Wednesday 25 June 2014

Reunion After 14 years!

Assalamualaikum ^^

14 tahun. Kalau ikut umur manusia, confirm dah sampai form 2 besarnya. Tapi itulah realitinya. Macam jejak kasih kesah kami.

14 tahun yang lalu, aku duduk dalam kelas 6P. Tahun 6 di SK Tanjung Batu, Tawau. Teringat masa tu tahun UPSR. Tahun aku jadi wakil hafazan. Tahun aku kunjungi majlis perkahwinan Cikgu Joanna yang ajar matematik. Semua tu berlaku pada tahun 2001.

14 tahun yang lalu!

Zaman berubah, teknologi pun semakin canggih. Siapa tahu, kecanggihan WhatsApp menemukan kami semua. Bukan sahaja ahli kelas 6P tapi mereka yang berasal dari kelas lain. Serius tak percaya. Siang malam pagi petang sehingga ke subuh, semua orang still non stop bersembang dalam WhatsApp walaupun hakikatnya kami tidak pernah bertemu and some people tidak kenal pun antara satu sama lain. Hakikatnya, semua menyembang begitu rancak. Macam kawan baik yang tidak pernah berpisah selama 14 tahun.

wahhhh.... ni serius daebak!

Pertemuan a.k.a reunion dirancang. Ada yang dapat join, ada jugak yang tidak boleh. Almaklumlah,  semuanya dah ada kerjaya and ada yang stay jauh dari Tawau. Aku sorang la yang still bambongan tanam anggur tapi still tak berbuah. haha ^^