Tuesday, 11 August 2020

Marry Your Princess - Bab 3


 

Hana menyelak tirai. Kelihatan beberapa buah lori singgah di rumah berdepan rumahnya. Nampaknya rumah itu sudah bertuan. Akhirnya dapat jiran barulah dia.

Kenapa Hana?

Rumah depan dah ada orang masuk. Kita dapat jiran baru.persis mak cik bawang Hana memberitahu abahnya.

Abah dengar orang yang baru pindah tu beli lot rumah kat lorong belakang. Tapi dia tukar ke depan kita.

Hana kembali ke sofa. Duduk sebelah abahnya yang baru membuka cerita. Taman perumahan yang diduduki mereka baru sahaja dibuka tahun lepas. Hana juga baru berpindah di situ sejak sembilan bulan yang lalu. Kehadiran jiran baru di hadapannya boleh membuatkan mereka lega kerana masih terdapat banyak unit rumah yang kosong masih tidak dihuni oleh pemiliknya. Mungkin masih banyak yang mahu mengubahsuai rumah mereka terlebih dahulu sebelum berpindah. Ada juga yang masih tinggal di luar daerah.

Hana tak nak buat kelas tuisyen ke?soal Encik Haikal.

Taklah kot. Penatlah. Nak bagi masa kat diri sendiri rest malam-malam.

Encik haikal mengangguk perlahan. Memanglah penat. Waktu persekolahan Hana sampai ke petang disebabkan oleh sekolah dia satu sesi. Biasanya dia selalu balik pukul 2.30 petang. Itu pun kalau dia tak ada kerja lain yang perlu diuruskan.

Pulang awal pun biasanya dia sambung semak buku latihan pelajar. Tidak pun kerja lain seperti mengurus KWAMP, biasiswa, kelas tambahan tidak pun ada meeting atau program sekolah.

Kalau dia ada masa lapang sekalipun, pasti dia akan ke nurseri atau ke kedai bunga. Mana tak penat.

Apasal abah tiba-tiba tanya pasal tuisyen?Hana pelik. Abahnya bukan tak tahu dia selalu sibuk bekerja.

Ada jiran-jiran tanya. Ada yang ada anak diorang PT3 tahun ni. So, diorang minta abah tanya kat Hana.

Rajinnya abah sembang dengan jiran-jiran. Banyak benda abah tau ni. Hah, sampai hal jiran baru depan rumah ni pun abah tau dia tukar unit rumah dia.usik Hana.

Abahkan rajin jogging petang-petang. Bukan macam Hana. Membuta je!

Eh, aku pula yang kena!

Tapi memang itulah rutin harian Encik Hairul. Mungkin terbiasa dengan gaya hidup tentera dahulu, sesibuk manapun dia mengurus kedai dan nurseri, dia mesti berjoging setiap petang untuk mengekalkan stamina badannya.

Memang Hana seorang sahajalah yang kena menemainya. Tapi sejak Hana bekerja, dia sudah jarang beriadah. Itu yang membuatkan abahnya tidak senang duduk. Dia mahu Hana rajin mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Penatlah Abah. Turun naik bangunan nak ke kelas tu kira bersenam jugak la tu.

Encik Hairul ketawa kecil. Hana, kalau bab mengelat, automatik dia pandai berbahas.

Esok kena jogging dengan abah.

Emmmmmmmmm.

Panjang sangat emmm dia tu.

Hana pula yang tergelak.

Tiba-tiba bunyi loceng rumah kedengaran. Hana terus berhenti ketawa. Memandang abahnya dengan lebih fokus.

Siapa pula datang malam-malam ni?Encik Hairul berdiri. Dia mengatur langkah menuju ke pintu. Kemudian keluar dan terus ke pintu pagar. Hana, selepas mencapai tudung sarung yang sememangnya diletakkan di tepi almari TV, dia mula mengekori di belakang. Fokus betul melihat siapa yang ada di luar pagar.

Assalamualaikum.suara seorang perempuan.

Waalaikumsalam.Encik Hairul menjawab salam sambil membuka pagar. Siapa pula datang waktu malam?

Uncle…”

Nayla?belum sempat gadis itu bercakap, Hana sudah bersuara hairan melihat Nayla di depan pintu pagar. Apa budak ni buat depan rumah aku malam-malam ni?

Hana kenal?soal Encik Hairul. Laju Hana mengangguk.

eh, cikgu.Nayla juga terkejut.

Student sekolah Hana.jawapan Hana membuatkan abahnya terkejut hairan.

Uncle, Cikgu Hanaemmmabang saya nak minta izin parking kereta kat depan ni malam ni. Sebab barang kat rumah masih penuh kat tempat parking dia. Esok kot baru dapat alihkan semuanya.

Hana tergamam. Nayla menjawab sambil menunjuk rumah depan. Maksudnya, Nayla dan Nuh jiran baru aku???

EmmmYa. Boleh je parking depan ni.Encik Hairul menjawab kepada Nayla.

Terima kasih, uncle.

Hana masih diam. Masih terkejut.

Hana dah kenapa?soal Encik Hairul melihat anaknya masih terkejut.

Ingat tak customer abah minggu lepas? Yang nak buat photoshoot tu? EnZy Group?

Encik Hairul mengangguk.

Ni lah adik dia.

Ohhhadik Nuh Zahran.

Hana mengangguk. Abah boleh ingat pula nama lelaki itu dengan baik. Nuh bukan NOH. Hahahaha. Lawak pula ingat perbualan pertama mereka.

Laaakirim salam dengan abang kamu. Dia ada kat rumahlah ni?

Tadi ada. Tapi dah keluar beli makanan kejap.

Hana memandang rumah Nayla. Masih banyak pekerja yang tolong mengangkat berkotak-kotak barang dari lori. Ruang parking rumah itu memang penuh dengan barang. Patutlah dia nak tumpang parking depan rumah aku.

So, macam mana nak tidur malam ni kalau barang-barang masih baru nak pindah masuk?soal Hana.

Bilik saya dah siap, cikgu. Tinggal bilik along dan tingkat bawah yang tak settle lagi.

Hana mengangguk.

Saya minta diri dulu. Terima kasih.tidak mahu berlama di situ, Nayla mula meminta diri. Selepas Hana dan Encik Hairul mengangguk, dia kembali masuk ke rumahnya.

Okey je Nayla hari ni. Tak adalah dia degil dan nakal macam kat sekolah. Ke mood dia okey hari ni sebab tu dia jadi baik pula? Hana bingung.

Tak sangka Nuh jadi jiran kita.kata Encik Hairul sambil menutup semula pintu pagar rumahnya.

Hana mengangguk. Kalau abahnya sendiri sudah terkejut, aku lagilah.

 

HANA membuka pagar rumah. Mengerling pada jam di tangan. Awal pula dia siap ke sekolah hari ini. Almaklumlah perlu bertugas minggu ini. Kalau tidak sebab bertugas, memang mustahil dia akan sampai sekolah awal.

Hana terdiam. Nuh di hadapannya. Dengan senyuman.

Kaget.

Balas senyuman.

Terima kasih sebab benarkan saya parking kat sini malam tadi.

Eh, its okay.jawab Hana. Masa yang sama, Nayla muncul di situ. Sudah bersiap mahu ke sekolah agaknya.

Hana memerhati. Nayla hanya diam dan terus masuk ke dalam kereta.

Eh, kenapa tak sapa cikgu dulu?geram pula Nuh dengan adiknya. Nayla hanya diam di dalam kereta.

Nuh memandang Hana. Serba salah dengan perangai adiknya.

Kami minta diri dulu.

Hana mengangguk sambil senyum. Nuh masuk kereta dan terus memandu. Mungkin hantar Nayla ke sekolah. Melihat pada pakaian Nuh, dia hanya memakai T-shirt, seluar slack dan berselipar. Beza betul dengan gayanya sebelum ini siap pakai blazer. Mungkin dia tidak bekerja hari ini.

Hana lupa handphone lagi.Encik Hairul tiba-tiba muncul membawa telefon Hana. Mesti tertinggal di atas meja lagi. Memang satu tabiat Hana selalu tertinggal telefonnya di rumah. Bila sampai sekolah baru nak ingat.

Thank you, abah. Hampir kaget kat sekolah bila minit mesyuarat belum send kat group sekolah.abahnya memang penyelamat. Kalau tertinggal telefon, maknanya dia kena berpatah balik. Kalau tidak berpatah balik, habislah dia belum memberikan minit mesyuarat panitia yang perlu diserahkan ke dalam group WhatsApp sekolah.

 

 

HANA mencari abahnya. Sejak dia balik sekolah tadi, tidak pernah melihat abahnya. Sempat dia tidur dan bila bangun, abahnya masih tiada di rumah padahal keretanya ada. Pelik. Takkanlah abah pergi joging sejak pukul 3 petang tadi. Sekarang sudah pukul 6 petang.

Lama pula aku tidur petang ni. Sempat rasa kelakar pada diri. Hana senyum sendiri. Penat sangat sampai tidur hampir tiga jam. Nasiblah sedar dia belum solat asar. Kalau tidak, mungkin pukul 7 malam agaknya baru bangun.

Assalamualaikum.

Hana yang duduk bersantai di luar rumah sambil melihat pokok-pokok bunga memandang ke arah pagar yang terbuka. Encik Hairul muncul sambil memberi salam.

Waalaikumsalam. Aik, abah dari mana?

Rumah depan.

Hana tercengang.

Abah balik awal tadi. Malas nak ke nurseri, so bila balik. Tapi nampak Nuh sedang kemas rumah. Abah datang sapa dia. Then, tolong dia angkat-angkat barang, sembang-sembang. Abah balik solat asar tadi tapi nampak Hana masih tidur. Ingatkan nak ajak Hana joging tapi sedap je Hana tidur. Malas nak ganggu. So, abah ajak Nuh joging sama-sama.

Hana tercengang lagi. Apa yang dah berlaku? Sejak bila abah rapat sangat dengan Nuh?

Amboi, peramah sangat abah sekarang.

Encik Hairul ketawa.

Eloklah abah berkawan dengan Nuh tu. Dia pun tak ada geng macam abah. Abah ada anak, tapi sibuk kerja. Tak kerjapun, sibuk tidur. Nuh pun senasib dengan abah. Adik dia mana nak layan sangat dia. Terperap je kat bilik.

Aku pula kena!

Assalamualaikum.

Dua-dua diam. Tiba-tiba pula ada orang datang.

Waalaikumsalam. Eh, Nuh. Masuklah.

Mata Hana fokus. Tercengang untuk kali yang ketiga. Abah dah boleh cam suara Nuh pula kali ini. Belum nampak kelibat Nuh, dia dah tau siapa yang datang. Nasiblah Hana keluar saja dari luar pintu, dia bertudung. Kalau tidak, pasti berlari pecut Hana dibuatnya.

Uncle tertinggal dompet kat rumah saya.

Laaatak perasan.

Suka ejek Hana tertinggal barang, rupanya Hana warisi perangai abah.

Encik Hairul ketawa. Hana, bab begini memang laju dia mengungkit sebab dia selalu mengejek Hana bab barang tertinggal.

Nuh, duduklah dulu. Hana, Abah hauslah. Eh, bukan abah seorang yang haus. So, kitorang nak air boleh?

Hana memandang abahnya. Kemudian memandang Nuh.

Eh, tak apa, uncle. Saya balik dululah.Nuh segera meminta diri.

Eh, duduk dulu. Cerita kita tak habis lagi tadi tu.pelawa Encik Hairul kepada Nuh.

Hana tercengang kali keempat. Amboi sangat ni. Banyak pula cerita diorang sampai tak habis lagi. Dengan bingung-bingung, Hana mengatur langkahnya masuk ke dalam rumah.

Nuh yang segan diajak duduk mula menurut. Matanya meleret perlahan memerhati Hana yang melihatnya dari tadi. Gadis itu bingung tapi menurut arahan. Meleret pandangannya sehinggalah Hana hilang dari pandangan.


Cantik kan lanskap laman rumah dia.. - Deco Rumahku Syurgaku ...


Tuesday, 14 July 2020

Marry Your Princess - Bab 2

Bab 2

Hana mengatur langkah keluar dari bilik guru. Perutnya yang berkeroncong memang susah mahu dibawa berbincang. Padahal baru sejam dia masuk ke kelas tadi. Lapar pulak dia rasa. Dia sempat melihat jam tangannya. Dia ada masa sejam lagi sebelum tiga kelasnya berderet. Duit yang diselitkan oleh Nuh juga sudah diserahkan kepada PK HEM sebelum diserahkan kepada beberapa orang pelajar yang layak.
Matanya mula terpandang kelibat Nayla dan abangnya tidak jauh daripadanya. Mungkin baru habis selesaikan kes disiplin dan sesi kaunseling Nayla. Mahu sahaja melangkah ke arah mereka untuk ucapkan terima kasih atas derma yang telah diberikan. Namun, niatnya terbatal tatkala melihat Nayla kelihatan berwajah dingin.
Hana menghentikan langkahnya. Memerhati.
Nayla mengatur langkah laju di hadapan Nuh. Nuh dilihat berkata sesuatu dengan wajah marah. Nayla mengerutkan kening dan wajahnya semakin dingin. Mungkin Nuh sedang memarahi Nayla atas apa yang dia telah lakukan. Menconteng arang di mukanya. Mungkin dia malu. Nayla baru empat bulan masuk ke alam sekolah menengah. Sudah membuat kes yang begitu berat.
Hana terkejut apabila melihat Nuh menarik lengan adiknya yang seakan-akan tidak mahu mendengar apa yang dia katakan. Drama apa pulaknya dua beradik ini cuba pertontonkan dengan aku kali ni?
Nayla kelihatan mengherdik abangnya. Melawan dan meronta perlahan meminta abangnya melepaskan lengannya.
Hana mengatur langkah. Aku kena masuk campur jugak ni. Tidak pasal-pasal dua beradik ni bertumbuk pulak dalam sekolah.
Along nak adik ikut apa yang along dah plan. Jangan nak cakap banyak pulak.
Semua bendapun nak along yang tentukan. Adik bosan. Along bukannya sayang adikpun.
Siapa cakap along tak sayang adik? Budak lelaki tu ke?
Along jangan kaitkan dia dengan hal kita. Dia jauh lagi baik daripada along!
Hana mendengar dengan baik butiran ayat yang dikeluarkan oleh dua beradik itu tatkala langkahnya sudah menhampiri mereka. Nuh kelihatan mahu mengangkat tangannya mahu menampar adiknya namun terhenti sendiri. Kemudian dia menggenggam erat jarinya membentuk segumpal penumbuk.
Maafkan saya.Hana mula campur tangan.
Nuh dan Nayla terkejut. Dua-dua memandang Hana yang tiba-tiba muncul.
Ni semua salah cikgu!
Hana membesarkan biji matanya. Aku pulak yang salah. Baru datang tidak sampai lima saat dah salah!
Along tak ajar adik kurang ajar dengan guru. Minta maaf cepat.
Nayla mendengus. Laju langkahnya diatur masuk ke dalam kereta yang tidak jauh dari situ.
Saya minta maaf, cikgu.
Eh, tak apa. Saya minta maaf juga sebab masuk campur tiba-tiba.
Keadaan kemudiannya senyap. Hana melihat Nuh senyap sambil melihat Nayla yang sudah ada di dalam kereta. Wajahnya risau melihat adiknya itu. Memang patut risau sebab dialah yang menjadi ayah dan ibu Nayla sekarang. Pasti berat tanggungjawabnya.
Emmmkena slow talk dengan Nayla sebenarnya. Nayla baru 13 tahun. Dia sedang keliru nak jadi seorang remaja.
Nuh memandang Hana perlahan.
Saya tahu awak tegas. Tapi, marah bukan cara yang terbaik untuk Nayla.
Nuh masih diam.
Guru disiplin cadangkan untuk Nayla tukar sekolah jika dia masih buat hal lepas ni.
Hana faham dengan apa yang dikatakan oleh Nuh. Jika amaran sudah dikeluarkan dan jika Nayla masih menimbulkan kes disiplin, pihak sekolah perlu kenakan tindakan membuang Nayla dari sekolah. Untuk lebih selamat, jika keluarga Nayla takut menanggung malu atas rekod buang sekolah, Nayla disarankan untuk berpindah sebelum dia dibuang.
Nayla budak yang baik. Dia cuma perlukan perhatian awak sebenarnya.Biasanya punca pelajar yang bermasalah datang dari kurangnya perhatian daripada keluarga. Dan kemungkinan lelaki yang ada di hadapannya itu sibuk bekerja mencari wang tanpa sedar dia kurang memberi kasih sayang kepada Nayla.
Terima kasih, cikgu.
Eh, tak perlu ucap terima kasih. Saya cuma jalankan tugas sebagai cikgu dan seorag manusia.
Nuh kelihatan senyum singkat. Jelas di mata Hana, lelaki itu tampak bimbang dengan adiknya.
Emmmsaya minta diri dulu. Terima kasih Encik Nuh atas derma yang encik telah sumbangkan. In shaa Allah saya yang agihkan kepada pelajar yang memerlukan selepas PK HEM keluarkan arahan dan senarai nama pelajar.akhirnya dapat berterima kasih.
Sama-sama.
Hana senyum. Kali pertama melihat Nuh tersenyum selepas pertemuan pertama mereka hampir dua jam yang lalu. Memang jelas lelaki itu tegas. Serius. Tapi hatinya baik. Derma yang diberikan bukan sedikit. Tapi RM500.00. Belum campur duit Nayla sebagai penerima KWAMP hasil data yang dipalsukan sebanyak RM100.00.
Hana mengatur langkah sambil matanya terseret memandang Nayla di dalam kereta. Pelajar itu menangis di dalam kereta. Kemudian memandang Nuh sejenak. Masih banyak fikiran mengenai adiknya.
Nayla digantung sekolah selama seminggu atas empat kesalahan. Ponteng sekolah, dating, lari daripada kaunselor dan menipu data. Dan jika dia mengulangi kesalahannya, dia pasti dibuang sekolah.


ARISSA NAFAL cukup meriah hari ini tatkala seminggu lagi akan menyambut Hari Ibu. Memandangkan hari ini hari Sabtu dan Hana tiada perancangan kerja selepas balik dari mesyuarat Kurikulum sekolah pagi tadi, Hana terus ke kedai bunganya untuk membantu abahnya. Dua orang pekerja mereka kelihatan tidak menang tangan bagi menyiapkan bouquet bunga yang telah ditempah sejak minggu lalu lagi.
Kak Aisyah, yang ni order perlu COD hari ni kan?soal Hana sambil meletakkan satu bouquet bunga segar yang baru digubahnya sebentar tadi bersama beberapa lagi yang sudah siap.
Ya. Kejap lagi Shahzimie datang ambil. Dalam pukul 4.30 petang macam tu.
Orait!
Hana, ada customer kat depan dia nak cari bunga. Boleh tolong tak? Kak Fika nak tolong ambil bunga kat belakang yang baru tu.
Dia cari bunga apa?
Katanya nak guna photoshoot. Kak Fika nak ambil kat belakang tu nak bagi tengok dia jugak. Tapi sementara tu, tolong layan dia. Kot-kotlah dia nak sesuatu.
Okey,Hana mengatur langkah. Menghala ke arah dua orang lelaki yang sibuk memilih bunga. Emmmboleh saya tolong?
Ya. Kitorang nak cari bunga untuk photoshoot. Any suggestion? Sebab bukan tugas kami handle benda ni tapi we have no choice. Pekerja kami pun busy urus photoshoot.
Oh. Boleh bagitau saya nak tema apa?
Mothers day.
Biasanya ibu-ibu suka bunga yang segar dan unik. Contoh orkid, lily, rostapi kalau nak bunga yang viral sekarang pun okey. Contoh, orkid latex, sansevieria…”
Emmmkejap. Better tanya bos dulu.
Hana mengangguk.
Bos, better bos tengok sendiri.
Hana terkedu tatkala bosyang dipanggil sebentar tadi merupakan lelaki yang dijumpanya bulan lepas. Abang Nayla Zafirah, Nuh Zahran.
Eh, tak sangka jumpa awak kat sini.ujar Hana.
Eh, cikgu. Emmmkerja kat sini?soalannya pelik tapi itu yang Nuh rasa. Bukankah dia kerja kat sekolah? Apa dia buat kat sini? Part time?
Oh, ni kedai saya. Eh, kedai family saya.
Oh…”
Nuh mula memikir. Nama kedai ni Arissa Nafal dan nama cikgu di hadapannya pula Hana Arissa. Ya, dia masih ingat nama penuh cikgu itu walaupun sudah sebulan lebih mereka melakukan sesi perkenalanmelalui panggilan telefon.
Memang nama yang sama. Nafalnama ayah dia ke? Eh, jadi banyak fikir pula aku. Desis Nuh.
Encik Nuh, ni bunga yang yang cadangkan tadi.Fika datang secara mengejut bersama bunga yang dia nyatakan. Diletak di hadapan Nuh bersama pekerjanya. Masing-masing memandang pada pokok skybird yang sekarang tengah trending untuk hiasan rumah.
Assalamualaikum.
Semua orang memandang suara yang baru memberi salam. Encik Hairul muncul di muka pintu kedai sambil mengatur langkah ke arah Hana.
Waalaikumsalam. Abah.
Nuh memandang Hana kemudian memandang semula lelaki yang baru datang itu. Inikah Encik Nafal?
Hana busy ker? Tolong Abah kira invois.
Oh, orait. Kak Fika, tolong handle sini.
Okey!
Saya minta diri dulu. Tengok-tengoklah dulu semua bunga. Kalau ada yang berkenan, nanti saya bagi diskaun.tawar Hana kepada Nuh.
Okey. Terima kasih, cikgu.
No hal. Sama-sama.dengan senyuman, Hana mengatur langkahnya meninggalkan Nuh bersama Pika.
Nuh memerhati penuh Hana yang baru berlalu. Siap jalan berpegangan tangan dengan Abah dia. Persis melihat seorang anak kecil yang diambil pulang dari tadika oleh ayahnya. Mesti anak manja!
Hampir sejam Nuh sibuk memilih bunga dan menempah bunga. Dan dia sangat bersyukur pertemuannya dengan Hana sebelum ini banyak membantu dia mendapat harga bunga yang berpatutan selepas Hana memberi banyak diskaun.
Pernah sekali, ketika Nuh memarahi Nayla di rumah, Nayla ada sebut pasal Hana yang cikgu itu nampak lembut tepai dia agak tegas. Tapi nampak dia lain dari apa yang dikatakan Nayla. Hana agak peramah dan pemurah. Terkadang melihat dia manja mungkin selepas melihat dia dan ayahnya.
Saya minta diri dulu. Sekali lagi, terima kasih cikgu.ucap Nuh kepada Hana di kaunter pembayaran.
Kena say thank you dengan bos besar sebelah saya ni.ucap Hana menunjuk ke arah abahnya.
Terima kasih, Encik Nafal.
Hah?Hana dan abahnya terkejut serentak. Kemudian ketawa kecil.
Nama saya Hana Arrisa binti Hairul. Abah saya nama Hairul. Bukan Nafal. Nafal tu nama kedai bunga kami.perbetul Hana segera.
Hah?Nuh terus segan. Saya minta maaf, Encik Hairul. Sebab saya nampak nama kedai tu.segera meminta maaf.
Eh, tak apa. Memang ramai customer saya pun ingat tu nama saya.ujar Encik Hairul.
Nafal maksud dia bunga semanggi. Gabung dengan nama saya, wujudlah nama kedai ni.Hana terus menerangkan.
Saya betul-betul minta maaf, Encik Hairul.
Eh, tak payah berencik-encikdengan sayalah. Panggil saya uncle. Lagi mesra.
Nuh tersenyum. Encik Hairul mahupun Hana, dua-dua pun peramah.
Oh, ni kad nama saya. Kalau ada bunga yang baru, uncle boleh contact saya. Boleh saya update office saya nanti.Nuh mengeluarkan kad namanya lalu memberikan kepada Encik Hairul.
Eh, awak business kasut dan beg rupanya.Encik Hairul membaca kad nama yang baru diberikan kepadanya. Hana menjeling dari tepi. Nuh Zahran bin Nazmi. Pengarah Urusan EnZy Group.
OMG! Bukan alang-alang business dia. Kasut dialah yang terkenal sejak lima tahun belakangan ini. Hana melihat Nuh semula. Mau melopong dia. Rupanya selama ini pernah bertemu dengan pengarah muda berjaya.
Eh, ni bukan business biasa-biasa ni.puji Encik Hairul.
Actually tu pun company arwah ayah saya. Saya cuma teruskan saja.
Usaha yang bagus anak muda.
Terima kasih, uncle.malu-malu pula Nuh bila dipuji. Padahal niat asal mahu memberi kad namanya untuk urusan niaga selepas ini. Tak sangka menjadi topik puji-memuji pula.
Tau tak maksud Zahranyang ada pada nama kamu?
Ya. Tau, uncle. Maksud dia bunga, keindahan, cantik atau sesuatu yang berseri. Arwah mama saya dulu suka melukis bunga-bunga masa mengandungkan saya. Sebab tu nama saya Nuh Zahran.
Ya. Sebenarnya nama kedai ni sepatutnya Arissa Zahran. Tapi memandang arwah isteri saya suka tanam bunga semanggi, tu yang kitorang tukar nama jadi Arissa Nafal.
Nuh mengangguk faham tapi lain pula dengan reaksi Hana. Dia mengerut dahinya sedikit.
Abah tak pernah ceritapun dengan Hana.Hana betul-betul terkejut. Ini kali pertama dia tahu sejarah nama kedainya rupanya pernah ada nama lain.

Sebab nama Zahran tu cuma cadangan. Abahpun hampir lupa. Nasib baik muncul Nuh. Terus teringat balik cerita lama.terang Encik Hairul. Jadi bunga-bunga uncle semua ni nak guna untuk kasut-kasut kamu la ya?topik diubah.
Ya, uncle. Ada photoshoot untuk kasut baru keluaran khas Hari Ibu. Sekali dengan kemunculan produk baru kami.
Wow, ada produk baru lagi?
Ya. Adik bongsu saya obses dengan beg. Dia selalu buat lakaran beg dengan design dia sendiri. Saya guna lukisan tu tuk hasilkan produk kami yang baru.
Wow, maksud awak Nayla?Hana menyampuk.
Ya.
Hana cukup bangga. Nayla yang tampak nakal tu sebenarnya sangat berbakat.
Hana kenal?
Encil Nuh abang kepada pelajar kat sekolah Hana.
Ohhh…” mengangguk perlahan Encik Hairul.
Saya minta diri dulu, uncle. Saya ada kerja lain.
Sabtu pun kerja?soal Encik Hairul.
Apa boleh buat. Ada sedikit photoshoot lagi yang belum settle untuk hari ni. Tapi, actually nak ambil adik saya balik dari kelas tuisyen.
Walaupun muda lagi, jangan kerja keras sangat. Kamu kena bagi masa dengan family kamu.Hana memandang abahnya. Sempat pula bagi nasihat.
In shaa Allah, uncle. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.
Menjawab sahaja salam daripada Nuh, lelaki itu terus mengatur langkah keluar. Hana diam. Kalau difikirkan semula, Nuh agak ambil berat pasal Nayla. Bab Nayla, pasti dia utamakan. Sanggup ambil Nayla sendiri dan tinggalkan kerja seketika. Cemasnya keadaan Nuh sebulan yang lepas setelah mengetahui Nayla membuat hal di sekolah pun terang memperlihatkan sifat Nuh yang sangat sayang akan adiknya.
Tapi di mana silapnya dia sampai Nayla begitu memberontak?




LoVE,
Salawati Latip