Tuesday 14 April 2020

Cara Membina Pantun



Bagaimana kita mahu membina pantun?

Pantun Tingkatan 2 melibatkan pantun yang mempunyai 4 baris atau lebih dikenali sebagai pantun 4 kerat.


Contohnya, 

   Buah cempedak di luar pagar ,
       Ambil galah tolong jolokkan,
   Saya budak baru belajar , 
       Kalau salah tolong tunjukkan.

1.  Bagi membina pantun 4 kerat yang baik, 2 komponan yang penting perlu dititikberatkan dalam proses pembinaannya, iaitu mencari pembayang dan maksud.


(a) Pembayang : Baris 1 dan 2

   Buah cempedak di luar pagar ,
       Ambil galah tolong jolokkan,

 (b) Maksud : Baris 3 dan 4

    Saya budak baru belajar , 
       Kalau salah tolong tunjukkan.

Selalunya, dalam soalan, maksud setiap rangkap akan ditanya. Maka, pelajar perlu fokus dengan kehendak soalan sama ada perlu mencari maksud rangkap ke berapa. Contoh soalan:

     Berikan manksud rangkap kedua bagi pantun di atas.

Maka, pelajar perlu menumpukan fokus kepada rangkap kedua seperti kehendak soalan. Selepas itu, pelajar hanya perlu membaca baris ketiga dan keempat bagi rangkap tersebut.



2.  Selain itu, rima akhir bagi pantun 4 kerat hanya boleh (a,b,a,b) atau (a,a,a,a)

     Contoh:


   Buah cempedak di luar pagar ,
       Ambil galah tolong jolokkan,
   Saya budak baru belajar , 
       Kalau salah tolong tunjukkan.

Rima akhir boleh dilihat dengan menyamakan bunyi akhir pantun, iaitu rima akhir (bunyi akhir) baris pertama perlu sama dengan baris ketiga manakala rima akhir baris pertama perlu sama dengan baris keempat.

(Lihat warna pada suku kata akhir pantun di atas)

Warna Merah - Baris 1 dan 3 (Diwakili sebagai a)
Warna Biru - Baris 2 dan 4 (Diwakili sebagai b)

Maka,

  Buah cempedak di luar pagar ,  - a
       Ambil galah tolong jolokkan,  - b
   Saya budak baru belajar ,         - a
       Kalau salah tolong tunjukkan. - b

Rima akhir pantun 4 kerat juga boleh jadi a, a, a, a apabila suku kata perkataan akhir menjadi bunyi yang sama seperti:

  Dalam kelas makan roti ,            - a
       Roti dimakan berhati-hati,     - a
   Ketua kelas nama Hayati ,        - a
       Duduk sebelah dengan Izzati. - a

Rima akhir semua sama iaitu 'ti', maka diwakili dengan a




LATIHAN

Bina 3 pantun 4 kerat rima akhir a,b,a,b dan 3 lagi pantun 4 kerat rima akhir a,a,a,a. Pantun tersebut perlu mempunyai kaitan dengan kelas anda.




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum... tq readers !!!
Ringankan jari anda tuk komen hasil penulisan saya... muahhh ^^