Tuesday 14 April 2020

MENUAI EMAS - LATIHAN

Sila fahamkan cerpen tersebut berdasarkan video di bawah.








Cerpen Menuai Emas : Tema dan Persoalan

Tema
Kemajuan dalam bidang pertanian, iaitu penanaman padi.
.
Persoalan
(a)   Penjualan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan.
(b)   Bidang pertanian, iaitu penanaman padi jika diusahakan dengan betul dapat mendatangkan kemajuan ekonomi.
(c)   Ilmu, kegigihan, dan ketekunan yang diiringi dengan doa dan kesabaran akan menghasilkan kejayaan.
(d)   Lulusan universiti tidak semestinya bekerja makan gaji.
(e)   Kebanyakan golongan muda dari kampung sudah tidak berminat untuk mengusahakan penanaman padi.
(f)    Muafakat membawa berkat.

Watak dan Perwatakan

Alif
(a)   Anak kepada Mak Wan.
(b)   Lulusan universiti dalam bidang ekonomi.
(c)   Seorang anak muda yang berwawasan tinggi.
(d)   Seorang yang sabar, reda, dan senantiasa bersyukur.
(e)   Berani menghadapi cabaran.
(f)    Yakin akan kebolehan diri.
(g)   Seorang anak yang menghormati ibu bapa.
(h)   Terlalu sayang akan emak dan ayahnya.
(i)    Seorang yang positif dan optimistik.
(j)    Seorang petani moden.

Mak Wan
(a)   Ibu kepada Alif.
(b)   Seorang yang penyabar.
(c)   Tegas.
(d)   Teguh pendirian.
(e)   Sayang akan tanah milik keluarganya.
(f)    Sensitif.

Tuk Ketua
(a)   Penyabar.
(b)   Berhemah tinggi.
(c)   Tenang ketika menghadapi masalah.
(d)   Mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang baik.
(e)   Sentiasa menyokong hasrat murni Alif.

Abang Man
(a)   Seorang yang agresif.
(b)   Tidak berhemah.
(c)   Gemar menggunakan kata-kata kesat.
(d)   Bersikap terburu-buru.
(e)   Tidak berfikiran jauh.




LATIHAN

Jawab semua soalan berdasarkan ideo Youtube di atas.

1. Berdasarkan video tersebut, nyatakan tiga latar tempat yang terdapat dalam cerpen Menuai Emas beserta contoh yang sesuai. (6 markah)

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Apakah lontaran fitnah yang dilakukan oleh Abang Man terhadap Alif? (2 markah)

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda, apakah kesan yang berlaku jika semua penduduk kampung menjual tanah padi mereka? (2 markah)

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^