pangeran
BAB 1
“Ya bro. Aku dah masuk dalam kolej.
Kau tunggu aku kat mana?”
“Dit, aku kat tempat biasa. Nawal ada called kau tak?”
“Ada. On the way katanya.”
“Aku ada hal nak bagitau kau ni. Cepat
sikit.”
“Emmm… five minutes.”
Panggilan tamat begitu sahaja. Skrin
telefon di pandang semula. Sudah mula senyap dan tidak menari mahupun menyanyi
lagi. Dalam hatinya dia masih berharap telefon itu bordering lagi. Nafas
dihembus. Kesal. Hampa. Kecewa.
Kenapa Nawal tak called aku semula?
Persoalan yang tidak punya jawapan itu
yang tidak berhenti mengasak mindanya. Nafas dihembus lagi. Patah harapan. Dia
mahukan penjelasan.
Jantung mula berdegup kencang. Peluh
mula membasahi dahi. Aku dah kenapa ni? Teruk sangatkah berita itu sehinggakan
aku jadi begini?
Kelibat seorang perempuan yang
berjubah biru tua bertudung bunga-bunga di tepi jalan mencuri perhatiannya.
Jantung semakin laju mengepam. Telefon bimbit digenggam kuat. Wajah Nawal juga mengasak
minda. Kelibat perempuan itu mengasak jantungnya.
“Pengiran okey tak?” si pemandu, Fuad menyoal segera tatkala melihat
majikannya mula berpeluh duduk di belakang. Penghawa dingin sudah kuat. Cuaca
redup dan tidak panas. Kenapa majikannya itu berpeluh? Wajahnya pucat.
“Saya okey.”
Air mineral diteguk laju sambil nafas
ditarik cermat sebelum matanya lari semula memandang ke luar. Melalui cermin
sisi, jelas melihat perempuan berjubah biru itu tunduk mengutip kertas lukisan
yang sudah bertaburan di atas jalan.
Siapa dia? Kenapa aku curious sangat nak tahu ni??!
Arghhhh!!! Nawal pun satu hal!
*************************************************************************
TIARA mengeluh. Matanya melihat beberapa orang gadis yang berjalan
kaki berdekatan dengannya sudah berlari-lari anak. Entah ke mana arah mereka,
dia sendiri tidak tahu. Apa yang pasti, mereka semua mengekori sebuah Alphard
mewah berwarna putih yang baru melncur laju di atas jalan raya
“PG dah sampai. Dia hantar report praktikal kan hari ni?”
“Ya. Wei… dah lama tak nampak dia.
Mesti makin kacak, kan? Aku stalker
instagram dia, dah lama dia tak update
gambar baru. Busy sangatlah tu. Rindu kot nak tatap muka dia yang hensom tu.”
“Tu lah pasal. Aku tak nak lepaskan
peluang ni. Aku kena nampak dia depan-depan jugak ni. Kot-kot la dia senyum kat
aku. Senyum dari jauh pun jadilah!”
“Jom!”
Tiara mengerutkan dahinya. Mendengar
perbualan dua orang gadis di hadapannya, dia keliru. PG? Siapa pulak PG? Manusia
dalam Alphard putih tadi tu ke?
Tapi… dia siapa? Kenapa dia boleh
menjadi kegilaan gadis? Bukan dua orang gadis di hadapannya sahaja yang nampak
fanatik, malah beberapa orang gadis yang berada berjalan di sekelilingnya juga
sudah mula teruja dan sudah berlari-lari mengejar kereta yang sama.
Pelik!
Artis ke?
“Kalau ya pun artis, tak perlu nak
berlari sampai langgar aku. Habis semua lukisan aku.” Tiara merungut sendiri.
Lukisan yang dilukis malam semalam perlu dihantar sebagai assignment individu. Malangnya, lukisan itu sudah mula basah
terkena embun pagi.
Rosak!
Emmm… pagi-pagi dah kena benda malang.
Tiara mengerutkan dahinya. Sedih.
Jubah birunya dibetulkan semula
selepas duduk mengutip lukisan. Tudung selendang berbunga dikemaskan. Dugaan
awal pagi ini menguji kesabarannya. Bukan rezeki. Mungkin aku perlu melukis
semula yang baru.
Langkahnya diteruskan ke Bangunan Art.
Mata dan kakinya yang fokus untuk laju mula terganggu tatkala melihat ratusan
pelajar sudah berkumpul depan bangunan Business. Ada gadis yang berteriak
seakan-akan histeria. Ada yang bermuka teruja. Ada yang melompat-lompat
kegembiraan.
Apa pulak kali ini?
“PG!!!”
Langkah Tiara terhenti. Nama PG
dipanggil lagi. Bukan seorang, malah berpuluh dan mungkin beratus orang
memanggil nama yang sama. Alphard putih nampaknya sudah dikerumi manusia. Gadis
mahupun teruna. Melaung-laung seakan-akan obsess dengan seorang manusia yang
baru sahaja keluar dari perut kereta mewah itu.
Macam drama Boys Over Flower pulak
babak depan mata aku ni. Tiara mula membandingkan drama Korea itu dengan apa
yang dialaminya. Memang sama. Cuma Boys Over Flower ada empat jejaka keluar
dari kereta dan berjalan megah masuk ke dalam bangunan, ini hanya seorang
jejaka. Muka dia pun aku tak tahu boleh tandingi jejaka F4 ataupun tidak. Nasib
baik aku tak dapat Nampak muka dia dengan jelas. Kalau tidak, aku akan pastikan
dia lebih hensom dari jejaka F4. Tiara tersenyum sendiri. Mula lagi merepek
seorang diri.
PG… artis mana pulak yang sesat dalam
kolej ni?
PG? Pelik je nama dia!
Tiara mula tidak ambil pusing. Arah
Bangunan Art diteruskan. Lukisan baru perlu disiapkan! Kalau tidak mengamuklah
Tuan Mikhail nanti. Alamatnya aku boleh failed
paper penting ni!
**************************************************************************
HAZRIN mengangkat pandangannya. Dia yang berada di mejanya dan
fokus pada iPad mula memandang wajah sahabatnya yang baru sahaja masuk ke dalam
bilik. Sahabatnya itu ditemani oleh Fuad, PA yang sudah berkhidmat dengannya
sejak dia berusia 15 tahun lagi. Sudah tujuh tahun dia berkhidmat.
“Pengiran Aditya Naufal Dary Pangeran
Abdul Nadeem, are you okay bro?”
Adit memandang fokus wajah Hazrin.
“Hazrin Azka bin Dr. Halim Mahmood,
macam mana kau boleh hidup kena kejar setiap hari macam ni?”
Hazrin tergelak. Mesti Adit diserbu
peminatnya di kolej bila dapat tahu dia kembali semula. Siapa tidak kenal pada
geng elit kolej itu. Pengiran Aditya Naufal Dary Pangiran Abdul Nadeem, cucu
pengarah kolej, berdarah raja keturunan Sultan Brunei, keluarganya pengusaha
berjaya pelantar minyak di Brunei dan pewaris utama seluruh harta ketunanan
yang dimiliki kedua ibu bapanya. Terkenal dengan jolokan nama PG, iaitu
singkatan kepada namanya Pangiran. Sangat terkenal di seluruh kolej malah ramai
followers dalam media sosial tidak
kira dalam facebook, instagram, tweeter malahan menjadi rebutan bloggers untuk menulis tentang dirinya.
Hazrin Azka bin Dr. Halim. Ayahnya
pemilik sebuah hospital swasta yang khusus untuk golongan VVIP. Ibunya seorang
jurutera berjaya yang sudah membina banyak bangunan megah dalam negara. Sahabat
baik Adit ini juga bakal bergelar doktor muda apabila dia hampir menghabiskan
pengajiannya dalam bidang perubatan dalam beberapa bulan lagi.
Puteri Nawal Syarif. Anak jurutera
berjaya yang mana ayahnya berkawan baik dengan ibu Hazrin. Ibunya seorang
peniaga barang kemas eksklusif. Pelajar engineering
yang berwajah cantik membolehkan dia menjadi seorang model yang terkenal era
ini dengan menghiasi cover majalah
mahupun menjadi duta produk kecantikan di muka TV.
“Aku ingat aku dah lama praktikal kat
luar selama enam bulan buat budak-budak kolej ni lupa kat aku. Last-last aku datang tadi, lagi ramai
yang datang menggila. Aku rasa aku dah kalahkan ranking penyanyi korea ni.”
“Kau dah lama sangat ‘hilang’. Sebab
tu bila ko muncul, diorang pun naik gila.”
“Dahlah. Macam mana kau masuk kolej
selama ni? Budak-budak tu ikut kau lagi ke?”
“Kadang aku ikut jalan belakang.
Kadang pakai topi sampai orang tak kenal aku. Tapi kadang terkantoi jugaklah.
Kena pasrah bro.”
Hidup sebagai orang pujaan memang
payah. Nampak gah, tapi itu bukan suatu kehidupan yang normal. Kadang-kadang,
rasa menyampah pun ada. Letih!
“Apa berita kau nak sampaikan kat aku?
Macam penting sangat je tu.” Adit kembali berbicara tentang tujuan utama
pertemuan mereka.
“Kau dah hantar report kau ke?” soalan penting itu dikeluarkan oleh Hazrin.
“Dah. Sebab tu boleh kantoi aku datang
kolej hari ni.”
“Okay,
good. Sebenarnya aku nak cakap
sesuatu ni. Tapi…”
Adit memandang Hazrin. Mata Hazrin
yang fokus melihat Fuad memberi satu makna yang boleh ditafsir dengan mudah
oleh anak keturunan Brunei itu.
“Fuad, saya ada benda mahu bincang
dengan Hazrin. Kamu tunggu saya kat luar.”
Fuad mengangguk. Arahan diterima
dengan cepat. Dia mula mengatur langkah meninggalkan dua sahabat itu di dalam
bilik.
“Apa dia?” Adit segera menyoal.
“Kau dah tengok ni?”
Hazrin berdiri dari kerusi. Langkahnya
menuju ke arah Adit. iPad yang berada di tangannya diserahkan pada Adit. Berita
yang dibaca sejak awal pagi tadi dikongsikan.
“Aku dah baca.”
Melihat respon Adit, Hazrin terkesima.
Masih tenang wajah lelaki itu. Tapi dia tahu Adit bukan orang yang mudah
melatah. Dia pasti akan tayang muka tenang seperti itu walau apapun yang
berlaku. Memang itu identitinya.
“Kau dah called Nawal kan? Dia cakap apa?”
“Salah faham. Dia tak mabuk pun
semalam. Media salah orang dan jual nama dia. Sebab sekarang nama dia sedang
naik. So, kau faham-fahamlah media
macam mana. Nak jual berita sensasi.”
“Kau percaya?”
“Entah. Sebab tu aku nak Nawal datang
sini sekali. Aku nak dia terus terang dengan aku.”
Hazrin memandang sahabatnya. Sudah
setahun lebih Adit menyulam cinta dengan Nawal. Kisah cinta mereka begitu
hangat namun dalam kolej. Namun, pihak media masih belum mengetahui hal ini.
Tidak hairanlah bila banyak gosip liar dan hangat tentang Nawal dan mana-mana lelaki.
Artis, model mahupun golongan VIP. Selalu tertukar pasangan gosipnya. Apa yang
pasti, media masih buntu dan kabur-kabur tentang siapa sebenar pemilik hati
gadis berwajah cantik itu.
Adit duduk di kerusi. Menahan
kesakitan yang dirasai. Jantungnya berdegup dengan pantas sekali. Wajah gadis
berjubah biru tadi masuk ke mindanya berselang dengan wajah Nawal. Apa kaitan
gadis itu dengan Nawal?
“Bro,
are you okay?” Hazrin menyoal tatkala melihat perubahan emosi Adit.
“Aku rasa aku terlalu berlembut dengan
Nawal sampai dia buat perangai macam ni.”
Hazrin diam. Mahu komen apa lagi?
Jangan masuk campur. Nanti tidak pasal-pasal sebiji penumbuk singgah ke pipinya.
***********************************************************************
Assalamualaikum...
Dan akhirnya wujudlah entry baru selepas berhempas pulas menyiapkan manuskrip 0ne Step Closer. Dear readers, enjoy cerita baru yer...
Lot Of LOve,