Tuesday 18 February 2014

0ne m0re Singap0rian - Hisyam Hamid

Sebut sahaja Ariana Rose, aku sendiri teruja mahu menonton drama ni sebab ranking pembaca baca novel sebenarnya, The Wedding Breaker sangat tinggi. Tip top gitu.

1st time dengar nama n0vel ni masa aku last sem di UUM. Semua budak UUM sebut-sebut tajuk novel ni. Orang cakap best giler-giler. Sampaikan masuk kedai buku, novel ni jugak yang aku cari dulu. Malangnya, setiap kali aku cari, setiap kali itu jugaklah aku tak jumpa. Serius hampeh!

Finally, dapat berita gembira melalui KepalaBergetar di mana novel ini juga terpilih sebagai salah satu drama melayu yang mengadaptasi sebuah novel! Wah, memang trend cerita melayu sekarang nak adaptasi novel jadi drama. Aku rasa ini semua satu alternatif yang sangat bagus sebab jalan ini sebenarnya boleh mencungkil bakat seorang dalam menghasilkan karya. Akhirnya, imaginasi penulis boleh direalisasikan dalam sebuah drama yang gilang gemilang!

Sebut pasal Ariana Rose, sudah pasti ramai peminat 'The Wedding Breaker' menantikan yang terbaik untuk persembahan drama ini. Alhamdulillah, aku ni sebagai seorang pengkritik bebas drama melayu tabik spring dengan kejayaan drama ni. Serius ianya lagi melampaui daya imaginasi yang pernah aku set kan dalam otak. Terbaik!

Bagi aku, Drama Ariana Rose bukan sahaja menampilkan banyak muka baru dalam bidang lakonan, malah ianya juga dapat meningkatkan martabat populariti drama melayu yang nampak agak suram dalam kalangan penonton Malaysia. Sebenarnya, pemilihan pelakon yang menarik dan betul sangat penting untuk memancing minat penonton untuk terus setia meminati sebuah karya drama itu. Macam akulah! hahaha... Minat giler kat Nur Fathia and aku puas hati dengan lakonannya. Tahniah!


ARIANA ROSE

Nur Fathia as Ariana Rose
Keith Foo as Tengku Adam Kamil Tengku Mukhriz
Hisyam Hamid as Harith
Nabila Huda as Liyana
Arja Lee as Ramzul


Actually, entry yg ni aku nak bawa cerita pasal lelaki baru muncul dalam saluran tv Malaysia, iaitu Hisyam Hamid yang lagi terkenal sebagai Harith. Lelaki innocent ni nampak sempoi dalam lakonannya sebagai Harith yang mengejar cinta Ariana. Rupa-rupanya, Harith ni (melekat dah nama dia) berasal dari Singapura. Emmm... one more Singaporian muncul di Malaysia selepas Aaron Aziz, Adi Putra dan Shah Iskandar.

Seriusly, dia nampak hensem. Sebab tu ramai giler yang minat dengan dia. But, dia MARRIED ALREADY and ada dua orang anak yang comel.



sedikit pasal dia

Nama : Hisyam Hamid
Asal: Singapura
Kerjaya : Model dan Pelakon - Singapura and Malaysia
Fan Fage : https://www.facebook.com/HisyamHamidFC
Twitter : https://twitter.com/HisyamHamid7

So, siapa-siapa yang nak tahu dia lagi dalam, bolehlah skodeng Fan Fage Fb dia and follow dia di Twitter.

Anyway, Saya Salawati Latip minat dengan dia sebab dia sempoi... hahahhaa... good luck Hisyam Hamid. Welcome to Malaysia...!!! 





Disebabkan aku minat sangat dengan dia and Fathia, so aku upload gambar mereka berdua sekitar penggambaran Ariana Rose.









iklhas dari,





No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^