Thursday 7 March 2013

SISTEM BARTER

MAKSUD

  • Sistem tukar menukar barang antara satu sama lain dikenali sebagai sistem barter. 
  • Satu bentuk perniagaan di zaman dahulu 
  • Dikatakan bahawa sistem barter adalah bentuk terawal perniagaan 





2 SYARAT: 

  • Barang yang berlebihan untuk di tukarkan 
  • Kemahuan serentak : Kedua-dua belah pihak memerlukan barang masing-masing pada masa yang sama. 


KELEBIHAN

1) Tiada mata wang yang digunakan
  •  Dalam proses jual beli barang, mata wang tidak digunakan.
2) Tidak menggunakan orang tengah
  • Pembeli dan penjual mendapatkan barang secara langsung. Mereka tidak perlu menilai orang tengah. Keperluan ini dapat dipenuhi dengan segera.

KELEMAHAN

1) Masalah kemahuan serentak
  • Pertukaran sesuatu barang memerlukan serentak. Hal ini berkaitan dua individu yang ingin menukar barang perlu mempunyai keperluan serentaj untuk saling dipenuhi.
2) Kesukaran membahagikan barang
  • Barang yang hendak ditukar tidak mudah dipecah-pecahkan kepada unit-unit yang kecil. 
  • Contoh : Seseorang yang mempunyai lembu tidak dapat membahagikan lembu tersebut kepada unit yang kecil tanpa menyembelihnya terlebih dahulu.
3) Penentuan nilai
  • Nilai sesuatu barang tidak dapat ditentukan kerana ketiadaan suatu kadar pertukaran yang boleh dijadikan ukuran oleh kedua-dua pihak.
4) Masalah menyimpanan barang
  • Kebanyakan barang yang hendak ditukar tidak tahan lama.
  • Contoh : Ikan, sayur, buah-buahan mahupun daging. barang ini perlu ditukarkan dengan segera kerana ia akan hilang nilai dengan cepat akibat rosak.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^