar rumah. Mengejarnya mengelilingi taman. Menolak buaian yang dinaikinya.
Bermesra berpelukan.
Abah… Ara rindu.
“Ara…”
Terasa lembut tangan yang menyentuh
tapak tangannya. Nawal yang berdiri di sebelahnya kelihatan melontarkan senyuman.
“Aku tau kau kuat. Aku ada kat sini.
Kau bukan berseorangan.” Kata-kata menguatkan semangat itu lahir daripada mulut
Nawal yang senantiasa tersenyum.
Tiara mengangguk. Menyambut tangan
Nawal dan kemudian mereka berjalan seiringan. Adit dan Hazrin yang berdiri di
belakang mula membayangi langkah mereka berdua.
“Mama…” hampir terhenti jantungnya
berdegup tatkala memandang susuk tubuh wanita yang paling dirindunya itu. Sudah
enam tahun tidak bersua muka. Sudah enam tahun saat ini ditunggu-tunggunya.
Puan Sri Zarina berpaling ke belakang.
Hari ini dia dihubungi oleh Hazrin dan dimaklumkan bahawa ada seseorang yang
ingin menemuinya. Tidak pernah terlintas di fikirannya siapakah gerangan
manusia tersebut. Melihat susuk tubuh gadis yang datang memanggilnya ‘Mama’,
air matanya terus mengalir laju. Suara yang dirinduinya itu akhirnya menyeru
namanya.
“Ma…”
Tangan Nawal dilepaskan daripada
genggamannya. Tiara berlari mendapatkan tubuh Puan Zarina sambil air matanya
laju berderaian di pipi.
Adit memerhati penuh khusyuk.
Tersentuh hatinya dengan apa yang sedang berlaku di hadapan matanya. Perlahan
dia memegang bahagian dadanya. Jantungnya berdegup dengan pantas. Uncle Thalib,
pasti uncle bahagia bila melihat semua ini. She’s
back. Tiara is back. Dia sudah bersatu kembali dengan Aunty Zarina. Family
uncle nampaknya dah complete semula.
Dia tersenyum. Syukur Alhamdulillah.
*************************************************************************
Uwahhhhhh.... lamanya tak update benda ni. Anyway, enjoy reading guys!!! Semangat nak sambung manuskrip bila nampak Suri Hati Mr. Pilot. hahaha...

Love,
Salawati Latip @ Kit Cokiez.