Tuesday 6 October 2015

Pangeran - Bab 2

Pangeran

BAB 2

Hazrin mengangkat pandangannya. Wanita yang mengenakan mini skirt ketat di hadapannya kelihatan begitu seksi berpakaian kemeja putih. Dengan mekap yang tebal, dia berdiri memerhati wajah Adit. Hazrin kemudiannya mengalihkan pandangannya ke kiri. Adit hanya membatu dan langsung tidak mengalihkan pandangannya dari memandang tetamu yang baru sahaja masuk. Jelas, wajah lelaki itu nampak tegang. Dia nampak marah.
“Aku rasa aku nak keluar kejap. Emmm… korang berdua duduklah berbincang elok-elok.” Hazrin mengambil langkah cemerlang. Dia perlu pergi dari situ. Tidak perlu menjadi penonton drama cinta antara Adit dan Nawal.
Tatkala berdiri dari kerusi, tidak putus-putus pandangan Hazrin memandang Adit dan Nawal silih berganti. Dua-dua kaku. Masing-masing masih diam. Diorang tak dengar ke aku bercakap tadi? Kenapa respon diorang macam tak ada apa yang berlaku? Suara aku macam angin berlalu sepi.
Ah, lantaklah!
Sebaik sahaja melihat kelibat Hazrin hilang, Adit mula mengalihkan posisi badannya. Berdiri menghadap belakang. Wajah Nawal dipandang tepat.
“Semua tu gosip. I tak minum. I cuma datang sambut birthday kawan I je. Please trust me, Dit. I tak bohong.” Nawal membela dirinya. Dia perlu bersuara dahulu sebelum Adit menyoal.
“So, memang betullah yang you masuk pub?”
Nawal terdiam. Terjerat dengan ayat gelabahnya.
No… emmm… yes. Tapi, Dato’ Sufi tu clien I. so, kalau I tak join, tak pasal-pasal kontrak automatik batal. You must understand me. I ni model. Kerja I bergantung sepenuhnya dengan kepuasan hati pelanggan.”
Telinga Adit panas. Kepuasan hati? Dua perkataan itu sungguh mencabar perasaannya.
“Dan sekarang you puas?”
Nawal menelan air liur yang pahit rasanya. Pandangan Adit tepat menikam anak matanya. Pandangan tajam itu yang bakal mengundang sesuatu yang serius bakal berlaku. Pantang lelaki itu tercabar. Pantang lelaki itu ditipu. Nawal tahu akan hakikat itu namun dia masih tidak insaf walaupun sudah masuk kali ke-4 dia kantoi.
“A… apa… apa maksud you?” gagap. Nawal ketakutan. Memang dia tewas dengan sikap Adit yang agak tegas.
“You jangan ingat I ni seorang yang bodoh.”
Nawal terentak tatkala Adit menghempas sekeping sampul surat di atas meja. Lelaki itu menarik dan menghembus nafas dengan kuat sebelu mengatur langkah pergi. Jelas sekali dia berang.
“You!”
Panggilan Nawal seakan-akan angin yang berlalu pantas. Adit tetap dengan pendiriannya dan Nawal yakin bahawa lelaki itu tidak akan patah balik untuk mendengar penjelasannya.
Sampul surat dicapai dan terus dibuka. Beberapa keping gambarnya jelas menjadi bukti bahawa dia berkata bohong pada Adit sebentar tadi. Patutlah Adit Nampak agak tegas padanya tadi. Lebih tegas daripada sebelum ini. Rupanya dia sudah mendapat bukti kukuh untuk semua ini. Damn!
Apa aku perlu buat?
Nawal terduduk di kerusi. Otaknya mula ada penyesalan. Penyesalan yang tidak berguna untuk ketika ini.

***********************************************************************

ADIT mengatur langkahnya laju. Tangan kanannya tergenggam kuat membentuk sebiji penumbuk. Amarahnya kian membuak-buak. Otaknya tidak pernah menyangka yang Nawal sanggup membohonginya lagi. Sudah tiga kali Nawal berjanji untuk jauhi benda syaitan itu, namun dia masih memungkiri janjinya. Sudah banyak alasan dan bohongan yang diberikan. Itu yang menjelakkan telinga Adit untuk mendengarnya.
“Bro! kau nak balik dah?”
Pertanyaan Hazrin bagaikan satu suara yang tidak penting di telinga Adit. Langkahnya semakin laju meninggalkan bangunan itu. Soalan Hazrin langsung tidak dijawab. Lagi parah bila muka sahabatnya itu juga langsung tidak dipandang.
Ego lebih penting dari segalanya ketika ini!
Bangunan Business ditinggalkan melalui jalan belakang. Dia tidak mahu budak-budak kolej menjejakinya. Dia juga perlu lari daripada Fuad. Saat ini dia perlu tenangkan fikiran. Berdepan dengan Fuad hanya satu tindakan yang kurang bijak kerana peratus untuk dia melenting tak tentu pasal dengan lelaki itu adalah tinggi. 98%. Fuad tiada kaitan dengan semua ini. Dia tidak perlu terima kesannya.
Langkah Adit terhenti tatkala dia berjalan hampir 10 minit. Entah di mana hala tujunya, dia sendiri tidak tahu. Letih! Ini kali pertama dia berjalan kaki setelah sekian lama. Zaman sekolah dulu dia pernah menyertai aktiviti merentas desa namun dia tewas di tengah jalan. Dan hari ini, akibat marah yang membuak pada Nawal, tak semena-mena dia berjalan seakan-akan merentas desa yang tewas di tengah jalan seperti dahulu.
Adit memegang dadanya. Jantungnya mula berdegup laju. Dia mula berpeluh semula. Apa benda ni? Apasal jantung aq mengepam laju sangat?
Pandangannya mula terpacak pada kelibat seorang gadis di rooftop bangunan Art. Arghhh, gadis itu lagi! Apa masalah dia sampai buat aku rasa sakit sampai macam ni? Siapa dia yang sebenarnya?



Adi mengatur langkah laju. Dia berlari masuk ke bangunan itu. Empat butang lift ditekannya sekali kerana dia ingin cepat. Hatinya mula mendesak untuk bertemu dengan gadis itu. Dia perlu tahu siapa gerangannya. Mungkin dia boleh tahu apa punca dia boleh jadi sakit seperti sekarang.
Lift No. 2 terbuka. Dia berlari masuk. Butang tingkat atas sekali ditekan rakus. Hei Adit, kau macam dah gila! Tak pernah kau kejar orang sebelum ni. Lelaki atau perempuan. Biasanya diorang yang kejar kau. Tapi kali ini hanya seorang gadis. Kau memang pelik!
Rooftop bangunan sudah dijejaki. Adit tercungap-cungap. Pandangannya laju ke kiri dan kanan. Depan dan belakang. Hanya deruan angin yang ada di bangunan itu. Mana perginya gadis itu? Tadi dia berdiri di atas ni!
Adit menuju ke hujung. Tempat di mana dia melihat gadis itu berdiri sebelum ini. Pandangnya jatuh ke bawah. Mencari kelibat gadis misteri itu. Kot-kot lah dia dah turun bawah. Tiada. Tiada seorang pun yang ada dalam bangunan ini.
Hampa!
Usahanya sia-sia. Hanya lelah yang dia peroleh.
Adit mengatur langkah. Mahu turun semula. Tapi tiba-tiba kaki kanannya terpijak sesuatu. Pensel? Dia mengerutkan kening. Mula-mula dia tidak mahu ambil pusing namun melihat ada nama terukis pada hujung pensel itu, dia membongkokkan badannya mencapai pensel berwarna hitam itu.
‘Ara’.

Serentak itu, jantung Adit mula memalu kencang.

***************************************************************************

alhamdulillah. Student exam, cikgu relax sampai boleh update entry baru. tq readers yg msih sudi membaca...