Sunday 26 January 2014

duNiA ReMAja

Assalamualaikum readers!

Cakap pasal remaja, confirm fikiran kita terus ingat manusia di alam persekolahan, zaman-zaman enjoy, zaman pemberontakan emosi. Disebabkan aku masih tergolong dalam golongan ini, so aku tau apa perasaan remaja.

Emmm... cakap pasal perasaan, hah time inilah remaja suka tonjolkan emosi. Suka, duka, menangis, tawa... bukan itu je, time inilah biasa remaja suka berkongsi semua tu dengan kawan-kawannya yang digelarnya sahabat. Aku percaya 90% remaja sekarang lebih percaya kawan-kawan, sahabat atau bff diorang berbanding dengan keluarga dia sendiri specially parents.

Nak bukti?

Senang je. Zaman canggih manggih dengan iPad, handphone, tablet, komputer, laptop... semua itu semua ada di riba seorang remaja. Paling kurang, seorang remaja akan memiliki satu gadget yang disenaraikan tu. Apa fungsi semua tu? confirm-confirm la nak connecting dengan sahabat-sahabatnya. Online fb 24 jam. WhatsApp 24 jam. wechat 24 jam. Semuanya boleh dibuat dalam masa 24 jam. So, tak hairanlah bila remaja suka bercerita dengan bff diorang berbanding dengan parents diorang sendiri (cehhh, guna perkataan 'diorang' konon.. padahal diri sendiri).


Definisi 'REMAJA'...

Semasa aku join program masa menuntut di UUM dulu, aku pernah tertangkap satu akronim yang sangat 'berbisa' untuk remaja. Akronim ni bukan je menepati segala aspek malah memang cukup menggambarkan siapa remaja yang sebenar melalui perwatakan dan ciri-cirinya. Tak percaya? Baca sendiri. Yang remaja macam aku, memang terkena sebijik!


R - Remaja 
E - Emo tak tentu pasal a.k.a kepala hangin
M- Mengada-ada 
A - Aktif 
J - Jaguh 
A - Agresif

Alam cyber, teknologi terkini (menyanyi)... hee... Kalau tak berteknologi, tak cool. Confirm semua remaja setuju. Hidup dalam alam cyber dan berteknologi terkini ni memang banyak mempertontonkan remaja dengan perubahan dunia yang berlaku pantas dan pesat setiap hari. Tengok je perubahan yang ada pada handphone (contoh paling mudah). Setiap hari ada je perubahan yang berlaku pada dunia telekomunikasi tu. Bukan hanya berubah dalam reka bentuknya, malah aplikasi juga semakin hari semakin bertambah.

Apa yang positifnya?

Manusia semakin bijak menggunakan otaknya. Semakin kreatif mencipta sesuatu yang mana boleh mengeksplotasi minda manusia itu sendiri terhadap dunia tanpa sepadan. Aku rasa tak perlu lagi wujud istilah 'payah', 'jauh'... kita gantikan dengan 'fuyyooo', 'daebak', 'wau'...

Semua ni kerana no more surat-surat yang dikirim secara rasmi untuk keluarga atau sahabat handai. No more telegram. No more Pejabat Post. Semuanya hanya berlaku di hujung jari.
Fuyyooo... lajunya line! Daebak, 2 saat je aku dapat reply mesej! Wau, aku boleh nampak semuanya yang berlaku di dunia! Semuanya atas bantuan pak cik Google! thank you uncle!

Apa yang pasti, kanak-kanak yang sudah menghampiri alam remaja pasti tidak lagi mengenali sampul surat, setem, cara-cara meng-epost surat. Sekarang, baru umur 8 tahun dah kenal WhatsApp, Wechat, Facebook, Twitter, Blog... memang terror budak-budak sekarang. Nak pegang laptop pun tak takut macam budak zaman aku. Dulu, laptop macam benda yang ada kejutan elektrik. Pegang sekali, angkat tangan. Pegang sekali, angkat tangan. Macam terkena kejutan elektrik. Takut nak pegang sebab takut ada TERpadam something data dalam komputer.


Pengalamanku berkomputer.

Aku ingat lagi, masa pegang komputer for the 1st time tu, punyalah jakun. Space pun aku tak tahu! hahahha.... (nak gelak tuk diri sendiri). Yang aku hafal cuma huruf 'A', 'R' 'T', 'N' dan 'Y'. Dalam kelas komputer, budak-budak cina yang ada advance sedikit dari aku laju jugak menaip. Budak-budak melayu je yang kebanyakannya slow down bab-bab macam ni. Naik taip pun satu-satu huruf kena tengok. Kalau keyboard tu ada mulut, confirm aku jadi bahan gelak setiap huruf.

ini juga menjadi penyebab ketakutan... hahaha... 


Masa ujian komputer palinglah aku rasa loser. Arahan, boleh buka komputer semasa menjawab soalan. Tapi otak masih tolol kan, buka komputer pun macam tak ada hasil. Tak reti apa-apa padal soalan cuma minta namakan setiap 'tools' yang telah digambarkan. hahaha... dahlah time tu bi aku memang hantam broken down hampeh, arahan pun taklah paham sangat sebab dah tulis panjang sangat (aku nak kritik sikit. Cikgu-gu cikgu yang buat soalan mungkin tak reti gubal soalan dan tak tahu standard nak buat soalan. Sebab tu panjang sangat dan membingungkan ---> padahal otak dah memang hampeh!)


Apa yang negatifnya?

Aku percaya setiap ciptaan atau kejadian itu ada feedback positif dan negatifnya mengikut pandangan setiap individu. Lain otak, lain fikirannya. So, sama maksud jugaklah dengan kesan negatif bila remaja ini suka sangat berdepan dengan globalisasi alam maya ni dengan gadget yang pelbagai.

Yang aku tak faham, aku pelik bila tengok ada remaja yang kaki berfacebook terlalu obses dengan dunianya sendiri. Seakan-akan dunia fb ni dia je yang punya sorang. Tak pun dia dan rakan-rakannya. Apa taknya, dah lah post status selang 5 minit, post pulak tu semua aktiviti poyo. 'Mak aiii, sakitnya perut'... 5 minit pastu, post lagi. 'Fuhh... lega'. Yang jadi makin pelik, ada pulak tu orang pergi 'like'. Ada sorang yang like pun jadi kot. Mungkin dia puas hati sebab status dia dah kena like. Hampeh!

Tak cukup dengan status, ada pulak yang suka cari publisiti dengan mengepost video. Yang ni serius tak ada kerja sebab dia suka post video yang boleh malukan diri sendiri. Mungkin dia tak ada rasa malu, tapi bagi aku cukuplah kalau dia ingat air muka dan maruah ibu bapa mereka. Dah lah dia post menari-nari dalam keadaan tak siuman, muka poyo pulak. Nak harap orang like and share lah tu. Biar famous sampai satu dunia nampak. Adoi, pikirlah sendiri. Buat malau kat diri sendiri tu tak pa. Masalahnya, malu tu bukan tuk korang je, malah tuk family korang jugak kot!

p/s: seriusly aku rasa nak bagi link dari youtube tuk video-video 'pelik' ni, tapi tak apalah. Benda tu boleh pikir sendiri kot.  Pasti dah ramai yang dah tengok video-video macam tu.

Hah, ada satu lagi. Dah status dan video, fenomena yang besar yang paling menular dan menjadi trendy sekarang adalah mengepot gambar. Memanglah salah satu fungsi fb adalah berkongsi saat-saat indah yang sweet pada semua orang. Tapi kalau dah post benda-benda melampau tu, bukankah itu satu tindkan yang AGAK melampau jugak! baik fikir sedalam-dalamnya. Benda tu masuk dan terkeluar dalam wall fb kawan-kawan kot. Kalau benda tu aib, maka dia buka aib sendiri untuk tontonan beratus-ratus kawannya. Tu kalau private tuk kawan-kawan je. Kalau tuk public apa kes? berjuta-juta kot orang tengok! Astaghfirullah... jangan nak tambah dosa dengan cara tak sengaja macam tu (AMARAN KERAS!)

Revolusi mengupload foto sebenarnya boleh memperkaya beberapa industri. (back pada positif kali ini). Disebabkan oleh ramai pengguna fb or twitter gemar mengupload gambar, so industri fotografi semakin rancak dibuatnya. Bukan sahaja makin ramai manusia yang suka menjadi photographer, malah makin banyak application kamera yang wujud dalam editing. Bagi budak It macam aku ni, memang senang hatilah dibuatnya.

Photo Grid, camera 360 antara pengedit gambar paling berjaya di mata facebooker. Muka yang hodoh pun boleh jadi cantek. Hahaha...

see... dengan aplikasi, 'pembedahan plastik' secara free boleh dilakukan sendiri! hahaha...

Kalau nak cerita semua kehidupan remaja, sampai bila-bila pun tak habis. Sebab zaman remaja adalah zaman kegemilangan dalam kitar hidup seorang manusia. Namun, aku nasihatkan jangan terlalu 'gila' dengan dunia ni sampai hilang arah tuju dan lupa dengan ajaran agama. Aku sendiri pernah hampir tersasar dengan dunia yang mudah membawa diri kita alpa dan leka. Seriusly, aku kadang-kadang tak nak ingat perangai nakal aku dulu. Malu kot! malu dengan diri sendiri! malu dengan Allah.

Anyway, para remaja seangkatan dengan aku (yang merasai perubahan zaman ini secara realistik - dari zaman perkenalan teknologi - baru muncul tv dan radio) mahupun remaja yang baru memasuki fasa ini, selamat datang diucapkan. cehhh.. macam sambut tetamu. Apa-apapun, hidup kena enjoy. Biar nakal, asal berakal. Apa yang penting, pelajari ilmu Allah. Dalami dan hayati. InsyaAllah, dunia remaja kita lebih bermakna.

Sebelum akhiri entry, aku nak hadiahkan korang lagu favourite aku sejak form 2 lagi (time Ada Apa Dengan Cinta ditayangkan). Khas untuk mereka yang bergelar remaja dan peminat tegar Melly Goeslow. 



credit to: https://www.youtube.com/watch?v=-nHCyRN450A

Melly Goeslaw (Melly Goeslaw)

Ku Bahagia 

( 1 )
Di atas bumi ini ku berpijak
Pada jiwa yang tenang di hariku
Tak pernah ada duka yang terlintas
Ku bahagia

( 2 )
Ingin kulukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah
Masa muda yang tak pernah kan mendung
Ku bahagia

( 3 )
Dalam hidup ini
Harungi semua cerita indah ku
Saat-saat remaja yang terindah
Tak bisa terulang

( 4 )
Kuingin nikmati
Segala jalan yang ada di hadapku
Kan kutanamkan cintaku kasihku
Agar ku bahagia

( ulang 1 )

( ulang 3, 4, 2, 3 & 4 )

Monday 13 January 2014

Akhirnya aku k0nvo !

11 Jun 2013, tepat pukul 11 pagi perasaanku mula di awang-awangan. Alhamdulillah, 1st time aku rasa kepala otak aku rasa ringan teramat sgt. Akhirnya final sem with final exam. Paper last, Dasar Awam dalam Pendidikan jd penutup exam tuk aq jd student di UUM. Alhamdulillah, syukur atas kurniaan Allah.

Masih segar dalam ingatan ku bila aq dpt trima khabar gembira bila aku diterima msuk UUM. Aku ingat sangat bila masa tu aku jadi part time kerja. Aku dapat mesej dari kawan skola yang bagitau aku lepas dari temu duga tuk jd cikgu. Bila baca mesej tu, serius aku baca 2x sebab aq tak percaya langsung. Universiti Utara Malaysia. Perkataan tu paling alergik masa tu. 'Utara' means Kedah, Penang, Perlis. Gila kot! Aku duduk Sabah. Tawau pulak tu. Paling jauh dalam peta Malaysia. Takkanlah aku nak pergi hujung sana. Dari hujung ke hujung. Dari sempadan Malaysia- Indonesia ke sempadan Malaysia-Thailand!

Serius, aku tak percaya!

Balik kerja, orang pertama aku inform, ayah aku. Time tu aku keras hati nak pergi. Jauh! Ikut jadual, seminggu lepas aku dapat mesej tu, aku kena terbang pergi sana. Seminggu? dalam masa 7 hari kot aku kena pergi ke tempat orang lain untuk teruskan hidup!

Ayah aku yang ubah segala kehidupan aku. Bermulanya saat itu, aku pandang dunia ni luas. Wah, aku dah dewasa kot! kena hidup sendiri. Berdikari sendiri. Satu ayat je, Ayah aku ubah keputusanku. 'Kita bukan orang senang. Belajar je yang boleh ubah kita. Belajarlah sampai boleh. Lepas ni boleh jadi cikgu. Kalau dapat posting di Semenanjung pun, kita jual semua harta kita kat sini, kita pindah sana. Yang penting dapat kerja jadi cikgu!'

Thanks Daddy. Dunia ini luas keranamu.

4 tahun duduk di negeri jelapang padi. Hidup sorang-sorang. Hanya ada kawan-kawan. Akhirnya aku kenal dunia. Terima kasih ya-Allah. Semua kejadian ini adalah kurniaan terbesar yang Engkau telah berikan padaku. Alhamdulillah, aku selamat mengharungi semuanya.

01 Disember 2013, Alhamdulillah aku selamat berkonvo. Sah sudah aku sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan Kepujian sesi 2009/2010.


Dia roommate aku sem 5 & 6. Nur Azatullifah Abu Hanifah. Orangnya lembut and baik hati. Miss her so much!


Orang yang paling gembira adalah parents aku. Excited terbang dari Sabah ke Kedah semata-mata nak tengok anak dia naik atas pentas ambil ijazah. Aku rasa bangga sangat. Ini 1st time aku rasa bangga macam ni. Seriusly hanya ini sahaja yang dapat aku bagi kat diorang setakat ini. 



Tak dapat nak upload gambar yang nampak depan. hahaha... anyway, thx adik sbb sponsor baju n tudung i di hari bahagia ini.. ^^


1st time dapat jubah, aku try pakai. Mentang-mentang aku kecik, terus tenggelam dalam baju. hahaha.. thanks adik sebab tolong ambil jubah. Walaupun saiz dah XS, still aku tenggelam. hahahaa.. punya kecik. Ayah aku sendiri cakap aku nampak macam superman. Hahaha... 

Bila berada dalam dewan, ayah aku nampak akulah graduan paling kecik. Mesti ramai yang tertanya-tanya berapa umur aku kan? hahaha... Mesti aku nampak macam 16 tahun je. Almaklumlah, awet muda...


see, kecik kan aku?


ni nampak sok-sok bz... hahaha...


Apa-apapun, hari ini hari paling bersejarah dalam seumur hidupku. Hanya Allah sahaja yang tahu bila aku melihat parents aku ketawa, senyum dan bermuka bangga saat ini. Terima kasih ya-Allah.

Alhamdulillah. Semuanya selesai dengan jayanya ^,^